0 Bajet 2012 | Belanjawan 2012 | Hadiah untuk rakyat.

Datuk Seri Najib membayangkan hadiah mengejut menanti rakyat dalam pembentangan Belanjawan Negara 2012 hari ini. Selain kejutan itu, beliau menegaskan teras kepada bajet itu memberi fokus kepada penjanaan kekuatan ekonomi domestik ketika berhadapan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu kini.



"Bajet itu mesti memberi keyakinan kepada permintaan dalaman sebab dengan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu, kita perlu bersandarkan kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsang pelaburan."

Belanjawan Negara 2012, akan dibentang di Dewan Rakyat hari ini jam 3 petang yang akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen RTM. Pembentangan bajet kali ini juga merupakan satu pendekatan terbaru kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam emmacu ekonomi mereka.

YAB Perdana Menteri juga menegaskan bahawa bajet 2012 kali ini juga lebih bersifat inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi negara.

p/s : apa-apa pun, kita tunggu petang ni. adakah Bajet 2012 seperti yang anda idamkan atau, hanya sentimen politk semata. :)

0 komentar:

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets