Showing posts with label pemimpin negara. Show all posts
Showing posts with label pemimpin negara. Show all posts

17 Video Skandal Seks Anwar Ibrahim - Isu Seks Yang Tak Habis-Habis

(Video Skandal Seks Anwar Ibrahim). Salam semua, mungkin aku bukan orang yang ada hak untuk bercerita mengenai politik semata, namun aku ada suara yang aku rasa aku nak juga berkongsi apa yang aku rasa. Apa yang aku perhati dari dulu hingga sekarang. Aku rakyat Malaysia dan aku ada hak untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung isu-isu yang semakin hari aku rasa semakin menjelekkan! Jujur!

Masih ingat bagaimana DS Chua Soi Lek turun dari kabinet disebabkan isu video seks? Bagaimana pula dengan isu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik? Isu Saiful Bukhari yang belum nampak penghujungnya. Isu yang rata-ratanya orang politik kata "alah, ini ada sentimen politik, nak jatuhkan orang itu dan orang ini". Setuju?


Sebagai rakyat yang dipimpin oleh pemimpin, aku punya pendapat, kenapa isu-isu video seks ini kerap kali didengar untuk menjatuhkan orang lain. Apa sebab isu begini timbul? Jujurnya, aku sebagai rakyat ni sering tertanya-tanya, kenapa pemimpin yang seharusnya memimpin perlu ada dalam isu ini. Mana jati diri dan wajah diri yang perlu mereka cermin sebagai seorang pemimpin?

Dan kenapa, kalau anda tidak melakukan, terus sahaja tidak mengaku dan sedia bekerjasama dengan pihak yang berkenaan. Kenapa perlu lari, pusing cerita itu ini dan putar belit fakta sehingga rakyat hari ni dah bosan dengan aksi dan gelagat pemimpin kita! Jujurnya, aku rasa rakyat hari ni ikut je mana pemimpin yang memberi lebih contribution lebih kepada mereka. Bukan sebab mereka betul-betul percaya yang pemimpin itu punya sikap memimpin dan ketua.


Terbaru sedia maklum bahawa sekali lagi, DS Anwar Ibrahim diheret dalam isu rakaman video seks beliau dengan seorang pelacur cina di sebuah Spa. Aku tertarik dengan entri Denaihati mengenai isu ini :

"Terbaru Anwar Ibrahim telah menafikan bahawa beliau adalah pemimpin politik pembangkang yang terdapat dalam rakam video aksi seksnya bersama pelacur dari China di sebuah SPA. Rakyat kecil seperti aku ni tertanya-tanya siapa yang betul siapa yang fitnah ni. Tak akan Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pertuduhan liwat 2 sebodoh itu untuk melakukan perbuatan terkeji dan tak akan pula DS Najib Razak sebodoh itu mencipta konspirasi skandal seks Anwar Ibrahim untuk meraih simpati rakyat.
Negara terus tidak stabil dengan skandal demi skandal Anwar Ibrahim. Cukuplah itu kerana rakyat kecil yang tidak fanatik dengan mana-mana parti sudah bosan dengan skandal seks Anwar Ibrahim." petikan dari Denaihati

Betul aku cakap, rakyat dah bosan! Ayuhlah pemimpin negara, bersihkan yang kotor dan jernihkan yang keruh! Malaysia dah hilang identiti timurnya. Semakin hari semakin dikikis. Dah terlalu banyak isu-isu yang melibatkan pemimpin! Rakyat sudah mula hilang yakin. Doaku : aku harap isu-isu sebegini rupa membuka mata semua orang untuk menilai keperibadian diri dan keikhlasan menjadi pemimpin! Kalau benar semua ni, cepatkan lah pembalasan! Jika tidak benar, bersihkan la negara dari isu-isu ini! Aku menulis atas dasar aku seorang rakyat! Aku mahukan pemimpin yang sebenar-benarnya aku boleh banggakan dia sebagai pemimpin aku!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets