Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts
7 Jadual final exam aku. Kau ada macam ni?
Salam semua, aku tak nak cakap banyak-banyak. Cuma nak bagi gambaran bagaimana tertekannya, terstressnya aku menghadapi final exam kali ni! Sila lihat jadual dibawah :
- Selasa ( 26-04-2011 ) - Accounting 1
- Rabu ( 27-04-2011 ) - Multimedia
- Khamis ( 28-04-2011 ) - Business Math
- Jumaat ( 29-04-2011 ) - Tamadun Islam dan Asia
- Sabtu ( 30-04-2011 ) - Malaysian Legal System
- Selasa ( 10-05-2011 ) - Quality Management
Memang seronok plus teruja lebih sebab jadual final aku macam hareeeeem! Grrrrr! Straight 5 hari berturut-turut tanpa henti. Then jarak 10 hari lepas sengsara, baru jumpa last paper! What the )^&^$&^*(^#$!!!!!! Sabar je la!
**mungkin aku perlukan ini :
In
Labels:
final exam,
jadual final exam,
UiTM,
UiTM Shah Alam
by hakimfaridzul
11 Amaran dilarang mengesat tahi hidung di dinding tandas!
Salam semua. Pernah dengar amaran dilarang mengesat tahi hidung di dinding tandas? Unik bukan? Kolej korang ada? Aku rasa takdak! Kalau tak pernah, sila baca dan teliti gambar dibawah ini :
Kolej Perindu 2, tingkat 2, tandas baru!
Zoom in sikit, kasi korang jelas!
Setelah aku teliti beberapa toilet, memang sah-sah ada makhluk yang pengotor dan menjijikkan ni rupanya! Habis dinding toilet penuh tahi hidung! Buwek! Geli la siot! And for your information, bilik mandi pun ada! Cuma, kertas amaran ni just ada kat satu tandas je! Patut orang yang tulis ni photostat banyak-banyak kali lekat kat semua toilet! Hahahahaha
p/s : sambil membuang, sambil berdoa! Relevankah ini semua ditampal????
In
Labels:
majlis perwakilan pelajar,
student,
tandas,
toilet,
UiTM,
UiTM Shah Alam
by hakimfaridzul
35 Syukur yang tidak terhingga untuk peluang ini. Gembira dan sedih kita bersama.
Salam semua. Lama aku menanti keputusan kemasukan ke UiTM untuk further degree ni. Alhamdulillah. Berkat doa semua, 3 Januari ni aku akan sambung Sarjana Muda Pentadbiran Korporat di UiTM Shah Alam. Syukur sangat-sangat. Walaupun semalam aku risau sebab check first trial, dia tulis permohonan tak berjaya. Check kali kedua, aku dah boleh tarik nafas lega. Syukur sangat-sangat. Nowdays, kita kena bagi gambar biar orang percaya. Sebab ramai orang suka tuduh itu ini sebab ingat kita omong kosong. Bukan dengan niat ingin menunjuk, tapi dengan niat agar tiada salah faham dan fitnah memfitnah seperti yang berlaku pada DIA ni.
**alhamdulillah**
Tapi, dalam aku gembira, aku masih risau dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku sendiri bingung. Habis wall Naib Canselor dihambur. Itu ini persoalan. Bagi aku, betul juga tindakan. Dah itu saluran yang cepat dan sedia ada. Kalau aku ditempat mereka yang masih tak dapat keputusan degree ni, aku pun begitu gak. Mesti risau, fikir apa nak jadi dengan masa depan, kerah ibu bapa turun Shah Alam, haru biru...
Yang tak sedapnya, kalau ada orang yang nak comment, tapi tidak meletakkan diri di tempat mereka yang mengalami nasib begini! Itu yang penting! Sedap cakap itu ini tanpa periksa panjang. Sedap mengata "kalau cgpa cukup2 makan, susah nak dapat tempat". OMG. Cuba jadi supportive sikit. Kalau kau abang atau kakak, kau bagi nasihat berguna untuk adik-adik. Bukan downkan orang. Kau bagi semangat! Kau bagi inspirasi dan harapan agar tidak putus asa berdoa dan mohon dari Allah.
Aku tak suka cakap benda yang sepatutnya sebagai seorang melayu dan islam serta bumiputera perlu buat untuk bangsa sendiri, untuk agama sendiri. Kita kena tolong menolong. Cuba mana yang termampu. Tak dapat tolong banyak, doakan pun dah cukup. Bagi semangat kat kawan-kawan. Ucap yang baik-baik. Itu yang terbaik. Sedih sebab ada juga yang fitnah, kata itu ini.
Untuk kawan-kawan dan semua yang masih menanti keputusan sambung belajar ni. Jangan putus harapan. Doa banyak-banyak. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Mungkin ada kesilapan teknikal lagi tu. Ada la mana-mana part yang tertinggal. Takpe, kan naib canselor dan janji akan bincang dengan dekan masalah-masalah ni semua. So, sabar. Tawakal.. Insyallah semuanya akan baik-baik belaka.
In
Labels:
berdoa,
keputusan masuk uitm,
rakan-rakan,
syukur,
UiTM
by hakimfaridzul
14 UiTM kini memandang serius isu plagiarism!
Whoa. Salam semua! Ini namanya orang tak sedar diri! Jumaat dah start final exam, engkau boleh lagi update blog, check email, jenguk facebook, twitter segala. Kita panggil sebagai ubat menghilangkan tension! yeah! Seperti tajuk entri, kini UiTM tampil memerangi jenayah plagiarism secara besar-besaran. Aku tak tahu adakah hanya di UiTM Kedah sahaja atau UiTM seluruh Malaysia. Yang penting, plagiarism sangat-sangat famous isunya sekarang ni!
Bagi pemaham aku, plagiarism ni seperti kau ambil hasil nukilan, karya dan sebarang bentuk idea, ayat, perkataan dan sebagainya tanpa memberikan kredit kepada penulis atau pencipta karya tersebut. Kira kau ambik aku punya entri then claim kau buat entri tersebut dengan copy paste kat blog kau tanpa letak siapa sebenarnya orang yang tulis entri tu. Faham? Kiran ciplak la! Heh!
Tak silap aku, baru 2 hari lepas atau semalam aku nampak poster plagiarism merata-rata. Bukan main besar! Siap tulis kesalahannya boleh dikenakan tindakan gantung semester, tukar course atau lebih dahsyat disingkirkan terus dari UiTM. So, beware. Nak ambil mana-mana article nowdays, kena pastikan korang claim datang dari mana menatang tuh! Aku ada dengar gak UiTM ada beli software or something macam program untuk check plagiarism ni! Hebat bukan!
Aku anggap plagiarism ni sebagai jenayah halus sebab kau macam mencuri orang punya harta! Lepas tu sedap-sedap cakap kau punya. Ala, macam budak tu (dia yg tidak perlu diberitahu namanya). Hak3. Bukan tujuan mengutuk, tapi sila ambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Lagi-lagi kalau kau copy paste entri blogger hebat, then letak kat blog kau. Lepas tu dah kena kutuk, cop sebagai plagiat, kena herdik semua... Baru sibuk mintak maaf dan tutup blog! WTF! Kan? So, better jangan buat!
Aku tak nafikan sebelum aku jahil dengan ilmu tentang letakkan citation, APA dan MLA style tu. Aku dulu memang stock copy paste je! Lagi-lagi dekat assignment kan. Habis semua article aku claim poyo article aku. Sekarang insyaallah, aku akan letak dan claim sape tuan punya article semua tuh. Kalau gambar? erk, tu nak kredit kat google pun tak boleh kan... Sebab memang ada sourcenya.
p/s : fikir dulu sebelum buat! (sapa makan cili dia rasa hangatnya)
In
Labels:
isu hangat,
isu semasa,
majlis perwakilan pelajar,
plagiarism,
UiTM
by hakimfaridzul
10 Pengarah Kampus Masuk Blog Aku Selepas Sahur.
Salam. Sebelum apa-apa, aku nak ucap dulu terima kasih kepada Pengarah Kampus atas sikap beliau yang peka terhadap masalah yang korang sendiri nampak atau tidak nampak! First of all, korang pernah baca entri aku bengang dengan dining kolej Malinja? Kalau pernah, Prof Zaliha telah memberikan gambar jelas kepada aku apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang beliau sedang lakukakan. Beliau telah komen di Wall aku dengan memberikan jawapan ini :
Salam saudara Hakim Faridzul. Adalah tidak adil saudara menyebut nama dining Kolej Malinja di tulisan saudara. The culprit dalam masalah ini adalah Caterer didining tersebut Syarikat Shake Cuisine yang bermasalah. Berkenaan aduan saudara, tidak benar yang ianya tidak diperhatikan malah saya dan pihak pengurusan telahpun mengambil tindakan tegas dengan memanggil pihak Shake cuisine dan telah memberi amaran keras. Sudah tentu pihak pengurusan perlu mengikut prosedur tertentu dalam menangani isu ini dan tidak boleh menamatkan kontraknya secara drastik.Pihak Shake sedang dipantau dan memang kami tidak nampak perubahan yang dibuat walaupun beliau telah berjanji untuk memperbaiki perkhidmatannya.
Terimakasi h saudara Hakim kerana telah membantu pihak pengurusan UiTM menambahkan lagi bukti-bukti yang telah dikumpul supaya menjadi lebih kukuh apabila pihak universitimengambil tindakan ke atas Shake Cuisine nanti. Saya nasihatkan saudara supaya menulis blog entri directly referring to catere Shake Cuisine agar beliau merasa perlunya membuat perubahan dengan segera dan tidak membuat sikap sambil lewa. Biar orang diluar sana tahu prestasi buruk caterer ini. "Bekerja dengan ikhlas"
Faham dengan penjelasan tersebut. Maknanya, pihak UiTM bukan boleh automatically berhentikan perkhidmatan tersebut. Kena bagi chance dan warning kepada mereka terlebih dahulu! Alhamdulillah ada ambil tindakan walaupun kita sebenarnya hanya nampak kerusi dan meja sahaja yang berubah.
Kalau korang dah clear dengan jawapan tersebut, korang kena tahu juga apa sebab musabab dan munasabah Bazar Ramadhan di UiTM ini ditutup. Sila baca penjelasan Prof Zaliha tentang masalah ini :
Slm dan trima kasih ats keprihatinan pelajar semua.berkenaan penutupan bzar ramadan, langkah tersbut terpksa diambil kerana:
1. Tindakan dan sikap peniaga yg enggan mengambil suntikan typhod w/pun telah diingatkan
2. Mencuri (tapped) bekalan elektrik yg boleh menyebabkan kebakaran dan gangguan elektrik
3. membuang sampah sesuka hati dan tidak menjaga kebersihan.
4. tidak mengemas sepenuhnya gerai mereka selepas berniaga - tempat letak kereta tidak dpt digunakan sepenuhnya.
5. ada peniaga yg tidak mmbayar sewa tapak dan tidak berdaftar tetapi turut berniaga.
6. Ada peniaga bersikap kasar, biadap, mengugut dan mengancam nyawa pegawai bertugas dengan mengatakan mereka adalah ahli kumpulan samseng malah menggunakan pekerja asing menjaga gerai mereka
7. perniagaan foodcourt/dewan makan makin terjejas sedangkan mereka membayar sewa yg agak mahal.
8. keadaan tmpat berniaga keseluruhannya tidak terurus, berselerak dan memburukkan pandangan seperti pasar borong. perkara ini telah ditegur oleh pihak UiTM Shah Alam yg datang melawat.
p/s : W/bagaimanapun pelajar dibenarkan keluar membeli makanan diluar dan juga boleh membeli makanan di f/court dan dwn mkn. Terima kasih.
Amacam? Sudah faham? So, sebenarnya pihak UiTM dan Prof sendiri bukanlah nak pentingkan pihak dining semata-mata. Tapi lebih kepada memikirkan masalah dan kemaslahatan para pelajar. Once again, terima kasih kepada Prof Zaliha atas jawapan dan penerangan beliau!
Korang semua boleh add Prof Zaliha di Facebook beliau! Klik [ini] untuk ke page beliau! Tanya la apa yang korang nak tanya, insyaallah akan dijawab!
p/s : Kenapa MPP lambat menyampaikan semua penerangan ini kepada pelajar ye??? Haih~
In
Labels:
dining,
majlis perwakilan pelajar,
makanan,
Prof Zaliha,
UiTM
by hakimfaridzul
2 Berhenti blogging!
Who. Salam semua. So, seperti tajuk, aku nak bagi tau. Aku akan berhenti blogging untuk 3 hari dan mungkin lebih. Hehehehe. Bukan berhenti selamanya... Sayang dowh dengan blog! Minat lebih dari LAW! wakakaka. Time korang semua baca entri ni aku dah on the way ke Batu Ferringhi, Penang! Holiday for last sem dengan kawan-kawan! Doakan semuanya baik dan bagus-bagus disana! Wasalam!
P/s : jangan fikir perasaan orang lain kalau orang tu tak fikir pasal korang punya perasaan!
1 Boleh tak tukar tender lain untuk dining Kolej Malinja?
Whoa. Salam semua. Hari ni baru aku ada masa terluang sikit walaupun hakikatnya aku sangat penat training tennis petang tadi dan perlu membaca buku untuk test global esok. Ni entri terpaksa sebab aku dah tak tahan dengan keadaan dining Kolej Malinja, UiTM Kedah. Entri ni bukan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa pun. Entri ni ditulis atas sebab suara sebagai seorang mahasiswa yang duduk didalam kolej tidak diendahkan!
Bukan aku tak pernah buat laporan di Pejabat Kolej mahupun Majlis Perwakilan Pelajar tentang masalah yang melanda dining kolej aku ni. Penat, tiada sebarang respond dan keadaan tiada bezanya. Sumpah! Dewan makan MRSM Pontian dan Merbok serta Yayasan Selangor aku lebih baik servisnya berbanding dining UiTM ni. Sekali lagi, ini entri suara mahasiswa yang aku rasa perlu didengari sebab tak ramai yang berani tampil memberikan komen serta pendapat mengenai masalah ni. Kecewa.
Beberapa faktor yang membuatkan aku tak tahan dengan dining Kolej Malinja UiTM Kedah ialah :
1. Pihak dining tak mampu menyediakan makanan setanding dengan kapasiti pelajar.
Ni bukan aku sorang yang nampak ye. Semua tahu keadaan ni. Seriously, kalau pukul 8 malam tu, lauk untuk dinner boleh dikatakan hampir habis atau pun sudah habis. Tray lauk tu harap je banyak, kosong, tinggal kuah, sisa-sisa je. Padahal cuba bayangkan yang pukul 8 malam adalah waktu pelajar kebiasaannya makan malam! Even tengah hari pun sama je keadaannya. Tiada perubahan dari budak pre-law masuk sampaikan sesi kemasukan dah pun habis! Kadang-kadang nasi pun tak de.
2. Masalah kakitangan dining Malinja.
Yang ni lagi parah aku rasa. Kalau tak cukup kakitangan atau pekerja tapi servis baik dan memuaskan, aku boleh consider jugak. Sampaikan meja tak berkemas, bersepah pinggan sana sini. Kat meja penuh ngan pinggan. Kesian gak tengok akak dekat kaunter minuman dan cashier, berkejar nak kemas pinggan, amik order, buat air dan sebagainya. Kalau tak mampu, sila la tambah kan bilangan pekerja atau sila la berundur, bagi tender lain mencuba nasib.
3. Adab dan tatasusila pekerja.
Kalau korang boleh dengan keadaan pekerja yang kadang-kadang menjengkelkan. Anda tak perlu teruskan bacaan dengan entri ni. Sekarang cuba bayangkan keadaan yang aku lalui malam tadi. Aku order nasi goreng pataya. Siap dan aku ambil di counter cashier. Aku cari sudu dan garfu. Tiada.
Aku tanya soalan ni " kak, sudu ada tak? " jawapannya, sudu dah habis, dengan muka yang memang nak makan penyepak sekali dua dari aku!!!! Aku tanya balik, habis tu, makan nasi pataya dengan tangan? Akak tu jawap, makan je la! ".
Fine, aku memang berapi gila! Aku bagi sikit jawapan yang memang dia lagi berapi dengar! Untuk orang macam ni, better kita bagi jawapan yang sedikit menyentapkan jiwa dia! Ini jawapan aku!
Kak, cakap dengan bos, kalau tak mampu nak sediakan makanan sama dengan kapasiti budak kolej, tukar je tender lain. Banyak lagi tender lain tunggu. Shame!
Kadang-kadang pun, muka akak yang jaga kaunter tu sumpah macam nak mintak penampar atau penendang aku! Geram weyh, ramai dah perasan. Tolong la, kau tu bekerja di sektor perkhidmatan. So, sila la bagi sikit senyuman. Kita orang pun nak membeli dalam keadaan yang bagus. Berikan senyumana, bukan muka masam mencuka dan mulut muncung macam nak kena ikat tocang!
Dah la, tak guna cakap dan tulis banyak-banyak kalau keadaan ni tiada perubahan hingga keakhirnya. Aku tak tahu mana silapnya. Adakah pihak kolej yang kurang membuat pemantauan atau pihak dining sendiri yang tiada tanggungjawab atau pihak Majlis Perwakilan Pelajar yang tidak peka terhadap kemaslahatan pelajar kolej. Aku bingung!
Aku bukannya pandai nak mengarah atau memberikan komen semata-mata. Aku kerdil kat UiTM ni, suara aku jauh untuk didengari. Entah-entah entri aku pun suram dan berlalu begitu sahaja. Bagi aku, kalau anda memikul tanggungjawab, jalankanlah dengan sebaiknya, kerjakan tugas kau tu. Bukan setakat duduk atas, pegang jawatan dan bangga tanpa menjalankan amanah! Aku tak tuju dekat sesiapa. Ini sebagai peringatan untuk aku sendiri dan yang lain-lain juga. Fikirkan!
p/s : sila klik butang like, seriously aku nak korang punya komen dan klik butang like kat bawah ni! TQ
In
Labels:
dining,
majlis perwakilan pelajar,
pelajar,
pendapat,
rakan-rakan,
stress,
suara,
UiTM
by hakimfaridzul
0 Hidup biar sedap, aku tak mampu biar ia sedap lagi.
Percaya pada takdir dan terus pandang kedepan.
Perjalanan hidup masih jauh.
Ini baru sikit.
Banyak lagi menanti.
Sabar.
Tawakkal.
Tiada siapa nak pujuk hati walaupun yang dekat.
Sendiri-sendiri tenang.
Yang jauh, nak sangat rasa dekat.
Yang tak faham, tolong lah fahami.
Yang tak nampak, tolong lah celik.
Tertunduk.
Layu.
Bisu tak berkata.
Luluh semuanya.
Sepi.
Meniti hari bersurai.
Tamat.
8 Aku nak jadi paparazzi. Boleh ke?
Whoa. Salam semua. Ini entri nak tanya pendapat korang semua. Entri yang perlukan anda respond. Aku ni tak la suka sangat mengata belakang, tak juga suka mengutuk apabila perlu dan tak juga bergosip selalu. But then, aku minat nak jadi paparazzi! So, apa pendapat korang semua kalau aku jadi paparazzi?hak3.
Sebagai permulaan untuk aku jadi paparazzi yang berjaya satu hari nanti, aku nak mulakan ruangan gossip budak-budak pre-law kat UiTM aku ni. Aku suka memerhati dan menulis. So, aku rasa, aku ada sikit-sikit bakat untuk menjadi paparazzi berjaya secara kecil-kecilan!
Now, dalam blog dan ada draft 3 entri untuk paparazzi session aku ni! Tak sabar nak spublish. So far, aku rasa penulisan aku kat draft tu hanya bagi hint-hint sikit je pasal individu seseorang. Tak la aku reveal seratus peratus. So, aku agak baik kan???hak3
Nantikan page terbaru aku kat sidebar kiri ye! Akan ku reveal satu persatu!hak3. Best gak jadi paparazzi ni kan?huhuhu, jangan ada yang serang aku macam Britney Spears serang dah la ye~hak3. So, korang bagi la pendapat untuk page terbaru aku yang akan aku bagi nama "paparazzi"!
Oleh itu, sila la berikan anda punya cadangan atau bantahan ye! Aku suka denagr pendapat-pendapat orang ni. mana la tahu bagus, boleh gak jadikan sebagai pengajaran!hak3. Dah-dah, aku kat kelas ni. korang baca auto post la!hak3
39 DVD skandal Ariel Peterpan dijual di pasar malam. Aku dah jumpa!
Whoa. Salam readers. Jika entri aku semalam ada sentuh tentang Buffered Earnings, hari ni aku nak share sikit pasal si Ariel Peterporn Ariel Peterpan. Ala, mesti la korang faham aku nak cerita pasal apa kan? Cerita scandal dia tuh. Dah kantoi satu dunia dah! Popular sekelip mata!
Semalam, aku pergi pasar malam kat Sungai Layar, pasar malam yang terdekat dengan UiTM ni. Ini antara aktiviti mingguan yang aku selalu layan memandangkan aku suka makan dan roomate juga sangat suka makan! hak3. Beli makanan banyak-banyak pastu melahap dalam bilik! Mati kalau dia orang tahu aku cakap pasal dia orang.^^
Kalau korang dah biasa ke pasar malam. Biasa la, dah nama pasar malam kan? Mesti ada jual cd mahupun dvd cetak rompak. Aku bukan la penggemar cetak rompak, tapi, bagi aku, murah dan berbaloi-baloi.hak3. Time aku usha-usah DVD kat situ, abang kedai DVD tu hulur kat aku ini. Sila lihat gambar dibawah!
Hak3. Dah di DVD kan! Sedap lagi! hak3. So, jika anda mencari-cari DVD skandal panas ini. Sila la berkunjung ke pasar-pasar malam ye!huhuhu. Mana la tahu, anda ketemu juga! DVD ni 10 hengget je. Original dari indon tu!!! Yang penting, aku tak beli ye! Cuma dipromote! Kalau nak tahu, cover dia ni buka ori, sebab, kalau aku tunjuk yang ori, terbeliak mata korang. Ni cover yang dah di cetak rompak semula!huhuhu
Aku juga ada dengar yang video-video lucah si Ariel ni ada banyak. Yang aku dengar setakat ni je dah 30 orang! Ramai! Semua artis. So, nantikan aku reveal satu persatu artis perempuan yang bernasib baik tu ye!hak3. Best gak jadi paparazzi ni. Amacam? Ada bakat?hak3
Dengar kata juga, Ariel ni boleh di saman dan di penjara selama 12 tahun kalau video-video ni betul. Mybe sebab memalukan Indonesia dan juga memalukan industri muzik dia orang! Aku juga ada baca yang katanya si Ariel Peterporn ni dah ke luar negara. Mungkin melarikan diri. Apa-apa pun, kita tunggu la apa jadi seterusnya ya!huhuhu. Bye-bye!
In
Labels:
artis,
cuci mata,
dunia,
isu hangat,
isu semasa,
jalan-jalan,
kampus,
panas,
review,
sharing,
UiTM
by hakimfaridzul
6 I'm sorry. Mungkin ini penyelesaian terbaik dan jangan samakan aku dengan yang lain.
Selamat pagi semua. Sehat? Keadaan badan aku makin panas, selsema makin teruk, start sakit-sakit tekak, kepala memang dah pening dari 3 hari lepas. Itu keadaan fizikal aku. Dulu aku pernah cakap kat diri sendiri yang aku akan berblogging benda-benda yang ilmiah, bukan cerita tentang diri aku yang kerdil ni, bukan cerita perasaan dan juga bukan cerita merepek-repek.
Hakikatnya, aku akur hari ini. Aku rasa aku perlu juga bersuara walaupun aku tahu. Tiada sapa yang mendengar. Ya. Aku gagal lagi. Dan aku rasa kegagalan kali ni lebih besar dan lebih mendalam bagi aku. Kegagalan yang aku rasa, susah untuk aku bangkit kali ni. Kalau dulu, aku boleh terima sebab aku tak cukup kudrat dan bertujuan mencuba.
Kali ni lain. Diluar sana. Ya. Salah aku. Aku tak tahu sampai bila kegagalan ini akan berjaya. Tapi, aku akan cuba. Akan akan cuba untuk lebih berjaya dari hari ini. Aku tau, yang diluar samakan aku dengan yang lain, salahkan aku, benci aku. Tak pe, aku dah fikir tu semua dari awal lagi. Aku rasa aku dah cukup bersedia.
Aku just nak cakap. Aku bukan dayus nak menipu, membiarkan dan menidakkan sesuatu jika aku rasa aku tak boleh tahan melihat ia begitu. Yang faham. Sila faham dan yang tidak faham. Biarkan saja perenggan ini. Bagi aku, jika korang sayang apa-apa sekalipun, korang sanggup lihat ia terseksa? Kecewa? dan derita? Takkan? Begitu juga aku.
Lagi banyak aku cakap, lagi rumit aku rasa aku nak explain. Aku memang betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Doakanlah aku berubah suatu hari nanti untuk mejadi seorang yang lebih bersedia dan kuat mentalnya. atau mungkin, aku memang ditakdirkan untuk tidak bercinta. itu, aku akur. doakan aku sehat seperti selalu. Aku perlukan teman di saat ini. Aku lelaki gembeng. Itu aku!
p/s : aku takkan pernah sesali keputusan ini. ini yang terbaik untuk semua. aku bukan pentingkan diri dan aku bukan sama macam orang lain!
6 Demam kura-kura atau Avian Flu. Aku konfius.
Whoa. Salam geng. Hari ada aku ada betul-betul masa senggang. Sempat BW kat blog-blog yang aku suka. Sempat drop komen dan baca entri dari atas sampai bawah. Sempat gi GB jap. Chat-chat sikit. Tu, aku dah kira okay dah. Sebab sempat blogwalking sedikit! Ingat! Sedikit. Dan aku sedih sebab tak dapat jenguk blog korang semua selalu.
Malam semalam lepas aku mandi balik dari final round debat intra-asasi undang-undang. Aku dah rasa semacam. Means macam nak demam. Aku dah start selsema which is aku sangat benci keadaan selsema. Hidung dok asyik sok-sek-sok-sek. Tisu perlu dibawa kesana sini sepanjang masa.
Pagi tadi time on the way ke kelas, aku dah start rasa pening and macam nak muntah je. Tapi okay sebab aku berjaya habiskan kelas-kelas hari ni walaupun aku rasa aku tak larat sangat. Dan classmate tak perasan itu sebab aku berjaya cover. Btw, group untuk game english tadi aku tak perform bagus. Tak de idea. Kering otak. Penat. So, aku dapat markah 3.5 yang mana aku rasa aku juga boleh dapat 6 macam gebu!
Sorry geng. Aku betul-betul tak larat. Time aku type entri ni pun, mata aku berpinar-pinar. Ye, aku demam, batuk dan selsema. Kepala aku berat macam ada batu @ konkrit besar dok dalam otak. Aku sangat tak sehat dan yang bagi sesiapa yang sibuk-sibuk miss call 2 kat fone tu. Tak yah la kacau aku sebab aku memang panas gila ngan kau!
Nway, doakan aku sehat cepat-cepat ye kawan dan pembaca semua. Aku nak sehat cepat. Aku nak jogging petang, aku nak sit up, aku nak push up, aku nak buat fitness memandangkan aku perlukan semula stamina sebab court tennis dah nak siap selepas renovation! Gembira beb, court dah cantik! Bye. Doakan aku ye! Wasalam.
p/s : ini bukan demam kura-kura. Ini juga bukan demam Avian Flu ye~!
10 Lidah belit : lumrah pendebat. Aku stress.
Whoa. Salam semua. Sehat? Aku rasa dah lama aku tak bermesra-mesra dengan pembaca setia. hak3. Semenjak dua menjak ni, aku busy sikit la. Nak BW pun tak sempat. Aku sibuk dengan debat dan juga assignment yang semakin hari semakin susah dan membebankan.
Now, baru ada sedikit waktu terluang selepas jadi pemerhati untuk pertandingan debat intra-asasi u aku ni. Penat. Ia bukanlah tentang kepenatan fizikal di mana kita mengeluarkan tenaga yang banyak. Tapi, aku penat otak. Means, otak aku perlukan sesuatu yang menghiburkan untuk berehat dan relax. Jadi judge tak senang beb. Perlu berfikir untuk kedua belah team. Nak bagi solution lagi~
Lagi pun, aku kira aku belum lagi layak untuk di gelar adjudicator lagi memandangkan aku juga masih belajar dalam dunia debat ni. So, ia lebih kepada perkongsiaan ilmu dan perbincangan bersama semasa sesi kritik! SO, aku perlu berkongsi bagaimana untuk jadi government and opposition dengan jayanya.hak3
Penat, penat dan penat. So, petang ni aku nak keluar gi layan movie mybe, main bowling, makan banyak-banyak dan release tension sebab esok aku kena start assigment kedua yang memang memerlukan otak berkerja dan berfikir!
Baik lah, sebelum habis aku cakap, aku rasa kelakar tengok junior-junior berdebat sebab ramai yang terbelit-belit lidah cakap. Typo kita orang panggil. Nantikan senarai typo ye kawan-kawan. Ini entri luahan hati, nak cakap yang aku penat. Kau orang cari pasal dengan aku, siap la. Kritikan pedas dan panas datang!hak3.bye!
12 Special for you : teman hakimfaridzul : happy birthday! Gaza & Israel entri tengah hari!
Whoa. Salam semua. Ini entri pertama untuk 8 Jun 2010. Motif? Sabar, biar aku habiskan dengan kata-kata alu-aluan untuk pembaca setia blog picisan ini. Sila ambil perhatian bahawa sayalah orang pertama publish entri untuk birthday dia. Sebab ini adalah entri berkala yang telah diset untuk publish jam 12.01 tengah malam! Mungkin ketika ini aku ngah guling-guling atas katil bergayut di telefon!hak3
Ye, dia teman saya. Teman hakimfaridzul. Selamat ulang tahun ke 19 ye teman! Macam biasa, ucapan-ucapan yang menjadi halwa telinga time-time birthday ialah :
- semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
- kawan selamanya, aku sayang kau.
- happy super manis, masam,kelat..yada yada...
- andalah segalanya bagi saya...uwek!muntah hijau!
Ucapan aku ringkas. Tak perlu la bermadah helah, bermanja-manja gedik sebab aku sangat geli geleman manja-manja ni!ahahahahaha. meh, meh, dengar ucapan aku.
Qila Mahadi, selamat ulang tahun ke-19 untuk anda! First of all, telefon la parents awak sebab tanpa dia siapalah awak kan? Then ur siblings dan baru la mungkin saya dan kawan lain! Call free for the whole day kan???Then, ingat, hidup kat kampus yang utama bukan la relationship kita. Yang penting, dahulukan study! Kemudian baru la yang lain. Cukup la. Penat la nak tulis panjang-panjang. Esok jumpa kat kelas! Saya belanja awak breakfast, lunch, high-tea, dinner and supper! Itu pun kalau nak! Okay!
Tu je la, saya nak off! Blogwalking akan disambung esok memandangkan saya nak berdengkur awal malam ni! Kepenatan otak melampau memikirkan assignment yang mengganas!hak3. Malam semua!
In
Labels:
Birthday,
hakimfaridzul,
rakan-rakan,
UiTM
by hakimfaridzul
16 Hidup bercinta : tak perlu untuk berkepit sentiasa!
Whoa. Salam semua yang sudi membaca blog ini. Pertama sekali aku nak nak inform yang blog ini akan kembali menggunakan "aku" sebagai kata nama menggantikan saya! Disebabkan oleh beberapa rakan blogger yang gemar sekiranya aku menggunakan "aku" berbanding saya. Ramai cakap bahawa kalau aku guna "aku" lebih senang dan dekat di hati! hak3.
Cukup pendahluan yang merepek. Mari, baca apa yang aku nak review dan cerita sikit pasal hidup kepit mengepit. Bukan la aku nak cakap yang aku tak pernah berkepit. Tapi, bagi aku, hidup bercintan cintun ni, aku prefer sekali sekala atau biar kena pada tempatnya untuk berkepit. Ni tak, library kau berkepit, cafe kau berkepit, foodcourt kau berkepit.
Lagi-lagi hidup sebagai pelajar. Bagi aku, komitmen study tu lebih penting berbanding komitmen bercintan cintun. Bukan aku nak berlagak baik atau berpura-pura alim. Tapi itu hakikat yang aku alami sekarang. Kalau berkepit pun, tak dikira berkepit pun. Just makan malam sama-sama dan keluar pun tak pernah berdua melainkan dengan kawan-kawan lain. kalau keluar berdua, nanti ada orang hasut suruh tambah orang ketiga!!faham maksud aku??hahahaha
Entri aku ni bukan nak point kat sape-sape kat kampus aku ni. Just nak korang beradab la sikit. Ye la, kat library kau bergurau senda. Dok cha cha cha ngan awek, pegang sana sini, itu ini. Aku nak baca buku pun hilang fokus sebab tengok adegan panas!hak3.
Korang fikir la, adakah dengan berkepit sentiasa, si dia tu akan jadi milik kau buat selama-lamanya?hak3.entah-entah tak habis satu sem je dah putus di tengah jalan!bahahahaha. relax la bro, orang lain pun ada makwe gak kan? eh, tapi sekarang ni, pompuan pun ada gatal-gatal gak, dok suruh pakwe die berkepit dengan dia setiap masa!hak3
Apa-apa pun, entri ini perlukan komen korang, ye la, mana tau, korang pun alami benda yang sama atau korang ada cadangan nak nasihat kat orang suka kepitkepit nih!ahahahaha. Nway, esok birthday teman aku, tak de idea dan blur dowh! ahahahaha, happy becoming birthday ye!
Entri aku ni bukan nak point kat sape-sape kat kampus aku ni. Just nak korang beradab la sikit. Ye la, kat library kau bergurau senda. Dok cha cha cha ngan awek, pegang sana sini, itu ini. Aku nak baca buku pun hilang fokus sebab tengok adegan panas!hak3.
Korang fikir la, adakah dengan berkepit sentiasa, si dia tu akan jadi milik kau buat selama-lamanya?hak3.entah-entah tak habis satu sem je dah putus di tengah jalan!bahahahaha. relax la bro, orang lain pun ada makwe gak kan? eh, tapi sekarang ni, pompuan pun ada gatal-gatal gak, dok suruh pakwe die berkepit dengan dia setiap masa!hak3
Apa-apa pun, entri ini perlukan komen korang, ye la, mana tau, korang pun alami benda yang sama atau korang ada cadangan nak nasihat kat orang suka kepitkepit nih!ahahahaha. Nway, esok birthday teman aku, tak de idea dan blur dowh! ahahahaha, happy becoming birthday ye!
15 Ketibaan saya di French Open masih samar!
Whoa. Salam semua. Sebelum apa-apa, saya nak tadah tangan ucap Alhamdulillah. Akhirnya, saya selamat sampai di bumi Sungai Petani. Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan saya! Anda terbaik! hehehehe. Hati meronta-ronta nak ngadap tv tonton French Open yang dah masuk pusingan ketiga dan keempat! Saya mahu tiba di Perancis!!!! Maaf, sedikit emosi!
Hari isnin ni dah mula kelas untuk sem 3, semester terakhir saya untuk asasi undang-undang. Doakan saya berjaya ye. Dengar cerita payah sikit semester ketiga ni. Dengar kata je, saya harap tak la sesusah mana. Yang penting, diri sendiri, kalau dah gaya belajar masih macam last sem, gamaknya, entri post saya akan berkisar tentang susah dan payah je la.hahahaha
Malam ni, saya masih tak sempat nak berblogwalking blog anda, tunggu ye saya sempat kemas dan punggah semula barang-barang yang bersepah ni! Banyak! Nak snap gambar malu rasanya~hahahaha
Sudah, sampai disini sahaja. Sila baca pesanan yang banyak dari saya! Jom roomate, selamat berkemas kepada pelajar asasi undang-undang UiTM!!!
p/s :
- Masuk universiti ni, saya kena kurangkan blogwalking sebab nak jaga limit broadband!
- Wireless UiTM lembab sangat!
- Saya nak sangat tengok final French Open!
- Saya sokong Roger Federer, Maria Sharapova, Justine Henin dan Fernando Verdasco!
- Terima kasih sebab masih jenguk blog picisan ini!
- Ada rakan cakap, blog ini lebih best digunakan perkataan AKU untuk kata ganti nama diri saya!
hakimfaridzul
In
Labels:
pre-law,
rakan-rakan,
suka suki,
tennis,
UiTM
by hakimfaridzul
Subscribe to:
Posts (Atom)









































