Showing posts with label pelajar mesir. Show all posts
Showing posts with label pelajar mesir. Show all posts

3 Hosni Mubarak Letak Jawatan, Tinggalkan Kaherah Bersama Keluarga.

Akhirnya, Hosni Mubarak meletak jawatan dan akan meninggalkan Kaherah bersama keluarga. Alhamdulillah!



KAHERAH 12 Feb. – Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.
“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.
Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.
Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan.

1 Ops Piramid : Kos operasi sangat tinggi! Sila hargai!

Kos operasi Ops Piramid sangat tinggi! Itu memang kenyataan! Ops Piramid iaitu tindakan kerajaan Malaysia mengeluarkan sebilangan besar rakyat Malaysia keluar dari Mesir berikutan rakyat negara itu yang melakukan mogok dan perhimpunan serta tunjuk perasaan terhadap kepimpinan Hosni Mubarak sehingga mencetuskan keadaan tidak selamat. Oleh itu kerajaan telah melancarkan Ops Piramid untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

Ops Piramid

Sedia maklum bahawa perjalanan dari Mesir dan Kuala Lumpur bukanlah satu jarak yang dekat. Perjalanan menggunakan udara dan air memang memerlukan belanja yang cukup-cukup tinggi. Tiket kapal terbang, sewa tapak, bahan bakar, makanan, sukarelawan, pembantu dan sebagainya memang memerlukan belanja yang cukup besar. Oleh itu, silalah hargai usaha murni kerajaan untuk mengeluarkan pelajar dan rakyat kita disana!

Kenapa usaha-usaha begini disalah erti? Ada yang kata ini semua agenda politik semata-mata. Pelik tapi itulah keadaan dimana jika mata sudah dibutakan untuk menilai erti bantuan kepada rakyat dan kesediaan kerajaan membantu mereka ketika memerlukan pertolongan tanpa pilih kasih! 

Operasi Piramid

Lagi satu aku pelik betul dengan perangai ibu-bapa yang emosi gila-gila nih! Dah kata anak mereka akan dikeluarkan dulu dari Mesir dan ditempatkan sama ada di Kaherah atau Abu Dhabi, tapi tak faham gak! Marah-marah kat wiswa putra cakap itu ini. Fikir anak kau sorang ada kat Mesir untuk diselamatkan? Bersyukurlah sikit kerajaan dah bantu mengeluarkan anak anda semua dari Mesir! Bawak lah bersabar ye!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets