Zaman kanak-kanak ialah zaman yang paling otak suka berimaginasi. Mesti korang pun sama juga. Imaginasi macam-macam. Fikir yang andai saya boleh terbang. Mungkin saya boleh bina kapal terbang sendiri dan banyak lagi. Tapi yang dah besar gajah pun fikir jalan raya boleh gerak sendiri pun aku salute. Macam best friend aku, gebu, dia selalu imaginasi jalan raya bergerak sendiri. Maha HEBAT Sungguh!
Perkembangan otak dan tumbesaran badan sangat penting time tu. Masa zaman aku kecil-kecil, aku memang susah nak makan. Lagi-lagi kalau lauk tak menarik. Tapi kalau nampak ada karot, seriously terus berselera sebab warna oren! Makanan jadi menarik. Berwarna!
Hari ni aku nak show sikit gambar-gambar yang aku jumpa masa jalan-jalan dialam maya. Mana tau, ada ibu bapa nak praktikkan untuk hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Boleh la mencuba.
p/s : kalau aku sendiri pun jenuh nak buat macam ni untuk anak-anak. sekali sekala boleh la.
(Gambar fakulti perubatan UiTM Kampus Selayang). Salam semua. Akhirnya, dah siap juga fakulti perubatan untuk budak-budak medic Universiti Teknologi MARA. Mari kita jalan-jalan tengok gambar fakulti perubatan yang baru.
Salam. Pernah terfikir yang cara pengurusan kewangan korang semua ni betul? Duit ptptn yang kamu semua dapat dibelanjakan kejalan yang benar? Atau duit ptptn diibaratkan seperti rezeki terpijak yang perlu dibelanjakan kejalan yang benar?
Hidup sebagai pelajar diuniverisiti sebagai contohya aku, memang pengurusan kewangan penting. Nak asingkan duit untuk makan, dobi, pengangkutan, alat tulis, buku dan banyak lagi. Kalau tak ada perancangan, memang hujung bulan terpaksa call ibu bapa buat suara sayu mintak duit sebab dah kehabisan duit. Yang pasti, dah besar panjang ni, terasa malu tiap kali call ibu bapa nak mohon agar duit dibank in dengan kadar segera.
*******************************************
Securities Industry Development Corporation (SIDC), yang merupakan cabang latihan dan pendidikan bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, menganjurkan pertandingan Filem Celik Kewangan antara Univeristi (I-Film) yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM 3, 000. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar kolej dan universiti sahaja.
Tunjukkan kreativiti anda dengan menyediakan filem pendek, sketsa, pengumuman awam, filem animasi dan apa jua jenis video untuk di berkenaan pengurusan kewangan. Terpulang anda nak bercerita tentang pengurusan duit PTPTN, cara anda menabung, atau mungkin cara anda berbelanja. Apa jua idea anda, ia mungkin berpeluang untuk meraih RM 3, 000!!!
Aku dah sediakan juga contoh video untuk pertandingan ini. Mana tau, mungkin aku ada peluang nak menang RM 3, 000 tu. Jom, layan video ringkas ni:
Aku jamin ramai lagi yang pandai dan kreatif untuk buat video macam ni. Apa kata, penuhkan masa terluang anda tu untuk video ni. Rezeki, siapa tahu? Mungkin ada yang bertuah memenangi RM 3,000 ini!
Tarikh tutup pertandingan i-FiLM ialah pada 11 Februari 2012 dan pemenang akan diumumkan pada 17 Februari 2012. Maklumat lanjut pertandingan tersebut boleh didapati di laman web Pelabur Malaysia di www.min.com.my dan di facebook SIDC di www.facebook.com/BMWSIDC.