7 Aku harap kau mengerti maksud semua ini.

Shah Alam, Malaysia - Sydney, Australia

Sejak 2 minggu belakangan ni memang aku tak tau kenapa aku punya rasa rindu. Berat rindu tu. Rindu yang buat aku selalu terjaga dan terkenang, kalaulah masa boleh diputar. Soal rindu aku memang cukup sensitif. Mesti ada sesuatu kalau aku betul-betul rindu. 

***********************************************
Langit gelap. Suram. Macam tu juga apa yang aku rasa petang lembab ni. Lemah. Tak bermaya langsung. Ku tahan air yang bergenang. Luruh juga titik demi titik asbab, aku memang rindukan kau. Asbab aku pernah janji kat diri, yang aku akan hantar kau fly nanti! Asbab aku rasa kau istimewa walaupun ucap kata tak pernah ada. Asbab aku memang betul-betul rindukan kau. Percayalah!

Memang lepas kita tamat zaman persekolahan aku jarang nak bertegur sapa, bersua muka dengan kau. Sebab aku punya niat untuk tahan hati dari terus biar sayang itu hanyut. Sebab kita punya beza. Beza yang aku dan kau boleh fikir memang kita takkan sama. Beza sampai aku rasa memang itu punca penghalang. Beza yang buat aku makin jauh. Jauh untuk terus tak simpan rasa itu.

Aku dah jangka benda ni beberapa hari lalu. Tapi aku diam. Baru hari ni tergerak hati nak post wall kat facebook. Baru hari ni tergerak hati nak tanya khabar. Kenapalah aku lambat. Lambat sampai aku rasa menyesal. Menyesal sangat. Mungkin kau boleh cakap yang kau saja tak nak bagi tau kau pergi sebab kau tak suka farewell dan say bye-bye. Tapi aku suka. Aku nak. Aku nak untuk kau. Sebab jauh dalam hati aku, kau masih istimewa. Istimewa macam dulu.


Reply post kat wall memang buat aku rasa sedih yang amat. Sedih sampai aku tertunduk kejap. Sedih sampai aku tak tau dah nak cakap apa. Sedih. Dan kalau kau punya sedih yang sama. Aku bersyukur. Kalaulah...

Setahun sekali kau balik pun belum tentu aku jumpa kau. Aku berharap aku akan punya kudrat untuk terbang kesana nanti! Tunggu aku datang ye.

Untuk kau, selamat disana. Selamat semuanya. Belajar sungguh-sungguh. Aku tahu, kau akan berjaya. Kau hebat! Kau kecil dan kau hebat! Itu kau! Aku tak boleh nak tulis panjang disini asbab akan ada yang bertanya itu ini nanti. Cukup aku karangkan sedikit rasa hati. Jujurnya aku terkilan. Tapi dah itu keputusan kau kesana tanpa kata. Aku akur. Sebab itu aku kata, kalaulah masa boleh dipatah balik. Aku janji aku yang pertama di balai pelepasan!

-ia tetap sama meskipun waktu dan ketika berbeza dan berubah-percayala-


7 komentar:

kella said...

tersentuh nya di hati....
sungguh!
luahkanlah rasa itu, jangan tunggu lagi, hadapi sahaja apa yang bakal diterima.. sebab kalau esok telah tiada..
maka..
segalanya tiada erti lagi..

kip said...

kdg2 mmg ada sesetengah benda kita xdpt buat apa2 geng, jgn risau, ramai lg manusia idup mcm ko, n alami mcm ko. apa yg dpt kita lakukan adalah berdoa yg terbaik buat dia. pcaya la, benda yg milik ko pasti akan jd milik ko klu ditakdirkan..

Anonymous said...

salam.. eh, ko nak ke sydney ke? best2!
-daniel othman

apisv2 said...

slm kunjungan dan perkenalan..
dtg dr blog RM;)

blog apisv2

hakimfaridzul said...

@kellabukan benda mudah nak luahkan rasa...banyak benda yang perlu di teliti dan diperhati.. :(

hakimfaridzul said...

@kiphey kip!datang jugak kau kat blog haku!.aku harap apa yang kau tulis jadi kenyataan! :)

hakimfaridzul said...

@Anonymouseh daniel, tak la...cuma ada rasa cinta disana!keh keh keh

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets