Whoa. Salam semua. Ok, ni entry ramadhan pertama yang aku rasa aku nak cerita pengalaman sebagai anak perantauan. Means perantauan ni tak semestinya duduk jauh beribu batu ok. Duduk beratus batu dari rumah dan memerlukan perjalanan selama 5 atau 6 jam pun boleh dikira sebagai anak perantau.
Aku tulis entry ni masa dalam perjalanan balik ke rumah dari Kedah. Makan masa 5 atau 6 jam atau lebih kadang-kadang bergantung pada situasi dan ketika. Aku target sampai Shah Alam dalam pukul 4.30, so aku boleh sempat sahur kat Shah Alam. But then, aku still prepare if tak sempat sampai ikut timing.
Kalau tak sempat pun, aku bajet bas ni berhenti kat mana-mana RnR untuk bagi chance kat kita orang sahur. Tapi tu la, pemandu bukan non-muslim. Time berhenti kat hentian sebelah, aku tanya, bas ni ada berhenti untuk makan atau ada stop lagi ke? Dia geleng je.
So, aku rasa memang susah la nak sampai Shah Alam seperti yang dirancang. Ya Allah, hari pertama aku dah sahur Roti Jagung Gardenia dan Twister Orange. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, aku ada something to eat untuk tahan perut ni walaupun perut yang comel ni belum lagi berlatih berpuasa selepas Ramadhan tahun lepas. Jahil sungguh!!!
Dalam hati kecil, aku doa supaya semuanya okay-okay belaka. Mungkin ini rezeki sahur pertama aku untuk Ramadhan 2010.... Wasalam.
1 komentar:
walaupun perut yang comel ni belum lagi berlatih berpuasa selepas Ramadhan tahun lepas. Jahil sungguh!!!<--maksudnye??
cantik layout!kemas!
Post a Comment
yeah!
nak tinggalkan comment ke???
tunggu reply aku tau!!!