4 24 hotel dilembah klang diragui buffet puasa!

Awas! Korang semua ni, yang rajin-rajin membuncitkan perut time bulan puasa dengan melahap buffet Ramadhan! Bagi yang duduk dilembah Klang, pihak JAKIM telah mengesan sebanyak 24 hotel terkemuka yang mempunyai makanan untuk buffet puasa yang diragui!


Antara sebab-sebab diragui ialah penggunaan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan dan stor penyimpanan.

Kenyataan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, beliau berkata, hasil pemantauan yang dibuat ke atas 34 hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang meliputi hotel lima bintang ke bawah sepanjang 10 hari berpuasa mendapati 70 peratus tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. 


Nak list hotel yang diragui tu? Entah, JAKIM tak reveal lagi la! Aku rasa, sepatutnya, JAKIM perlu keluarkan list senarai hotel yang meragukan tu. Ini untuk kepentingan orang muslim jugak! Apa la, dah tau diragui, bagi tau la orang ramai. Boleh avoid daripada pergi ke hotel yang diragui! Kalau boleh pergi yang betul-betul sah halal, lagi bagus! Tak perlu nak sibuk-sibuk fikir halal tak halal.

Tepuk dada, tanya selera. Isu halal haram ni sensitif sikit ye! Selamat menyambut ibadah puasa! Kata-kata dari aku ialah, sumpah aku nak sangat makan buffet Ramadhan dekat hotel!!!! Someone, take me there!!!!  

p/s : aku balik rumah lagi 4 hari nak raya! Wargh!!!!

4 komentar:

Danial Ikhwan Jaafar said...

jakim cuma bagi senarai hotel yang dapat status halal. kalau macam tu yang tak tersenarai tu, tak halal la kiranya eh. dah nama pon tak memenuhi syarat2 nak dapat sijil halal. semoga si cepit dapat makan buffet kat hotel yang dah dapat sijil halal. =)

hans said...

aku gi bazaar jer lah
hehehe

P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!

senandung semalam said...

betol2..
g bazar je..
ahahhhaaha

DOLCEshasha said...

ramai kata depa tambah arak untuk sedapkan makanan . haihh . Bek makan kat rumah ja .

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets