9 Belajar erti menghargai, erti budi dan erti kawan sejati.

Salam semua. Cuba pejamkan mata dan berfikir sejenak, adakah tahap menghargai yang pernah anda pamerkan selama anda hidup ni betul-betul buat seseorang terasa dihargai? Pernah atau tidak? Aku hidup 19 tahun lebih ni, dan dalam hidup aku selama ni aku dah rasa diri aku dihargai sewajarnya dan diri aku diletak tepi! Di tolak sana sini. Dibiar tanpa erti. Aku pernah kecewa juga disebabkan cara aku tidak dihargai. Aku kecewa sebab aku memang sewajarnya dihargai. Sebab aku rasa memang aku punya hubungan dengan dia. Tapi kenapa aku dibuang. Cuma, perit kalau aku nak catat satu persatu dalam ni. Kalau nak explain panjang pasal erti menghargai, aku tak tau nak sebut macam mana. Cuma kehidupan seharian inilah yang akan beri korang rasa apa itu hargai, menghargai, dan dihargai!

******************************************************************

Memang betul istilah "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Tapi, selama mana kau nak sentiasa menjadi orang yang menerima budi, dan orang yang sentiasa merasa? Cuba buat perubahan. Cuba biarkan konsep "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ni, sentiasa berlaku selang seli dalam kehidupan kita. Bagi aku, kalau korang nak kenal apa itu erti budi, dan rasa adakah budi anda itu dihargai, cuba-cubalah menabur budi kat orang lain. Lepas tu, korang lihat dan nilai. Kalau budi korang tu tak dihargai, jangan cepat melatah, cuba kembali pada diri sendiri, adakah anda begitu juga. Fikir.

****************************************************************
Seriusly, bukan main-main, minggu lepas dan minggu ni cukuplah aku nak stress-stress sebab kawan. Letih. Penat. Ingat, jangan lari dari masalah, tapi cuba belajar untuk menyelesaikannya. Pengalaman akan mematangkan kita. Pengalaman itu yang paling berharga. Tak pe kalau lambat nak selesaikan masalah tu, janji korang tak lari. Sebab sejauh mana korang lari, sejauh itu jugalah korang akan ditinggalkan oleh rakan-rakan. Sejauh itu jugalah korang takkan tahu erti nak selesaikan masalah. Betul cakap kawan aku, selepas ibu bapa, rakan-rakan adalah seterusnya yang rapat dengan kita. Jujurnya, memang banyak masa dihabiskan dengan rakan-rakan. Aku bersyukur sebab aku percaya yang aku punya kawan sejati. Dan aku anggap mereka begitu juga. Terutamanya, RSC (quru, haziq, ghazi, pjol, fiq, mak, qila, ama, pan, yana dan nor), ayie, epul, bing chang, pei ler, syafiq, fariz, amin, faiz, faliq, muna, ira, adah, fazilah, fatah, akim, farid. Mereka ni buat aku percaya yang kawan sejati masih ada dan ya, aku bangga aku ada mereka.

Kawan yang baik ialah
  • kawan yang selalu menegur silap anda. 
  • yang selalu perasan akan perubahan diri anda. 
  • yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
  • yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya.
  • yang tahu erti gurau, lawak, serius.
  • yang faham hanya dengan kerlingan mata korang.
  • yang hidupnya, percaya korang.
  • yang dirinya tegak untuk korang.
  • yang jiwanya seirama dengan korang.
Kalau ada yang cakap sekarang ni dah tak de kawan sejati, aku rasa korang perlukan latihan intensif mendalami erti kawan, sahabat dengan lebih gigih. Belajar melihat sekeliling dengan hati. Celik mata tak semestinya celik hati! :)

9 komentar:

fatin zulkifli said...

tapi kan cepit, erm. kawan ni, kalau kita tegur perangai mereka, cepat gila melatah. lepas tu, mula la nak masam muka. dengan ego tinggi depa sekali. kita cuba buat baik, dia bagi tuba dekat kita? sampai kawan kawan yang lain kata kita ni mulut jahat, tuduh kita bukan bukan? mereka tak pernah fikir kenapa kita tegur dia. apa salah dia? yang dia nampak, salah kita. tapi salah dia, dia tak fikir. hmm. macam mana tu?

fakrul_roslan said...

Belajar erti menghargai, erti budi dan erti kawan sejati...sangat setuju!

Miss Ayumi said...

touched.

kawan baek memang ramai. yg btol2 baek tu yg x ramai.

suffer8zine said...

nice entri!

Terkini : Kedai Menjual Aiskrim Susu Badan Disaman

qilamahadi said...

awak
awak tertinggal yana dgn fik laa

ermm
kalau ada masalah jgn lupa share
kadang-kadang kalau kita luahkan apa yang terbuku mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan apa yang terpendam
lagipun awak da lama tak share dengan saya
kita kan kawan :)
tapi kalau mengeluh boleh selesaikan masalah setiap saat kita mengeluhkan ??

jangan risau kami ada !

Lovelove!
kikisan

Anonymous said...

tapi memang sedih sangat bila kawan yg kita anggap sejati rupanya duri. di mata kita dia yang paling baik dan boleh dipercayai, tapi belakang bila ada yang x kena mula mengata kita kat orang lain.. mcm mna 2?

hanis nasir said...

saya copy yg *point2 tu tau . tq :)

Eksplorasi Diri said...

saya shared yer...terima kasih...

Eksplorasi Diri said...

sy baru je buat blog klo sudi follow sy yer...same2 sampaikan info buat semua...terima kasih...

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets