Showing posts with label final. Show all posts
Showing posts with label final. Show all posts

1 Na Li melangkah ke Final Grand Slam tennis pertama dalam sejarah Asia!


Salam semua. Na Li berjaya menjadi wanita pertama Asia untuk melangkah ke Final Grand Slam Australian Open! Berbekalkan prestasi hebat tahun lepas setelah berjaya melangkah ke semi-final, Na Li berjaya menumbangkan pemain no 1 dunia, Caroline Wozniacki dengan kemenangan 3-6, 7-5 dan 6-3!!!

Tahun lepas Li Na beraksi sehingga separuh akhir

Final nanti, Na Li akan menentang sama ada lawan iaitu Clijsters atau Zvonareva! Aku bet, finals akan pertemukan Na Li dengan Clijsters! No doubt yang Clijsters tu memang hebat, tapi dengan prestasi terbaik Na Li setakat ni, aku target dia boleh menang Grand Slam pertama! Pemain Asia pertama tu! Gempak weyh! So, aku sokong habis-habisan Na Li!!!

Gambar latest Li Na menentang Wozniacki

Untuk Wozniacki, aku memang tak boleh nak cakap apa la, bukan rezeki dia untuk menang Grand Slam pertama even dia dah bekerja keras sangat-sangat untuk itu. Aku akui memang dia hebat! Backhand dia memang superb. Kekalahan dia mungkin ada kaitan dengan pertukaran racket yang dia guna, sebab before ni dia guna racket Babolat.. Apa pun, dia berjaya kekalkan ranking no 1 dunia tu buat masa ni!

profile Na Li, dah berumur dah dia ni, tapi masi ummphhh!

p/s : tak sabar nak balik tengok final! tadi dengar and tengok live score je! :) gembira hari ni! feeling lebih!

3 Siapa mahu belanja tiket final ATP Kuala Lumpur?

Whoa. Salam semua. Mostly kawan-kawan rapat aku memang sedia maklum bagaimana kecenderungan aku terhadapa tennis! Aku sanggup masuk tidur awal kul 8 malam then bangun tengah malam semata-mata nak tengok tennis sampai pagi! Tak kesah la ujian ke, exam ke.. Kalau aku tension, sure-sure aku cari court tennis dan main sampai puas!


Masalah sekarang ni, aku tension sebab aku nak tengok final tennis ATP Kuala Lumpur kat stadium Putra Bukit Jalil Ahad ni! Tolong la! Some one yang baik hati, belanja tiket ni untuk hadiah birthday present aku! Nak sangat tengok live final betul-betul depan mata aksi tennis peringkat antarabangsa! Kalau sudi, private message me via email, twitter or facebook ye! Tak pun sesiapa yang ada tiket, tapi tak tahu nak ajak sapa, ataupun tak nak pergi! Bagi la kat aku!

P/s : muka sangat berharap sekarang ni!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets