Salam semua. Semalam aku ada tweet-tweet tentang Maxis yang akan memberhentikan Blackberry Internet Service Bonus berharga RM 20 yang memang sangat menjimatkan dan menguntungkan kepada pelajar macam aku ni mulai 31 Julai 2011. Aku tertanya-tanya kenapa Maxis nak memberhentikan perkhidmatan dengan kadar itu sedangkan ia diterima baik oleh ramai pengguna yang mahukan servis laju dan efisien dalam kadar berpatutan.
Kadar Blackberry Internet Service (BIS) yang terbaru pula telah diperkenalkan dengan dua plan pilihan iaitu BIS Lite Package dan BIS Social Package:
Aku bukanlah nak mengeluh lebih-lebih untuk harga RM30 sebulan tu. Tapi package yang sebelum ni BIS Bonus RM 20 dah cukup bagus dah. Semua boleh walaupun limited untuk 150mb. Dah bebaloi sangat untuk pengguna dan student macam aku ni. So, kalau Maxis bersedia untuk adakan semula BIS Bonus tu, aku antara orang terawal yang gembira sebab Maxis punya servis lagi laju berbanding syarikat telekomunikasi yang lain setakat ni.
Kalau RM30 pun, letak lah quota juga untuk layari internet. Untuk foursquare, untuk Blackberry Apps World. Kan molek sikit. Quota 150Mb pun dah cukup berbaloi dah. Harap-harap Maxis baca entri aku ni dah adakan semula BIS Bonus tu. Tak pun, pertimbangkan cadangan aku supaya diletakkan quota untuk web browsing... Itu pun kalau tak nak kehilangan pengguna Blackberry Internet Servis.
p/s : kawan-kawan aku dah sibuk nak beralih kepada syarikat telekomunikasi lain. Apa yang bagus dan laju ye selain Maxis ye?