Kos operasi Ops Piramid sangat tinggi! Itu memang kenyataan! Ops Piramid iaitu tindakan kerajaan Malaysia mengeluarkan sebilangan besar rakyat Malaysia keluar dari Mesir berikutan rakyat negara itu yang melakukan mogok dan perhimpunan serta tunjuk perasaan terhadap kepimpinan Hosni Mubarak sehingga mencetuskan keadaan tidak selamat. Oleh itu kerajaan telah melancarkan Ops Piramid untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.
Ops Piramid
Sedia maklum bahawa perjalanan dari Mesir dan Kuala Lumpur bukanlah satu jarak yang dekat. Perjalanan menggunakan udara dan air memang memerlukan belanja yang cukup-cukup tinggi. Tiket kapal terbang, sewa tapak, bahan bakar, makanan, sukarelawan, pembantu dan sebagainya memang memerlukan belanja yang cukup besar. Oleh itu, silalah hargai usaha murni kerajaan untuk mengeluarkan pelajar dan rakyat kita disana!
Kenapa usaha-usaha begini disalah erti? Ada yang kata ini semua agenda politik semata-mata. Pelik tapi itulah keadaan dimana jika mata sudah dibutakan untuk menilai erti bantuan kepada rakyat dan kesediaan kerajaan membantu mereka ketika memerlukan pertolongan tanpa pilih kasih!
Operasi Piramid
Lagi satu aku pelik betul dengan perangai ibu-bapa yang emosi gila-gila nih! Dah kata anak mereka akan dikeluarkan dulu dari Mesir dan ditempatkan sama ada di Kaherah atau Abu Dhabi, tapi tak faham gak! Marah-marah kat wiswa putra cakap itu ini. Fikir anak kau sorang ada kat Mesir untuk diselamatkan? Bersyukurlah sikit kerajaan dah bantu mengeluarkan anak anda semua dari Mesir! Bawak lah bersabar ye!
1 komentar:
yuppp mmg bersyukur sgt2
Terkini : Fakta Menarik Tentang Tidur
Post a Comment
yeah!
nak tinggalkan comment ke???
tunggu reply aku tau!!!