Showing posts with label hakimfaridzul. Show all posts
Showing posts with label hakimfaridzul. Show all posts

0 ADV : I-Film Inter-varsity Financial Literacy Movies Competition

Salam. Pernah terfikir yang cara pengurusan kewangan korang semua ni betul? Duit ptptn yang kamu semua dapat dibelanjakan kejalan yang benar? Atau duit ptptn diibaratkan seperti rezeki terpijak yang perlu dibelanjakan kejalan yang benar?

Hidup sebagai pelajar diuniverisiti sebagai contohya aku, memang pengurusan kewangan penting. Nak asingkan duit untuk makan, dobi, pengangkutan, alat tulis, buku dan banyak lagi. Kalau tak ada perancangan, memang hujung bulan terpaksa call ibu bapa buat suara sayu mintak duit sebab dah kehabisan duit. Yang pasti, dah besar panjang ni, terasa malu tiap kali call ibu bapa nak mohon agar duit dibank in dengan kadar segera. 

*******************************************

Securities Industry Development Corporation (SIDC), yang merupakan cabang latihan dan pendidikan bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, menganjurkan pertandingan Filem Celik Kewangan antara Univeristi (I-Film) yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM 3, 000. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar kolej dan universiti sahaja. 

Tunjukkan kreativiti anda dengan menyediakan filem pendek, sketsa, pengumuman awam, filem animasi dan apa jua jenis video untuk di berkenaan pengurusan kewangan. Terpulang anda nak bercerita tentang pengurusan duit PTPTN, cara anda menabung, atau mungkin cara anda berbelanja. Apa jua idea anda, ia mungkin berpeluang untuk meraih RM 3, 000!!!




Aku dah sediakan juga contoh video untuk pertandingan ini. Mana tau, mungkin aku ada peluang nak menang RM 3, 000 tu. Jom, layan video ringkas ni: 


Aku jamin ramai lagi yang pandai dan kreatif untuk buat video macam ni. Apa kata, penuhkan masa terluang anda tu untuk video ni. Rezeki, siapa tahu? Mungkin ada yang bertuah memenangi RM 3,000 ini!

Tarikh tutup pertandingan i-FiLM ialah pada 11 Februari 2012 dan pemenang akan diumumkan pada 17 Februari 2012. Maklumat lanjut pertandingan tersebut boleh didapati di laman web Pelabur Malaysia di www.min.com.my dan di facebook SIDC di www.facebook.com/BMWSIDC.

7 To blog or not to blog.

Salam. Sebaris ayat, dua baris, sepatah... *tekan butang delete* Blur. Kosong. Taip lagi... Cuba hubungkan apa jua perkataan yang bagus dan baik untuk sebuah entri. Tapi, tekan delete semula. *tekan backspace* tekan tak nak stop.Tekan lama-lama sebab rasa otak dan idea tak selari. Kucar kacir.


Kalau dah lama sangat tak update entri. Momentum tu dah hilang. Kelaut. Jauh tersasar. Cuba dapatkan semula, tapi sudah pasti ambil masa. Doakan momentum blogging saya kembali. Kembali untuk memeriahkan lagi industri blog negara. 

Doakan juga ayah saya sehat sejahtera... Ayah saya admitted di hospital... Doa anda saya butuhkan. :)

5 Selamat tinggal 19 tahun. Alhamdulillah 20 tahun.

Salam semua. Lama tak update entri. Last 2 entri form the gegirl. tu kira invited writers kat blog aku ni. Ye la, since hujung Ramadhan, sampailah dah nak habis Syawal ni baru aku muncul. Ni pun curi-curi masa update selepas siap assignment jam 4.05 pagi. So, rasanya tak lambat nak ucap salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Maaf kan salah silap. Terkasar bahasa, gurau tak kena tempat dan sebagainya. 


Oh ye, masa entri ni dipublish, alhamdulillah. Umur 19 selamat bertukar 20 tahun. Perjalanan hidup yang tak seberapa ni mencecah angka 20. Syukur pada Allah sebab bagi peluang nak rasa umur 20 tahun hidup dimuka bumi. Masih gigih teruskan hidup dan mengembara atas dunia ni. 

Alhamdulillah juga, 20 tahun yang singkat ni dah banyak pengalaman pahit manis, pedih jerih, gembira senyum aku lalui. Berkawan, bermusuh, tak bertegur dan banyak lagi InsyaAllah mematangkan aku dari hari ke hari. Pengalaman hidup ni subjektif. Warna warni. Terima kasih untuk semua itu kawan, teman, sahabat, keluarga, manusia sekeliling.

Wish list birthday, rasanya tak perlu, cukup aku dah tweet hari tu. Tapi aku teringin benar nak tengok final tennis ATP Malaysia. :) ya Allah, makbulkanlah permintaan aku ni. ;)

p/s : saya bukan lagi budak belasan tahun! im 20 sistah brotah! :)

3 Singgah raya di belog si cepit.

Assalamualaikum semua! Haa jawab cepat, tak jawab nanti doce. Hikhikhik v(^.^)v

Fuhh fuhh banyak nau habuk kat blog si cepit ni. *Cekak pinggang, pegang bulu ayam*

Ekceli si cepit sekarang bizi. Bizi ape? Macam-macam dia bizi. Bizi beraye, bizi kutip duit raye dan yang paling penting die bizi study kat UiTM di hatiku. Almaklumlah, sem baru kan dah mula untuk bebudak degree, tu yang die bizi sikit tuh. So sempena masih lagi mood aidilfitri yang mulia ni, maapkan lah die okeh.

Haa mesti uolls tertanya-tanya kite sape kan? Kite ni bukanlah sesape ekceli. Kite on lappy, tetibe ada dekat homepage blogger. Orang kate peluang keemasan ni boleh dapat sekali-sekala je, ape lagi kite pun curik la peluang keemasan ni untuk curik-curik update blog si cepit ni. ( Itupun kalau pecaye la =P )

Okeh la uolls kite takleh lelama sangat ni kang kantoi dengan si cepit habis kite kene marah dengan die. Kang kalau die marah, kite tak dapat duit ghaye. Sobsobsob.

Eh jap jap dah alang² update ni kan kite nak bagitau tak lama lagi kite nak final dah, doa-doakan lah kite dapat DL and pandai macam abang cepit taw. Dah alang² doa kan kite tu doakan lah abang cepit sekali ye. Hikhik.

P/S : Maapkan kite sebab datang tanpa diundang dan TERbuat macam belog sendiri pulak. Nanti kalau ada peluang keemasan, kite datang lagi lepastu kite cecuri update okeh. Byebyeeee! ^.^


By, 
The Gegirl ( ​^.^ʃƪ)

5 Wordless Wednesday. #4

sitelink kah???


alhamdulillah.

4 Kasih Sayang Pengikat Hati

Salam semua. Kali ni aku nak berkongsi sikit entri personal dengan semua. Dah lama rasanya aku tak berkongsi entri peribadi. Entri yang aku betul ada sepenuh hati untuk tulis. Maksudnya, aku menulis dengan otak dan fikiran serta perasaaan aku layankan dalam penulisan. Lama dah. 

*****************************************
sumber : google images

Kalau nak di bicarakan soal kasih sayang, semua layak nak bagi pendapat masing-masing. Cuma perbezaannya, sama ada kasih sayang tu dari seorang ayah ibu, rakan-rakan, teman dan kekasih. Berbeza. Rasa yang sama, situasi berbeza. Pernah terlintas ayat "menumpang kasih, meminjam sayang" ? Aku begitu sekarang ni. 

Akhir-akhir ni aku rasa agak tenteram. Tenang. Sebab ramai yang baik hati meminjamkan perhatian. Betul cakap seorang teman, "hakim, orang tak sudi buat apa nak terhegeh-hegeh. Pergi pada yang menanti, yang sudi" Kalau korang merasakan yang meminjam kasih tu memalukan, ahh, sampai bila bahagia nak ada. Selagi kasih sayang mampu ikat hati tak merintih lagi, selagi ada orang sudi, pergilah. 

*********************************
Kenal sehari dua, dah boleh sayang. Perasaan kan. Mana boleh tipu-tipu. Kalau sayang, cakap sayang. Jangan ego sangat. Jangan keras kepala tak nak mengaku, lepas tu diri sendiri merana sunyi. Rasa tersisih. Ah, manusia, suka nak perhatian. Suka nak disayangi. Kalau sayang tu berbeza pun, selagi membahagiakan. Aku akui, aku tak pernah nak tolak. Terima, agar itu jalan bahagia yang aku cari.

p/s : kiasan adakalanya lebih bagus daripada berterangan.


4 Senaman Abs Paling Mudah | Brandon Carter

Salam semua. Hari ni aku nak kongsikan sikit beberapa video youtube senaman abs yang senang dan mudah. Boleh buat kat rumah je. Tak perlu susah payah nak ke gym. Jimat duit dan jimat masa. Ye la, since cuti semester ni, aku rajin pulak nak jaga badan ni. Bukan bermakna dulu badan aku gebu, cuma nak kasi fit. Baru boleh jalan-jalan tepi pantai pakai beach pants je. Hahahahaha. So, layan lah video bawah ni. Senang je.

ni dia Brandon Carter.






Cukuplah dulu aku kongsikan. Korang boleh try semua exercise ni kat rumah je. Tak yah nak bayar duit gym ke, habiskan masa berjam-jam kat gym. Semua exercise ni simple je. Ingat, kalau dah tak larat tu, jangan memaksa diri. Takut nanti muscle torn. Mula-mula buat memang agak susah. Malam tu, terasa gila sakit kat abs terutamanya. Jangan risau, sebab muscle kita agak terkejut dengan aktiviti yang jarang dilakukan.

Jangan putus asa. Kena keep exercise ni jadikan rutin harian waktu petang. Tipulah kalau ada lelaki kat luar sana tak nak badan cantik. Maksud cantik aku tu fit. Bukan yang macam orang bina badan, itu, aku sendiri pun seram nak tengok badan sendiri. Hahahahaha. Kasi fit sikit, nampak abs, chest tebal dah la. Ye dak? Selamat mencuba. 

7 Wordless Wednesday #3

Wordless Wednesday #3


#innity, come to papa!!!!

0 Wordless Wednesday #2

#rindu tempat ni! orang, suasana dan jalinan persahabatan tu.

p/s : teka dimana ini!

4 1 Tahun 1 Bulan dan 1 hari.

Salam semua. Hari ni alhamdulillah. Puasa macam biasa. Cuma pagi tadi liat sikit nak bangun sahur. Lepas sahur pulak layan twitter sebelum solat suboh. Syukur hari ni diberi peluang dan kesempatan lagi untuk berpuasa. Tak tahulah ini Ramadhan Terakhir atau tidak. Ye la, manusia. Kita merancang, Allah tentukan.


satu ketika dulu.

Hari ni nombor ada bagus! 1 Tahun, 1 Bulan dan 1 Hari! Genap domain hakimfaridzul.com ni. So far, aku bangga jugak dengan usaha aku untuk capai apa yang aku cuba target. Earnings, alhamdulillah. Ada juga walaupun tak lah sejutawan mana. Achievement peribadi pun ada yang aku dah dapat. Syukur.  Yang penting, aku dah banyak kawan online. Yang betul-betul punya! Bukan setakat like status facebook sahaja. Cuma kesempatan bertemu belum ada. InsyaAllah, satu hari nanti. 


p/s : hidup kena ada motivasi dan target, baru kita boleh kedepan.

16 Google Page Rank 4 untuk hakimfaridzul.com

Salam semua. Aku tak tahu lah kepercayaan kepada Page Rank (PR) masih boleh dianggap releven atau tak. Ada sesetengah blogger dah tak pandang PR. Dan ada juga yang masih bekerja keras menaikkan PR blog mereka dan tak kurang juga yang sedang berusaha maintain PR mereka. Nak cerita banyak pasal PR ni pun, ilmu aku sikit-sikit je. Sekadar faham apa fungsinya. Apa benda PR tu mungkin dah cukup bagi aku. Aku ada ambil beberapa penerangan dari blogger yang mahir tentang PR ni. Boleh baca sikit apa penerangan mereka.


Dari ariffshah :



Dari KulanzSalleh :


Dari Blog Aduka


Alhamdulillah. Hari ni aku merasa jugak PR4 ni. Pertama kali dalam sejarah. Nak cakap bangga, tak jugak. Lebih kepada kepuasan diri sendiri. Blogger ni, dia orang tunjuk trafik, alexa ranking, earnings dan sebagainya.. Bukan berniat nak menunjuk. Tapi bagi aku, lebih kepada pencapaian peribadi dan motivasi diri untuk lebih berjaya dalam blog arena ni. Kepuasan diri lebih penting daripada cakap-cakap orang. Kalau korang cakap "kalau kepuasan diri, diam-diam, tahu sendiri dah la"... Aku tanya balik, kemana lagi kalau tak di blog sendiri kita tunjukkan pencapaian kita? Mungkin ada yang jadikan perkara itu sebagai suntikan semangat! Bukan berfikir negatif semata.


Pencapaian sendiri untuk aku. Walaupun aku tau dalam beberapa hari lagi status PR4 ni akan hilang, aku tetap berpuas hati sebab atleast, aku dah pernah jejak kaki ke PR4. Alhamdulillah. Kawan baik aku fakrulroslan pun jejak kaki ke PR4 sama-sama dengan aku. Syabas fakrul! Bawah ni, aku tunjuk sikit pyramid PR. Tahap anda dimana. Teruskan berblogging..Puaskan hati sendiri. :)



1 Selamat Jalan Johor Bahru! :)

Salam semua. Ini entri sebelum saya meninggalkan bumi Johor Darul Takzim! Semasa entri ni di publish, aku dah pun dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menaiki keretapi seorang diri setelah menentap di Johor Bahru lebih 2 minggu. Teruja sangat sebab 1st time travel naik keretapi! Sesiapa yang add aku di Facebook atau follow aku di Twitter tau apa aku buat sepanjang 2 minggu 2 hari ni! 

2 minggu 2 hari ni lah aku bersyukur sebab aku dipertemukan dengan mereka! Mereka yang aku dah anggap macam keluarga sendiri. Keluarga yang aku perlu ambil berat, jaga, perhati dan sayangi. Kalau mereka ini boleh menerima aku seperti darah daging mereka, kenapa aku perlu menidakkan. Aku bersyukur sangat-sangat. Syukur yang aku hanya mampu panjatkan pada Nya, tak mampu aku nak gambarkan disini!

Mereka ini : 











Dan paling utama yang ini! :

 one family

ayah :)

 ibu :)

 ajin :)

 adik :)

 johan :)

kak fara :)

Tak putus aku ucap alhamdulillah sebab aku berjumpa dengan 6 insan istimewa ini. Tak pernah aku dianggap orang luar. Tak pernah aku diletak tepi. Aku selesa dengan mereka. Besar harapan aku agar hubungan aku dengan mereka-mereka ini takkan pernah putus sampai bila-bila. Insyaallah ada masa, aku datang lagi sini. Memang lah JB dan Selangor tu tak jauh mana, tapi masa selalu mengganggu kunjungan aku. 

Betul cakap seseorang pada aku, "mungkin kau hilang kebahagiaan yang ini, tapi satu hari nanti kau akan jumpa satu kebahagiaan lain." Mungkin ini kebahagiaan aku yang hilang.. Atau ada sesuatu yang lebih besar di luar sana. Jika ini yang dimaksudkan, besar doa aku panjatkan agar ia berkekalan. Jika seseorang membenci kamu, lebih ramai yang akan sayang pada kamu  kelak.

Bahagia itu ada, carilah selagi mampu! Terokalah selagi punya kudrat. Tak hari ini, esok, tak esok, lusa... Suatu hari akan kunjung tiba! Sampai sini sahaja. Esok lusa aku up lagi cerita JB! :) Doakan selamat sampai rumah ye! Wasalam!

9 Belajar erti menghargai, erti budi dan erti kawan sejati.

Salam semua. Cuba pejamkan mata dan berfikir sejenak, adakah tahap menghargai yang pernah anda pamerkan selama anda hidup ni betul-betul buat seseorang terasa dihargai? Pernah atau tidak? Aku hidup 19 tahun lebih ni, dan dalam hidup aku selama ni aku dah rasa diri aku dihargai sewajarnya dan diri aku diletak tepi! Di tolak sana sini. Dibiar tanpa erti. Aku pernah kecewa juga disebabkan cara aku tidak dihargai. Aku kecewa sebab aku memang sewajarnya dihargai. Sebab aku rasa memang aku punya hubungan dengan dia. Tapi kenapa aku dibuang. Cuma, perit kalau aku nak catat satu persatu dalam ni. Kalau nak explain panjang pasal erti menghargai, aku tak tau nak sebut macam mana. Cuma kehidupan seharian inilah yang akan beri korang rasa apa itu hargai, menghargai, dan dihargai!

******************************************************************

Memang betul istilah "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Tapi, selama mana kau nak sentiasa menjadi orang yang menerima budi, dan orang yang sentiasa merasa? Cuba buat perubahan. Cuba biarkan konsep "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ni, sentiasa berlaku selang seli dalam kehidupan kita. Bagi aku, kalau korang nak kenal apa itu erti budi, dan rasa adakah budi anda itu dihargai, cuba-cubalah menabur budi kat orang lain. Lepas tu, korang lihat dan nilai. Kalau budi korang tu tak dihargai, jangan cepat melatah, cuba kembali pada diri sendiri, adakah anda begitu juga. Fikir.

****************************************************************
Seriusly, bukan main-main, minggu lepas dan minggu ni cukuplah aku nak stress-stress sebab kawan. Letih. Penat. Ingat, jangan lari dari masalah, tapi cuba belajar untuk menyelesaikannya. Pengalaman akan mematangkan kita. Pengalaman itu yang paling berharga. Tak pe kalau lambat nak selesaikan masalah tu, janji korang tak lari. Sebab sejauh mana korang lari, sejauh itu jugalah korang akan ditinggalkan oleh rakan-rakan. Sejauh itu jugalah korang takkan tahu erti nak selesaikan masalah. Betul cakap kawan aku, selepas ibu bapa, rakan-rakan adalah seterusnya yang rapat dengan kita. Jujurnya, memang banyak masa dihabiskan dengan rakan-rakan. Aku bersyukur sebab aku percaya yang aku punya kawan sejati. Dan aku anggap mereka begitu juga. Terutamanya, RSC (quru, haziq, ghazi, pjol, fiq, mak, qila, ama, pan, yana dan nor), ayie, epul, bing chang, pei ler, syafiq, fariz, amin, faiz, faliq, muna, ira, adah, fazilah, fatah, akim, farid. Mereka ni buat aku percaya yang kawan sejati masih ada dan ya, aku bangga aku ada mereka.

Kawan yang baik ialah
  • kawan yang selalu menegur silap anda. 
  • yang selalu perasan akan perubahan diri anda. 
  • yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
  • yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya.
  • yang tahu erti gurau, lawak, serius.
  • yang faham hanya dengan kerlingan mata korang.
  • yang hidupnya, percaya korang.
  • yang dirinya tegak untuk korang.
  • yang jiwanya seirama dengan korang.
Kalau ada yang cakap sekarang ni dah tak de kawan sejati, aku rasa korang perlukan latihan intensif mendalami erti kawan, sahabat dengan lebih gigih. Belajar melihat sekeliling dengan hati. Celik mata tak semestinya celik hati! :)

7 Aku harap kau mengerti maksud semua ini.

Shah Alam, Malaysia - Sydney, Australia

Sejak 2 minggu belakangan ni memang aku tak tau kenapa aku punya rasa rindu. Berat rindu tu. Rindu yang buat aku selalu terjaga dan terkenang, kalaulah masa boleh diputar. Soal rindu aku memang cukup sensitif. Mesti ada sesuatu kalau aku betul-betul rindu. 

***********************************************
Langit gelap. Suram. Macam tu juga apa yang aku rasa petang lembab ni. Lemah. Tak bermaya langsung. Ku tahan air yang bergenang. Luruh juga titik demi titik asbab, aku memang rindukan kau. Asbab aku pernah janji kat diri, yang aku akan hantar kau fly nanti! Asbab aku rasa kau istimewa walaupun ucap kata tak pernah ada. Asbab aku memang betul-betul rindukan kau. Percayalah!

Memang lepas kita tamat zaman persekolahan aku jarang nak bertegur sapa, bersua muka dengan kau. Sebab aku punya niat untuk tahan hati dari terus biar sayang itu hanyut. Sebab kita punya beza. Beza yang aku dan kau boleh fikir memang kita takkan sama. Beza sampai aku rasa memang itu punca penghalang. Beza yang buat aku makin jauh. Jauh untuk terus tak simpan rasa itu.

Aku dah jangka benda ni beberapa hari lalu. Tapi aku diam. Baru hari ni tergerak hati nak post wall kat facebook. Baru hari ni tergerak hati nak tanya khabar. Kenapalah aku lambat. Lambat sampai aku rasa menyesal. Menyesal sangat. Mungkin kau boleh cakap yang kau saja tak nak bagi tau kau pergi sebab kau tak suka farewell dan say bye-bye. Tapi aku suka. Aku nak. Aku nak untuk kau. Sebab jauh dalam hati aku, kau masih istimewa. Istimewa macam dulu.


Reply post kat wall memang buat aku rasa sedih yang amat. Sedih sampai aku tertunduk kejap. Sedih sampai aku tak tau dah nak cakap apa. Sedih. Dan kalau kau punya sedih yang sama. Aku bersyukur. Kalaulah...

Setahun sekali kau balik pun belum tentu aku jumpa kau. Aku berharap aku akan punya kudrat untuk terbang kesana nanti! Tunggu aku datang ye.

Untuk kau, selamat disana. Selamat semuanya. Belajar sungguh-sungguh. Aku tahu, kau akan berjaya. Kau hebat! Kau kecil dan kau hebat! Itu kau! Aku tak boleh nak tulis panjang disini asbab akan ada yang bertanya itu ini nanti. Cukup aku karangkan sedikit rasa hati. Jujurnya aku terkilan. Tapi dah itu keputusan kau kesana tanpa kata. Aku akur. Sebab itu aku kata, kalaulah masa boleh dipatah balik. Aku janji aku yang pertama di balai pelepasan!

-ia tetap sama meskipun waktu dan ketika berbeza dan berubah-percayala-


4 Kerana itu aku masih mampu untuk rasa bahagia walaupun kadang-kadang duduk dalam derita.

Salam semua. Sedia maklum, yang blog aku ni bukan hanya blog info atau gosip artis berbikini mahupun blog SEO semata. Aku pernah cakap yang blog ni juga merupakan blog personal dimana tak satu, dua atau tiga mesti akan ada enti personal untuk aku catat dan terjemah.

******************************************************************


Aku rasa yang minggu sebelum ni dan minggu-minggu akan datang takkan sama dah. Totally change. Betul cakap orang keliling, sampai bila kau nak macam tu. Sampai bila kau perlu tunggu andai itu yang pasti kau tak mampu miliki. Mungkin entri ni ada banyak ayat bunga-bunga. Maklumla, aku gemar dengan penulisan novel. Kira, aku pun sebenarnya sudah punya beberapa helaian catatan yang aku rasa seakan novel. Asbab, penuh drama dan babak yang aku sendiri tak pernah jangka, dunia realitis sudah jadi saksi untuk semua itu.


Kata orang, kita hidup ni kena betul-betul merancang, tapi bukan ke kalau kita membiarkan kehidupan ini terjadi dengan sendirinya lebih mengujakan. Maksud aku dari segi keadaan kehidupan itu berlaku. Benda-benda yang kita tak jangka. Bukan itu yang lebih bererti dan indah? Aku akui, aku terlalu merancang kehidupan ni. Sampai satu tahap, aku tak mampu dah nak rancang. Cuma kini aku ikut je aliran yg entah kemana bawa aku ke akhirnya nanti.

Dalam diam, aku bukan tak peduli dengan sekeliling. Cuma barangkali, aku lebih suka memerhati. Sebab aku memerhati bukan memerhati kosong. Sebab kalau aku tak memerhati, ayat aku laju je meluncur sampai nanti ada hati yang mati. Baik aku diam, beri ekspresi dan bereksperimentasi! Nice kan? Sudah la, aku penat dengan kehidupan akhir-akhir ni. Banyak sangat benda-benda mengujakan berlaku depan mata sampai aku terkebil tak terkata! Layu tak bersuara...

p/s : barangkali asbab aku terlalu sunyi belakangan ini. :)

6 Blog cepit berwajah baru, apa komen anda?

Salam semua. So, sempena tahun baru ni, blog aku yang dah usang ni pun nak tukar wajah baru gak. Blog cepit yang dahulunya berwarna hijau kini mungkin lebih kemas dan teratur dengan warna kelabu dan pink!


So, kini blog ni bermuka baru seperti yang korang nampak tadi! Terima kasih untuk Arkim (www.otakworks.net) kerana membantu banyak dalam urusan perpindahan wajah baru ni! So, harap dengan wajah baru ni, aku punya semangat yang lebih untuk berblog pada tahun 2011 ni!



9 Kurang entri, aku tak menghilang lagi.

Salam semua. Ramai jugak sahabat dan readers yang tertanya-tanya aku kemana? Menghilang? Ada masalah ke sampai tak update blog? Kenapa senyap je cuti ni? Kenapa jarang online facebook. Kenapa itu. Kenapa ini. Terima kasih sebab concern. Lately ni, aku malas nak update blog sebab aku tengah memikirkan untuk buat niche blog. Mungkin 1, 2 atau 3 niche sahaja. Aku baca post-post Ariffshah dulu. Dia ada cakap apa bagusnya buat blog yang ada satu atau 2 atau 3 tema penceritaan yang utama.


Kan bagus. Boleh fokus betul-betul kat area penulisan sebegitu rupa. Tak perlu nak kecamukkan idea dan blog. Sebab readers pening nanti. Itu pendapat aku. Cuti kali ni memang aku diam sikit. Diam dari dunia online. Lebih banyak memerhati orang sekeliling di internet. Membaca, memerhati dan memahami. 

Cuti kali ni jugak aku lebih manfaatkan untuk memahami blog. Banyak e-book tentang blog, niche, script, xhtml dan banyak la. Susah nak faham sebab aku berdiskusi sendiri. Tak de teman yang betul-betul minat blog. :( So, aku cuba absorb apa yang aku boleh faham. So far aku dah boleh betul-betul explain dan faham basic blogging. Semua dah dalam tangan. Alhamdulillah. 

Aku nak try buat template betul-betul aku buat sendiri. Bukan ambil yang sedia ada dan renovate. Nak master benda-benda macam ni. Baru senang. Tak perlu nak mengharap kat orang lain untuk membantu sebab kadang-kadang, orang akan naik menyampah kalau kita selalu minta pertolongan. Usaha kena ada.


So, aku tak rajin update blog bukan sebab ada yang ganggu atau ada yang membuatkan aku untuk kurangkan entri. tapi lebih kepada aku tumpukan pada pembelajaran dan pemaham tentang blog. :) Nak jugak jadi master!

p/s : mudah-mudahan semua yang aku belajar dan faham ni betul dan berguna untuk aku dan korang semua!

15 Jeritan batin akhirnya kedengaran.

Salam. Ni sambungan entri dibawah pasal urut mengurut. So, aku tak tau nak teruskan atau tak cerita ni sebab aku macam seram-seram. Malam tadi adalah pengalaman yang menakjubkan! Merasa macam mana urat kat kaki, lengan, kepala, celah sana sini ditekan dan dibetulkan. Nak cakap tukang urut, ya! Nak cakap tukang urat, teeeetttt, macam pelik je bunyinya! Nak kata dukun, tak de pulak dia punya asap kemenyan ke, limau nipis atau kain-kain kuning!


So, jeritan batin aku malam tadi memang superb! Hahahaha. Gila sakit kau! Before turn aku malam tu, ada sorang laki ni umur dalam 26 ke 30 macam tu la. Mak aih, pinggang dia sakit, then pakcik tu gi cari urat dia, tekan sana, tekan sini. Brother tu punya meraung, lagi la! Macam orang nak bersalin kau tau! Tapi siap gelak-gelak! Maaf, tak de gambar nak dipaparkan sebab aku rasa semacam je.


AKu puya turn pulak. Mula-mula aku biasa je. Sakit-sakit macam biasa. Then sampai klimakas aku rasa, punya la high pitch aku lontar! Ambik kau! Keluar suara jantan weyh! Terkedu mak cik aku! So, kesimpulannya, urut semalam memang agak seram, sakit dan luar biasa! Tak urut pun actly, just dia tekan sana sikit, sini sikit.

p/s : pak cik ni famous, ramai orang kenal dia tau! Dia boleh ubat kanser, sakit misteri da dan pak cik ni buat keris jugak!

1 Walaupun mereka bukan berkongsi derita yang serupa

Ok, ini memang kes nak lepaskan tension! Sangat! Kepayahan membaca nota hitam putih kotak kecik-kecik tulisan rapat-rapat! buku Contract, Tort dan Criminal Law! Lemah badan aku! Mata pun dah stok juling-juling air! Penat! Banyak kena telaah sampai aku rasa aku nak give up dan cakap kat diri sendiri esok tolong la lulus! Itu dah cukup bagi aku! Memang betul, kaki aku ni tak layak nak jejak fakulti undang-undang untuk degree nanti sebab foundation pun aku dah tak tahan.

Lusa dah menjengah usia aku ke-19! Aku bingung. Terfikir, apa yang aku pernah buktikan sepanjang 19 tahun hidup ni. Apa yang aku korbankan untuk hidup. Apa yang aku rasa. Aku akui, memang hidup aku rahsia. Tanyalah, sesiapa yang rapat dengan aku pun tak pernah tahu apa hidup dan perjalanan usia 19 tahun aku ni. Kalau tahu pun, simple dan permukaan sahaja. Mungkin QM tahu dasar dan isinya. Kepayahan dan kesakitan yang aku rasa kadang-kadang aku dah tak mampu tanggung untuk seterusnya.

Tapi tu la, Allah sayang. Dia bagi pinjam lagi nyawa ni untuk rasa umur 19 tahun! Untuk rasa adanya kawan dan sahabat yang perlu aku ingat dan hargai! Sahabat dan rakan yang selalu ada dengan aku walaupun mereka bukan berkongsi cerita yang sama. Walaupun mereka bukan berkongsi derita yang serupa. Janji mereka sentiasa ada, itu dah cukup buat aku hargai mereka setinggi-tinggi alam! Cukup buat aku ingat mereka sampai akhirnya.

p/s : maaf, tiada ilmu didalam entri ini, emosi dan keadaan menguasai diri. kalaulah...

11 1000 Unique Visitor Sehari. Impian terlaksana!

Whoa! Salam semua. Mula-mula aku nak berterima kasih pada semua. Ya. Pada anda yang sudi membaca blog picisan ini. Hakikatnya, blog ini takkan berkembang dan maju tanpa anda! Terima kasih diucapkan untuk pengalaman yang bermakna semalam. Terima kasih banyak-banyak untuk 1006 Unique Visitor sehari. Sesungguhnya impian untuk dapatkan UV beribu sehari sudah terlaksana! Amin! Usaha gigih pasti membuahkan hasil! 

Sekali lagi,  entri ini sama saja seperti mana blogger berpengalaman lakukan. Ianya hanyalah sebagai satu catatan sejarah, kenangan, motivasi diri atau lebih kepada perkongsian kerana mereka nak orang lain maju bersama-sama. Bukan sekadar mereka sendiri. Tapi, blogosphere tak pernah lari dari kutukan, hinaan dan juga mungkin kritikan dari orang lain yang suka memandang kejayaan seseorang itu sebagai satu perkara yang jahat. Come on lah, kau berusaha lebih, kau lah yang dapat pulangannya! Betul?


Syukur jugak sebab 3 minggu kebelakangan ini. Traffik stabil dan menunjukkan peningkatan. Pageview pula apa kurangnya, tengok je la di atas, alhamdulillah~ Carian dari google memang sangat membantu! Nyata kalau anda tahu bermain dengan keywords. Seriusly, korang akan mampu mengekalkan traffik walaupun update sekali seperti aku semalam. Sigh... Laptop rosak, terpaksa guna kawan punya. Theeee. Baru semangat blogger ni bro! Hahahaha. Now, laptop dan format. Clear! Bersih dan wangi! Boleh la blogging secara tegar! Hahahaha. 

Yang penting jati diri dan semangat tu perlu ada. Gigih berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Cuba yang terbaik. Pedulikan orang nak kata korang tu blogger tegar ke, blogger picisan ke, blogger sampah ke. Asalkan tujuan korang baik, murni dan korang memang punya cita-cita untuk maju seperti yang laib. Semuanya mampu! Ingat, diri sendiri tu perlu gigih berusaha. Explore dunia blog ni. Kalau korang tak nak tolong diri sendiri. Siapa lagi nak tolong~ 

***** sekali lagi terima kasih untuk UV 1006 dan PV 2981 ***** 

p/s : terima kasih untuk kenangan terindah ini! Alhamdulillah... Semua yang aku buat tak sia-sia sebenarnya~  [ketahuilah aku memang gembira sangat-sangat]

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets