1 Boleh tak tukar tender lain untuk dining Kolej Malinja?

Whoa. Salam semua. Hari ni baru aku ada masa terluang sikit walaupun hakikatnya aku sangat penat training tennis petang tadi dan perlu membaca buku untuk test global esok. Ni entri terpaksa sebab aku dah tak tahan dengan keadaan dining Kolej Malinja, UiTM Kedah. Entri ni bukan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa pun. Entri ni ditulis atas sebab suara sebagai seorang mahasiswa yang duduk didalam kolej tidak diendahkan!

Bukan aku tak pernah buat laporan di Pejabat Kolej mahupun Majlis Perwakilan Pelajar tentang masalah yang melanda dining kolej aku ni. Penat, tiada sebarang respond dan keadaan tiada bezanya. Sumpah! Dewan makan MRSM Pontian dan Merbok serta Yayasan Selangor aku lebih baik servisnya berbanding dining UiTM ni. Sekali lagi, ini entri suara mahasiswa yang aku rasa perlu didengari sebab tak ramai yang berani tampil memberikan komen serta pendapat mengenai masalah ni. Kecewa.


Beberapa faktor yang membuatkan aku tak tahan dengan dining Kolej Malinja UiTM Kedah ialah :

1. Pihak dining tak mampu menyediakan makanan setanding dengan kapasiti pelajar.

Ni bukan aku sorang yang nampak ye. Semua tahu keadaan ni. Seriously, kalau pukul 8 malam tu, lauk untuk dinner boleh dikatakan hampir habis atau pun sudah habis. Tray lauk tu harap je banyak, kosong, tinggal kuah, sisa-sisa je. Padahal cuba bayangkan yang pukul 8 malam adalah waktu pelajar kebiasaannya makan malam! Even tengah hari pun sama je keadaannya. Tiada perubahan dari budak pre-law masuk sampaikan sesi kemasukan dah pun habis! Kadang-kadang nasi pun tak de. 

2. Masalah kakitangan dining Malinja.

Yang ni lagi parah aku rasa. Kalau tak cukup kakitangan atau pekerja tapi servis baik dan memuaskan, aku boleh consider jugak. Sampaikan meja tak berkemas, bersepah pinggan sana sini. Kat meja penuh ngan pinggan. Kesian gak tengok akak dekat kaunter minuman dan cashier, berkejar nak kemas pinggan, amik order, buat air dan sebagainya. Kalau tak mampu, sila la tambah kan bilangan pekerja atau sila la berundur, bagi tender lain mencuba nasib.


3. Adab dan tatasusila pekerja.

Kalau korang boleh dengan keadaan pekerja yang kadang-kadang menjengkelkan. Anda tak perlu teruskan bacaan dengan entri ni. Sekarang cuba bayangkan keadaan yang aku lalui malam tadi. Aku order nasi goreng pataya. Siap dan aku ambil di counter cashier. Aku cari sudu dan garfu. Tiada. 
Aku tanya soalan ni " kak, sudu ada tak? " jawapannya, sudu dah habis, dengan muka yang memang nak makan penyepak sekali dua dari aku!!!! Aku tanya balik, habis tu, makan nasi pataya dengan tangan? Akak tu jawap, makan je la! ".
Fine, aku memang berapi gila! Aku bagi sikit jawapan yang memang dia lagi berapi dengar! Untuk orang macam ni, better kita bagi jawapan yang sedikit menyentapkan jiwa dia! Ini jawapan aku! 
Kak, cakap dengan bos, kalau tak mampu nak sediakan makanan sama dengan kapasiti budak kolej, tukar je tender lain. Banyak lagi tender lain tunggu. Shame!
Kadang-kadang pun, muka akak yang jaga kaunter tu sumpah macam nak mintak penampar atau penendang aku! Geram weyh, ramai dah perasan. Tolong la, kau tu bekerja di sektor perkhidmatan. So, sila la bagi sikit senyuman. Kita orang pun nak membeli dalam keadaan yang bagus. Berikan senyumana, bukan muka masam mencuka dan mulut muncung macam nak kena ikat tocang!


Dah la, tak guna cakap dan tulis banyak-banyak kalau keadaan ni tiada perubahan hingga keakhirnya. Aku tak tahu mana silapnya. Adakah pihak kolej yang kurang membuat pemantauan atau pihak dining sendiri yang tiada tanggungjawab atau pihak Majlis Perwakilan Pelajar yang tidak peka terhadap kemaslahatan pelajar kolej. Aku bingung!

Aku bukannya pandai nak mengarah atau memberikan komen semata-mata. Aku kerdil kat UiTM ni, suara aku jauh untuk didengari. Entah-entah entri aku pun suram dan berlalu begitu sahaja. Bagi aku, kalau anda memikul tanggungjawab, jalankanlah dengan sebaiknya, kerjakan tugas kau tu. Bukan setakat duduk atas, pegang jawatan dan bangga tanpa menjalankan amanah! Aku tak tuju dekat sesiapa. Ini sebagai peringatan untuk aku sendiri dan yang lain-lain juga. Fikirkan!

p/s : sila klik butang like, seriously aku nak korang punya komen dan klik butang like kat bawah ni! TQ

1 komentar:

Unknown said...

tengok pinggan mangkuk bersepah camtu, tiba2 terbayangkan game dinner dash tu. haha.

Ok serius, aku paling benci makan kat kolej/asrama. Makanan dah la tak sedap, kotor plak tu. euwwwwwwwwww kalau masak kubis lagilah serius macam ada rasa racun siap ada pasir pasir lagi. yakssssssss! sanggup tak makan atau belanja makan kat luar dari makan kat dine hall tu.

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets