9 Kenapa hari hari semalam terasa sama.

Salam semua. Beberapa hari tiada update baru. Hampir 5 hari. Bukan sebab aku merajuk dengan blog atau ada yang cuba hentam aku kat blog. Macam biasa. Ada pasang, ada surut. Ada siang, ada malam. Ada terik, ada mendung. Aku manusia biasa yang juga jalani kehidupan biasa tanpa ada sebarang perkara luar biasa berlaku kebiasaannya. Hari-hari sama.

Walaupun aku rasa setiap hari itu panjang dan perlukan pengisian yang sempurna, aku selalu tak dapat sempurnakan! Sebab pagi bangun lewat, tengah hari makan lama sangat, petang sibuk main game. Tak produktif langsung! Setiap hari benda yang sama. Cuma pengisian aktiviti kadang-kadang berbeza. Badminton, taman, pantai, basikal dan berkebun!


Ada orang cakap, kehidupan aku best! Semua dapat! Semua indah! Aku tanya balik, siapa cakap, siap bilang lagu tu? Yang tak pernah kenal aku luar dalam mungkin senang je cakap "ala, hidup dia best, banyak duit, senang, itu, ini, bla, bla..." Yang hakikat kenal aku? Sendiri tahu, apa aku rasa dan macam mana aku laluinya.

Aku bukan orang yang senang-senang cerita masalah direct. Semuanya. Sebab aku ada perasaan yang mana aku perlu juga angkat maruah dan harga diri agar orang lain yang dengar masalah aku tak senang keluarkan perkataan "kesiannya.." "sedihnya.." Sebab tu aku banyak berselindung. Kehidupan tak semestinya perlu dicerita luar dan dalam sewenang-wenangnya. Kena fikir juga, consequence nya.

****************************************

Kalau aku ada kawan baik pun, belum tentu dia tahu kehidupan aku sebenarnya. Sebab aku bukan nak orang dekat dan sayang aku sebab kesian kan dan simpati kat aku. Aku punya cara untuk beri tahu. Dan kadang-kadang cara aku tu tak betul, ada salah anggap. Tuduh aku macam-macam. Dan berlalu. Tak pa, hari ni hari aku. Esok, kau rasa juga. Hidup ni kan macam roda. Bila pusingannya berada dia atas, atas lah. Bila dibawah, kau diam, kau tengok apa kau dah pernah buat sebelum ni.


Rata-rata kenalan rapat aku ucap "sabar lah". Dan sebab sabar lah, aku diam dan tak pernah aku keluarkan. Sebab aku tahu, dosa, malu, aib dan maruah! Tapi sabar ada tahap, aku punya tahap masih jauh, sebab tuhan takkan uji hambanya, kalau dia sendiri tak mampu menanggungnya. Kan? 

p.s : apa aku mampu cakap, aku cakap. Tak mampu, aku diam atau aku bagi hint je. Jangan cakap lebih2, nanti ada orang yang dengar!

9 komentar:

cik fara said...

panass !
hahaha
relax laah bro
aku lg ntaah pape aku buat cuti ni
haaiyooo
bole jdi gler!

suffer8zine said...

biasa la ade turun naik

Panas! : http://goo.gl/TOwP

saya_arief said...

tabahkan jiwa dan raga...

metafora tertinggi said...

akim cool k :)

metafora tertinggi said...

akim cool k :)

amaa said...

setiap yg berlaku ade hikmah dia,
tak kire cpt atau lambat dia dtg

chill okay
aku pon same mcm kau :)

qilamahadi said...

kekeke
kite rindu awak lee
wakakaka
sweett tak sweet tk
muntah darah !
ngeee

izzah said...

beselah,cepit!hidup mmg cam tuh..
ade lg yg hidup kacau-bilau dr kau!
semnetara je sume ni..
:)

Abdullah said...

Tompang tanye,
Hari ni kamu ada pergi Perpustakaan banting ke?
Sebab saya ternampak 1 mamat nih tengah update blog.
Muka macam kamu lah.
Nak tegur, tapi masa tu dia nampak muram...

Hey,
ceria-ceria ok.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya =)

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets