25 dari alam angker bersama hakimfaridzul

Salam semua. Mula-mula kita refreshing minda sekejap. Kalau saya sebut hantu, apa yang anda fikir? Takut, seram, horror, ngeri. Dah-dah, saya cuma tanya dan suruh anda berfikir je.

Entri kali ni nak mengupas kelepbagaian hantu yang ada kat Malaysia ni. Menarik bukan? Ye la. Kita dok bangga-bangga dengan kepelbagaian budaya, bangsa, makanan dan segala-galanya. Apa kata kali ni, anda bangga dengan kepelbagaian hantu di negara kita ni. Amacam? Mahu bersama saya dengan pelajaran hari ini.

Hantu pertama ialah antara hantu yang boleh menang Anugerah Hantu Paling Popular. Cik Pontianak atau nama samaran lain Cik Langsuir. Kenapa hantu ni namanya Potianak? Sebab hantu-hantu ini menjelma selepas seorang ibu yang semestinya perempuan mati beranak. Mean mati bersalin la beb. Kalau ambil nama awalan Pompuan Mati Beranak. Eh, kejap-kejap. Kalau Pondan Mati Beranak? Erk, boleh panggil pontianak juga kan? Komfius-komfius!

Ha, ini dia, Cik Pontianak untuk tatapan anda!



Berganjak ke hantu seterusnya yang mana aku juga pernah melihat time kat asrama dulu-dulu. Oit, seram weyh. Ini hantu banyak bungkus, banyak lilit. Nama komersial Pochong!!! Kalau kat asrama dulu, kita orang panggil "sweet". Ye la macam gula-gula kan?? Ikat atas, ikat bawah. Cute namanya tapi kalau korang dah nampak. Gigil, ketaq pale lutut korang weyh. Hantu ni dikatakan gemar dibawah katil, tepi pokok pisang dan tandas. Ha, dah tak berani nak ketandas la tuh! Betul. tak percaya, boleh jenguk-jenguk bawah katil ni. Selamat mencuba!

Ini dia, gula-gula baik punya!


Seterusnya ialah budak kecik kehijauan! Saya pun pelik. Time kecik-kecik dulu. Nenek selalu cakap kat kampung ramai orang bela toyol. Dikatakan toyol ni suka hisap ibu jari kaki anak dara! Beware. Malam ni boleh tido pakai stokin ye!!!Hak hak hak. Nenek saya cakap, kalau nak halau or lekakan si toyol ni. Letak la ikan puyu@betik nama saintifik jawanya atau taburkan kacang hijau kat rumah. Sure kalau ada toyol datang, kacang hijau tu gerak-gerak. Tak pun, kalau letak ikan puyu tu, ikan tu akan tak tenteram. Owh, cakap aku tipu ye.. Ha, cuba pergi try. Mana tau menjadi! Good luck!

Untuk tatapan dinihari, saya bekalkan sekeping gambar adik toyol kita!


Sudah-sudah. Terakhir sekali yang masuk dalam carta hantu popular kali ni ialah hantu tetek nenen! Masa kecik-kecik dulu. Saya memang takut dengan hantu ni. Nenek saya cakap, hantu ni ada tetek yang amat, maha, ter besar!!! Hantu ini didakwa akan menyorokkan kanak-kanak yang gemar main sorok-sorok. Lagi-lagi kalau dah maghrib. Nenek cakap, kalau dah kena sorok dek hantu tetek ni, susah nak balik semula. Mungkin sesat kot kat dalam bra dia tu kan? Wah, hantu pakai bra weyh! Hebat!maaf tiada gambar untuk anda untuk gambar hantu tetek ni. 18sx la. Lagi pun, cik hantu tetek tak mahu gambar dia dipublisitikan!maaf ye!!!nak jugak?nah, ambik kau!



Apa-apa pun, entri kali ni ditulis sebab rindu kat nenek kat kampung tu! Nenek memang suka share cerita-cerita hantu. Dah boleh dijilidkan saya rasa kalau kumpul semua cerita yang pernah nenek cerita!!!

Anda bagaimana? Masih dihantui dan dibayangi??? Pernah jumpa hantu? Menarik tak? Boleh la share-share kat comment nanti! Kita tambah ilmu sama-sama tentang hantu 1 Malaysia!



25 komentar:

Nur Suaidah Bachok said...

mlm2 cerita hantu plak kau kan.. hahaa :)

Amna Nasuha said...

lawak la cara penceritaan hantu ni...boleh gelak guling2...tak tahan bila tgk pocong tuuu...gula2 baik punyaaa..haha

syahril amyra said...

pela..sweet je seram..hoho

Nor atau Nad said...

ye nenek ko memang sempoi
ade je petua
halau hujan lahh
apelahh
ahahaha
hantu gossip x da???

Fie Jaafar said...

I LIKE THIS POST.. :p

Anonymous said...

Hang tu memang...
Gudnite....
Takut hantu..
Salam sayang dari ku bur...
hantu punya budak hehehehe

Asdira Rashid said...

ahahaha~ srius lawak!!!

Nina Aziz said...

hakim..ko kidnap tag raja lawak tu ke?? 1malaysia 1hantu??

Muhammad Fahmi Bin Masarudin said...

hahaha..mcm2 kau ni....

arm nomi said...

gempak!!! ^^

Anonymous said...

hantu last skali pling xleh blah!
hakha!

qilamahadi said...

:)

Anonymous said...

pocong kat cni lak slalunya panggil sarung nangka...

hakimfaridzul said...

nur su'aidah : apa salahnya..cerita sebelum tidur..

hakimfaridzul said...

mam yuki : guling la puas-puas ye..

hakimfaridzul said...

syahril : sweet je??

hakimfaridzul said...

nor : nenek aku memang begitu!!!

hakimfaridzul said...

my.name.is.shashya : like juga!!!

hakimfaridzul said...

anonymous : memang takut la!!

hakimfaridzul said...

nur : lawak ke??sengih la tu!!!

hakimfaridzul said...

nina : aku tak tengok pun raja lawak weyh!

hakimfaridzul said...

fahmi : macam-macam ada weyh!!!

hakimfaridzul said...

arm nomi : apakah??biase2 jo...

hakimfaridzul said...

qilamahadi : smile juga!

hakimfaridzul said...

locus theoda : wah!!!nangka??kenape tak cempedak???agagaga

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets