Salam semua. Hari ni luar biasa dan sakit hati sikit memandangkan pagi buta dah kena bangun sebab ada orang ketuk pintu bilik macam nak roboh dan semua roomate membuta tak sedar diri. Tapi itu bukan kontent entri aku hari ni sebab, aku rasa, berblogging ni, perlu ada ilmu yang dikongsi, sebab ada yang membaca dan cuba berkongsi ilmu. Itu yang penting! So, aku nak blogger-blogger yang baru macam aku ni, cuba cari ilmu blogging jika korang memang minat betul-betul!
Masa aku start blogging dulu, aku teruja sebab, kira macam ada laman web sendiri!kan? So, suka hati je nak tulis apa yang korang nak. Nak ngumpat, nak kutuk orang, nak caci maki semua boleh. Even, cerita kuali hangus pun kalau boleh nak share kat blog. Ya, itu untuk personal blog. Lama-lama, aku realize yang berblogging ni macam sharing, so, share la apa yang boleh dimanfaatkan bersama.
Nowdays, dah ramai bloggers yang hebat. Means hebat tu, bukan sebab traffic dia beribu-ribu sehari, tetapi lebih kepada perkongsiaan ilmu yang bermanfaat. Since, aku mula nak belajar ilmu blogging ni, aku cuba untuk cari ilmu-ilmu yang dia orang sharing. Tentang SEO, tentang SERP, tentang Traffik, tentang keywords dan macam-macam. Kalau korang betul-betul minat blogging, serius, blogging lebih dari sekadar menulis! Dan aku memang nak ilmu blogging!
Nak cerita bloggers yang menulis dan berkongsi ilmu ni susah. Sebab, aku suka bloggers yang bercerita dekat dihati. Bukan sekadar update blog, share dan tarik traffik. Aku suka bloggers yang lebih kepada bercerita dan berkongsi sebab aku boleh imagine bloggers tu duduk depan aku dan bercerita! Syok kan? Imagine bloggers yang jauh kat Russia ke, kat Sheffield ke, kat Australia ke, ada depan mata buat tutorial! Hak3. Tau sapa? Teka lah.
Bawah ni sedikit senarai blog yang aku rasa mereka bercerita dan berkongsi secara berkesan. Means, mereka memberikan ilmu dan mengajar melalui blog seolah-olah mereka didepan mata kita. Dekat dihati, macam TV9!hak3
- Ariffshah.com
- Kujie2.com
- Eyriqazz
- Dahlia Journal
- Intanurulfateha
- Denai hati
- Dauspozi
- RidzuanRichie
- JustKhai
- KulanzSalleh
Kenapa aku listkan blog kat atas? Sebab, aku rasa cara mereka menulis dekat dengan hati. Means, apa yang mereka cuba sampaikan sangatlah jelas dan kita boleh faham tanpa putar belit otak. Aku suka penulisan yang telus. Tapi, kadang-kadang perlu juga entri kelaut kan?hak3. Nway, untuk bloggers baru-baru macam aku, try la jenguk blog-blog dia orang! Belajar ilmu blogging! Good luck!
5 komentar:
blogging ada banyak perkara kita perlu belajar.
1. Cara penulisan yang menarik atau bermaklumat
2. Memahami tentang SEO dengan baik. Kalau ada blog sahaja dan penulisan yang menarik tapi tak tahu langsung pasal SEO amatlah rugi.
Skim Rumah Pertama ku 2011
Jom tukar Link dengan Utusan Malaysia
BETOL TU.. aku baru nak berjinak2 bligging ni. anyway. terima kasih
TOP MALAYSIA BLOG
BAGAIMANA NAK BUAT BLOG TIADA.BLOGSPOT.COM....CUMA .COM JER..
@SITI
kena beli domain dot com baru ada dot com. blospot tu percuma je.
Btol cakap kau, bila kita baca blog yg owner blog tu mcm ada depan kita, senang kita nk apply apa yg kita baca...
Post a Comment
yeah!
nak tinggalkan comment ke???
tunggu reply aku tau!!!