Showing posts with label majlis perwakilan pelajar. Show all posts
Showing posts with label majlis perwakilan pelajar. Show all posts

11 Amaran dilarang mengesat tahi hidung di dinding tandas!

Salam semua. Pernah dengar amaran dilarang mengesat tahi hidung di dinding tandas? Unik bukan? Kolej korang ada? Aku rasa takdak! Kalau tak pernah, sila baca dan teliti gambar dibawah ini :

 Kolej Perindu 2, tingkat 2, tandas baru!

Zoom in sikit, kasi korang jelas!

Setelah aku teliti beberapa toilet, memang sah-sah ada makhluk yang pengotor dan menjijikkan ni rupanya! Habis dinding toilet penuh tahi hidung! Buwek! Geli la siot! And for your information, bilik mandi pun ada! Cuma, kertas amaran ni just ada kat satu tandas je! Patut orang yang tulis ni photostat banyak-banyak kali lekat kat semua toilet! Hahahahaha

p/s : sambil membuang, sambil berdoa! Relevankah ini semua ditampal????

14 UiTM kini memandang serius isu plagiarism!

Whoa. Salam semua! Ini namanya orang tak sedar diri! Jumaat dah start final exam, engkau boleh lagi update blog, check email, jenguk facebook, twitter segala. Kita panggil sebagai ubat menghilangkan tension! yeah! Seperti tajuk entri, kini UiTM tampil memerangi jenayah plagiarism secara besar-besaran. Aku tak tahu adakah hanya di UiTM Kedah sahaja atau UiTM seluruh Malaysia. Yang penting, plagiarism sangat-sangat famous isunya sekarang ni!


Bagi pemaham aku, plagiarism ni seperti kau ambil hasil nukilan, karya dan sebarang bentuk idea, ayat, perkataan dan sebagainya tanpa memberikan kredit kepada penulis atau pencipta karya tersebut. Kira kau ambik aku punya entri then claim kau buat entri tersebut dengan copy paste kat blog kau tanpa letak siapa sebenarnya orang yang tulis entri tu. Faham? Kiran ciplak la! Heh! 

Tak silap aku, baru 2 hari lepas atau semalam aku nampak poster plagiarism merata-rata. Bukan main besar! Siap tulis kesalahannya boleh dikenakan tindakan gantung semester, tukar course atau lebih dahsyat disingkirkan terus dari UiTM. So, beware. Nak ambil mana-mana article nowdays, kena pastikan korang claim datang dari mana menatang tuh! Aku ada dengar gak UiTM ada beli software or something macam program untuk check plagiarism ni! Hebat bukan!


Aku anggap plagiarism ni sebagai jenayah halus sebab kau macam mencuri orang punya harta! Lepas tu sedap-sedap cakap kau punya. Ala, macam budak tu (dia yg tidak perlu diberitahu namanya). Hak3. Bukan tujuan mengutuk, tapi sila ambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Lagi-lagi kalau kau copy paste entri blogger hebat, then letak kat blog kau. Lepas tu dah kena kutuk, cop sebagai plagiat, kena herdik semua... Baru sibuk mintak maaf dan tutup blog! WTF! Kan? So, better jangan buat!


Aku tak nafikan sebelum aku jahil dengan ilmu tentang letakkan citation, APA dan MLA style tu. Aku dulu memang stock copy paste je! Lagi-lagi dekat assignment kan. Habis semua article aku claim poyo article aku. Sekarang insyaallah, aku akan letak dan claim sape tuan punya article semua tuh. Kalau gambar? erk, tu nak kredit kat google pun tak boleh kan... Sebab memang ada sourcenya.

p/s : fikir dulu sebelum buat! (sapa makan cili dia rasa hangatnya)

10 Pengarah Kampus Masuk Blog Aku Selepas Sahur.

Salam. Sebelum apa-apa, aku nak ucap dulu terima kasih kepada Pengarah Kampus atas sikap beliau yang peka terhadap masalah yang korang sendiri nampak atau tidak nampak! First of all, korang pernah baca entri aku bengang dengan dining kolej Malinja? Kalau pernah, Prof Zaliha telah memberikan gambar jelas kepada aku apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang beliau sedang lakukakan. Beliau telah komen di Wall aku dengan memberikan jawapan ini :


Salam saudara Hakim Faridzul. Adalah tidak adil saudara menyebut nama dining Kolej Malinja di tulisan saudara. The culprit dalam masalah ini adalah Caterer didining tersebut Syarikat Shake Cuisine yang bermasalah. Berkenaan aduan saudara, tidak benar yang ianya tidak diperhatikan malah saya dan pihak pengurusan telahpun mengambil tindakan tegas dengan memanggil pihak Shake cuisine dan telah memberi amaran keras. Sudah tentu pihak pengurusan perlu mengikut prosedur tertentu dalam menangani isu ini dan tidak boleh menamatkan kontraknya secara drastik.Pihak Shake sedang dipantau dan memang kami tidak nampak perubahan yang dibuat walaupun beliau telah berjanji untuk memperbaiki perkhidmatannya.

Terimakasih saudara Hakim kerana telah membantu pihak pengurusan UiTM menambahkan lagi bukti-bukti yang telah dikumpul supaya menjadi lebih kukuh apabila pihak universitimengambil tindakan ke atas Shake Cuisine nanti. Saya nasihatkan saudara supaya menulis blog entri directly referring to catere Shake Cuisine agar beliau merasa perlunya membuat perubahan dengan segera dan tidak membuat sikap sambil lewa. Biar orang diluar sana tahu prestasi buruk caterer ini. "Bekerja dengan ikhlas"

Faham dengan penjelasan tersebut. Maknanya, pihak UiTM bukan boleh automatically berhentikan perkhidmatan tersebut. Kena bagi chance dan warning kepada mereka terlebih dahulu! Alhamdulillah ada ambil tindakan walaupun kita sebenarnya hanya nampak kerusi dan meja sahaja yang berubah.


Kalau korang dah clear dengan jawapan tersebut, korang kena tahu juga apa sebab musabab dan munasabah Bazar Ramadhan di UiTM ini ditutup. Sila baca penjelasan Prof Zaliha tentang masalah ini :



Slm dan trima kasih ats keprihatinan pelajar semua.berkenaan penutupan bzar ramadan, langkah tersbut terpksa diambil kerana: 

1. Tindakan dan sikap peniaga yg enggan mengambil suntikan typhod w/pun telah diingatkan 

2. Mencuri (tapped) bekalan elektrik yg boleh menyebabkan kebakaran dan gangguan elektrik 

3. membuang sampah sesuka hati dan tidak menjaga kebersihan.

4. tidak mengemas sepenuhnya gerai mereka selepas berniaga - tempat letak kereta tidak dpt digunakan sepenuhnya. 

5. ada peniaga yg tidak mmbayar sewa tapak dan tidak berdaftar tetapi turut berniaga.

6. Ada peniaga bersikap kasar, biadap, mengugut dan mengancam nyawa pegawai bertugas dengan mengatakan mereka adalah ahli kumpulan samseng malah menggunakan pekerja asing menjaga gerai mereka 

7. perniagaan foodcourt/dewan makan makin terjejas sedangkan mereka membayar sewa yg agak mahal.‎

8. keadaan tmpat berniaga keseluruhannya tidak terurus, berselerak dan memburukkan pandangan seperti pasar borong. perkara ini telah ditegur oleh pihak UiTM Shah Alam yg datang melawat. 


p/s : W/bagaimanapun pelajar dibenarkan keluar membeli makanan diluar dan juga boleh membeli makanan di f/court dan dwn mkn. Terima kasih.


Amacam? Sudah faham? So, sebenarnya pihak UiTM dan Prof sendiri bukanlah nak pentingkan  pihak dining semata-mata. Tapi lebih kepada memikirkan masalah dan kemaslahatan para pelajar. Once again, terima kasih kepada Prof Zaliha atas jawapan dan penerangan beliau!

Korang semua boleh add Prof Zaliha di Facebook beliau! Klik [ini] untuk ke page beliau! Tanya la apa yang korang nak tanya, insyaallah akan dijawab!

p/s : Kenapa MPP lambat menyampaikan semua penerangan ini kepada pelajar ye??? Haih~

1 Boleh tak tukar tender lain untuk dining Kolej Malinja?

Whoa. Salam semua. Hari ni baru aku ada masa terluang sikit walaupun hakikatnya aku sangat penat training tennis petang tadi dan perlu membaca buku untuk test global esok. Ni entri terpaksa sebab aku dah tak tahan dengan keadaan dining Kolej Malinja, UiTM Kedah. Entri ni bukan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa pun. Entri ni ditulis atas sebab suara sebagai seorang mahasiswa yang duduk didalam kolej tidak diendahkan!

Bukan aku tak pernah buat laporan di Pejabat Kolej mahupun Majlis Perwakilan Pelajar tentang masalah yang melanda dining kolej aku ni. Penat, tiada sebarang respond dan keadaan tiada bezanya. Sumpah! Dewan makan MRSM Pontian dan Merbok serta Yayasan Selangor aku lebih baik servisnya berbanding dining UiTM ni. Sekali lagi, ini entri suara mahasiswa yang aku rasa perlu didengari sebab tak ramai yang berani tampil memberikan komen serta pendapat mengenai masalah ni. Kecewa.


Beberapa faktor yang membuatkan aku tak tahan dengan dining Kolej Malinja UiTM Kedah ialah :

1. Pihak dining tak mampu menyediakan makanan setanding dengan kapasiti pelajar.

Ni bukan aku sorang yang nampak ye. Semua tahu keadaan ni. Seriously, kalau pukul 8 malam tu, lauk untuk dinner boleh dikatakan hampir habis atau pun sudah habis. Tray lauk tu harap je banyak, kosong, tinggal kuah, sisa-sisa je. Padahal cuba bayangkan yang pukul 8 malam adalah waktu pelajar kebiasaannya makan malam! Even tengah hari pun sama je keadaannya. Tiada perubahan dari budak pre-law masuk sampaikan sesi kemasukan dah pun habis! Kadang-kadang nasi pun tak de. 

2. Masalah kakitangan dining Malinja.

Yang ni lagi parah aku rasa. Kalau tak cukup kakitangan atau pekerja tapi servis baik dan memuaskan, aku boleh consider jugak. Sampaikan meja tak berkemas, bersepah pinggan sana sini. Kat meja penuh ngan pinggan. Kesian gak tengok akak dekat kaunter minuman dan cashier, berkejar nak kemas pinggan, amik order, buat air dan sebagainya. Kalau tak mampu, sila la tambah kan bilangan pekerja atau sila la berundur, bagi tender lain mencuba nasib.


3. Adab dan tatasusila pekerja.

Kalau korang boleh dengan keadaan pekerja yang kadang-kadang menjengkelkan. Anda tak perlu teruskan bacaan dengan entri ni. Sekarang cuba bayangkan keadaan yang aku lalui malam tadi. Aku order nasi goreng pataya. Siap dan aku ambil di counter cashier. Aku cari sudu dan garfu. Tiada. 
Aku tanya soalan ni " kak, sudu ada tak? " jawapannya, sudu dah habis, dengan muka yang memang nak makan penyepak sekali dua dari aku!!!! Aku tanya balik, habis tu, makan nasi pataya dengan tangan? Akak tu jawap, makan je la! ".
Fine, aku memang berapi gila! Aku bagi sikit jawapan yang memang dia lagi berapi dengar! Untuk orang macam ni, better kita bagi jawapan yang sedikit menyentapkan jiwa dia! Ini jawapan aku! 
Kak, cakap dengan bos, kalau tak mampu nak sediakan makanan sama dengan kapasiti budak kolej, tukar je tender lain. Banyak lagi tender lain tunggu. Shame!
Kadang-kadang pun, muka akak yang jaga kaunter tu sumpah macam nak mintak penampar atau penendang aku! Geram weyh, ramai dah perasan. Tolong la, kau tu bekerja di sektor perkhidmatan. So, sila la bagi sikit senyuman. Kita orang pun nak membeli dalam keadaan yang bagus. Berikan senyumana, bukan muka masam mencuka dan mulut muncung macam nak kena ikat tocang!


Dah la, tak guna cakap dan tulis banyak-banyak kalau keadaan ni tiada perubahan hingga keakhirnya. Aku tak tahu mana silapnya. Adakah pihak kolej yang kurang membuat pemantauan atau pihak dining sendiri yang tiada tanggungjawab atau pihak Majlis Perwakilan Pelajar yang tidak peka terhadap kemaslahatan pelajar kolej. Aku bingung!

Aku bukannya pandai nak mengarah atau memberikan komen semata-mata. Aku kerdil kat UiTM ni, suara aku jauh untuk didengari. Entah-entah entri aku pun suram dan berlalu begitu sahaja. Bagi aku, kalau anda memikul tanggungjawab, jalankanlah dengan sebaiknya, kerjakan tugas kau tu. Bukan setakat duduk atas, pegang jawatan dan bangga tanpa menjalankan amanah! Aku tak tuju dekat sesiapa. Ini sebagai peringatan untuk aku sendiri dan yang lain-lain juga. Fikirkan!

p/s : sila klik butang like, seriously aku nak korang punya komen dan klik butang like kat bawah ni! TQ

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets