Showing posts with label bantuan. Show all posts
Showing posts with label bantuan. Show all posts

2 Lomo Camera for RM 49.90 only!

Whoa. Salam semua. Seperti yang aku ada cakap semalam kat last entry, aku akan buat satu entri pasal lomo. Ni ha, sekarang ni aku agak gila-gila sikit dengan lomo. Teruja la jugak dengar orang cerita dan aku nak jugak dapatkannya. Ok, cerita sikit pasal lomo ni, senang cakap, kamera lomo ni adalah satu kemera yang menghasilkan gambar cantik tanpa perlu diedit. Faham? Tak yah menggilakan otak semata-mata guna photoshop untuk nampakkan gambar tu cantik.

So, aku ada kenal sorang sis ni and dia jual lomo camera jenis underwater. Means waterproof! But then, still boleh guna atas air.hak3. Murah. Just RM49.90 only including postage. Banyak colour. Anda ada special edition nye harga RM59.90. Korang tengok dekat bawah ni. Ada banyak warna :



But the, yang betul-betul ada stok, ialah warna biru, kuning, merah, pink, putih dan special edition. Ish, geram aku, macam nak semua warna sebab colourful sangat! Yang special edition tu just ada corak-corak sikit je.Hak3. But then, still awesome! Cantik tapi aku rasa sesuai untuk perempuan je kot. Nah, take a look sikit!

cutenye, maaf, gambar kecil

Mesti korang nak tahu spesifikasi kamera ni kan? Aku just copy paste je info dari tuan penjual camera ni. Mana la tau, korang arif gila pasal lomo ni, nak usha-usha sepsifikasi nya. So, boleh tengok ini. Berikut ialah spesifikasinya :


its RM49.90, postage included. and dont worry, she will return the change :p

  • Description : 35mm underwater film camera without flash
  • Material : Plastic
  • Product Size : 120 x 80mm (4.7" x 3.1")
  • Color / pattern : choose from the pics, and i will tell whether its available or not.
  • Max Depth : 10 feet (3 meters)
  • Best distance : 4 feet
  • Packing : Each camera is packed with an original paper box packing
  • Gross Weight : Approx. 185g (6.5 oz)
  • Focus : Free
  • View Finder : Eye level finder
  • Film to be used : 35mm format color or black/white film of ASA 100/ISO 21 (outdoor) or ASA 400/ISO 27 (under water)
  • Shutter : Leaf shutter
  • Lens : 28mm, f/9
  • Battery : No battery needed
  • Include : Original paper packing box, English and Chinese user manual, wrist strap, detachable waterproof casing
Yang warna pink ni pun smart gak. Nampak ayu beb. Cun melecun la.hak3

So, macam mana? Aku teruja gilos! Nak jugak camera ni dalam cuti ni or before ke India nanti. Nak sangat la. hahahahahaha...Owh, korang tak teruja lagi ye. Ni, aku tunjuk sikit gambar hasil dari kamera lomo ni. Cantik. Korang mesti fitnah cakap aku tipu sebab gambar ni nampak macam dah diedit. Sila la tengok dan teruja ye. Cantik, tertarik lomo memang da booommm!hak3





Menarik kan? Teruja tak. Dah-dah, jangan nak bukak mulut luas-luas sebab teruja. Katup sikit. Leleh air liur tu.hak3. So, aku tolong sis ni untuk promote business dia je. Kalau korang teruja, boleh la add sis ni kat fb, sila klik ini untuk berhubung dengan sis ni. Dia ramah. Kalau korang tak nak deal dengan dia. Insyaallah, aku boleh tolong dealkan. Sebab aku pun nak beli gak!hak3. Budak-budak UiTM Kedah, boleh jumpa aku kalau nak beli camera ni. Dah, tu je untuk pagi ni. Wasalam!

0 Mari sertai aku sebagai WWF. Sayangi binatang.

Whoa. Salam semua. Dari pagi sampai ke petang tak de entri. So, ini entri pertama hari ini. Aku nak ajak korang semua sama-sama join aku and kawan-kawan aku jadi WWF. Tau apa itu WWF? Pernah nampak gambar panda albino yang hitam putih tu? Ala, gambar panda yang besar, pandang arah korang. Punggung tonggek-tonggek sikit!hak3. Ish, gambar macam kat bawah ni la.


comel kan panda tonggek ni???

Kenal?hik3. So, aku bukan cerita pasal aku join dan support Save The Day yang dianjurkan oleh WWF Malaysia. Aku nak cerita sikit apa yang aku dan kawan aku buat untuk menyokong WWF ini! Mari, bukak mata luas-luas dan baca apa aku nak tulis sebab aku nak korang semua sayang-sayang kat binatang. Tak kira terancam atau pun tak. Faham?

Ok, semalam kolej aku dah puas dengar kucing mengiau-ngiau dari petang sampai malam. So, aku decide la nak gi tengok kucing tu. Comel! Tapi sayang entah sapa dumb kucing dua ekor tu kat situ. Aku pikir mak dia lahirkan anak luar nikah!hak3. So, aku kesian dan bagi breast feeding, eh, silah, aku guna straw dan suapkan susu kat mulut kucing-kucing ni. Maaf tiada gambar sebab agak lucah. So, ini anak kucing yang aku susukan!hahahahaha


Puas dah aku susukan. Nampak? Tidur kan?hik3. Petang tadi pulak misi WWF aku berjalan lagi. Kali ni bukan lagi kucing, tapi burung. Burung apa? Burung murai... Burung apa. Ah, pi lantak la kau nak burung apa pun. So, time aku tunggu roomate balik bersukan, aku lepak kat tangga dan dengar burung menyalak bercicit. Eh, ala, bunyi-bunyi yang burung buat tu. Aku dah lupa la namanya.hak3. So, aku usha dan jumpa burung dalam longkang. Tak boleh terbang. Aku suspek, kepak dia patah. Eh, takpe, esok aku buat x-ray, nanti aku bagi tahu ek. Ini burung malang tu. Nama dia Mimi. Roomate bagi nama!

ini burung bernama Mimi. Motif nama masih belum diketahui

So, so far dan 2 binatang lemah aku dan kawan-kawan selamatkan. Bukan nak menunjuk, tapi cuma aku nak korang begitu juga. Sayangi binatang. Cuma korang berada di tempat mereka, sadis kan kalau tiada siapa datang membantu. So, bantulah selagi korang mampu. Esok aku cadang nak keluar. Nak beli sangkar, makanan burung dan makanan kucing.hik3. Hari menyelamatkan binatang tiba-tiba muncul 2 hari ni. Psssttt, aku nak join WWF ni la, teruja tengok website dia. Chow~


p/s : esok aku update entri kamera lomo. Murah je. RM 49.90!

2 Apa itu Intense debate dan Com.luv?

Whoa. Salam semua. Ok, aku rasa aku berjaya ikut cara yang Ariffshah terangkan kat blog dia tentang cara nak pasang intense debate dan com.luv ni. Senang je. Tapi pening-pening gak la sebab ringkas dan padat caranya! Hak3. So, aku dah berjaya, dan aku nak berkongsi!hik3. Mari, kita belajar apa itu intense debate dan comment luv.



Actly, aku bukan la reti sangat nak explain menatang ni since aku baru je guna. So, kalau nak cerita lebih pun tak boleh. Tapi aku just nak cakap beberapa kebaikan intensedebate ni and com.luv. Sila lihat gambar dibawah : 


klik untuk tumbesaran

Bagi aku, best guna comment luv ni. Ada backlink which aku senang nak trace semula post entri korang. Lepas tu, kalau la ada orang baca entri ni dan nampak backlink korang tu menarik. Mesti dia terjah blog korang. Betul tak? Ada reply comment which korang tak yang meyusahkan diri korang untuk type nama pengomen untuk reply kat korang nye entri. Mudah kan? 

Kalau nak belajar ni. Aku tak tahu nak buat tutorial sebab aku follow apa Ariffshah ajar kat blog dia (klik ini untuk ke tutorial pemasangan comment luv).hak3. Setakat kawan-kawan kat UiTM ni, mybe aku boleh tolong korang buat comment luv ni! Amacam, aku nak tolong ni since, sharing is caring!hak3

So, aku sarankan agar korang semua pasang menatang ni sebab aku rasa best dan berbaloi-baloi! Dapat backlink! kalau nak tahu, pengomen suka comment luv ni sebab dia orang boleh tinggalkan jejak iaitu backlink mereka! Cuba dan rasainya! Kengkawan UiTM Kedah, insyaallah aku boleh tolong kalau korang tak reti. Kawan yang lain pun sama juga!!!

8 Tolong rakan saya. Kasihanilah dia wahai pembaca!

Whoa. Salam semua. Semalam aku ada review pasal DVD Ariel Peterporn Peterpan tu kan? Ramai masuk blog ni untuk entri panas tu.hak3. Kalau korang search kat google. Sila search "skandal Ariel Peterpan" dan korang akan nampak blog picisan ini di kedudukan kedua. Bukti, sila lihat gambar di bawah ye :


Bukan nak bangga, tapi aku cuba belajar dengan SEO.huhuhu. Percubaan sebelum ini juga berjaya seperti isu kapal Rachel Corrie, Mavi Marmara, Azrinaz dan lain-lain lagi. Bloggers yang baru macam aku ni, mari la, sharing-sharing info sikit pasal SEO ni. Aku pun bukan reti, baru nak belajar.

Aku rasa cukup la dengan pendahuluan aku. Ok, sekarang masuk isi. Ni ha, kawan aku, Fariz Razali. Kawan lama yang dah aku kenal hampir 7 tahun, satu asrama, satu sekolah dan satu universiti minta tolong aku untuk dapatkan undi  untuk video dia. Bukan video porno okay!hak3 Cerita ringkasnya, dia debater, masa Youth10 hari tu, ada pidato kot. Then, untuk pilih pemenang, kena la like or thumbs up kat video dia ni. Kalau rajin lagi, sila la pergi kat youtube ye! klik ini untuk tonton!


So, aku mintak jasa baik korang semua yang aku tahu baik-baik belaka untuk thumbs up dan comment dia nye video pidato. Bukan apa, kan elok tolong menolong ni. Cuma klik je kot.hehehehe. Korang tak lokek kan nak tolong-tolong orang ni. So, aku harap entri aku ni boleh la membantu kawan aku sorang ni. Gigih dia pujuk aku suruh tulis entri pasal dia. Blog aku bukannya ramai orang baca pun. Haih~


Tak salah bagi aku tolong kawan punya kawan kan? Pahala pun dapat. Lagipun, dia punya pidato pun berilmiah! Mybe ada something yang korang boleh dapat melalui pidato ni. So, sila beri kerjasama untuk klik "like" atau "comment" video dia ye. Tolong menolong amalan murni! Thanx semua!


12 Masalah dengan code html? Perlukan bantuan?

Whoa. Salam semua. Mood blogging menyerap masuk semula. Ok, ini entri ringkas untuk featuring seorang remaja yang sangat pandai godek-godek code html untuk blog and mybe website. Masa aku cuti semester hari tu, dia ni la yang bantu aku untuk letak itu ini kat blog picisan aku ni. Orang nya baik, senang minta bantuan!

Kalau Benashaari boleh featuring bloggers, aku pun boleh. Tapi, bloggers tu mestilah pernah aku bertegur sapa dan membantu aku. Tak kira la dia seorang penulis, penggodek code html, if kau pernah bertegur sapa dengan aku, maknanya, aku boleh la featuring kau. Betul tak??

Bloggers kat luar sana, kalau ada masalah nak letak ape-ape widget, tukar layout, ubah gambar, pasang segala macam jenis application kat blog, rakan aku, iaitu tua punya Otakworks.net boleh membantu. Sila klik ini untuk dibantu. Tinggalkan la comment korang kat entri terbaru and sure, dia ni boleh bantu. 

website otakworks

Budak ni sekolah lagi, so, kalau dia ada masa terluang, dia akan bantu kau gila-gila la. Sampai kau puas hati. Bagus dowh! Senang, daripada korang godek-godek html, pastu keluar benda merepek-repek kat blog, baik korang contact dia ni. Aku jamin, dia akan tolong. Tu je la entri kali ni. Aku sangat kemalasan sebab layan movie dari malam semalam. Dah 10 movie tak sampai 24 hours!ahahaha, bye!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets