24 Resepi Begedil Daging Orang Bujang | Mudah Sangat

Salam. Kalau hari tu aku sharekan air tangan aku buat puding karamel, hari ni aku berkenan pulak nak sharekan kat korang semua resepi begedil orang bujan yang sangat simple. Kalau anak bujang macam aku ni boleh buat, anak-anak dara pembaca pun aku rasa boleh juga. Jop tengok bahan-bahan dan cara membuat begedil daging ni!

Bahan-bahan :
  • 1 kg kentang
  • 1/2 kg daging hancur
  • 1 biji telur atau yg bersesuaian
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • sedikit garam- agak2 jangan masin sangat.
  • 1 sudu tepung jagung

Begedil daging saya comel-comel jep.

Cara-Cara :

1. Daging hancur tu di masak guna kuali untuk buang air daging tu sampai kering. (letak garam sikit dan serbuk kari untuk tambah sedap). Buat sampai air daging kering dan ketepikan.

2. Kentang dibuang kulit dan di potong ikut suka tipis sebab nak digoreng.

3. Lepas goreng, kentang tadi di tumbuk hingga lumat (sampai hancur).

4. Kemudian daging, bawang goreng dan daun sup di masukkan kedalam kentang yang sudah dihancurkan. Bahan-bahan tersebut diramas-ramas sampai bersatu.

5. Cuba kepal2kan - pastinya begedil tu akan berderaikan

6. Masukkan 1 biji atau 2 biji telur ikut keperluan untuk membantu bahan tadi boleh dikepal.

7. Kepallah sampai habis.. (boleh buat bulat, lonjong, leper. ikut selera)hehehehe

Untuk menggoreng :

1. Telur dan tepung jagung tu dipukul kemudian masukkan begedil tu dalam telur dan goreng hingga kekuningan dan masak....

p/s : kalau nak guna daging ayam pun boleh. resepi sangatlah mudah. ada masalah, boleh tweet saya di sini 

** ni resipi mak angkat aku yang kat JB tu** :)

24 komentar:

Fujiwara said...

macam sedap :D

KuNanGKuNanG said...

wah..nampak sedap je..leh try ni..

Hans said...

wah
pandai buat begedil
bagus2

misz sheyla said...

huarghhhh....sedapnye nampak...

hakimfaridzul said...

@Fujiwara memang sedappp.. hahahahaha

hakimfaridzul said...

@KuNanGKuNanG cubalah, senang jep... :)

hakimfaridzul said...

@Hans jadi chef kat rumah jep... huhuhuhuhu

hakimfaridzul said...

@misz sheyla memang sodappppp... marveloussss

syasya said...

weee sedapnye! boleh cube ni.terima kasih!

hakimfaridzul said...

@syasya sama-sama... :)

Muhammad Burn said...

terbaik. mudah. bleh try nt.

nas said...

pandainye ko masak!!!!
hahahahhaa
bagi la aku sket
aku nak gak.. hahhahaa
aku xreti masak bergedil

saya_arief said...

memang berbakat la abang ni..
i like..
tolong buat untuk i bang.
bole x?

zikeryhassan said...

kau buat untuk aku plz. pastu pos sblm berbuka k :)

roha said...

Wah begedil org bujang tu. Senang dibuat sedap dimakan.

yuyueyuliana said...

kalau letak serbuk lada hitam ckit pon sedap :)

kulanzsalleh said...

Best kalau dapat masak sendiri ni.. dah lama tak pekena begedil daging

hakimfaridzul said...

@Muhammad Burn memang mudah! mudah sangat!

hakimfaridzul said...

@nas nak, bayar! hahahaha

hakimfaridzul said...

@saya_arief eleh. boleh je.. kikikiki

hakimfaridzul said...

@zikeryhassan nak post kemana ye encik?

hakimfaridzul said...

@rohasedap giloshhh!

hakimfaridzul said...

@yuyueyuliana betul-betul!

hakimfaridzul said...

@kulanzsalleh buat sendirik je bro..senang...

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets