Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

29 Gigitan Charlie Memang Dahsyat! Sila Elakkan!

Whoa. Salam semua. Semalam masa aku mandi pagi, aku rasa ada something yang menyakitkan dan memedihkan tengkuk aku! Sampai bilik aku ingat luka biasa. Apa lagi, gosok sikit kasi sedap! Hahahaha. Sampai kat kelas, sumpah pedih! Pedih macam melecur! Sakit sangat. Aku suruh helmi check. Dia cakap aku kena gigit dengan Charlie! WTH. Selama aku duduk asrama, ini kali pertama aku kena gigit Charlie! Nak tahu apa itu Charlie?

Charlie atau nama saintifiknya Rove Beetle ialah sejenis serangga dari keluarga kumbang yang duduk dikawasan ladang kelapa sawit, padi dan tempat pertanian kebiasaannya. Ia hidup secara berkumpulan. Charlie mempunyai gigitan yang berasid dimana mampu meninggalkan kesan atau parut buat tempoh waktu yang lama! Lama dan mungkin selamanya! Yang aku kena ni sikit la, tak teruk mana. Tapi pedih tu memang terasa! Gambar leher dan Charlie jika anda belum kenal!

 parut dileher semakin jelas kelihatan hari ini! gambar semalam


ini dia Mr Charlie dan Mrs Charlie yang selalu membuat parut pada pelajar di UiTM sini!

Kan kampus aku kat Kedah. Pembantu perubatan yang bagi ubat sapu dekat aku cakap yang Charlie ni sedang mengamuk sebab sawah padi di sini sudah mula di tuai! Macam last semester, bukan setiap hari ada orang kena gigit Charlie, cuma ada seminggu dua macam tu ramai yang kena sebab time tu musim menuai. Habitat mereka diganggu! Mari aku tunjuk apa Charlie ni mampu buat kat kulit korang!






Nampak kesannya? Hebat bukan? Seranggan macam tu mampu beri korang kenangan sampai bila-bila! So, beware. Kalau nak tido tu, check katil, selimut, bantal dan semuanya! Kalau nak guna tuala, kibas dulu! Charlie-charlie, akhirnya berjaya kau buat parut kat badan aku! Haih~

p/s : budak UiTM Kedah, sila beware! Charlie mengganas!

5 Pakej 3 hari 2 malam ke Penang paling murah dan seronok!

Whoa. Salam semua. Meh, aku nak kongsi sikit pakej percutian murah. Nak kata aku nak kerja jadi travel agent, tak jugak sebab aku suka melancong, bukan menjadi pemandu pelancong! Yang korang tahu, aku pernah post entri pasal aku nak stop blogging kan? Yang aku cakap aku nak berhenti blogging untuk 3 hari jek.


Time tu aku gi bercuti kat Penang. Ikut geng-geng RSC aku. Nak tahu RSC tu apa? Lu pikirlah sendiri. So, aku nak share sikit tips percutian paling murah tapi still korang puas hati gila babi! Aku sarankan pakej ini untuk budak-budak universiti macam aku and the geng yang memang seriously bajet weyh! RM 150 untuk kos perjalanan, BBQ, penginapan, tiket wayang. Murah kan?

BBQ melantak macam nak pecah perut, jalan sana sini, naik banana boat, tempat tinggal yang kondusif dan semestinya meninggalkan memori indah. Usually, budak-budak universiti ni nak benda-benda yang murah tapi still berkualiti. So, nak tahu lebih macam mana pengiraan dan perbelanjaan holiday kat penang tu. Gambar serta pengiraan akan di reveal dalam entri seterusnya! 

0 Should blood donation be made compulsory in Malaysia.

Whoa. Salam semua. So, semalam aku tak de update apa-apa entri since semalam aku kepenatan kalah dalam 1st game tennis, tetst subjek Global, malam ada kelas dan aku tak cukup masa sebab kalau malam usually aku akan spent time dengan roomate. Bergurau senda, bergelak ketawa sebab itu boleh hilangkan stress di siang hari. So, aku sekali lagi nak mintak idea bernas korang semua wahai readers.

Tajuk entri ni merupakan tajuk 2nd term paper aku. Sejujurnya, aku memang tak gemar tajuk ni since tajuk ni kurang catchy bagi aku. Tak tahu la yang lain. Derma darah? Nak diwajibkan? Mak aihhh, aku sendiri pun belum lagi menderma darah. Time kat PLKN dulu, aku tak cukup umur lagi nak menderma. Last sem plak memang aku seriau gila time tengok jarum yang besar macam straw tu. Geb Geb je yang menderma. Sigh~


Bagi aku, kalau nak diwajibkan menderma darah, benda ni perlu dibuat secara details. Meand, kerangka syarat dan peraturan tu perlu dibuat dahulu. Memandangkan pusat darah negara memang memerlukan darah sebab bilangan darah memang dah menyusut sangat-sangat, aku rasa kita memang perlu buat sesuatu. Tapi bukan dengan mewajibkan setiap orang menderma darah! Memang kita perlukan darah, tapi bukan dengan cara ini.

Firstly aku tak setuju yang menderma darah ni perlu di wajibkan sebab ia adalah hak individu itu untuk menderma darah. Tak semua berani dan tak semua rela menderma darah (erk!) Bagi aku, kita kena jaga gak hak individu. Kalau dah katanya "menderma" darah, aku rasa benda ni dijalankan dengan ikhlas dan tiada paksa rela. Sebab perkataan menderma itu anda sendiri boleh faham!


Kedua, kalau nak wajibkan semua orang menderma darah, apa rasionalnya? Tambah bilangan darah di pusat darah negara?  Kalau individu tu tak nak menderma? Nak buat apa? Hukuman? Gantung sampai mati? Compound Rm500? Sedangkan, itu hak mereka. So, kalau nak compulsory kan mende ni, aku rasa kerajaan memang kena aware betul-betul tentang hukuman kalau tak menderma dan apakah modus operandi nak digunakan!

Dah la, aku nak buat research lagi ni. Yang penting, aku still tak  setuju yang menderma darah ni patut diwajibkan. Bukan sebab aku memang bukan penderma darah dan fobia jarum suntikan, hakikatnya, kita perlu melihat beberapa aspek agar hasrat murni nak tambah bilangan darah di Pusat Darah Negara tak dijadikan isu! Fikirkan!


p/s : aku nak tengok berapa ramai classmate aku sesat masuk blog aku ni!hahahahaha

0 Hidup biar sedap, aku tak mampu biar ia sedap lagi.

Percaya pada takdir dan terus pandang kedepan.
Perjalanan hidup masih jauh.
Ini baru sikit.
Banyak lagi menanti.
Sabar.
Tawakkal.

Tiada siapa nak pujuk hati walaupun yang dekat.
Sendiri-sendiri tenang.
Yang jauh, nak sangat rasa dekat.
Yang tak faham, tolong lah fahami.
Yang tak nampak, tolong lah celik.

Tertunduk.
Layu.
Bisu tak berkata.
Luluh semuanya.
Sepi.
Meniti hari bersurai.
Tamat.

2 Lomo Camera for RM 49.90 only!

Whoa. Salam semua. Seperti yang aku ada cakap semalam kat last entry, aku akan buat satu entri pasal lomo. Ni ha, sekarang ni aku agak gila-gila sikit dengan lomo. Teruja la jugak dengar orang cerita dan aku nak jugak dapatkannya. Ok, cerita sikit pasal lomo ni, senang cakap, kamera lomo ni adalah satu kemera yang menghasilkan gambar cantik tanpa perlu diedit. Faham? Tak yah menggilakan otak semata-mata guna photoshop untuk nampakkan gambar tu cantik.

So, aku ada kenal sorang sis ni and dia jual lomo camera jenis underwater. Means waterproof! But then, still boleh guna atas air.hak3. Murah. Just RM49.90 only including postage. Banyak colour. Anda ada special edition nye harga RM59.90. Korang tengok dekat bawah ni. Ada banyak warna :



But the, yang betul-betul ada stok, ialah warna biru, kuning, merah, pink, putih dan special edition. Ish, geram aku, macam nak semua warna sebab colourful sangat! Yang special edition tu just ada corak-corak sikit je.Hak3. But then, still awesome! Cantik tapi aku rasa sesuai untuk perempuan je kot. Nah, take a look sikit!

cutenye, maaf, gambar kecil

Mesti korang nak tahu spesifikasi kamera ni kan? Aku just copy paste je info dari tuan penjual camera ni. Mana la tau, korang arif gila pasal lomo ni, nak usha-usha sepsifikasi nya. So, boleh tengok ini. Berikut ialah spesifikasinya :


its RM49.90, postage included. and dont worry, she will return the change :p

  • Description : 35mm underwater film camera without flash
  • Material : Plastic
  • Product Size : 120 x 80mm (4.7" x 3.1")
  • Color / pattern : choose from the pics, and i will tell whether its available or not.
  • Max Depth : 10 feet (3 meters)
  • Best distance : 4 feet
  • Packing : Each camera is packed with an original paper box packing
  • Gross Weight : Approx. 185g (6.5 oz)
  • Focus : Free
  • View Finder : Eye level finder
  • Film to be used : 35mm format color or black/white film of ASA 100/ISO 21 (outdoor) or ASA 400/ISO 27 (under water)
  • Shutter : Leaf shutter
  • Lens : 28mm, f/9
  • Battery : No battery needed
  • Include : Original paper packing box, English and Chinese user manual, wrist strap, detachable waterproof casing
Yang warna pink ni pun smart gak. Nampak ayu beb. Cun melecun la.hak3

So, macam mana? Aku teruja gilos! Nak jugak camera ni dalam cuti ni or before ke India nanti. Nak sangat la. hahahahahaha...Owh, korang tak teruja lagi ye. Ni, aku tunjuk sikit gambar hasil dari kamera lomo ni. Cantik. Korang mesti fitnah cakap aku tipu sebab gambar ni nampak macam dah diedit. Sila la tengok dan teruja ye. Cantik, tertarik lomo memang da booommm!hak3





Menarik kan? Teruja tak. Dah-dah, jangan nak bukak mulut luas-luas sebab teruja. Katup sikit. Leleh air liur tu.hak3. So, aku tolong sis ni untuk promote business dia je. Kalau korang teruja, boleh la add sis ni kat fb, sila klik ini untuk berhubung dengan sis ni. Dia ramah. Kalau korang tak nak deal dengan dia. Insyaallah, aku boleh tolong dealkan. Sebab aku pun nak beli gak!hak3. Budak-budak UiTM Kedah, boleh jumpa aku kalau nak beli camera ni. Dah, tu je untuk pagi ni. Wasalam!

11 Belajar steps tarian Bad Romance - Lady GaGa

Whoa. Salam jumaat semua. Entri ini ditaip ketika aku masih belum mandi, gosok gigi dan sebagainya. Aktiviti hari cuti memang begitu! Celik mata dah buka laptop, online dan blogging! Tutup mata, pun masih menghadap laptop!hak3. Aku dengar ramai yang stress ni. Betul ke? Dah-dah, mari kita belajar menari bersama!

Aku selalu tengok video Bad Romance Lady Gaga tu. Almaklumla, roomates fanatik Lady Gaga!hak3. So, hari ni aku nak kongsi sikit video step menari Bad Romance. Sila lihat video dibawah ini!


Amacam, menarik? So, lepas ni boleh join aku menari lagu Lady Gaga kat tepi tasik UiTM ke. Kat mana-mana la. Tepi jalan ke. Hak3. Ini entri kelaut. Bosan jugak kalau hari-hari nak ilmiah je kan? Tepu otak ni. Yela, tiap hari sumbat nota law, noat itu, nota ini. Sesekali bergembira pun okay gak! Salam Jumaat semua!

8 Aku nak jadi paparazzi. Boleh ke?

Whoa. Salam semua. Ini entri nak tanya pendapat korang semua. Entri yang perlukan anda respond. Aku ni tak la suka sangat mengata belakang, tak juga suka mengutuk apabila perlu dan tak juga bergosip selalu. But then, aku minat nak jadi paparazzi! So, apa pendapat korang semua kalau aku jadi paparazzi?hak3.


Sebagai permulaan untuk aku jadi paparazzi yang berjaya satu hari nanti, aku nak mulakan ruangan gossip budak-budak pre-law kat UiTM aku ni. Aku suka memerhati dan menulis. So, aku rasa, aku ada sikit-sikit bakat untuk menjadi paparazzi berjaya secara kecil-kecilan!

Now, dalam blog dan ada draft 3 entri untuk paparazzi session aku ni! Tak sabar nak spublish. So far, aku rasa penulisan aku kat draft tu hanya bagi hint-hint sikit je pasal individu seseorang. Tak la aku reveal seratus peratus. So, aku agak baik kan???hak3

Nantikan page terbaru aku kat sidebar kiri ye! Akan ku reveal satu persatu!hak3. Best gak jadi paparazzi ni kan?huhuhu, jangan ada yang serang aku macam Britney Spears serang dah la ye~hak3. So, korang bagi la pendapat untuk page terbaru aku yang akan aku bagi nama "paparazzi"!

Oleh itu, sila la berikan anda punya cadangan atau bantahan ye! Aku suka denagr pendapat-pendapat orang ni. mana la tahu bagus, boleh gak jadikan sebagai pengajaran!hak3. Dah-dah, aku kat kelas ni. korang baca auto post la!hak3

8 Tolong rakan saya. Kasihanilah dia wahai pembaca!

Whoa. Salam semua. Semalam aku ada review pasal DVD Ariel Peterporn Peterpan tu kan? Ramai masuk blog ni untuk entri panas tu.hak3. Kalau korang search kat google. Sila search "skandal Ariel Peterpan" dan korang akan nampak blog picisan ini di kedudukan kedua. Bukti, sila lihat gambar di bawah ye :


Bukan nak bangga, tapi aku cuba belajar dengan SEO.huhuhu. Percubaan sebelum ini juga berjaya seperti isu kapal Rachel Corrie, Mavi Marmara, Azrinaz dan lain-lain lagi. Bloggers yang baru macam aku ni, mari la, sharing-sharing info sikit pasal SEO ni. Aku pun bukan reti, baru nak belajar.

Aku rasa cukup la dengan pendahuluan aku. Ok, sekarang masuk isi. Ni ha, kawan aku, Fariz Razali. Kawan lama yang dah aku kenal hampir 7 tahun, satu asrama, satu sekolah dan satu universiti minta tolong aku untuk dapatkan undi  untuk video dia. Bukan video porno okay!hak3 Cerita ringkasnya, dia debater, masa Youth10 hari tu, ada pidato kot. Then, untuk pilih pemenang, kena la like or thumbs up kat video dia ni. Kalau rajin lagi, sila la pergi kat youtube ye! klik ini untuk tonton!


So, aku mintak jasa baik korang semua yang aku tahu baik-baik belaka untuk thumbs up dan comment dia nye video pidato. Bukan apa, kan elok tolong menolong ni. Cuma klik je kot.hehehehe. Korang tak lokek kan nak tolong-tolong orang ni. So, aku harap entri aku ni boleh la membantu kawan aku sorang ni. Gigih dia pujuk aku suruh tulis entri pasal dia. Blog aku bukannya ramai orang baca pun. Haih~


Tak salah bagi aku tolong kawan punya kawan kan? Pahala pun dapat. Lagipun, dia punya pidato pun berilmiah! Mybe ada something yang korang boleh dapat melalui pidato ni. So, sila beri kerjasama untuk klik "like" atau "comment" video dia ye. Tolong menolong amalan murni! Thanx semua!


39 DVD skandal Ariel Peterpan dijual di pasar malam. Aku dah jumpa!

Whoa. Salam readers. Jika entri aku semalam ada sentuh tentang Buffered Earnings, hari ni aku nak share sikit pasal si Ariel Peterporn Ariel Peterpan. Ala, mesti la korang faham aku nak cerita pasal apa kan? Cerita scandal dia tuh. Dah kantoi satu dunia dah! Popular sekelip mata!


Semalam, aku pergi pasar malam kat Sungai Layar, pasar malam yang terdekat dengan UiTM ni. Ini antara aktiviti mingguan yang aku selalu layan memandangkan aku suka makan dan roomate juga sangat suka makan! hak3. Beli makanan banyak-banyak pastu melahap dalam bilik! Mati kalau dia orang tahu aku cakap pasal dia orang.^^

Kalau korang dah biasa ke pasar malam. Biasa la, dah nama pasar malam kan? Mesti ada jual cd mahupun dvd cetak rompak. Aku bukan la penggemar cetak rompak, tapi, bagi aku, murah dan berbaloi-baloi.hak3. Time aku usha-usah DVD kat situ, abang kedai DVD tu hulur kat aku ini. Sila lihat gambar dibawah!



Hak3. Dah di DVD kan! Sedap lagi! hak3. So, jika anda mencari-cari DVD skandal panas ini. Sila la berkunjung ke pasar-pasar malam ye!huhuhu. Mana la tahu, anda ketemu juga! DVD ni 10 hengget je. Original dari indon tu!!! Yang penting, aku tak beli ye! Cuma dipromote! Kalau nak tahu, cover dia ni buka ori, sebab, kalau aku tunjuk yang ori, terbeliak mata korang. Ni cover yang dah di cetak rompak semula!huhuhu

Aku juga ada dengar yang video-video lucah si Ariel ni ada banyak. Yang aku dengar setakat ni je dah 30 orang! Ramai! Semua artis. So, nantikan aku reveal satu persatu artis perempuan yang bernasib baik tu ye!hak3. Best gak jadi paparazzi ni. Amacam? Ada bakat?hak3


Dengar kata juga, Ariel ni boleh di saman dan di penjara selama 12 tahun kalau video-video ni betul. Mybe sebab memalukan Indonesia dan juga memalukan industri muzik dia orang! Aku juga ada baca yang katanya si Ariel Peterporn ni dah ke luar negara. Mungkin melarikan diri. Apa-apa pun, kita tunggu la apa jadi seterusnya ya!huhuhu. Bye-bye!

6 I'm sorry. Mungkin ini penyelesaian terbaik dan jangan samakan aku dengan yang lain.

Selamat pagi semua. Sehat? Keadaan badan aku makin panas, selsema makin teruk, start sakit-sakit tekak, kepala memang dah pening dari 3 hari lepas. Itu keadaan fizikal aku. Dulu aku pernah cakap kat diri sendiri yang aku akan berblogging benda-benda yang ilmiah, bukan cerita tentang diri aku yang kerdil ni, bukan cerita perasaan dan juga bukan cerita merepek-repek.

Hakikatnya, aku akur hari ini. Aku rasa aku perlu juga bersuara walaupun aku tahu. Tiada sapa yang mendengar. Ya. Aku gagal lagi. Dan aku rasa kegagalan kali ni lebih besar dan lebih mendalam bagi aku. Kegagalan yang aku rasa, susah untuk aku bangkit kali ni. Kalau dulu, aku boleh terima sebab aku tak cukup kudrat dan bertujuan mencuba.


Kali ni lain. Diluar sana. Ya. Salah aku. Aku tak tahu sampai bila kegagalan ini akan berjaya. Tapi, aku akan cuba. Akan akan cuba untuk lebih berjaya dari hari ini. Aku tau, yang diluar samakan aku dengan yang lain, salahkan aku, benci aku. Tak pe, aku dah fikir tu semua dari awal lagi. Aku rasa aku dah cukup bersedia.

Aku just nak cakap. Aku bukan dayus nak menipu, membiarkan dan menidakkan sesuatu jika aku rasa aku tak boleh tahan melihat ia begitu. Yang faham. Sila faham dan yang tidak faham. Biarkan saja perenggan ini. Bagi aku, jika korang sayang apa-apa sekalipun, korang sanggup lihat ia terseksa? Kecewa? dan derita? Takkan? Begitu juga aku.


Lagi banyak aku cakap, lagi rumit aku rasa aku nak explain. Aku memang betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Doakanlah aku berubah suatu hari nanti untuk mejadi seorang yang lebih bersedia dan kuat mentalnya. atau mungkin, aku memang ditakdirkan untuk tidak bercinta. itu, aku akur. doakan aku sehat seperti selalu. Aku perlukan teman di saat ini. Aku lelaki gembeng. Itu aku!

p/s : aku takkan pernah sesali keputusan ini. ini yang terbaik untuk semua. aku bukan pentingkan diri dan aku bukan sama macam orang lain!

6 Demam kura-kura atau Avian Flu. Aku konfius.

Whoa. Salam geng. Hari ada aku ada betul-betul masa senggang. Sempat BW kat blog-blog yang aku suka. Sempat drop komen dan baca entri dari atas sampai bawah. Sempat gi GB jap. Chat-chat sikit. Tu, aku dah kira okay dah. Sebab sempat blogwalking sedikit! Ingat! Sedikit. Dan aku sedih sebab tak dapat jenguk blog korang semua selalu.
Malam semalam lepas aku mandi balik dari final round debat intra-asasi undang-undang. Aku dah rasa semacam. Means macam nak demam. Aku dah start selsema which is aku sangat benci keadaan selsema. Hidung dok asyik sok-sek-sok-sek. Tisu perlu dibawa kesana sini sepanjang masa. 

Pagi tadi time on the way ke kelas, aku dah start rasa pening and macam nak muntah je. Tapi okay sebab aku berjaya habiskan kelas-kelas hari ni walaupun aku rasa aku tak larat sangat. Dan classmate tak perasan itu sebab aku berjaya cover. Btw, group untuk game english tadi aku tak perform bagus. Tak de idea. Kering otak. Penat. So, aku dapat markah 3.5 yang mana aku rasa aku juga boleh dapat 6 macam gebu!


Sorry geng. Aku betul-betul tak larat. Time aku type entri ni pun, mata aku berpinar-pinar. Ye, aku demam, batuk dan selsema. Kepala aku berat macam ada batu @ konkrit besar dok dalam otak. Aku sangat tak sehat dan yang bagi sesiapa yang sibuk-sibuk miss call 2 kat fone tu. Tak yah la kacau aku sebab aku memang panas gila ngan kau!

Nway, doakan aku sehat cepat-cepat ye kawan dan pembaca semua. Aku nak sehat cepat. Aku nak jogging petang, aku nak sit up, aku nak push up, aku nak buat fitness memandangkan aku perlukan semula stamina sebab court tennis dah nak siap selepas renovation! Gembira beb, court dah cantik! Bye. Doakan aku ye! Wasalam.

p/s : ini bukan demam kura-kura. Ini juga bukan demam Avian Flu ye~!

16 Hidup bercinta : tak perlu untuk berkepit sentiasa!

Whoa. Salam semua yang sudi membaca blog ini. Pertama sekali aku nak nak inform yang blog ini akan kembali menggunakan "aku" sebagai kata nama menggantikan saya! Disebabkan oleh beberapa rakan blogger yang gemar sekiranya aku menggunakan "aku" berbanding saya. Ramai cakap bahawa kalau aku guna "aku" lebih senang dan dekat di hati! hak3.

Cukup pendahluan yang merepek. Mari, baca apa yang aku nak review dan cerita sikit pasal hidup kepit mengepit. Bukan la aku nak cakap yang aku tak pernah berkepit. Tapi, bagi aku, hidup bercintan cintun ni, aku prefer sekali sekala atau biar kena pada tempatnya untuk berkepit. Ni tak, library kau berkepit, cafe kau berkepit, foodcourt kau berkepit.
Lagi-lagi hidup sebagai pelajar. Bagi aku, komitmen study tu lebih penting berbanding komitmen bercintan cintun. Bukan aku nak berlagak baik atau berpura-pura alim. Tapi itu hakikat yang aku alami sekarang. Kalau berkepit pun, tak dikira berkepit pun. Just makan malam sama-sama dan keluar pun tak pernah berdua melainkan dengan kawan-kawan lain. kalau keluar berdua, nanti ada orang hasut suruh tambah orang ketiga!!faham maksud aku??hahahaha


Entri aku ni bukan nak point kat sape-sape kat kampus aku ni. Just nak korang beradab la sikit. Ye la, kat library kau bergurau senda. Dok cha cha cha ngan awek, pegang sana sini, itu ini. Aku nak baca buku pun hilang fokus sebab tengok adegan panas!hak3.




Korang fikir la, adakah dengan berkepit sentiasa, si dia tu akan jadi milik kau buat selama-lamanya?hak3.entah-entah tak habis satu sem je dah putus di tengah jalan!bahahahaha. relax la bro, orang lain pun ada makwe gak kan? eh, tapi sekarang ni, pompuan pun ada gatal-gatal gak, dok suruh pakwe die berkepit dengan dia setiap masa!hak3


Apa-apa pun, entri ini perlukan komen korang, ye la, mana tau, korang pun alami benda yang sama atau korang ada cadangan nak nasihat kat orang suka kepitkepit nih!ahahahaha. Nway, esok birthday teman aku, tak de idea dan blur dowh! ahahahaha, happy becoming birthday ye!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets