0 kenape selsema bai dah masuk ASIA TENGGARA ni...

Thailand sahkan dua kes selesema babi


BANGKOK: Thailand hari ini mengumumkan dua kes pertama selesema babi membabitkan dua individu yang baru pulang dari Mexico dan mereka semakin pulih.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Thailand, Witthaya Keawparadai, enggan menyatakan butiran pesakit berkenaan dengan alasan menjaga kerahsiaan doktor dan pesakit dan hakikat bahawa kedua-dua pesakit juga mulai sembuh.

"Kami sudah mengesahkan dua kes H1N1 influenza A. Tiada penularan wabak di Thailand," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kes di Thailand itu menanda ketibaan selesema babi di Asia Tenggara. Negara lain di Asia yang melaporkan kes itu termasuk China, Jepun dan Korea Selatan. -

0 komentar:

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets