Whoa. Salam semua. Sebelum apa-apa, saya nak tadah tangan ucap Alhamdulillah. Akhirnya, saya selamat sampai di bumi Sungai Petani. Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan saya! Anda terbaik! hehehehe. Hati meronta-ronta nak ngadap tv tonton French Open yang dah masuk pusingan ketiga dan keempat! Saya mahu tiba di Perancis!!!! Maaf, sedikit emosi!
Hari isnin ni dah mula kelas untuk sem 3, semester terakhir saya untuk asasi undang-undang. Doakan saya berjaya ye. Dengar cerita payah sikit semester ketiga ni. Dengar kata je, saya harap tak la sesusah mana. Yang penting, diri sendiri, kalau dah gaya belajar masih macam last sem, gamaknya, entri post saya akan berkisar tentang susah dan payah je la.hahahaha
Malam ni, saya masih tak sempat nak berblogwalking blog anda, tunggu ye saya sempat kemas dan punggah semula barang-barang yang bersepah ni! Banyak! Nak snap gambar malu rasanya~hahahaha
Sudah, sampai disini sahaja. Sila baca pesanan yang banyak dari saya! Jom roomate, selamat berkemas kepada pelajar asasi undang-undang UiTM!!!
p/s :
- Masuk universiti ni, saya kena kurangkan blogwalking sebab nak jaga limit broadband!
- Wireless UiTM lembab sangat!
- Saya nak sangat tengok final French Open!
- Saya sokong Roger Federer, Maria Sharapova, Justine Henin dan Fernando Verdasco!
- Terima kasih sebab masih jenguk blog picisan ini!
- Ada rakan cakap, blog ini lebih best digunakan perkataan AKU untuk kata ganti nama diri saya!
hakimfaridzul