1 Download Ucapan Belanjawan 2012 di Portal Perbendaharaan

Ucapan Belanjawan 2012 di portal Perbendaharaan



KUALA LUMPUR: Ucapan Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Jumaat ini akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan portal Perbendaharaan Malaysia. 

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini menyebut ia adalah bagi memudahkan pengguna internet mengikuti siaran langsung ucapan berkenaan yang bermula 4 petang.
Siaran langsung ucapan itu boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan melayari portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my.
Teks ucapan belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari portal berkenaan sejam selepas Perdana Menteri membentangkan belanjawan. 

Menurut kenyataan itu lagi, ucapan Belanjawan 2012 juga boleh diakses melalui mobile web http://www.treasury.gov.my/bajetmobile, pautan RSS di http://www.treasury.gov.my dan pautan menerusi laman web agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti Kastam DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. - BERNAMA 

p/s : agak-agak apa harapan anda untuk Bajet 2012 ini?

1 komentar:

aleen aiden said...

masa PM umum ahli parlimen juga elaunnya akan dnaikkan,1 parlimen bersorak.hu3

Post a Comment

yeah!

nak tinggalkan comment ke???

tunggu reply aku tau!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets