0 Berbaloi mengamuk di stesen bas untuk seat selesa.

Whoa. Salam semua. 2 hari tak berupdate sebab kurang daya internet. Aku pun tak tahu kenapa broadband tiba-tiba lembab macam kura-kura. Dulu aku dah ceraikan Celcom sebab hal kelembapan yang tak dimaafkan. So, aku pun ada bercadang nak ceraikan Maxis dan ingin mencuba Digi Broadband. Amacam? Korang dah test broadband Digi ke? Laju berdesup atau terkedek-kedek macam labi-labi masuk selut? Cukup pendahuluan kelaut.

So, 2 hari lepas aku balik Kedah. Balik kampus. Macam biasa, aku naik dari Stesen Bas Shah Alam. Sebelum hari aku bertolak ke Kedah, aku beli tiket bas di Kaunter AB Ekspres. Aku memang suka naik AB Ekspres berbanding Sani walaupun dia orang ada cabutan bertuah beribu-ribu ringgit. Masa aku beli, aku dah suruh janji yang bas takkan ditukar, seat remain sama, waktu bertolak sharp dan macam-macam aku demand.


Aku bukan nak mengader-ngader demand, tapi aku nak kepastian sebab selalunya, perkhidmatan bas ekspres memang mengecewakan. Lagi-lagi kat stesen bas Sungai Petani. Memang hampeh! Sebagai pengguna, kita ada hak untuk perkhidmatan yang terbaik dan maksimum. Bukan aku sokong sangat cogan kata Customer always right, tapi aku cuma nak yang terbaik sebagai pengguna yang bijak!

So, cerita aku mengamuk berlaku esoknya ketika tepat jam 10.30 pagi time nak bertolak. First of all time tak sharp sebab jam dah langkau pukul 10.30. So, aku dah mula suspek macam-macam sebab time tu tak de langsung Bas AB Ekspres double deck warna biru! Aku layan je la sebab dalam hati, aku cakap lambat sikit kot. Aleh-aleh, tercogok satu bas warna hijau dengan seat 2-2 bukan seat VIP 1-2. Dia orang cakap ni bas ganti. WTF!

Aku naik, aku duduk kejap! Mak aih, seat keras macam kayu. Then tengah sedap duduk, ada pulak orang "comel" duduk sebelah. Time tu, aku dah kepit habis sebab seat tu tak cukup untuk tampung punggung seorang yang comel. So, aku keluar dari bas dan terus ke kaunter tempat aku beli tiket! Aku cari balik pekerja yang jual kat aku semalam. Syukur, aku jumpa!

Mula la adegan aku ungkit hal semalam. Janji itu ini. Aku time tu siap main ugut-ugut nak repot kat LPKP, hak pengguna dan macam-macam lagi. Kasi takut sama dia orang. Hahahahaha. Puas aku caras sana, laser sini, maki sikit-sikit and finally, aku dapat 2 seat! Yes! Aku puas hati. Dia orang mintak maaf sangat-sangat sebab berlaku macam tu. Kesian kat orang "comel" tu sebab dia kena pindah duduk dengan orang serupa dengan dia. Sorry, bukan salah aku! Hak3

Kesimpulan, perjuangkan lah hak anda kalau anda rasa anda layak dan memang itu hak mutlak anda! Jangan jadi bodoh ikut telunjuk mereka ni. Kita ada suara dan pertimbangan! Pengguna ada hak yang besar! Fikirkan!

p/s : kenapa la mutu perkhidmatan bas ekspres kurang memuaskan? Salah kerajaan yang kurang pemantauan atau syarikat bas itu sendiri yang nak untuk semata-mata?

p/s  : korang belum tahu aku mengamuk macam mana kan? hahahahaha

0 komentar:

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets