Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

0 Ini akibat kalau mak anda tahu apa itu youtube!

Whoa. Salam semua. Sekarang ni, bukan je budak-budak muda belia macam kita yang tahu apa itu youtube, redtube dan lain-lain tube lagi. Nowdays, semua dah maju. Baik mak-mak kita. Kalau dulu, nak bagi nasihat atau bebelan. Kita just dengar dari jauh. Suara mak kita nyaring-nyaring dan bebel tak hengat dunia. Sekarang, if kat rumah dah ada komputer dan capaian internet, beginilah jadinya! Sila lihat klip video pertama!


Macam mana? Hebat bukan. Mak-mak nowdays dah maju. Nak bebel, biar kasi tahu satu dunia! Biar anak dia dengar cakap! Ye la, kalau kat telefon, mak kita bebel, kita just dengar suara je. Tak gerun sebab kita tak nampak mak kita menyeringai, keluarkan gigi taring dan sebagainya! Ni belum lagi untie ni keluarkan pisau, lesung, periuk kuali dari dapur dok ugut anak dia! Hahahahaha. Anda tak puas? Layan lagi apa yang untie ni bebel di video kedua siri bebelan & nasihat ibu kepada anak!


So, ibu-ibu diluar sana, sila lah berbuat demikian untuk membebel kepada anak anda. Lagi bagus kalau mak tu ada facebook then tag video tu kat kawan-kawan anak dia kan? Sure-sure kena gelak kaw-kaw. Padan muka! Ni mesti kes nakal! hahahahaha. Nasib baik mak aku tak layan youtube ni. Kalau tak, entah dah berapa ratus video keluar! Hahahahaha. 

Macam mana? Korang nak ajar mak korang apa itu youtube? Fikirkan sebelum diri sendiri merana ye! Silap hari bulan! Video ni boleh kalahkan video Justin Bieber - Baby tu! Kan aku dah cerita dalam entri ni! Mesti fofular la mak cik ni! Siapa la anak dia kan? Aku rasa, dalam episod ketiga, mak cik ni kena papar sekali anak dia! Senang nak detect kan? Entah-entah budak sebelah bilik aku. Hak3

p/s : aku terdetik nak berkongsi cerita ni selepas aku baca entri en pjowl!

2 Lomo Camera for RM 49.90 only!

Whoa. Salam semua. Seperti yang aku ada cakap semalam kat last entry, aku akan buat satu entri pasal lomo. Ni ha, sekarang ni aku agak gila-gila sikit dengan lomo. Teruja la jugak dengar orang cerita dan aku nak jugak dapatkannya. Ok, cerita sikit pasal lomo ni, senang cakap, kamera lomo ni adalah satu kemera yang menghasilkan gambar cantik tanpa perlu diedit. Faham? Tak yah menggilakan otak semata-mata guna photoshop untuk nampakkan gambar tu cantik.

So, aku ada kenal sorang sis ni and dia jual lomo camera jenis underwater. Means waterproof! But then, still boleh guna atas air.hak3. Murah. Just RM49.90 only including postage. Banyak colour. Anda ada special edition nye harga RM59.90. Korang tengok dekat bawah ni. Ada banyak warna :



But the, yang betul-betul ada stok, ialah warna biru, kuning, merah, pink, putih dan special edition. Ish, geram aku, macam nak semua warna sebab colourful sangat! Yang special edition tu just ada corak-corak sikit je.Hak3. But then, still awesome! Cantik tapi aku rasa sesuai untuk perempuan je kot. Nah, take a look sikit!

cutenye, maaf, gambar kecil

Mesti korang nak tahu spesifikasi kamera ni kan? Aku just copy paste je info dari tuan penjual camera ni. Mana la tau, korang arif gila pasal lomo ni, nak usha-usha sepsifikasi nya. So, boleh tengok ini. Berikut ialah spesifikasinya :


its RM49.90, postage included. and dont worry, she will return the change :p

  • Description : 35mm underwater film camera without flash
  • Material : Plastic
  • Product Size : 120 x 80mm (4.7" x 3.1")
  • Color / pattern : choose from the pics, and i will tell whether its available or not.
  • Max Depth : 10 feet (3 meters)
  • Best distance : 4 feet
  • Packing : Each camera is packed with an original paper box packing
  • Gross Weight : Approx. 185g (6.5 oz)
  • Focus : Free
  • View Finder : Eye level finder
  • Film to be used : 35mm format color or black/white film of ASA 100/ISO 21 (outdoor) or ASA 400/ISO 27 (under water)
  • Shutter : Leaf shutter
  • Lens : 28mm, f/9
  • Battery : No battery needed
  • Include : Original paper packing box, English and Chinese user manual, wrist strap, detachable waterproof casing
Yang warna pink ni pun smart gak. Nampak ayu beb. Cun melecun la.hak3

So, macam mana? Aku teruja gilos! Nak jugak camera ni dalam cuti ni or before ke India nanti. Nak sangat la. hahahahahaha...Owh, korang tak teruja lagi ye. Ni, aku tunjuk sikit gambar hasil dari kamera lomo ni. Cantik. Korang mesti fitnah cakap aku tipu sebab gambar ni nampak macam dah diedit. Sila la tengok dan teruja ye. Cantik, tertarik lomo memang da booommm!hak3





Menarik kan? Teruja tak. Dah-dah, jangan nak bukak mulut luas-luas sebab teruja. Katup sikit. Leleh air liur tu.hak3. So, aku tolong sis ni untuk promote business dia je. Kalau korang teruja, boleh la add sis ni kat fb, sila klik ini untuk berhubung dengan sis ni. Dia ramah. Kalau korang tak nak deal dengan dia. Insyaallah, aku boleh tolong dealkan. Sebab aku pun nak beli gak!hak3. Budak-budak UiTM Kedah, boleh jumpa aku kalau nak beli camera ni. Dah, tu je untuk pagi ni. Wasalam!

8 Lagi gambar menghina islam. Aku memang panas!

Whoa. Salam readers. Sebelum aku emo lebih cerita pasal kutuk-kutuk islam ni. Biar aku bagi introduction kat korang semua. Kalau sebelum ni, dah heboh ada karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. Gambar keldai la. Gambar itu, gambar ini. Tadi, time aku dok asyik layan youtube tengok skill-skill tennis, ada notification kat facebook keluar cakap yang ada orang comment kat gambar aku. Aku tengok da keluar gambar ini : 


Berangin satu badan beb. Aku tak tahulah apa motif sebenar dia orang kutuk-kutuk islam dan menyebarkan gambar sebegini rupa. Kalau petang tadi, aku ada jugak berdiskusi dengan KON (pemilik Geng Blogger) dan Hanis Aleeya pasal zionis, Israel dan Yahudi. Kita sembang itu dan ini. Semuanya berilmiah. Aku still tak faham apa yang mereka nakkan dari Islam.

Memang benar kaum yahudi ni dilaknat oleh Allah. Dah perangai macam ni. Tak habis isu kapal Mavi Marmara dan kapal Rachel Corrie. Timbul lagi isu di Iraq, Palestine dan banyak lagi. Siapa harus dipersalahkan? Anda fikir dan kita cuba berdiskusi disini. 

Tinggalkan comment tentang perasaan anda terhadap gambar ini. Apa yang anda akan buat? Berdiam diri atau bersuara lantang sedangkan tiada siapa mendengar suara anda. Dunia semakin kucar kacir. Adakah petanda kiamat hampir tiba? Renungkan.

6 Uzair Zain::Pujanggabujanglara : Blog novel yang menarik!

Whoa. Salam semua. Sehat semua? Alhamdulillah, buffered bertambah, lepas satu, satu masuk! Amin..Syukur! Mari, aku nak cerita sikit pasal novel ni. Ye, aku ngaku yang aku memang sukakan novel. Membaca tu dah jadi amalan sejak kecil. Tapi lately, aku lebih gemar baca genre-genre yang romantik dan lebih kepada novel berbentuk perasaan. Kalau dulu, stok novel aku cerita-cerita detektif, pengembaraan, hantu dan macam-macam lagi.

Biasalah, umur makin meningkat, so perlukan satu pembaharuan yang selari dengan jiwa. Mungkin sekarang jiwa aku jiwa jiwang!hak3. Tak la, just suka pula baca novel yang main dengan emosi sikit, baru thrilled!kan?? So, meh aku review seorang yang bakal bergelar penulis berjaya suatu hari nanti.

 sedikit screen shot blog dia ni

Aku rasa, aku kenal mamat nama Uzair Zain kat Facebook. Mula-mula aku tak tahu la yang dia ni bekas pelajar aswara, penulis, model dan macam-macam lagi. Sampai la satu hari, aku gi tengok profile dia. Kat profile tu ada link untuk blog dia. Yang membuatkan aku nak buka dia nye blog ni sebab url yang memang unik dan istimewa! Blog dia ialah pujanggabujanglara.blogspot.com 

Mula-mula aku tengok blog dia ni tak ubah macam blog biasa. Aku maksudkan ordinary blog yang biasa aku singgah dan sapa. Time tu, aku tengok kat belah kanan penuh dengan projek cerpen, cerita-cerita yang tajuknya membuatkan aku nak baca dan buka. So, start hari tu, tiap hari aku buka blog di ni sebab nak kasi habis baca semua cerpen.

Uzair Zain - penulis blog pujanggabujanglara

Mula dengan prosa-prosa lara yang cambest. Lepas tu aku gigih layan review dari mata dia tentang Adlin la, tentang orang yang bajet!, kenangan Sithick Ali dan banyal lagi. Nak lebih sila terjah dia ye! After that, aku mula la layan novel-novel dia ni, Rindu Ramadhan, Khairy Armani, Pernikahan Sulit dan yang latest Renungan Rembulan.


Mamat ni gak model. Aku rasa la sebab aku tak berapa nak kenal sangat dengan dia ni. Just aku pernah la tengok gambar kat facebook dia ala-ala model. So, aku boleh la assume dia ni sebagai model. Nway, ini adalah satu perkongsiaan aku tentang blog yang aku suka. Saja nak share kasi tahu kat korang semua. Benda yang baik elok kongsi-kongsi kan??

Sudah la, korang nak lebih, korang boleh terjah sendiri si pujanggabujanglara ni disini Pujanggabujanglara. Sedikit info untuk anda semua, aku sekarang ni saving! Baca novel guna internet je. Tak de masa aku nak beli bagai melainkan memang aku minat kat novel tu dari pandangan pertama!hak3. Selamat menerjah!

p/s : Mr Uzair, kalau nak launch novel, invite la aku, nak gak join sesi bertemu penulis! Semoga anda terus menulis dan berkarya! 

25 Gay dan Lesbian kesukaan saya. Anda kesah?

Whoa. Salam semua. Amacam hari ini? Ada bagus? Tak sabar juga menunggu malam ni. Menonton the Descent 2 kat Cineleisure Damansara. Tiket percuma kan, so teruja berlebih-lebihan.


Cukup untuk pendahuluaan yang saya kira tiada kena mengena dengan tajuk hari ini. Last week, saya ada online Facebook semata-mata nak approve kawan dan lihat profile. Tiba-tiba ada message inbox berbunyi :: "ramai nya kawan-kawan ko yang gay ngan lesbian, ko gay ke??? konon ada makwe!" ::



Mula-mula mengeluh, tapi ada juga rasa terharu sebab ada orang concern. ahahaha. Manusia kan? Siapa boleh tutup mulut melainkan diri dia sendiri. Dah menjadi lumrah sibuk meyibuk hal orang lain. Bukan marah, cuma sedikit terkilan dengan perangai orang-orang melayu yang especially nye sangat suka jaga tepi kain!

Macam ni la, untuk pengetahuan anda semua, saya approve je semua orang yang add di profile facebook saya. Tak kira la anda songsang, lurus, bengkok, kendur, tak bernafsu, kuat agama, cetek agama dan sebagainya, yang bernafsu  keduanya pun saya tak kesah!



Bagi saya, kawan tu biar universal, sebab baru kita tahu apa dunia sebenarnya dan ragam manusia yang pelbagai. Lesbian, gay dan apa-apa sekalipun, bukan menjadi halangan untuk kita berkawan kan? Pi lantak la anda nak jadi apa sekalipun.

Yang utama sebenarnya ialah hati kita ni. If hati kita ni kukuh, teguh dan utuh, tiada jadi masalah terikut-ikut kawan. Yang penting diri sendiri! Malu la manusia sebegini. Saya ada reply message tu semula, "oh, ye ke die orang gay? kenal ke? turut sama dengan mereka?". ahahahaha. 

Mengamuk si pengirim, macam-macam dia kutuk. agagagaga. nampak tak? dah kantoi. Ni boleh suruh Eyriqazz buat panggilan hangit ni! kalau tak salah, jangan la cepat melatah kawan! cool dulu. ni tak, habis dihambur ayat-ayat yang menyakitkan hati semua keluar!

Apa-apa pun, cuma nak berpesan :

Berkawan biar beribu,
Berkasih biar satu,

Bersahabat itu keutamaan,
bermusuhan harus dielakkan!

Nota kaki busuk : sedih juga orang Melayu masih begini di era moden. 

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets