2 Part 2 - Nuffnang Sharing Session at Frames. Intipati perjumpaan!

Ingat lagi entry ini. Entri yang punyalah basi. Tapi masih aku ada hati nak sambung mengenangkan ada ilmu, idea, pengetahuan dan informasi yang aku nak kongsi sepanjang aku makan-makan dan berbual-bual di Nuffnang Sharing Session di Frames tempoh hari.

Ringkasnya, teycindy ada kongsi banyak tips dengan kami semua. Paling untung siapa yang duduk meja depan dia atau sebelah dengan dia! Dia sangat peramah! Gila-gila jugak! Banyak perkongsiaan yang aku kira menarik untuk aku cerita kat korang supaya korang semua jadi top blogger juga satu hari nanti macam mereka tu! Siap boleh declare diri sebagai fulltime blogger lagik! Pergh!


Antara perkara penting ialah (sila catat untuk tujuan rujukan)LOL:

  • Identiti blogger dan blog. Tak nak cakap panjang sebab aku kira blogger lebih mudah dikenali melalui identiti yang dia orang berjaya cipta berbanding blogger kosong macam aku ni yang tahu tulis itu ini tanpa ada identiti (aku masih samar-samar). Contoh : kalau cakap Hanis Zalikha orang akan terbayang entri yang memang sempoi but nice dikarang dan hidup entri tu! Kalau orang cakap ZackZukhairi, orang akan teringat video kartun beserta lagu menyayat hati! OMG (oh menari gila)!
  • Kualiti dan isi. Kalau nak readers melekat dengan korang, pastikan apa yang cuba di tayang sebagai tajuk setimpal dengan isi. Jujurnya, blog aku pun bukan lah penuh dengan kualiti, memang jauh sekali nak ada isi dan facts! Tapi, aku cuba untuk ke arah itu supaya readers tak tertipu dengan entri kita! Lama-lama readers bosan dan blah je dari blog kau! Kan dah sikit visitor! Contoh : kalau tajuk cakap "income blog RM1000", tapi kau tulis dalam tu rupanya kau hanya pasang impian dan angan-angan untuk itu. So, nanti readers akan cakap :hek elehhhhh~~~~ faham?
  • Template kasi cun. Nak tarik readers ni, macam nak tarik pelanggan masuk ke kedai makan! Ada ke orang nak masuk kedai makan yang penuh lalat, kerusi lintang pukang, sampah sana sini, kedai bau busuk? Korang pun tak nak! Macam tu lah persepsi readers jugak! Kalau blog korang menari templatenya, sure-sure readers tu akan rindu nak masuk lagi blog kau! Sebab dia kata, "eh, cantiknya blog dia" Tak pun, "eh, gila kentang la dia punya header! Setuju?
kredit kepada michleong.blogspot.com

3 ni dah cukup buat masa ni. Maaf, bukan aku tak nak berkongsi banyak. Cuma kekangan masa menghantui aku saat ini! Terkejar-kejar assignment, test dan banyak lagi benda... Ni kira aku curi masa sikit nak up entri ni. Takut langsung terlupa! Ada lagi yang aku nak kongsi! Tunggu ye! :)


2 komentar:

suffer8zine said...

wahhh nice entri ni bro

Terkini : Jackie Chan Masih Hidup (Update)

Aku By Pojie said...

wah untung la..

Nuffnang jemput ke weh..

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets