6 Pementasan Teater Upin Ipin The Muzikal | Sinopsis | Uji Bakat | Istana Budaya

Salam semua. Semalam aku layan Diva di RTM 1. Keluar cerita pasal Pementasan Teater Upin dan Ipin yang tak lama lagi akan dipentaskan di Istana Budaya tahun hadapan. Dengar kata, mereka juga tengah mencari pelakon-pelakon teater yang nak menyertai pementasan teater itu nanti! Jop layan sinopsis Teater Muzikal Upin Ipin tu nanti :

keletah upin ipin

Sinopsis Upin & Ipin The Musical 

Upin & Ipin The Musical mengisahkan kehidupan kembar anak yatim piatu iaitu Upin & Ipin di Kampung Durian Runtuh. Mereka yang tinggal bersama kakak mereka, Kak Ros dan Opah belajar di Tadika Mesra yang turut disertai Jarjit, Mei-Mei, Ehsan, Mail, Fizi dan rakan-rakan yang lain.

Sebagai rakan baik, mereka selalu membaca dan bermain bersama-sama. Setiap kali membaca mereka telah membayangkan isi kandungan di dalam buku tersebut. Justeru, sebagai kanak-kanak mereka sering berimaginasi berada di setiap tempat dan kejadian yang ditulis di dalam buku tersebut.

Ketika mengayuh basikal, mereka membayangkan yang mereka sedang menaiki kapal angkasa dan melalui pengalaman hebat ketika berada di bulan.

Begitu juga apabila hujan turun tanpa henti, Upin dan Ipin telah membuat kapal kertas. Mereka berimaginasi menjadi pahlawan Melayu lama iaitu Hang Tuah yang bertarung dengan lanun di lautan bagi menyelamatkan rakan-rakan mereka. Mereka juga telah bertemu dengan orang asli ketika ekspedisi mencari harta karun dalam hutan tebal.


sewaktu majlis pengenalan teater Upin Ipin The Muzikal - sumber gambar dari blog.myfriends2u.com

Pelbagai kejadian aneh yang terpaksa mereka lalui sepanjang pengembaraan tersebut yang menguji kesetiaan persahabatan serta kecerdikan akal mereka.

Teater ini menggabungkan dunia angkasa lepas, lautan dan belantara serta menampilkan pelbagai kehidupan flora dan fauna yang terdapat di tempat-tempat tersebut.

Upin & Ipin The Musical bakal diarahkan oleh pengarah dan penulis skrip terkenal, Zaifri Husin dan dibantu Datuk Suhaimi Mohd Zain selaku Pengarah Muzik dan A.Airis Kadir sebagai Koreografer.

p/s :  Ujibakat mencari barisan pelakon Upin & Ipin The Musical bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 13, 14, 20 dan 21 Ogos ini. Syarat penyertaan ialah mereka yang berusia dari 6 hingga 35 tahun, lelaki dan perempuan, boleh menari, menyanyi, berlakon, sihat dan lincah dan semua bangsa. Keterangan lanjut, hubungi 03 61866592/03 55118089/017 8716060/012 2977220 dan 017 2004249.

6 komentar:

Unknown said...

kene cari kembar la ye utk upi n ipin? hee..cmne je nk buat rambut upin? hehe

Entri Terkini: SaDiS: KaSiH SaYanG SeoRanG AbanG

Syazwan said...

macam best. tapi tak dapat la nak join. =_=

hakimfaridzul said...

@CheQ PP JoY botak jep...senang kot...

hakimfaridzul said...

@SyazwanSarawak study je bro ye... :P

Anonymous said...

nak copy pasal upin ipin neh! hehe.

juanita said...

aha....x sabar nak tgu teater musical nie. Audition x mungkinnnn :D

Mohon share yer

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets