Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

6 Lafaz niat puasa sebulan dan setiap hari.

Niat puasa tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.


Lafaz niat setiap malam :

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Lafaz niat sebulan :





Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:


“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


p/s : sedih sebab entri ni tak keluar pada waktu yang telah diset! careless sendiri!
sumber : ibadat puasa

6 OPKIM - Operasi Khidmat Masyarakat di Rantau Panjang

Salam semua. Since beberapa hari without entries aku sebenarnya berada di Rantau Panjang untuk follow Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)  anjuran Kelab Fasilitator UiTM Shah Alam. Bermula dari 28 Julai hingga 2 Ogos di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim. Sesiapa yang berkawan dengan aku di Facebook dan follow aku di Twitter memang tahu apa aktiviti aku sepanjang disana. So, meh aku cerita serba sikit apa yang aku buat kat sana. 


Perjalanan ke sana menaiki bus UiTM tu memang lah tersangat lama! Nearly 11 jam macam tu! Aku siap cakap yang punggung aku ni dah cramp! Kebas! Sebab lama sangat berjalan. Paling geram kalau stop kat perhentian area Merapoh dan makan mahal menggila! Semangkuk mee sup biasa dan tawar RM 5! Terjegil bijik mata aku ni! Sampai sana dah maghrib, so urusetia terus agih-agihkan kami kepada keluarga angkat! Satu family terima dalam 4-8 orang anak angkat. Bergantung pada kemampuan. So, ini keluarga angkat saya! 


sebelah kiri baju oren, itu abah aku! Dalam family ni, aku yang paling bongsu! :D

Sehari hilang macam tu je. Esok paginya, ada gotong royong. Aku punya group diassign untuk bersihkan kawasan surau dan sekitar. Tapi memandangkan dah bersih. Aku join group lain untuk buat gotong royong! Aku bersihkan area longkang taman tu je.



gambar ni time die orang jumpa belut kat longkang!

Petang tu pulak bergotong royong untuk buat kenduri sekampung! Makan untuk ramai-ramai orang dan malam tu juga ada ceramah dari pihak polis tentang keselamatan. Tapi aku rasa ceramah tu tak ubah macam ceramah politik! Bernanah telinga tunggu lama-lama. Tapi tu diluar kawalan pihak urusetia. So, layan je lah sampai habis. 

Kalau nak cerita perjalanan program seminggu ni dalam satu entri, memang korang semua penat scroll kebawah je lah. Biar aku cerita kasi ringkas, tepat, padat dan mutakhir. Sepanjang kat sana, kita orang buat aktiviti kemasyarakatan. Contohnya sukan rakyat, sembelih lembu, makan durian beramai-ramai, berbuka puasa beramai-ramai, adakan forum perdana hal ehwal islam, ke sekolah memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu dan sebagainya.



Kira kita orang ni konon-kononya melakukan amal-jariah dan berkhidmat untuk masyarakat lah. :) Mulia kan? hahahahaha. Paling best kalau dah jalan-jalan kat sekitar pekan Rantau Panjang! Macam-maca aku borong. Ye la, nak beli jersi ORI mana aku mampu, fake pun fake lah! kekekeke. Aku ada shout sesiapa yang nak kirim, tapi aku shout salah timing kot time tu, so x de respond. Atau korang ni memang jenis pakai barang ori je beb? 

Aku ada gak ambik peluang ni untuk berjalan-jalan sekitar kawasan Rantau Panjang ni. Kita orang berjalan ke Empangan Lubok Stol Rantau Panjang. Cantik kawasan sini. Empangan ni untuk tujuanpertanian. Bukan yang besar gajah dok  buat empangan hidroelektrik tuh. :)


time ni tengah lawan siapa baling batu paling jauh. mestilah aku menang, apa guna tangan, lengan besar... :) keh keh keh

Kalau nak cerita pengalaman sebenar apa yang aku lalui disana, aku continue kat entry yang akan datang. Sebab aku just nak bagi gambaran ringkas ape aku buat sepanjang seminggu disana. :)

 yang kiri sekali tu, adik angkat kami! baru form 5. badan besar macam *%#&#%!

muka teruja habis!

p/s : rindu nak usha-usha blog kawan-kawan. Tu yang tak dapat nak tulis banyak-banyak. heh!

8 Jemputan majlis berbuka puasa di rumah baru!

Alhamdulillah. Baru ada kesempatan sekejap untuk update entri! Alhamdulillah, 2 hari tidak berupdate, traffic maintain dalam kadar 900++. Alhamdulillah. Sebenarnya, ini merupakan update ringkas dan padat dari aku. Dengar elok-elok pengumuman ini ye:

Anda semua dijemput menghadiri majlis doa selamat, bacaan yassin dan jamuan berbuka puasa di rumah baru saya sekeluarga pada hari esok (selasa) tepat jam 6.00 petang. Alamat seperti berikut :
No. 20, Jalan Sungai Merbau 32/76A, 
Amverton Park @ Bukit Kemuning Golf & Country Resort, 
Seksyen 32, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Maaf sebab beberapa hari tiada entri disebabkan aku terlalu sibuk mengemas rumah, menyusun perabot, memasang segalanya dan macam-macam lagi. Kalau anda tinggal berdekatan dan berkesempatan, jemput datang rumah ye. Bye-bye! 

p/s : sila beritahu kalau anda sudi datang. (tahun ni beraya rumah baru! YeeeeHaaaaa!!!

8 Video Pil Puasa Sumpah Lawak Gila Babi!

Whoa. Salam semua. Selamat pagi! Ouh...Jarang betul aku nak ucap selamat pagi kan? Hahahahaha. Sebagai juadah pagi. Erk, sorry lupa, kita semua puasa. Sebagai selingan sengih-sengih di pagi hari, aku nak share satu video untuk korang tatap sama-sama sambil usap-usap pipi sebab lawak. Bagi aku lawak sangat since aku dah tengok video ni banyak kali dan setiap kali itulah aku gelak bagai nak gila!


Video Pil Puasa oleh Dee ni dirakam masa program jangan ketawa. Aku jumpa video ni dah lama kat facebook. Ramai orang main tagged-tagged video ni. Cuma beberapa hari ni, aku tanya beberapa orang, dia orang buat muka blur... Maknanya mereka belum tonton video ini! So, aku dah letak dalam blog, sila la tatap puas-puas ye! Justeru layan~ Zassss


p/s : amacam? Pil puasa? Hadapai puasa tanpa pancaroba~ Bahahahahahaha. Mari gelak puas-puas~

4 24 hotel dilembah klang diragui buffet puasa!

Awas! Korang semua ni, yang rajin-rajin membuncitkan perut time bulan puasa dengan melahap buffet Ramadhan! Bagi yang duduk dilembah Klang, pihak JAKIM telah mengesan sebanyak 24 hotel terkemuka yang mempunyai makanan untuk buffet puasa yang diragui!


Antara sebab-sebab diragui ialah penggunaan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan dan stor penyimpanan.

Kenyataan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, beliau berkata, hasil pemantauan yang dibuat ke atas 34 hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang meliputi hotel lima bintang ke bawah sepanjang 10 hari berpuasa mendapati 70 peratus tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. 


Nak list hotel yang diragui tu? Entah, JAKIM tak reveal lagi la! Aku rasa, sepatutnya, JAKIM perlu keluarkan list senarai hotel yang meragukan tu. Ini untuk kepentingan orang muslim jugak! Apa la, dah tau diragui, bagi tau la orang ramai. Boleh avoid daripada pergi ke hotel yang diragui! Kalau boleh pergi yang betul-betul sah halal, lagi bagus! Tak perlu nak sibuk-sibuk fikir halal tak halal.

Tepuk dada, tanya selera. Isu halal haram ni sensitif sikit ye! Selamat menyambut ibadah puasa! Kata-kata dari aku ialah, sumpah aku nak sangat makan buffet Ramadhan dekat hotel!!!! Someone, take me there!!!!  

p/s : aku balik rumah lagi 4 hari nak raya! Wargh!!!!

4 Resepi Biskut Samprit

Whoa. Chef datang lagi! Ada ke gebu cakap blog aku dah macam blog mak Hanis Zalikha. Jauh sekali ye. Blog aku cuma memaparkan resepi-resepi yang telah di tulis oleh sesiapa pun dan telah dikreditkan kepada tuan punya. Saja test SEO. But alhamdulillah, memang menjadi, traffik aku boleh maintain 200++ dengan search engine je. Alhamdulillah~ So, ini dia, resepi kuih samprit untuk dicuba! Mak cik aku kalau buat biskut ni! Pergh! Umphhh!!!


Bahan-bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
buah ceri untuk hiasan

Cara2 menyediakan
1. butter dan gula dipukul hingga sebati
2. kemudian masukkan kuning telur.
3. masukkan esen vanilla dan tepung kastard.
4. setelah sebati masukkan tepung gandum dan diuli hingga menjadi doh.
5. tekan doh di dalam acuan samprit hingga membentuk seperti bunga. letakkan ceri.
6. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. selamat mencuba...


2 Resepi Biskut Sarang Semut.

Salam semua. Kalau nak tau, time kecik-kecik dulu, aku memang geli geleman dengar nama biskut ni. Biskut sarang semut. Aku pernah tanya kat mak cik aku, orang yang buat biskut ni guna sarang semut apa ye? Memang buduh gila soalan. Konon aku takut, dah jumpa ngap ngap ngap, habis gak akhirnya! hahahahahaha. Nak tahu resepinya? Layan~



Bahan-bahannya
6 oz (170g) mentega 
4 oz (113g) icing sugar 
6 oz (170g) tepung gandum 
4 oz (113g) tepung custard 
1/2 sudu teh baking powder 
1/2 sudu vanilla 
secukup chocolate rice 
secukup paper cup 

Cara-caranya

Pukul gula dan mentega, kemudian masukkan tepung dan 
uli hingga sebati. Parutkan adunan ini dan masukkan 
kedalam paper cup. dan taburkan chocolate rice 
diatasnya. Bakar 150deg 10 mins. 

TIPS: jika suka boleh masukan 1/2 biji gajus yang 
sudah disanggar di dalam biskut.


0 Ramadhan : Kenangan solat terawih di kampung.

Whoa. Salam semua. Hari ni macam kebiasaanya. Sahur dekat rumah nenek memang tak lekang dengan nasi panas, lauk-pauk macam nak buka dan macam-macam lagi yang buat aku tak ngantuk langsung. Actly, entry ni bukan aku nak sebut pasal cerita sahur dekat rumah nenek atau betapa banyaknya makanan masa sahur. Aku nak cerita macam mana nakalnya aku ketika solat terawih masa kecik-kecik dulu. Mari!

Nak kata aku sangat alim masa kecik-kecik tak jugak. Tapi aku suka betul datang surau sembahyang terawih! Sebab ada ramai kawan! Juadah moreh memang sedap dan aku suka main sorok-sorok time kecik-kecik. Petang sebelum buka, aku selalunya dah plan dengan kawan-kawan malam tu nak gerak ke surau pukul brape. Biasa la, aku budak kampung, naik basikal ramai-ramai, hu ha hu ha... Sampai surau buat-buat muka baik terus masuk untuk solat isya'.

gambar hiasan, surau kat kampung aku lagi besar

Lepas solat isya' la segalanya bermula. Baik yang dah tingkatan 3 atau pun 5, semuanya sama je. Perangai macam budak-budak tadika sebab semua pakat main sorok-sorok! Sumpah seronok! Kumpul dekat bawah. Singsing seluar tinggi sikit dan mula la kira sapa jadi pencari! Selalunya 2 atau 3 orang yang mencari ni. Sebab yang main pun ramai. Usually, dalam 20 ke 30 orang. Ramai dan meriah!

Port-port menyorok yang biasa ialah bawah kereta, dalam stor, dalam longkang, bawah jambatan, atas syiling, dalam pintu gerbang dan yang paling extreme, dalam tempat angkat atau mandikan jenazah! Hohoho. Selalunya, aku sorok kat tempat simple-simple sebab aku takut hantu! Takut hantu yang sorok-sorok orang tu! Hantu tetek orang kata!

Limit time kita orang ialah time orang tengah solat witir. Time tu sure-sure la dah kelam kabut lap-lap peluh, muka cover-cover teruja. Dengan je dah tahyat akhir, terus naik tempat solat dan pura-pura duduk tahyat akhir. Muka semua bajet suci murni! Semua nak tunjuk yang korang la anak paling soleh dan kuat sebab bertahan solat sehingga ke rakaat terakhir!

Hakikatnya! Macam haram jadah je! Hahahahaha. Anda bagaimana? Ada benda-benda best yang dilakukan masa solat terawih time budak-budak kecik? Share la!

p/s : semalam aku pergi solat terawih dekat kampung, indahnya zaman kanak-kanak kan?

8 Resepi Biskut Almond London

Bertemu sekali lagi untuk ruangan biskut raya ni. Hahahaha. Best gak kan jadi Chef ni. Degree nak ambil kulinari la! Wahahahaha. So, next resepi ialah Biskut Almond London. Time kecik-kecik dulu, aku memang hantu biskut ni! Sedap weyh! Tapi aku tak suka kalau datang raya rumah orang, dia punya almond separuh! Kedekut gila! Tak puas aku makan! Hahahahaha. Selamat mencuba!


BAHAN-BAHAN (150 bIJI)
250 gm mentega/butter
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (tiada pun tak apa)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat masakan

CARA-CARA 
1)Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2) lepas 2,Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. Masukkan serbuk badam.
 
3)Pada bekas lain, ayak tepung jagung, tepung beras, baking powder, tepung jagung, lepas masukan dalam adunan no 2, sikit demi sikit.
4)Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer. 
5) Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
6)Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
7)Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau
 disimpan.

3 Resepi Kuih Tart Nenas

Whoa. Salam semua. Mulai hari ini sehingga seterusnya, aku akan cuba update resepi-resepi kuih raya mahupun kek sempena dengan kedatangan Aidilfitri yang tak lama lagi. Pertama sekali mestilah aku nak update entri resepi kuih kegemaran aku. Kuih tart nenas! Selamat mencuba!



Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5.pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
9. Sapukan dengan kuning telurt
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

0 Jadual waktu imsak dan berbuka puasa seluruh negara.

Whoa. Salam semua. Korang semua boleh dapatkan info waktu berbuka dan imsak di seluruh negara di [sini]. Laman web dari JAKIM (jabatan kemajuan islam Malaysia). Selamat beramal dan beribadah.

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Tahun 1431H/2010M
Bil
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2
JOHOR
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
7
PERAK
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR 
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM 
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR 
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT 
4
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS 
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI  
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN           SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI,   LUBOK ANTU, BETONG,           SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR           SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT,           JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA,           SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR  TAWAU, PULAU SEBATIK,           MEROTAI DAN  KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU,           MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M) 
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN,           PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR 
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK,           SEPULUT, TAMBUNAN, DAN  KENINGAU 
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT,           BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6
TERENGGANU
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG 
ZON 2- BESUT DAN SETIU 
ZON 3- HULU TERENGGANU 
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN 
7
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG 
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN 
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH 
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN  BERA 
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS 
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI 
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND 
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA  PILAH DAN JELEBU
14
KEDAH
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA 
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG

                        Sumber: Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan, Jakim

1 Sahur pertama dengan Gardenia dan Twister Orange

Whoa. Salam semua. Ok, ni entry ramadhan pertama yang aku rasa aku nak cerita pengalaman sebagai anak perantauan. Means perantauan ni tak semestinya duduk jauh beribu batu ok. Duduk beratus batu dari rumah dan memerlukan perjalanan selama 5 atau 6 jam pun boleh dikira sebagai anak perantau.


Aku tulis entry ni masa dalam perjalanan balik ke rumah dari Kedah. Makan masa 5 atau 6 jam atau lebih kadang-kadang bergantung pada situasi dan ketika. Aku target sampai Shah Alam dalam pukul 4.30, so aku boleh sempat sahur kat Shah Alam. But then, aku still prepare if tak sempat sampai ikut timing.

Kalau tak sempat pun, aku bajet bas ni berhenti kat mana-mana RnR untuk bagi chance kat kita orang sahur. Tapi tu la, pemandu bukan non-muslim. Time berhenti kat hentian sebelah, aku tanya, bas ni ada berhenti untuk makan atau ada stop lagi ke? Dia geleng je.

So, aku rasa memang susah la nak sampai Shah Alam seperti yang dirancang. Ya Allah, hari pertama aku dah sahur Roti Jagung Gardenia dan Twister Orange. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, aku ada something to eat untuk tahan perut ni walaupun perut yang comel ni belum lagi berlatih berpuasa selepas Ramadhan tahun lepas. Jahil sungguh!!!

Dalam hati kecil, aku doa supaya semuanya okay-okay belaka. Mungkin ini rezeki sahur pertama aku untuk Ramadhan 2010.... Wasalam.

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets