Showing posts with label YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Show all posts

0 Bajet 2012 | Belanjawan 2012 | Hadiah untuk rakyat.

Datuk Seri Najib membayangkan hadiah mengejut menanti rakyat dalam pembentangan Belanjawan Negara 2012 hari ini. Selain kejutan itu, beliau menegaskan teras kepada bajet itu memberi fokus kepada penjanaan kekuatan ekonomi domestik ketika berhadapan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu kini.



"Bajet itu mesti memberi keyakinan kepada permintaan dalaman sebab dengan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu, kita perlu bersandarkan kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsang pelaburan."

Belanjawan Negara 2012, akan dibentang di Dewan Rakyat hari ini jam 3 petang yang akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen RTM. Pembentangan bajet kali ini juga merupakan satu pendekatan terbaru kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam emmacu ekonomi mereka.

YAB Perdana Menteri juga menegaskan bahawa bajet 2012 kali ini juga lebih bersifat inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi negara.

p/s : apa-apa pun, kita tunggu petang ni. adakah Bajet 2012 seperti yang anda idamkan atau, hanya sentimen politk semata. :)

3 Penangguhan makan malam bersama YAB Perdana Menteri dan rakan online.


p.s : aku harap PM kita sembuh cepat! Bagus juga ditunda sebab memang orang datang nak jumpa dia pun! wait for another dinner! yeah!

5 Gambar menghina YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib oleh Mamak Umno

Whoa. Salam semua. Diam tanpa update. Biasalah. Hidup bujang. Kadar pasang surut tu ada. So, Jumaat ni tak sabar nak pergi Majlis Makan Malam dengan YAB Perdana Menteri. Tapi aku ada dengar-dengar yang pm kena Chicken Pox. Betul ke? Harap-harap jumpa la dia nanti. So, ini dia. Sila lihat gambar dibawah :


Aku ni bukan suka sangat berpolitik. Tapi aku suka mengambil tahu isu politik yang berlaku. Aku ni budak bawah umur, masih belum lagi boleh mengundi. So, ini bukan entri politik semata. Aku pergi blog exception dan jumpa entri ini. Terus tertarik untuk menulis. Aku tak faham kenapa perlu diubah suai gambar ini. Motif? Saja nak tunjuk bakat guna photoshop? Nak tunjuk bakat yang kau juga pandai mengedit gambar? Sigh~

Ini kan Perdana Menteri kita. Kenapa la perlu dibuat sebegitu rupa. Aku tak mau cakap banyak-banyak sebab aku rasa tindakan ini kanak-kanak sangat dan YAB PM pun tak heran la. Hak3. Setakat gambar edit. Tapi hakikatnya, beragak la! Ni kan Perdana Menteri. Kau nak edit, edit la.. Tapi perlu kah di upload untuk tatapan umum?

Manusia ni, kadang-kadang makin tua, makin menggila dia punya perangai. Bab edit-edit gambar, remeh la~ Banyak lagi perlu diurusin~hahahahaha

p/s : mamak umno, aku rasa kau perlu minta maaf la..apa da, perangai macam budak tak cukup umur. buat malu jak!hahahaha

3 Makan malam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia bersama rakan online.

Salam semua. Macam biasa la. Mesti aku tuju blog-blog yang ada kat sidebar sebelah kanan blog ni! Nampak blog denai hati tulis pasal makan malam bersama Perdana Menteri dan rakan online. So, aku masuk dan teruja. Memandangkan aku tengah cuti semester dan tak tahu apa nak dibuat, aku sekarang memang gigih mencari apa jua aktiviti untuk penuhkan cuti ni! Nak kerja, itu nanti-nanti aku fikirkan!



So, aku just daftar di [sini] sebelum 17 oktober! Dapat tak dapat tu belakang cerita, janji daftar! Doa-doa nama aku dapat dalam beribu-ribu yang daftar tu! Nak sangat pergi! Tapi remaja umur 19 macam aku ni layak ke nak hadir? Hurm.. Takpe, aku nak sangat datang! Harap aku yang bertuah untuk makan malam bersama YAB Perdana Menteri! Teruja tak ingat dunia ni!

Korang try la daftar! Mana tau, rezeki kat korang! Datang, makan malam dan ada sesi dialog! Rugi tu! Ini mungkin pengalaman saki seumur hidup! Perlu berdoa banyak-banyak dah letak harapan agar terpilih! Kalau aku terpilih! Sudah tentu tak tidur malam nak memikirkan siapa yang aku akan jumpa kat sana kan? hahahahaha.

now, nak tunggu dapat email dan sahkan kehadiran!harap aku terpilih!

p/s : follow la mana-mana laman komuniti online YAB Perdana Menteri di twitter, facebook atau subscribe rss 1 Malaysia.com!


1Malaysia Menjana Trasformasi

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets