0 RM800 gaji amah tak lulus!

Whoa. Ini cerita panas minggu ni kot. Sibuk sana sini cerita pasal kenaikkan gaji amah. Yang bibik-bibik dekat rumah tu mesti dah senyum-senyum kambing. Harapkan gaji RM 800 sebulan. Gila apa? RM 800 sebulan tu dah cukup melampau! Banyak sangat kot! Ini kenyataan dalam surat khabar Berita Harian!

PORT DICKSON: Membebankan dan tidak munasabah. Dua faktor ini saja sudah cukup untuk membuatkan kerajaan Malaysia menolak cadangan jirannya, Indonesia yang mahu menetapkan bayaran minimum gaji pembantu rumah rakyatnya yang bekerja di negara ini sebanyak RM800 sebulan.

“Pertambahan RM300 dan RM400 sebulan memang membebankan majikan selain tidak munasabah,” kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Motivasi dan Latihan Kerjaya di Kem Uniti Pasir Panjang di sini, semalam.Bagaimanapun beliau berkata kadar bayaran bagi mereka masih boleh dinaikkan sekiranya pembantu rumah itu mengambil kursus yang diiktiraf bagi menambah kemahiran dan meningkatkan produktiviti.

"Kita mungkin boleh setuju untuk menaikkan kadar itu jika ia mengikut sistem upah berdasarkan produktiviti. Pekerja yang menghadiri kursus berkaitan dan lengkap dengan kemahiran boleh memohon gaji setaraf dengan kelayakan mereka.

"Kita juga masih belum memperkenalkan bayaran minimum bagi mana-mana industri kerana ia adalah polisi kerajaan selama ini. Bayaran kepada pekerja asing bergantung kepada kadar pasaran semasa.

"Tidak adil jika kita hanya menetapkan kadar bayaran hanya kepada pekerja domestik dari Indonesia sedangkan industri lain turut menggunakan pekerja dari negara berkenaan tidak diambil langkah sama," katanya. 
Subramaniam berkata, Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin sudah memutuskan untuk melanjutkan lagi perbincangan antara dua negara itu pada mesyuarat yang diadakan minggu lalu.

Katanya, Malaysia dan Indonesia dijangka menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) membawa amah dari negara itu tidak lama lagi.

Buat masa ini, Indonesia membekukan kemasukan amah dari negara itu ke Malaysia sejak Jun tahun lalu berikutan beberapa kes dera sebelum ini dan kurang insentif termasuk permintaan kadar minimum gaji pembantu rumah dan cuti sehari dalam seminggu. 

0 komentar:

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets