Showing posts with label sungai petani. Show all posts
Showing posts with label sungai petani. Show all posts

8 Mari pulang berhari raya.

Whoa. Salam semua. Semalam, seharian tak update entri. Kebusyan melanda sebab semalam kelas terakhir untuk semester ni. Maknanya, sekarang ni tengah tunggu nak final exam which mean 2 minggu lepas raya. Haih. Dah nak habis dah semester ke-3 asasi undang-undang aku ni. Lepas ni degree! Yahoo!!!!


Malam ni misi pulang ke rumah! Misi membeli belah sudah dalam perancangan memandangkan aku belum beli satu benda pun! Semua barang-barang yang nak dibeli sudah ada kat otak. Tinggal cari, pilih dan bayar! Hahahaha. Misi nak gi makan buffet kat hotel-hotel pun macam dah mula menular kat hotel since aku tak berkesempatan langsung nak ikut family buka puasa kat hotek hari tu. Cuma aku sempat berbuka puasa kat Cinta Sayang Golf n Resort dengan roomate tersayang time merdeka lepas.

Btw, bulan ni bulan kelahiran aku! Sila ambil perhatian ye! Hahahaha. 28th September! Mula-mula nak ucap terima kasih kepada seluruh budak pre-law sebab sudi buat dinner untuk aku. (perasan, padahal 28th tu hari last kat UiTM). Hahahahaha. Bangga beb! Kembang kuncup! Ada yang tanya apa wish list aku. Hurm..Nanti la aku update sikit apa wishlist aku tu ye! Kalau bagi tau pun, ada korang nak bagi?hak3
Malam ni aku berlepas dari lapangan bas Sungai Petani menuju Lapangan Bas Shah Alam tepat jam 11. Maknanya sahur dalam bas la ye. Ok la, tu je aku nak cakap. Nak kemas bilik, ambik movie menarik kat kawan-kawan then chow! Buka puasa kat luar lagi hari ni. Do take care guys! Selamat pulang berhari raya!

p/s : terima kasih yang kepada yang bagi nasihat di 2 entri sebelum ni~

0 Hidup biar sedap, aku tak mampu biar ia sedap lagi.

Percaya pada takdir dan terus pandang kedepan.
Perjalanan hidup masih jauh.
Ini baru sikit.
Banyak lagi menanti.
Sabar.
Tawakkal.

Tiada siapa nak pujuk hati walaupun yang dekat.
Sendiri-sendiri tenang.
Yang jauh, nak sangat rasa dekat.
Yang tak faham, tolong lah fahami.
Yang tak nampak, tolong lah celik.

Tertunduk.
Layu.
Bisu tak berkata.
Luluh semuanya.
Sepi.
Meniti hari bersurai.
Tamat.

10 Lidah belit : lumrah pendebat. Aku stress.

Whoa. Salam semua. Sehat? Aku rasa dah lama aku tak bermesra-mesra dengan pembaca setia. hak3. Semenjak dua menjak ni, aku busy sikit la. Nak BW pun tak sempat. Aku sibuk dengan debat dan juga assignment yang semakin hari semakin susah dan membebankan.

Now, baru ada sedikit waktu terluang selepas jadi pemerhati untuk pertandingan debat intra-asasi u aku ni. Penat. Ia bukanlah tentang kepenatan fizikal di mana kita mengeluarkan tenaga yang banyak. Tapi, aku penat otak. Means, otak aku perlukan sesuatu yang menghiburkan untuk berehat dan relax. Jadi judge tak senang beb. Perlu berfikir untuk kedua belah team. Nak bagi solution lagi~

Lagi pun, aku kira aku belum lagi layak untuk di gelar adjudicator lagi memandangkan aku juga masih belajar dalam dunia debat ni. So, ia lebih kepada perkongsiaan ilmu dan perbincangan bersama semasa sesi kritik! SO, aku perlu berkongsi bagaimana untuk jadi government and opposition dengan jayanya.hak3

Penat, penat dan penat. So, petang ni aku nak keluar gi layan movie mybe, main bowling, makan banyak-banyak dan release tension sebab esok aku kena start assigment kedua yang memang memerlukan otak berkerja dan berfikir!

Baik lah, sebelum habis aku cakap, aku rasa kelakar tengok junior-junior berdebat sebab ramai yang terbelit-belit lidah cakap. Typo kita orang panggil. Nantikan senarai typo ye kawan-kawan. Ini entri luahan hati, nak cakap yang aku penat. Kau orang cari pasal dengan aku, siap la. Kritikan pedas dan panas datang!hak3.bye!


Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets