8 Ulang tahun kelahiran ke-19, sujud syukur ke-atasNya.

Alhamdulillah. Umur 19 ni banyak mengajar aku pelbagai perkara. Baik dan buruk, hina dan bangga, semua, cukup untuk aku merasakan umur 19 bukan sekadar angka yang berbunyi sembilan belas sahaja. Walaupun aku bukan sesiapa. Walaupun aku tiada apa yang boleh dibangga, tapi aku syukur dengan semua yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku sepanjang 19 tahun ni. Rasa kesyukuran tu tak pernah hilang walau aku gembira macam mana sekali pun.

Pengalaman disisih, dihina, di herdik mungkin mematangkan aku secara jujurnya. Namun pengalaman rasa disayangi, disanjung dan dihargai selalu membuatkan aku untuk terus terusan mencari erti hidup sebenar. Belajar untuk orang suka kan kita, bukan membenci kita. Ikhlasnya, aku suka benar berada disamping mereka. (RSC, geng aku kat kampus ni).
Lisannya, kalau boleh memang aku nak berterima kasih kepada semua. kepada yang pernah hadir mewarni hidup aku yang serba sederhana. Terima kasih setinggi-tingginya. Aku hargai perkenalan dan perjumpaan kita! Yang bernama sahabat, korang akan terus aku aku ingat, aku sayang dan aku hargai. Setiap saat bersama, indah itu namanya!

Tak mampu dah nak teruskan entri ni, mungkin esok, lusa atau tunggu kudrat hati ni pulih sediakala. Penat melayan jiwa yang menghadap final exam dan runsingan masalah dalaman. Insyaallah, ulang tahun ke 19 ni akan baik-baik sahaja hendakNya.


8 komentar:

abigemok said...

oh, birthday ke? happy brthdy :) bawa bersabar dengn segala dugaan

amaa said...

HAPPY BIRTHDAYY CEPIT !

IMANSHAH said...

selamat menyambut ulangtahun ke 19 hidup di dunia..semoga suksess selalu

Lasykar Langit dan Bumi said...

Selamat Ulang Tahun!!!!!!!!

Anonymous said...

hepi bufday!
smga pnjg umor n murah rezeki!!!

DOLCEshasha said...

Happy Besday! ;)

cik helena said...

lahh baru sembilan belas taun ke adik saya ne..hahaah!jadi budak baik ok!

Anonymous said...

mesti pengalaman yang hina paling bnyk kn....hahahaha

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets