Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

3 Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman.

Salam semua. Kali ni aku nak sharekan Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman yang aku pernah tulis di blog ni. Aku nak kumpulkan kat satu entri ni supaya senang korang nak tengok dan pilih. Tak banyak. Adalah sikit nak dikongsikan. Kalau ada lagi, nanti aku update lagi senarai ini.


pelbagai jenis biskut raya ikhsan : google images
  1. Biskut Cornflakes Madu
  2. Biskut Almond London
  3. Biskut Suji
  4. Biskut Dahlia
  5. Biskut Sarang Semut
  6. Kuih Tart Nenas
  7. Biskut Chocolate Chip
  8. Biskut Batang Buruk
  9. Biskut Arab
  10. Biskut Makmur
  11. Kek Batik
p/s : dah cuba nanti, boleh la share di ruangan komen. :)

8 Resepi Biskut Almond London

Bertemu sekali lagi untuk ruangan biskut raya ni. Hahahaha. Best gak kan jadi Chef ni. Degree nak ambil kulinari la! Wahahahaha. So, next resepi ialah Biskut Almond London. Time kecik-kecik dulu, aku memang hantu biskut ni! Sedap weyh! Tapi aku tak suka kalau datang raya rumah orang, dia punya almond separuh! Kedekut gila! Tak puas aku makan! Hahahahaha. Selamat mencuba!


BAHAN-BAHAN (150 bIJI)
250 gm mentega/butter
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (tiada pun tak apa)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat masakan

CARA-CARA 
1)Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2) lepas 2,Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. Masukkan serbuk badam.
 
3)Pada bekas lain, ayak tepung jagung, tepung beras, baking powder, tepung jagung, lepas masukan dalam adunan no 2, sikit demi sikit.
4)Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer. 
5) Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
6)Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
7)Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau
 disimpan.

3 Resepi Kuih Tart Nenas

Whoa. Salam semua. Mulai hari ini sehingga seterusnya, aku akan cuba update resepi-resepi kuih raya mahupun kek sempena dengan kedatangan Aidilfitri yang tak lama lagi. Pertama sekali mestilah aku nak update entri resepi kuih kegemaran aku. Kuih tart nenas! Selamat mencuba!



Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5.pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
9. Sapukan dengan kuning telurt
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets