Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

3 Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman.

Salam semua. Kali ni aku nak sharekan Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman yang aku pernah tulis di blog ni. Aku nak kumpulkan kat satu entri ni supaya senang korang nak tengok dan pilih. Tak banyak. Adalah sikit nak dikongsikan. Kalau ada lagi, nanti aku update lagi senarai ini.


pelbagai jenis biskut raya ikhsan : google images
  1. Biskut Cornflakes Madu
  2. Biskut Almond London
  3. Biskut Suji
  4. Biskut Dahlia
  5. Biskut Sarang Semut
  6. Kuih Tart Nenas
  7. Biskut Chocolate Chip
  8. Biskut Batang Buruk
  9. Biskut Arab
  10. Biskut Makmur
  11. Kek Batik
p/s : dah cuba nanti, boleh la share di ruangan komen. :)

8 Jemputan majlis berbuka puasa di rumah baru!

Alhamdulillah. Baru ada kesempatan sekejap untuk update entri! Alhamdulillah, 2 hari tidak berupdate, traffic maintain dalam kadar 900++. Alhamdulillah. Sebenarnya, ini merupakan update ringkas dan padat dari aku. Dengar elok-elok pengumuman ini ye:

Anda semua dijemput menghadiri majlis doa selamat, bacaan yassin dan jamuan berbuka puasa di rumah baru saya sekeluarga pada hari esok (selasa) tepat jam 6.00 petang. Alamat seperti berikut :
No. 20, Jalan Sungai Merbau 32/76A, 
Amverton Park @ Bukit Kemuning Golf & Country Resort, 
Seksyen 32, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Maaf sebab beberapa hari tiada entri disebabkan aku terlalu sibuk mengemas rumah, menyusun perabot, memasang segalanya dan macam-macam lagi. Kalau anda tinggal berdekatan dan berkesempatan, jemput datang rumah ye. Bye-bye! 

p/s : sila beritahu kalau anda sudi datang. (tahun ni beraya rumah baru! YeeeeHaaaaa!!!

8 Mari pulang berhari raya.

Whoa. Salam semua. Semalam, seharian tak update entri. Kebusyan melanda sebab semalam kelas terakhir untuk semester ni. Maknanya, sekarang ni tengah tunggu nak final exam which mean 2 minggu lepas raya. Haih. Dah nak habis dah semester ke-3 asasi undang-undang aku ni. Lepas ni degree! Yahoo!!!!


Malam ni misi pulang ke rumah! Misi membeli belah sudah dalam perancangan memandangkan aku belum beli satu benda pun! Semua barang-barang yang nak dibeli sudah ada kat otak. Tinggal cari, pilih dan bayar! Hahahaha. Misi nak gi makan buffet kat hotel-hotel pun macam dah mula menular kat hotel since aku tak berkesempatan langsung nak ikut family buka puasa kat hotek hari tu. Cuma aku sempat berbuka puasa kat Cinta Sayang Golf n Resort dengan roomate tersayang time merdeka lepas.

Btw, bulan ni bulan kelahiran aku! Sila ambil perhatian ye! Hahahaha. 28th September! Mula-mula nak ucap terima kasih kepada seluruh budak pre-law sebab sudi buat dinner untuk aku. (perasan, padahal 28th tu hari last kat UiTM). Hahahahaha. Bangga beb! Kembang kuncup! Ada yang tanya apa wish list aku. Hurm..Nanti la aku update sikit apa wishlist aku tu ye! Kalau bagi tau pun, ada korang nak bagi?hak3
Malam ni aku berlepas dari lapangan bas Sungai Petani menuju Lapangan Bas Shah Alam tepat jam 11. Maknanya sahur dalam bas la ye. Ok la, tu je aku nak cakap. Nak kemas bilik, ambik movie menarik kat kawan-kawan then chow! Buka puasa kat luar lagi hari ni. Do take care guys! Selamat pulang berhari raya!

p/s : terima kasih yang kepada yang bagi nasihat di 2 entri sebelum ni~

4 Resepi Membuat Bahulu Kemboja

Mari buat bahulu kemboja! Aku suka sangat kuih ni! Lagi-lagi time panas-panas! Sedap! Selamat mencuba!



Bahan-Bahan:




  • 10 biji telur ayam
  • 200 gm gula pasir
  • 500 gm tepung gandum
  • 3 cawan pati santan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan jus daun pandan
  • 100 gm bijan
  • Minyak sapi secukupnya


Cara:

  • Pukul telur dengan gula hingga hancur dan sebati. 
  • Masukkan tepung gandum, santan, jus daun pandan dan garam sambil dikacau hingga sebati rata.
  • Sapukan acuan dengan minyak sapi kemudian panaskan di dalam ketuhar seketika. 
  • Tuangkan adunan ke dalamnya kemudian taburkan bijan secukup rata dia tasnya dan bakarlah hingga masak.
kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

6 Resepi Popia Mini Pedas

Hey-hey-hey. Salam semua. Ni ha, lagi satu resepi untuk korang semua cuba untuk juadah raya nanti! Popia mini pedas! Sedap weyh! Aku selalu beli je kat kedai jual kerepek-kerepek. Hahahahaha. Cara nak buat rumit sikit la. Tapi if korang boleh dah berjaya buat, apa salahnya~ Selamat mencuba!


Bahan-bahan:


  • 1 bungkus besar kulit popia
  • Lidi satay utk menggulung
  • Telur sebagai bahan pelekat
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
  • 3 sudu cili kering yang dikisar
  • 6 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit cuka

Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4. Tumis bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat. Masukkan garam dan cuka secukup rasa. Tutup api dan digaul sehingga rata.

5. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

kredit kepada : http://www.resepi4u.com/

17 Resepi Biskut Arab. 3 bahan sahaja!


Whoa. Salam semua. Lagi satu resepi bisut raya yang mudah! 3 bahan je diperlukan! Sonang giler buat biskut arab ni! Nenek aku suka buat biskut ni since biskut ni sangat simplae tapi sedap! Asyik buat kuih tunjuk kan? Baik korang try buat biskut ni! Simple je! Selamat mencuba!


Bahan-Bahan:

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 250 gm minyak sapi


Cara:

  • Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
  • Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
  • Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.
  • Kemudian digolekkan di atas gula halus.
kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

23 Resepi Biskut Batik Paling Mudah

Whoa. Chef cepit kembali! Whoa, whoa, whoa~.. Nah, resepi biskut batik paling mudah lagi untuk anda! Biskut batik! Semestinya sedap! Time kat asrama dulu, mak kawan aku selalu bawakkan anak dia biskut ni! Sure-sure la aku yang bedal kan! Sampai satu tahap, mak dia siap bagi satu bekas kat aku! Personal punya untuk melahap! So, cuba lah~ Hadapi lah bulan puasa tanpa pancaroba~


Bahan-bahan :



  • 1 bungkus biskut marie 
  • 500 gm milo 
  • 1 tin susu cair 
  • 1 paket buttercup 250gm
  • 1 cawan gula 
  • 5 biji telur

Cara-cara : 


  • Panaskan kuali dan masukkan buttercup hingga cair.Masukkan gula dan kacau hingga cair selepas itu masukkan telur yang telah dikepuk biasa dan susu cair. 
  • Masukkan milo dan kacau hingga pekat akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.Gaul dan masukkan kle dalam loyang tekan hingga padat serta sejukkan. 
  • Potong biskut mengikut saiz biskut dan hidangkan sejuk.
Kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

19 Resepi Biskut Chocolate Chip Sedap

Whoa. Salam semua. Kalau korang dah jemu asyik makan biskut chipsmore, aku rasa better korang try buat biskut ni untuk raya nanti. Masa mak cik aku buat dulu, aku tak sure la dia pakai resepi ini atau tak. Tapi biskut ni memang mudah dibuat dah sodap la! Yang anak-anak dara tu, boleh la tunjuk bakat korang buat bakal mak mentua yang bakal datang rumah korang! Selamat mencuba!
kredit to mama fami


Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )
  • 375 gm tepung gandum
  • 95 gm tepung jagung
  • 240 gm gula perang
  • 360 gm mentega / marjerin
  • 4 sb serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sb chocolate chips
  • 6 sb chocolate rice
  • 6 sb badam cincang (disangai sedikit)
  • 6 sb kelapa kering / nestum (saya guna nestum)
  • 1 st esen vanila


Cara-cara

  • Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
  • Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
  • Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
  • Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C
kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

13 Resepi Biskut Cornflakes Madu


Whoa. Salam semua. Tadi masa dah nak berbuka. Aku tanya roommate apa biskut raya yang dia orang suka. Ayie cakap dia suka cornflakes madu. So, aku terus google untuk masukkan dalam resepi biskut raya untuk edisi Ramadhan kali ni! Cuba ye! Biskut ni sumpah mudah dibuat! Aku pun reti buat tau! Selamat mencuba!




Bahan-bahan
  • Cornflake - 2 kotak nestle corn flakes
  • Madu - 1 1/2 cawan
  • Gula - 1 cawan
  • Majerin planta - 1 cawan
  • Peanut butter - 1 1/2 cawan
  • Urai (colouring chocolate rice) - tabur
  • Cup kertas


Cara-cara :
  • Panaskan majerin.
  • Masukkan gula dan madu.
  • Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
  • Masukkan peanut butter, kacau pelahan-lahan.
  • Tuangkan cornflakes dalam bekas yang besar.
  • Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
  • Kacau pelahan-lahan untuk rata sebatikan antara kedua-dua bahan.
  • Guna sudu kecil untuk masukkan cornflakes dalam cup kertas.
  • Taburkan chocolate rice kat cornflakes tu.
  • Masukkan kat dalam oven dalam 5 minit aje.
  • Dah masak.

14 Resepi biskut suji. Sesuci namanya.

Whoa. Salam semua. Sekali lagi. Edisi resepi biskut raya! Ini dia kuih suji! Sesuci namanya! Biskut ni sedap! Rasa dia macam susu-susu sikit sebab dia guna mentega. Bawah ni resepinya guna mentega. But, kalau nenek aku buat dulu, nenek aku guna minyak sapi which is bila aku compare antaranya, aku rasa yang minyak sapi punya version lagi sedap! But, mostly, orang prefer yang guna mentega. Sebab minyak sapi tu, aku rasa macam lemak haiwan! Erk! Hahahaha. Layan je la resepi ni! Selamat mencuba! Dah jadi bagitau aku ye!


Bahan-Bahan:

  1. 250 gm mentega 
  2. 100 gm tepung gandum 
  3. 2 biji kuning telur 
  4. 200 gm gula halus 
  5. 200 gm tepung suji
  6. 50 gm tepung jagung 
  7. 50 gm gajus, ditumbuk 
  8. 1 camca teh esen vanila 
  9. Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan


Cara:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. 
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi. 

  3. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata. 

  4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. 

  5. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

0 Ho ho ho balik kampung, hati girang.

Whoa. Salam semua. Malam ni aku teruja lebih la! Feel balik kampung ala-ala jauh duk perantauan! Sumpah tak sabar. Macam dah nak raya, padahal baru start nak puasa! Syok sebab ramai-ramai balik rumah, huru hara kat station bus, budak-budak angkut beg, gelak-gelak macam nak berpisah sepuluh dua puluh tahun. Excited dah!  


Secara officiallynya, esok aku akan start pasang lagu raya kat handphone! Huhuhu. Nak feel lebih. Kalau aku tak pasang lagu raya pun, aku pasang lagu tanggal 31! Semangat merdeka ada jugak walaupun semangat raya melebihi segalanya! Cewah!. So, kalau korang baca entri ni pun korang boleh agak terujanya aku! hahahahaha.

p/s : Nanti aku buat satu entry untuk download lagu-lagu raya ye! Bye-bye! Doakan aku selamat sampai!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets