Showing posts with label persiapan raya. Show all posts
Showing posts with label persiapan raya. Show all posts

3 Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman.

Salam semua. Kali ni aku nak sharekan Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman yang aku pernah tulis di blog ni. Aku nak kumpulkan kat satu entri ni supaya senang korang nak tengok dan pilih. Tak banyak. Adalah sikit nak dikongsikan. Kalau ada lagi, nanti aku update lagi senarai ini.


pelbagai jenis biskut raya ikhsan : google images
  1. Biskut Cornflakes Madu
  2. Biskut Almond London
  3. Biskut Suji
  4. Biskut Dahlia
  5. Biskut Sarang Semut
  6. Kuih Tart Nenas
  7. Biskut Chocolate Chip
  8. Biskut Batang Buruk
  9. Biskut Arab
  10. Biskut Makmur
  11. Kek Batik
p/s : dah cuba nanti, boleh la share di ruangan komen. :)

3 Resepi Mudah Biskut Makmur

Whoa. Salam. Lama betul aku tak update tentang resipi kuih raya ni kan? Huhuhu. Best gak jadi Chef ni kan! Chef kat blog! Pandai cari resepi dan letak kat blog semata-mata! Hahahaha. Kali ni, aku nak suruh korang cuba biskut raya ni pulak! Biskut Makmur! Selamat mencuba!


Bahan-bahan ( hasil lebih kurang 80 biji )

  1. 500 g tepung gandum
  2. 1/2 tin kecil minyak sapi...apa2 brand pun boleh
  3. marjerin secukupnya
  4. INTI:
  5. 200 g kacang tanah
  6. gula pasir secukup rasa
  7. gula aising / gula pasir yang dikisar halus untuk disalut pada kuih

Cara-cara
  1. tepung gandum disangrai, sejukkan pas tu diayak.
  2. masukkan kesemua minyak sapi, gaul hingga sebati...campuran akan jadi berderai.
  3. masukkan marjerin sedikit demi sedikit , uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. bulatkan atau bujurkan dan pas tu isi inti. bakar pada 160 darjah celsius selama 20-25 minit....atau hingga masak
  5. dah masak, golekkan atas gula aising
  6. cara buat inti...goreng kacang tanpa minyak, buang kulit, blend jangan halus sangat tau pas tu campurkan gula pasir.

kredit kepada : http://www.myresipi.com/

4 Resepi Membuat Bahulu Kemboja

Mari buat bahulu kemboja! Aku suka sangat kuih ni! Lagi-lagi time panas-panas! Sedap! Selamat mencuba!



Bahan-Bahan:




  • 10 biji telur ayam
  • 200 gm gula pasir
  • 500 gm tepung gandum
  • 3 cawan pati santan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan jus daun pandan
  • 100 gm bijan
  • Minyak sapi secukupnya


Cara:

  • Pukul telur dengan gula hingga hancur dan sebati. 
  • Masukkan tepung gandum, santan, jus daun pandan dan garam sambil dikacau hingga sebati rata.
  • Sapukan acuan dengan minyak sapi kemudian panaskan di dalam ketuhar seketika. 
  • Tuangkan adunan ke dalamnya kemudian taburkan bijan secukup rata dia tasnya dan bakarlah hingga masak.
kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

6 Resepi Popia Mini Pedas

Hey-hey-hey. Salam semua. Ni ha, lagi satu resepi untuk korang semua cuba untuk juadah raya nanti! Popia mini pedas! Sedap weyh! Aku selalu beli je kat kedai jual kerepek-kerepek. Hahahahaha. Cara nak buat rumit sikit la. Tapi if korang boleh dah berjaya buat, apa salahnya~ Selamat mencuba!


Bahan-bahan:


  • 1 bungkus besar kulit popia
  • Lidi satay utk menggulung
  • Telur sebagai bahan pelekat
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
  • 3 sudu cili kering yang dikisar
  • 6 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit cuka

Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4. Tumis bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat. Masukkan garam dan cuka secukup rasa. Tutup api dan digaul sehingga rata.

5. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

kredit kepada : http://www.resepi4u.com/

17 Resepi Biskut Arab. 3 bahan sahaja!


Whoa. Salam semua. Lagi satu resepi bisut raya yang mudah! 3 bahan je diperlukan! Sonang giler buat biskut arab ni! Nenek aku suka buat biskut ni since biskut ni sangat simplae tapi sedap! Asyik buat kuih tunjuk kan? Baik korang try buat biskut ni! Simple je! Selamat mencuba!


Bahan-Bahan:

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 250 gm minyak sapi


Cara:

  • Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
  • Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
  • Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.
  • Kemudian digolekkan di atas gula halus.
kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

23 Resepi Biskut Batik Paling Mudah

Whoa. Chef cepit kembali! Whoa, whoa, whoa~.. Nah, resepi biskut batik paling mudah lagi untuk anda! Biskut batik! Semestinya sedap! Time kat asrama dulu, mak kawan aku selalu bawakkan anak dia biskut ni! Sure-sure la aku yang bedal kan! Sampai satu tahap, mak dia siap bagi satu bekas kat aku! Personal punya untuk melahap! So, cuba lah~ Hadapi lah bulan puasa tanpa pancaroba~


Bahan-bahan :



  • 1 bungkus biskut marie 
  • 500 gm milo 
  • 1 tin susu cair 
  • 1 paket buttercup 250gm
  • 1 cawan gula 
  • 5 biji telur

Cara-cara : 


  • Panaskan kuali dan masukkan buttercup hingga cair.Masukkan gula dan kacau hingga cair selepas itu masukkan telur yang telah dikepuk biasa dan susu cair. 
  • Masukkan milo dan kacau hingga pekat akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.Gaul dan masukkan kle dalam loyang tekan hingga padat serta sejukkan. 
  • Potong biskut mengikut saiz biskut dan hidangkan sejuk.
Kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

19 Resepi Biskut Chocolate Chip Sedap

Whoa. Salam semua. Kalau korang dah jemu asyik makan biskut chipsmore, aku rasa better korang try buat biskut ni untuk raya nanti. Masa mak cik aku buat dulu, aku tak sure la dia pakai resepi ini atau tak. Tapi biskut ni memang mudah dibuat dah sodap la! Yang anak-anak dara tu, boleh la tunjuk bakat korang buat bakal mak mentua yang bakal datang rumah korang! Selamat mencuba!
kredit to mama fami


Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )
  • 375 gm tepung gandum
  • 95 gm tepung jagung
  • 240 gm gula perang
  • 360 gm mentega / marjerin
  • 4 sb serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 6 sb chocolate chips
  • 6 sb chocolate rice
  • 6 sb badam cincang (disangai sedikit)
  • 6 sb kelapa kering / nestum (saya guna nestum)
  • 1 st esen vanila


Cara-cara

  • Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
  • Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
  • Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
  • Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C
kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

13 Resepi Biskut Batang Buruk

Whoa. Sekali lagi resepi untuk kuih atau biskut raya anda. Walaupun nama biskut ni macam tak sedap. Tapi rasanya seriusly sedap giler weyh! Masa aku mula-mula kenal biskut ni, gila la, teruja. Setiap rumah orang yang aku pergi sure-sure aku cari biskut ni! Korang boleh la try buat sendiri! Dah jadi, post kat aku! Nak rasa jugak! Selamat mencuba!


Bahan-bahan:



  • 600 gram tepung gandum
  • 300 gram tepung beras
  • 1 biji santan kelapa
  • 600 gram kacang hijau
  • 400 gram gula (kisar)
  • 3 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  • Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
  • Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
  • Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
  • Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng.
  • Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

13 Resepi Biskut Cornflakes Madu


Whoa. Salam semua. Tadi masa dah nak berbuka. Aku tanya roommate apa biskut raya yang dia orang suka. Ayie cakap dia suka cornflakes madu. So, aku terus google untuk masukkan dalam resepi biskut raya untuk edisi Ramadhan kali ni! Cuba ye! Biskut ni sumpah mudah dibuat! Aku pun reti buat tau! Selamat mencuba!




Bahan-bahan
  • Cornflake - 2 kotak nestle corn flakes
  • Madu - 1 1/2 cawan
  • Gula - 1 cawan
  • Majerin planta - 1 cawan
  • Peanut butter - 1 1/2 cawan
  • Urai (colouring chocolate rice) - tabur
  • Cup kertas


Cara-cara :
  • Panaskan majerin.
  • Masukkan gula dan madu.
  • Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
  • Masukkan peanut butter, kacau pelahan-lahan.
  • Tuangkan cornflakes dalam bekas yang besar.
  • Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
  • Kacau pelahan-lahan untuk rata sebatikan antara kedua-dua bahan.
  • Guna sudu kecil untuk masukkan cornflakes dalam cup kertas.
  • Taburkan chocolate rice kat cornflakes tu.
  • Masukkan kat dalam oven dalam 5 minit aje.
  • Dah masak.

14 Resepi biskut suji. Sesuci namanya.

Whoa. Salam semua. Sekali lagi. Edisi resepi biskut raya! Ini dia kuih suji! Sesuci namanya! Biskut ni sedap! Rasa dia macam susu-susu sikit sebab dia guna mentega. Bawah ni resepinya guna mentega. But, kalau nenek aku buat dulu, nenek aku guna minyak sapi which is bila aku compare antaranya, aku rasa yang minyak sapi punya version lagi sedap! But, mostly, orang prefer yang guna mentega. Sebab minyak sapi tu, aku rasa macam lemak haiwan! Erk! Hahahaha. Layan je la resepi ni! Selamat mencuba! Dah jadi bagitau aku ye!


Bahan-Bahan:

  1. 250 gm mentega 
  2. 100 gm tepung gandum 
  3. 2 biji kuning telur 
  4. 200 gm gula halus 
  5. 200 gm tepung suji
  6. 50 gm tepung jagung 
  7. 50 gm gajus, ditumbuk 
  8. 1 camca teh esen vanila 
  9. Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan


Cara:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. 
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi. 

  3. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata. 

  4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. 

  5. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

3 Resepi Kuih Tart Nenas

Whoa. Salam semua. Mulai hari ini sehingga seterusnya, aku akan cuba update resepi-resepi kuih raya mahupun kek sempena dengan kedatangan Aidilfitri yang tak lama lagi. Pertama sekali mestilah aku nak update entri resepi kuih kegemaran aku. Kuih tart nenas! Selamat mencuba!



Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5.pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
9. Sapukan dengan kuning telurt
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets