Showing posts with label rakan-rakan. Show all posts
Showing posts with label rakan-rakan. Show all posts

35 Syukur yang tidak terhingga untuk peluang ini. Gembira dan sedih kita bersama.

Salam semua. Lama aku menanti keputusan kemasukan ke UiTM untuk further degree ni. Alhamdulillah. Berkat doa semua, 3 Januari ni aku akan sambung Sarjana Muda Pentadbiran Korporat di UiTM Shah Alam. Syukur sangat-sangat. Walaupun semalam aku risau sebab check first trial, dia tulis permohonan tak berjaya. Check kali kedua, aku dah boleh tarik nafas lega. Syukur sangat-sangat. Nowdays, kita kena bagi gambar biar orang percaya. Sebab ramai orang suka tuduh itu ini sebab ingat kita omong kosong. Bukan dengan niat ingin menunjuk, tapi dengan niat agar tiada salah faham dan fitnah memfitnah seperti yang berlaku pada DIA ni.

**alhamdulillah**

Tapi, dalam aku gembira, aku masih risau dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku sendiri bingung. Habis wall Naib Canselor dihambur. Itu ini persoalan. Bagi aku, betul juga tindakan. Dah itu saluran yang cepat dan sedia ada. Kalau aku ditempat mereka yang masih tak dapat keputusan degree ni, aku pun begitu gak. Mesti risau, fikir apa nak jadi dengan masa depan, kerah ibu bapa turun Shah Alam, haru biru... 

Yang tak sedapnya, kalau ada orang yang nak comment, tapi tidak meletakkan diri di tempat mereka yang mengalami nasib begini! Itu yang penting! Sedap cakap itu ini tanpa periksa panjang. Sedap mengata "kalau cgpa cukup2 makan, susah nak dapat tempat". OMG. Cuba jadi supportive sikit. Kalau kau abang atau kakak, kau bagi nasihat berguna untuk adik-adik. Bukan downkan orang. Kau bagi semangat! Kau bagi inspirasi dan harapan agar tidak putus asa berdoa dan mohon dari Allah.

Aku tak suka cakap benda yang sepatutnya sebagai seorang melayu dan islam serta bumiputera perlu buat untuk bangsa sendiri, untuk agama sendiri. Kita kena tolong menolong. Cuba mana yang termampu. Tak dapat tolong banyak, doakan pun dah cukup. Bagi semangat kat kawan-kawan. Ucap yang baik-baik. Itu yang terbaik. Sedih sebab ada juga yang fitnah, kata itu ini.


Untuk kawan-kawan dan semua yang masih menanti keputusan sambung belajar ni. Jangan putus harapan. Doa banyak-banyak. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Mungkin ada kesilapan teknikal lagi tu. Ada la mana-mana part yang tertinggal. Takpe, kan naib canselor dan janji akan bincang dengan dekan masalah-masalah ni semua. So, sabar. Tawakal.. Insyallah semuanya akan baik-baik belaka.


3 Kalau dah namanya kawan baik, memang indah lepak bersama!

Malam ni aku lepak dengan kawan-kawan baik aku time sekolah rendah dulu! Dia orang ni masih setia dengan aku! Setia dengar masalah aku dan mereka sedia maklum dengan keadaan serta situasi aku! Aku rasa selesa sangat! Semua cerita keluar! Maklum la, lama tak jumpa! Aku kan study kat Melbourk! Hahahaha. Okay, sambung borak la! 


p/s : lebih indah kalau blog ni lebih menceritakan perihal hidup aku. Kan namanya personal blog!hahahaha

13 Mari belajar buat blockquote cantik-cantik - tutorial ni!

saya mengerti kalau semua yang berlaku ini adalah ujian yang getir dan memeritkan. tapi, kena ia begitu memeritkan sehingga aku kadang-kadang tak mampu mengharunginya!

Nampak quote kat atas tu? Nak kata cantik, biasa je kan. Tapi kalau korang terus baca tutorial ni. Korang akan ubah blockquote korang yang putih bersih dan suci tu bertukar menjadi warna warni! Sehebat pelangi! Mari teruskan dengan pembelajaran kita hari ni ye!

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah sila ikut arahan dan jangan memandai nak gatai tangan ubah tang tu, tang ni, tang depan, tan belakang! Just ikut arahan ni ye kawan-kawan!

  1. Log in blogger!
  2. Sila click design, diiukuti button edit hmtl.
  3. Selepas itu korang akan nampak satu skrip html yang memeningkan! Jangan panik! 
  4. Seterusnya ialah cari button tick "expand widget templates" 
Kebahagian yang lebih rumit ye kawan-kawan! Sekarang, dengan perasaan yang yakin, sila copy code dibawah ini dan seterusnya tekan ctrl+f. Masukkan code dibawah ini yang telah anda copy sebentar tadi!

]]></b:skin>

Selepas itu  masukkan pulak code dibawah ini diatas code yang korang dah cari tadi! Senang je! Letak betul-betul dekat bahagian atas code ]]></b:skin>

     blockquote {
    margin: 10px 10px 10px 20px;
    padding: 10px 15px 10px 15px;
    line-height: 1.6em;
    color: #000000;

    background: #e0ffff;

    border: 2px solid #4aa02c;
    border-left: 20px solid #4aa02c
    }

Dah selesai tu, korang boleh ubah warna font, warna borde, background ke ikut suka hati korang la nak ubah macam mana. Boleh refer sini untuk code warna yang menarik dan menawan! Untuk ubah warna font, background dan border, sila ikut petunjuk dibawah ini!

color: #000000; -> warna teks dalam kotak.
background: #e0ffff; -> warna background kotak.
border: 2px solid #4aa02c; -> warna border

Selamat mencuba, ada masalah sila hantarkan pertanyaan anda di formspring, facebook, atau twitter! Good luck!

*follow hakimfaridzul via twitter @hakimfaridzul*

8 Mari letak link di blog si cepit!

Whoa. Salam semua. Jom tukar link dengan aku! Aku dah sediakan ruangan kat blog aku ni dan ruangan tu masih kosong. So, mari penuhkan! Syaratnya mudah, anda ada linkkan blog si cepit ni, then aku akan linkkan blog korang! Tinggalkan komen ye!


p/s : sesiapa yang sedia ada linkkan blog aku, tapi aku tak linkkan korang, sila bagi tau ye!TQ

15 Hidup berblogging. Lebih dari sekadar menulis!


Salam semua. Seronok kan kalau ada kawan-kawan around kita yang memang gila blogging! Means gila blogging bukanlah sebab dia update entri dua puluh lapan kali sehari tapi dia tertarik dengan apa itu SEO, apa itu Page Rank, apa itu Alexa, apa itu code html dan banyak lagi! Seronok sebab ada 2 otak yang akan berdiskusi untuk mencari ilmu blogging ni. Perbincangan lebih bererti daripada mengajar semata-mata kan?


So, kawan baik aku dari form 1 hingga sekarang mula menunjukkan minat untuk blogging secara serius! Yes! Nanti kita duduk bawah pokok sama-sama sebelum buka then kita bincang which part we should start first okay! Ilmu blogging ni luas. Sama ada kita nak mencari atau tak. Itu je. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan!


Ini dia, fariziliofernando.blogspot.com. Walaupun kau dah mula blogging beberapa bulan lepas, tapi baru sekarang dah nak habis sem kau baru teruja dengan dunia blog? Haih, takpe, kita slow-slow belajar ye! Aku pun sama. Bodoh dan dungu lagi dalam dunia blogging ni! Good luck! 

p/s : ada lagi kawan-kawan kat uitm ni yang nak sama-sama mencari ilmu blogging?

5 Pakej 3 hari 2 malam ke Penang paling murah dan seronok!

Whoa. Salam semua. Meh, aku nak kongsi sikit pakej percutian murah. Nak kata aku nak kerja jadi travel agent, tak jugak sebab aku suka melancong, bukan menjadi pemandu pelancong! Yang korang tahu, aku pernah post entri pasal aku nak stop blogging kan? Yang aku cakap aku nak berhenti blogging untuk 3 hari jek.


Time tu aku gi bercuti kat Penang. Ikut geng-geng RSC aku. Nak tahu RSC tu apa? Lu pikirlah sendiri. So, aku nak share sikit tips percutian paling murah tapi still korang puas hati gila babi! Aku sarankan pakej ini untuk budak-budak universiti macam aku and the geng yang memang seriously bajet weyh! RM 150 untuk kos perjalanan, BBQ, penginapan, tiket wayang. Murah kan?

BBQ melantak macam nak pecah perut, jalan sana sini, naik banana boat, tempat tinggal yang kondusif dan semestinya meninggalkan memori indah. Usually, budak-budak universiti ni nak benda-benda yang murah tapi still berkualiti. So, nak tahu lebih macam mana pengiraan dan perbelanjaan holiday kat penang tu. Gambar serta pengiraan akan di reveal dalam entri seterusnya! 

2 Berhenti blogging!

Who. Salam semua. So, seperti tajuk, aku nak bagi tau. Aku akan berhenti blogging untuk 3 hari dan mungkin lebih. Hehehehe. Bukan berhenti selamanya... Sayang dowh dengan blog! Minat lebih dari LAW! wakakaka. Time korang semua baca entri ni aku dah on the way ke Batu Ferringhi, Penang! Holiday for last sem dengan kawan-kawan! Doakan semuanya baik dan bagus-bagus disana! Wasalam!


P/s : jangan fikir perasaan orang lain kalau orang tu tak fikir pasal korang punya perasaan!

0 Let's blogging! Tajuk Assignment???

Whoa. Salam semua. Firts of all, aku sangat busy this week memandangkan aku ada match tennis interfaculty, assignment bertimbun, meeting RSC, berkejar untuk debate and persuasive speech dan banyak lagi yang memang kalau aku dah kat bilik, either aku layan facebook chat ngan kawan-kawan atau tengok blog sendiri membalas komen. Sigh. Kecewa dengan diri sebab tak dapat balas blogwalking korang. Aku akan try jenguk balik satu persatu ye.

So, here aku nak mintak pendapat korang untuk assignment aku nanti. Ni untuk subjek english! Aku kena buat persuasive speech! Time kat kelas semalam, sumpah aku memang blur-blur but mulut still banyak cakap. Lecturer tanya tajuk untuk persuasive speech. Then, aku diam. Kawan-kawan kat belakang bising cakap cerita la pasal blog, buat la pasal blog...

So aku terus agree nak cakap pasal blog. Tapi nak cakap apa. Roughly, aku dah boleh structure sikit-sikit idea untuk persuasive speech tu. But then, kena garap elok-elok biar nampak cantik. Takkan la time ni aku nak gi menuntut ilmu blogging plak kan??? Haih, mybe aku nak buat slide presentation. But then, nak letak apa la plak...


Any idea??? Seriously, idea diperlukan sekarang ini! Aku yakin, kawan-kawan blogger selalunya membantu! Hahahaha. Insyallah, after aku habis tennis petang ni, aku dah free sikit untuk blogwaking dan menaip 2 entri setiap hari... huhuhuhu

7 Video ulat resdung di rongga hidung cukup mengerikan.

Whoa. Salam semua. Amaran kepada makcik makcik mahupun pakcik pak cik yang mengalami kompilasi jantung dinasihatkan untuk tidak memainkan klip video dibawah ini. Kalau baca entri memang dah tunjuk yang aku memang seram giler lately ni. Tidur malam pun tak lena kau tahu! Terbayang-bayang siang malam!

Sebelum korang tonton video ulat resdung tu, better korang ketahui sedikit sebanyak tentang resudung. Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah. ( dari http://rawatanresdung.net/ )

Layan video kat bawah ni kejap kalau korang ada berani!


Puas hati. Lepas ni boleh makan tak? Jangan dok terkenang-kenang dah la ye. Oh ye, untuk pengetahuan korang, aku memang ada resdung. Lately ni memang teruk. Gatal muka aku ni. Aku masih berusaha mencari rawatan yang mampu pulihkan resdung aku ni. Haih, dah macam-macam kot. Baik tradisional mahupun ubat-ubatan. Korang ada idea tak? Please, help me. Aku tak nak la sampai berulat-ulat bagai~

Ha, kalau korang tak gentar dengan video kat atas tu. Boleh lagi layan video kat bawah ni. Memang terbaik la. Sumpah aku memang seram gila weyh. Aku tak nak rongga hidung aku jadi tempat ulat membiak. Kalau korang tahu kat mana-mana ada tempat untuk ubat resdung ni. Inform kat aku ye. Aku memang nak cure benda ni cepat-cepat!


p/s : sumpah aku ketaq!!!!

1 Boleh tak tukar tender lain untuk dining Kolej Malinja?

Whoa. Salam semua. Hari ni baru aku ada masa terluang sikit walaupun hakikatnya aku sangat penat training tennis petang tadi dan perlu membaca buku untuk test global esok. Ni entri terpaksa sebab aku dah tak tahan dengan keadaan dining Kolej Malinja, UiTM Kedah. Entri ni bukan untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa pun. Entri ni ditulis atas sebab suara sebagai seorang mahasiswa yang duduk didalam kolej tidak diendahkan!

Bukan aku tak pernah buat laporan di Pejabat Kolej mahupun Majlis Perwakilan Pelajar tentang masalah yang melanda dining kolej aku ni. Penat, tiada sebarang respond dan keadaan tiada bezanya. Sumpah! Dewan makan MRSM Pontian dan Merbok serta Yayasan Selangor aku lebih baik servisnya berbanding dining UiTM ni. Sekali lagi, ini entri suara mahasiswa yang aku rasa perlu didengari sebab tak ramai yang berani tampil memberikan komen serta pendapat mengenai masalah ni. Kecewa.


Beberapa faktor yang membuatkan aku tak tahan dengan dining Kolej Malinja UiTM Kedah ialah :

1. Pihak dining tak mampu menyediakan makanan setanding dengan kapasiti pelajar.

Ni bukan aku sorang yang nampak ye. Semua tahu keadaan ni. Seriously, kalau pukul 8 malam tu, lauk untuk dinner boleh dikatakan hampir habis atau pun sudah habis. Tray lauk tu harap je banyak, kosong, tinggal kuah, sisa-sisa je. Padahal cuba bayangkan yang pukul 8 malam adalah waktu pelajar kebiasaannya makan malam! Even tengah hari pun sama je keadaannya. Tiada perubahan dari budak pre-law masuk sampaikan sesi kemasukan dah pun habis! Kadang-kadang nasi pun tak de. 

2. Masalah kakitangan dining Malinja.

Yang ni lagi parah aku rasa. Kalau tak cukup kakitangan atau pekerja tapi servis baik dan memuaskan, aku boleh consider jugak. Sampaikan meja tak berkemas, bersepah pinggan sana sini. Kat meja penuh ngan pinggan. Kesian gak tengok akak dekat kaunter minuman dan cashier, berkejar nak kemas pinggan, amik order, buat air dan sebagainya. Kalau tak mampu, sila la tambah kan bilangan pekerja atau sila la berundur, bagi tender lain mencuba nasib.


3. Adab dan tatasusila pekerja.

Kalau korang boleh dengan keadaan pekerja yang kadang-kadang menjengkelkan. Anda tak perlu teruskan bacaan dengan entri ni. Sekarang cuba bayangkan keadaan yang aku lalui malam tadi. Aku order nasi goreng pataya. Siap dan aku ambil di counter cashier. Aku cari sudu dan garfu. Tiada. 
Aku tanya soalan ni " kak, sudu ada tak? " jawapannya, sudu dah habis, dengan muka yang memang nak makan penyepak sekali dua dari aku!!!! Aku tanya balik, habis tu, makan nasi pataya dengan tangan? Akak tu jawap, makan je la! ".
Fine, aku memang berapi gila! Aku bagi sikit jawapan yang memang dia lagi berapi dengar! Untuk orang macam ni, better kita bagi jawapan yang sedikit menyentapkan jiwa dia! Ini jawapan aku! 
Kak, cakap dengan bos, kalau tak mampu nak sediakan makanan sama dengan kapasiti budak kolej, tukar je tender lain. Banyak lagi tender lain tunggu. Shame!
Kadang-kadang pun, muka akak yang jaga kaunter tu sumpah macam nak mintak penampar atau penendang aku! Geram weyh, ramai dah perasan. Tolong la, kau tu bekerja di sektor perkhidmatan. So, sila la bagi sikit senyuman. Kita orang pun nak membeli dalam keadaan yang bagus. Berikan senyumana, bukan muka masam mencuka dan mulut muncung macam nak kena ikat tocang!


Dah la, tak guna cakap dan tulis banyak-banyak kalau keadaan ni tiada perubahan hingga keakhirnya. Aku tak tahu mana silapnya. Adakah pihak kolej yang kurang membuat pemantauan atau pihak dining sendiri yang tiada tanggungjawab atau pihak Majlis Perwakilan Pelajar yang tidak peka terhadap kemaslahatan pelajar kolej. Aku bingung!

Aku bukannya pandai nak mengarah atau memberikan komen semata-mata. Aku kerdil kat UiTM ni, suara aku jauh untuk didengari. Entah-entah entri aku pun suram dan berlalu begitu sahaja. Bagi aku, kalau anda memikul tanggungjawab, jalankanlah dengan sebaiknya, kerjakan tugas kau tu. Bukan setakat duduk atas, pegang jawatan dan bangga tanpa menjalankan amanah! Aku tak tuju dekat sesiapa. Ini sebagai peringatan untuk aku sendiri dan yang lain-lain juga. Fikirkan!

p/s : sila klik butang like, seriously aku nak korang punya komen dan klik butang like kat bawah ni! TQ

0 Boleh tolong aku tukar baju biar nampak smart boleh?

Whoa. Salam semua. So, aku bukan nak timbulkan kontroversi dengan menaip entri untuk bahan fantasi anda mahupun aksi kamasutra yang anda halusinasikan! Cuma aku nak korang semua tolong aku menukar baju blog "ini cerita si cepit" sebab aku rasa baju blog ni suram dan tak ceria. Ceria yang aku maksudkan bukan bermakna ceria berwarna warni macam pelangi atau penuh dengan kartun sinchan mahupun naruto. Ceria means hidup!

Kenapa aku beriya sangat nak tukar baju blog aku ni? Yang utama ialah aku sukakan feedback dari kawan-kawan aku tentang blog aku ni. Prestasi, gaya penulisan dan juga rupa blog ni. Kawan-kawan rapat aku dan juga roomate menjadi tempat aku dapatkan feedback secara direct selain guru blog yang saya bagi gelaran sendiri iaitu cikbuibui!


Diorang ni selalu cakap penulisan aku kelaut la, entri merepek la, jangan jiwang sangat boleh tak?, buruk la layout kau! dan macam-macam lagi. So, aku sangat menghargai komen setiap orang. Kalau positif aku berterima kasih dan akan kekalkan. Kalau negatif komennya, aku juga akan ucapkan terima kasih dan ubah mana yang dikomen. 
Blog ko ni nampak macam suram la. Warna merah pun bukan yang menyala, ada kelabu la. Macam blog condolence untuk orang mati la. (sambil gelak)
So, aku rasa memang aku nak ubah warna dan layout blog ni. Aku bercadang nak mintak tolong kat bean moreno buatkan aku layout baru dan mungkin header juga sebab dia charge murah gila dan aku jamin layout yang bean akan buat memang superb! So, aku nakkan idea bernas korang yang superb untuk tukar baju blog ni. Cadangan anda akan dipertimbangkan dan diambil perhatian! TQ.

0 Bintang Nuffnang, satu dah penuh!

Whoa. Salam semua. So, semalam aku ada cakap aku nak update post pasal tips naikkan traffik kan? Aku dah schedule post tu untuk santapan rohani time tengah hari. Hak3. So, pagi ni aku tertanya-tanya, kenapa la bintang Nuffnang aku dah penuh 5 untuk Leaderboard. Apa menatang ni ek? Anyone, bantu saya untuk fahamkan bintang-bintang ni boleh???

bintang-bintang

Aku pernah gak terbaca pasal bintang-bintang ni dulu. Tapi aku dah lupa kat blog siapa. Mungkin DJ, mungkin Kujie2 atau mungkin.... Eh, dah lupa la. So, aku harap korang boleh bantu aku untuk clarify kat aku bintang ni untuk apa ye. Best jugak nak kejar semua 5 bintang kan? Setahu aku, DJ dah penuh semua 3 perkara tu. Siapa lagi dah penuh???

0 13 rahsia solat yang perlu diketahui.

Whoa. Salam semua. So, pagi ni aku nak kongsi sikit e-mail dari ustazah aku yang memang rajin hantar e-mail bermanfaat pada aku. Walaupun hari ni bukan hari jumaat, bagi aku bila-bila masa pun kita boleh post entri berbentuk islamic setiap hari. Tak hari jumaat sahaja. So, 13 rahsia solat untuk anda semua!

1 - Niat Sembahyang :

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
 
2 - Berdiri Betul :

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 
3 - Takbir-ratul Ihram :

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 
4 - Fatihah :

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

 
5 - Ruqu' :

Sebagai tikar kita di dalam kubur.
 
6 - I'tidal :

Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam    kubur.
 
7 - Sujud :

Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 
8 - Duduk antara 2 Sujud :

Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
 
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
 
1 0 - Tahhiyat Akhir :

Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur.
 
11 - Selawat Nabi :

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 
12 - Salam :

Memelihara kita di dalam kubur.
 
13 - Tertib :

Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
 
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
 
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Wassalam.

0 Selamat datang ke dot com!

Whoa. Salam semua. Yup, hari ni hari yang penuh teruja sampai aku fokus sikit-sikit time kat kelas tadi. Hak3. Gembira bukan kepalang. Sampaikan sepatutnya aku umumkan pemenang esok dah jadi hari ni. Sorry guys. But then actly, memang aku nak awalkan tarikh tutup since aku sangat-sangat busy sekarang.

So, now, officially blog seciput ini sudah bertukar new domain! www.hakimfaridzul.com. Mungkin bagi orang lain, apa la sangat berdomain-domain ni kan? Orang lain yang lebih hebat pun tak berdomain. But then, macam aku cakap. Ini adalah pencapaian peribadi yang perlu aku bangga dan simpan sebagai memory! Aku gembira sangat.


Since aku dah letakkan target kalau followers aku mencecah 400 dan ranking alexa aku bawah 1 juta, aku akan tukar ke domain. Ye, aku bertukar! Kita slow-slow dulu, mula-mula domain, then Wordpress and then self hosted. Insyaallah~ Doakan la rezeki dan keupayaan aku dalam berblogging ni berpanjangan. Terima kasih semua.

Terima kasih pada cikhel sebab tolong guide time tukar domain ni tadi. Lepas tu, tak lupa juga pada kak tash yang sibuk gelak-gelakkan sebab tadi blog ni tak leh direct dengan domain baru. Geram ada, kelakar pun ada. Hak3. Thanx jugak sebab ramai yang support aku. Sayang lebih la~ Hak3.



Ye, ini satu lagi anjakan untuk aku dalam blogging. Semoga aku terus cemerlang dan boleh berdiri setanding dengan yang lain. Nak jugak merasa perkataan topblogger pada diri aku yang kerdil ni. Sekian. Salam kegembiraan dari hakimfaridzul dot com! Hak3. Bye-bye~

0 Pengumuman pemenang contest si cepit! Tahniah

Whoa. Salam semua. So, tepat jam 12 malam tadi, contest aku berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Ni kali kedua aku buat contest dan ramai masuk. Percubaan pertama gagal, berjaya di percubaan kedua! Pertama sekali, biasa la, ucapan terima kasih, sayang lebih la sebab masuk dan (sila sambung sendiri ikut imaginasi)....hak3.

So, secara rasminya, aku dah ada pemenang. Aku suka entri dia orang ni sebab sempoi dan bersahaja. Dia orang ni ada message tersendiri yang cuba disampaikan. Gambar kurang sama dengan orang lain dan lain dari yang lain. Olahan kreativiti pun aku rasa cukup bagus untuk menang! So, inilah, pemenang contest :

Pertama : 

Peserta kedua terakhir yang join kontest ni! Best entri nya! Sponge bob dan Patrick berjaya menambat hati!!!! Tahniah!!! Gigih kau buat kan??? Like la!



Kedua :

Tertunailah hasrat dihati si empunya diri dapat hadiah dari aku! Thanx untie sebab sudi join kontest saya! Hebat entri untie! Suka la pasal babi vavi hitam tuh! Hak3




Ketiga :

Pak Cik ni punya entri tak la gempak macam yang lain but aku memang minat gambar dia. Kedua-dua gambar terakhir entri dia ni memang aku minat. Gambar warung India ada di bulan. Smart ar. Awesome!



Kepada yang kurang berjaya, bukan entri korang tak menarik. Menarik, tapi "dalam kelas yang tersendiri" theeee~. Insyaallah, kalau aku ada rezeki lebih, dan aku ada beli ole-ole lebih, walaupun sekecil keychain, aku akan post kat peserta yang join kontest aku ni tanda terima kasih. 

Jangan kecil hati. Adat bertanding kan, ada menang ada kalah. Sekali lagi tahniah kepada pemenang dan tahniah juga kepada yang join kontest blog picisan ini kerana anda berjaya membuat satu entri tentang India! Terima kasih ye. Nway, doakan aku selamat pergi dan pulang~

p/s : aku akan hubungi korang wahai pemenang secepat mungkin untuk alamat surat menyurat dan size t-shirt~

0 Mari sertai aku sebagai WWF. Sayangi binatang.

Whoa. Salam semua. Dari pagi sampai ke petang tak de entri. So, ini entri pertama hari ini. Aku nak ajak korang semua sama-sama join aku and kawan-kawan aku jadi WWF. Tau apa itu WWF? Pernah nampak gambar panda albino yang hitam putih tu? Ala, gambar panda yang besar, pandang arah korang. Punggung tonggek-tonggek sikit!hak3. Ish, gambar macam kat bawah ni la.


comel kan panda tonggek ni???

Kenal?hik3. So, aku bukan cerita pasal aku join dan support Save The Day yang dianjurkan oleh WWF Malaysia. Aku nak cerita sikit apa yang aku dan kawan aku buat untuk menyokong WWF ini! Mari, bukak mata luas-luas dan baca apa aku nak tulis sebab aku nak korang semua sayang-sayang kat binatang. Tak kira terancam atau pun tak. Faham?

Ok, semalam kolej aku dah puas dengar kucing mengiau-ngiau dari petang sampai malam. So, aku decide la nak gi tengok kucing tu. Comel! Tapi sayang entah sapa dumb kucing dua ekor tu kat situ. Aku pikir mak dia lahirkan anak luar nikah!hak3. So, aku kesian dan bagi breast feeding, eh, silah, aku guna straw dan suapkan susu kat mulut kucing-kucing ni. Maaf tiada gambar sebab agak lucah. So, ini anak kucing yang aku susukan!hahahahaha


Puas dah aku susukan. Nampak? Tidur kan?hik3. Petang tadi pulak misi WWF aku berjalan lagi. Kali ni bukan lagi kucing, tapi burung. Burung apa? Burung murai... Burung apa. Ah, pi lantak la kau nak burung apa pun. So, time aku tunggu roomate balik bersukan, aku lepak kat tangga dan dengar burung menyalak bercicit. Eh, ala, bunyi-bunyi yang burung buat tu. Aku dah lupa la namanya.hak3. So, aku usha dan jumpa burung dalam longkang. Tak boleh terbang. Aku suspek, kepak dia patah. Eh, takpe, esok aku buat x-ray, nanti aku bagi tahu ek. Ini burung malang tu. Nama dia Mimi. Roomate bagi nama!

ini burung bernama Mimi. Motif nama masih belum diketahui

So, so far dan 2 binatang lemah aku dan kawan-kawan selamatkan. Bukan nak menunjuk, tapi cuma aku nak korang begitu juga. Sayangi binatang. Cuma korang berada di tempat mereka, sadis kan kalau tiada siapa datang membantu. So, bantulah selagi korang mampu. Esok aku cadang nak keluar. Nak beli sangkar, makanan burung dan makanan kucing.hik3. Hari menyelamatkan binatang tiba-tiba muncul 2 hari ni. Psssttt, aku nak join WWF ni la, teruja tengok website dia. Chow~


p/s : esok aku update entri kamera lomo. Murah je. RM 49.90!

11 Belajar steps tarian Bad Romance - Lady GaGa

Whoa. Salam jumaat semua. Entri ini ditaip ketika aku masih belum mandi, gosok gigi dan sebagainya. Aktiviti hari cuti memang begitu! Celik mata dah buka laptop, online dan blogging! Tutup mata, pun masih menghadap laptop!hak3. Aku dengar ramai yang stress ni. Betul ke? Dah-dah, mari kita belajar menari bersama!

Aku selalu tengok video Bad Romance Lady Gaga tu. Almaklumla, roomates fanatik Lady Gaga!hak3. So, hari ni aku nak kongsi sikit video step menari Bad Romance. Sila lihat video dibawah ini!


Amacam, menarik? So, lepas ni boleh join aku menari lagu Lady Gaga kat tepi tasik UiTM ke. Kat mana-mana la. Tepi jalan ke. Hak3. Ini entri kelaut. Bosan jugak kalau hari-hari nak ilmiah je kan? Tepu otak ni. Yela, tiap hari sumbat nota law, noat itu, nota ini. Sesekali bergembira pun okay gak! Salam Jumaat semua!

34 Contest : India ada, Malaysia tiada.

(ini entri sticky post, scroll ke bawah untuk entri terbaru) Whoa. Salam semua. Ok, seperti yang dicanang-canangkan. Aku Nak buat kontest memandangkan aku akan ke India bulan Julai ni. Insyaallah. So, aku rasa syarat kontest ni senang je. Sila tengok syarat-syarat di bawah ini dan sila tanya di formspring, kalau ada segala kesulitan ye. 


Syarat :

  1. Anda mestilah geng cepit (followers) blog picisan ini ye.
  2. Sila buat satu entri bertajuk "India ada, Malaysia tiada".
  3. Entri anda mestilah kreatif dan menarik untuk dibaca.
  4. Gunakanlah sebarang gambar untuk mencantikkan entri anda tersebut.
  5. Sila letak gambar di bawah ini dan link kan kepada blog "ini cerita si cepit"
  6. Letakkan link entri anda sebagai comment di entri ini.
  7. Tarikh tutup ialah 3 hari sebelum aku berangkat ke India iaitu 5 Julai. Ditutup awal untuk mendapatkan size t-shirt anda!

Hadiah :

  • Tempat pertama : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 100 ringgit!
  • Tempat kedua    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 70 ringgit!
  • Tempat ketiga    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 50 ringgit!

Berminat? So, mula generate idea dan otak anda mulai sekarang untuk membuat entri seperti di atas! Aku amat menghargai penyertaan korang ni! Sayang lebih la! Lagi satu, ole-ole diatas mungkin akan di patri atau di tulis nama blog anda! Bestkan? Join ye! Sebarang pertanyaan sila kemukakan di formspring aku! Wasalam!

14 Cadangan Contest Hadiah Dari India

Whoa. Salam semua. Actly, contest ni aku nak buat dah lama. Cuma, aku agak ragu-ragu dengan peserta yang nak masuk nanti. Sebab, before ni, aku pernah la buat kontest, but then itu percubaan pertama yang aku kira gagal dan kurang berjaya.hak3. Kini aku kembali dengan azam yang jitu dan semangat yang berkobar-kobar!bahahahaha.

So, menjelang bulan Julai ni, aku dan sekeluarga akan ke India untuk holiday dan makan angin sikit kot. So, aku juga ada bercadang nak belikan sesuatu untuk readers dan followers yang selama ini menyokong penulisan aku yang tak seberapa ni. Tapi, aku mana la mampu kan nak beli untuk semua. Walaupun readers dan followers tak la sampai beribu.


Aku dah ada beberapa cadangan kat otak untuk buat contest ni. Tapi, belum lagi finalized nak choose yang mana. So, aku akan publish untuk kontest tu paling cepat pun malam ni. Aku nak buat kontest yang simple-simple je. Sebab bagi aku, takkan ada orang nak masuk kontest susah-susah kan?Aku pun malam nak masuk kontest kalau susah-susah dan leceh.hak3

Nantikan malam ni ye. Ouh, mesti tertanya-tanya hadiah apa kan? Hadiahnya ialah cenderahati+t-shirt+ole-ole dari India! Special untuk anda! Aku ada bercadang juga untuk memberikan kepada 3 pemenang! So, nantikan contest tu ye. Aku harap korang semua masuk! Wasalam!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets