6 Lafaz niat puasa sebulan dan setiap hari.

Niat puasa tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.


Lafaz niat setiap malam :

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Lafaz niat sebulan :





Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:


“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


p/s : sedih sebab entri ni tak keluar pada waktu yang telah diset! careless sendiri!
sumber : ibadat puasa

6 komentar:

Baju Kurung Budak said...

Salam.
Takde bacaan ayat tu dalam rumi ke?
Susah sikit bagi mualaf macam saya.

drpd: Zezebel.

Hans said...

bagus entry ko nih
perkongsian yang baik
:-)

hakimfaridzul said...

@Baju Kurung Budakbacaan rumi> insyaallah nanti saya usahakan.

hakimfaridzul said...

@Hanssuppose entry ni keluar hari tu masa awal ramadhan.. silap tekan tarikh da...

Sabri said...

Andaikata seseorang berniat puasa untuk segenap bulan Ramadhan, sah niatnya untuk hari pertama sahaja menurut mazhab yang kuat. Wajib bagi seseorang menjelaskan niat di dalam puasa fardhu. Dan wajib pula melakukan niatnya pada malam hari.

[Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini, Kifayatul Akhyar]

Aida Yumi Arakida said...

assalamualaikum...
maaf ye menganggu.nak tanya.. betul ke about niat sebualan tu? sebab ada orang cakap entri niat sebulan tu langsung tiada dalam hadis dan tidak pernah diamalkan oleh nabi s.w.t pun.apa yang menurut nabi ialah cuma niat dimalam hari je.itu je.adakah keyataan ini benar? surah berapa ye? harap balas ye. k.assalamualaikum dan selamat bepuasa dan salam ramdhan..

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets