Salam semua. Laman sosial 1Malaysia.com sudah dilancarkan kepada umum. Dengan fungsi yang mudah dan pelbagai, anda kini mampu mengetepikan Facebook dan terus menggunakan 1Malaysia.com. Kini ia merupakan sebuah laman jaringan sosial khususya rakyat Malaysia! Mudah dan ringkas! Lebih tepat jika aku boleh katakan sama tidak banyak bezanya berbanding Facebook. Cuma ini mungkin buatan Malaysia! Hahahahaha. Sedikit screen shot dari 1Malaysia.com.

1Malaysia.com untuk rakyat Malaysia
Sedikit info tambahan dari sumber amanz.my :
Laman 1Malaysia.com sebelum ini merupakan salah satu blog, yang membincangkan pasal Malaysia, namun begitu, pemiliknya telah mengubah konsep dan segalanya pada laman tersebut kepada konsep laman sosial. Dalam tempoh kurang sehari dilancarkan, lebih daripada 113 orang pengguna telah berdaftar (sehingga artikel ini ditulis), dan angka tersebut meningkat dengan amat pantas sekali.
1Malaysia.com turut sama membawakan pelbagai fungsi sosial, daripada fungsi blog, forum, acara, video dan banyak lagi diintegrasikan bersama padanya. Penggunaan nama domain 1Malaysia.com juga dijangka akan berjaya menarik minat ramai pengguna, selain memudahkan mereka mengingatinya memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mohd Najib menggunakan domain seumpamanya, iaitu 1Malaysia.com.my.]
Boleh ke sini untuk mendaftar 1Malaysia.com! Selamat mencuba kawan-kawan! Jom kita pakat ajak rakyat Malaysia semua tinggalkan Facebook dan beralih kepada 1Malaysia.com! Dahulukan barangan dan laman web buatan Malaysia beb! Hahahahahaha
