4 maaf, saya lambat, tapi ini ikhlas dari saya

Whoa! Salam semuanya! Walaupun masa saya menaip entri ini jam di penjuru skrin dan menunjukkan pukul 11.55 pm. Saya masih gigih untuk menaip entri ini walaupun bertelanjang, mana ada, bertuala je! gatal~

Bukan la nak lawan-lawan dengan bloggers lain menaip entri untuk hari guru. Cuma ini semangat yang berkobar-kobar nak memberi sepatah, dua, tiga dan banyak lagi sempena hari guru! Meskipun terlambat. Itu tidak dapat menghalang saya! Ok, faridzul, sudah cukup kau merepek meraban untuk pendahuluan!

Walaupun masa sekolah rendah, ramai cakap saya nerd, saya tak kesah! Sebab cikgu-cikgu sayang saya! Haih, masalah perasan tak sembuh lagi! Habis semua pertandingan peringkat daerah, muka comot ini juga yang wakil! Bosan dah semua orang tengok! Naik loya pun ada agaknya~

tak la rupa begini

Cikgu sekolah rendah suka paksa-paksa saya masuk macam-macam. Choral speaking la, bercerita arab, melayu, english habis diterjah. Belum lagi kuiz am, kuiz math, sains dan kuiz-kuiz yang macam-macam. Berkhemah kat hutan, padang sekolah adalah kewajipan sebab saya geng pengakap nerd! bahahahaha



Masuk sekolah menengah mula agenda asrama! Haih, tak usah cerita, nerd dah entah kemana? Tanduk, ekor, misai semua keluar! Hujung minggu, mak ayah datang berlagak baik sopan santun! Sigh~ Jangan mengata saya ye! Ini kenyataan budak asrama!

Cikgu sekolah menengah saya especially yang melayu! Sangat baik dengan budak-budak asrama! Sebab, kat sekolah Methodist Boy School tu, tak ramai melayu duduk kelas awal-awal. Lagipun, melayu bukan majoriti! Kami ditatang bagai air tempayan yang penuh! Ada hal je, mesti budak asrama menang! Sayang cikgu lebih la!

Sudah, ter-esak-esak saya menaip entri ini mengenangkan zaman muda remaja ~bahahahaha.Sekarang baru 19 la. Mudo belio joyah oi! Rindu zaman sekolah sangat!

Cikgu, saya tahu, cikgu baca ini kan? Selamat hari guru dari saya! Anda inpirasi awal untuk saya terus berjaya! Terima kasih untuk segalanya!



Entri ini untuk perhatian : Guru-guru/pendidik :-
  • Sekolah Rendah Morib
  • Asrama Yayasan Selangor Klang
  • SMK Methodist ACS Klang
  • MRSM Merbok, Kedah
  • MRSM Pontian, Johor
  • Vella Driving Instituition
  • PLKN Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Bahru
  • Pengakap Kelana Kuala Langat
  • UiTM Kedah
  • Makcik saya di sebelah rumah.
  • dan sesiapa sahaja bergelar pendidik!
Nota kaki busuk : ini entri tercepat saya! Penat setelah kembali dari Johor dan Melaka~menerjah blog anda di kemudian hari!~selamat malam~



4 komentar:

izzah said...

hush..smpi cikgu driving skali..
mmg ank murid yg kenang jasa!!
hahhaha..

Misshy Innz said...

nape driving skul tuh bold ?
hehe ;D

Ken Wooi said...

happy teachers day!
miss celebrating it in school =)

Anonymous said...

Hensem guru kesayangan kamu tu....eeekkkk!!!

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets