0 Boleh tolong aku tukar baju biar nampak smart boleh?

Whoa. Salam semua. So, aku bukan nak timbulkan kontroversi dengan menaip entri untuk bahan fantasi anda mahupun aksi kamasutra yang anda halusinasikan! Cuma aku nak korang semua tolong aku menukar baju blog "ini cerita si cepit" sebab aku rasa baju blog ni suram dan tak ceria. Ceria yang aku maksudkan bukan bermakna ceria berwarna warni macam pelangi atau penuh dengan kartun sinchan mahupun naruto. Ceria means hidup!

Kenapa aku beriya sangat nak tukar baju blog aku ni? Yang utama ialah aku sukakan feedback dari kawan-kawan aku tentang blog aku ni. Prestasi, gaya penulisan dan juga rupa blog ni. Kawan-kawan rapat aku dan juga roomate menjadi tempat aku dapatkan feedback secara direct selain guru blog yang saya bagi gelaran sendiri iaitu cikbuibui!


Diorang ni selalu cakap penulisan aku kelaut la, entri merepek la, jangan jiwang sangat boleh tak?, buruk la layout kau! dan macam-macam lagi. So, aku sangat menghargai komen setiap orang. Kalau positif aku berterima kasih dan akan kekalkan. Kalau negatif komennya, aku juga akan ucapkan terima kasih dan ubah mana yang dikomen. 
Blog ko ni nampak macam suram la. Warna merah pun bukan yang menyala, ada kelabu la. Macam blog condolence untuk orang mati la. (sambil gelak)
So, aku rasa memang aku nak ubah warna dan layout blog ni. Aku bercadang nak mintak tolong kat bean moreno buatkan aku layout baru dan mungkin header juga sebab dia charge murah gila dan aku jamin layout yang bean akan buat memang superb! So, aku nakkan idea bernas korang yang superb untuk tukar baju blog ni. Cadangan anda akan dipertimbangkan dan diambil perhatian! TQ.

0 komentar:

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets