10 Blogging itu luas, setiap orang ada cara masing-masing la!

Whoa. Salam semua. Mungkin kali ni entri ada sedikit berbaur marah, kecewa dan juga mungkin geram dengan sikap segelintir blogger yang rata-rata suka kondem cara penyampaian entri orang lain. Manusia itu pelbagai, ye, dan kepelbagaian itulah yang membuatkan manusia itu punya perasaan, firasat dan pemikiran yang berbeza! Berbeza sehingga membuatkan orang yang ilmunya lebih tinggi, dianggap hina!


Come on la, hidup berblogging ni kenalah ada identity dan cara yang tersendiri. Kenapa kalau kita boleh mendapatkan income melalui blog dengan hanya menulis dan melakukan aktiviti yang kita suka, kita dianggap bodoh dan tolol. Sedangkan kalau kita nak income lebih, mestilah kita kena kerja keras, traffik yang utama! Dan untuk traffik yang tinggi, sudah tentu kita perlu menggunakan teknik tertentu seperti SEO, Keywords dan sebagainya.

Cuba bayangkan yang anda seorang pekerja di sebuah syarikat. Kalau nak dibayar gaji tinggi menggunung, bos sayang korang, dapat kelebihan dan sebagainya, adakah dengan cara korang duduk goyang kaki? Tak buat kerja dan bergosip sepanjang masa! Tidakkan? Begitulah juga dengan blogging. Effort mesti ada! Ingat apa, buat blog, terus duit masuk berjuta-juta? Fikirlah.


Perkongsian oleh blogger berpengalaman dan tinggi ilmu bloggingnya seperti Ariff, DenaiHati, Kujie2, AzmanIshak, DahliaJournal, Eyriqazz dan ramai lagi, mereka selalu berkongsi tips-tips menaikkan page rank, traffik dan sebagainya yang aku rasa bagus sebab dia orang tak nak maju sorang-sorang. Mereka berkongsi! Untuk kebaikan semua. Yang baik itu, biarlah ia disebarkan kan?

Ni tak, sibuk dok mengutuk blogger-blogger famous dan berpengalaman cakap pasal SEO, pagerank, alexa dan sebagainya. Mereka kan berkongsi. Cuba la appreciate ilmu tu! Kalau korang tak nak ilmu tu, just ignore je!!! Ni tak, korang yang mengutuk tu, sibuk jugak masuk blog dia orang. Kan? Dah kata tak suka, tak yah masuk, ni masuk, baca, lepas tu ngutuk! Ni namanya bahalul!


Aku tak nak cakap banyak la sebab aku bukannya golongan blogger berpengalaman. Aku baru je dalam dunia blogging ni. Cuma, aku kerap jumpa entry-entry mengutuk dan kondem entri blogger yang berkongsi ilmu blogging! Apalah, jadi manusia tu, kenalah tambah ilmu sentiasa. Ilmu biar banyak bro! Baru kita boleh pandai dan bijak. Dah ada platform percuma untuk mendapatkan rezeki halal, apa salahnya mengoptimumkan peluang itu? 

p/s : kalau kau tak sibuk pasal income, pasal la blog kau letak Nuffnang???

**aku terasa betul kau tunjuk aku blog tadi tu! Lantak kau la!

10 komentar:

NQ said...

cool oke..
abaikan org lain..
hehe

DaHLia said...

hehehe marahnya si cepit kita niii...
mana blogger tu?
meh akak nak buat special entry kat dia..hahahaha

Danial Ikhwan Jaafar said...

wah, si cepit dah meluahkan perasaan. beberapa hari lepas (ke semalam?) aku ada buat post pasal orang yang dok kutuk blogger lain. bagi aku, kalau tak suka, tak yah la ke blog tu lagi. bukan blogger tu susahkan ko pon.
sabor, hidup memang ada punya orang macam ni.

Eyriqazz said...

mendalam entry tapi penuh bermakna..thanks for the link..dalam berblog,tepuk dada,tanya selera...akan ada yang suka dan tak suka dengan cara kita...apapun...follow ur sixth sense..I can see u blog are on the right direction..keep it up bro...

P/s ;template blog nampak makin lagi cantik dan gaya bahasa pun semakin mengujakan...Congratz bro..jealous2...

Anastasia Ann said...

sabar sabar sabar.. aish muda muda da marah marah.. heks, apa kaitan kan.. euwwww. buat cara kita sudahlah. abaikan mereka itu. :)

IntanBerlian said...

hmm kalau rasa tak nak baca janganlah buka kan.. pangkah kar x tu.. uihhh aku mmang sikit punye pelik dgn orang yang tahu asik nak komplen itu ini.. lagi2 yang tak relevan camni.

DOLCEshasha said...

sabar weyh Hakim . Aku macam taw ja siapa yang kaw maksudkan . huhu . Nanti nak claim story .

~~Ciklinn~~ said...

hishhh terukknyer budak tu... sengall... apapun tq dik sbb byk kongsi ilmu2 blogging.. yup akak setuju... rezeki yg halal apa salah nya kita rebut peluang kan.. mcm akk ni duk umah jerr... ok gak dgn duit nuff leh banje anak2 kfc...huhuhu

Kujie said...

bila kita berada dlm komuniti - kena pandai2lah pilih nak bercampur gaul dgn komuniti mcm mana..yg sentiasa positif ke atau yang sentiasa nak kondem orang lain

ada pilihan - bukan setiap org boleh menjadi serba serbi sempurna utk puaskan kehendak setiap orang, kan....

tapi..tegak bulu roma baca entri ni..walau dah lama

cik fara said...

asal cepit?

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets