Showing posts with label trafik. Show all posts
Showing posts with label trafik. Show all posts

7 Wordless Wednesday #3

Wordless Wednesday #3


#innity, come to papa!!!!

11 1000 Unique Visitor Sehari. Impian terlaksana!

Whoa! Salam semua. Mula-mula aku nak berterima kasih pada semua. Ya. Pada anda yang sudi membaca blog picisan ini. Hakikatnya, blog ini takkan berkembang dan maju tanpa anda! Terima kasih diucapkan untuk pengalaman yang bermakna semalam. Terima kasih banyak-banyak untuk 1006 Unique Visitor sehari. Sesungguhnya impian untuk dapatkan UV beribu sehari sudah terlaksana! Amin! Usaha gigih pasti membuahkan hasil! 

Sekali lagi,  entri ini sama saja seperti mana blogger berpengalaman lakukan. Ianya hanyalah sebagai satu catatan sejarah, kenangan, motivasi diri atau lebih kepada perkongsian kerana mereka nak orang lain maju bersama-sama. Bukan sekadar mereka sendiri. Tapi, blogosphere tak pernah lari dari kutukan, hinaan dan juga mungkin kritikan dari orang lain yang suka memandang kejayaan seseorang itu sebagai satu perkara yang jahat. Come on lah, kau berusaha lebih, kau lah yang dapat pulangannya! Betul?


Syukur jugak sebab 3 minggu kebelakangan ini. Traffik stabil dan menunjukkan peningkatan. Pageview pula apa kurangnya, tengok je la di atas, alhamdulillah~ Carian dari google memang sangat membantu! Nyata kalau anda tahu bermain dengan keywords. Seriusly, korang akan mampu mengekalkan traffik walaupun update sekali seperti aku semalam. Sigh... Laptop rosak, terpaksa guna kawan punya. Theeee. Baru semangat blogger ni bro! Hahahaha. Now, laptop dan format. Clear! Bersih dan wangi! Boleh la blogging secara tegar! Hahahaha. 

Yang penting jati diri dan semangat tu perlu ada. Gigih berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Cuba yang terbaik. Pedulikan orang nak kata korang tu blogger tegar ke, blogger picisan ke, blogger sampah ke. Asalkan tujuan korang baik, murni dan korang memang punya cita-cita untuk maju seperti yang laib. Semuanya mampu! Ingat, diri sendiri tu perlu gigih berusaha. Explore dunia blog ni. Kalau korang tak nak tolong diri sendiri. Siapa lagi nak tolong~ 

***** sekali lagi terima kasih untuk UV 1006 dan PV 2981 ***** 

p/s : terima kasih untuk kenangan terindah ini! Alhamdulillah... Semua yang aku buat tak sia-sia sebenarnya~  [ketahuilah aku memang gembira sangat-sangat]

22 3000 Unique Visitor Sehari? Memang melampau!

Whoa. Salam semua! Tajuk memang tak boleh blah kan? Itu impian aku sekarang ni! Hakikatnya, itu adalah UV untuk seminggu. huhuhu. Blog ciput macam ni nak UV macam tu? Kau gila apa? Lain lah macam RedmummyAriffshah, Hamis Jalikha, Eyriqazz, Dahlia Journal, Kak Yan ke, Kak jie ke... Boleh la jugak! Kalaulah UV aku sehari 3 ribu, aku pun pengsan weyh! Hahahaha. Amin, semoga impian menjadi kenyataan!

Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat korang semua yang selalu singgah kat blog hakimfaridzul [dot] com ni. Perkongsian kali ini adalah sebagai satu entri motivasi untuk aku meningkatkan lagi kualiti dan juga kuantiti blog ni. Tak kisah la kuantiti tu traffik, followers dan macam-macam lagi! Kualiti pun perlu ditingkatkan juga!

Jadi, aku ambil semua statistik ni dari Nuffnang. Nak ambil dari google analytics pun boleh, tapi itu untuk performance bulanan kot. Sekali lagi, ini untuk kenangan dan motivasi diri sendiri! Alhamdulillah aku dapat maintain traffik lately.

1- Analytics seminggu dari Nuffnang ialah - 3016 [Unique Visitor] &5738 [Page views ]

* analytics dari Google analytics ialah - 2591 [Unique Visitor] & 4885 [page views]


2 - Referrel terbaik ialah dari Dahlia Journal [ 457 ]

kuasa backlink yang hebat dari DahliaJournal

3- Keyword yang pelbagai dan menarik!

stock keyword kuih raya je kan?tak rugi mencuba!

4 - Top page dan bounce rate!

bounce rate gila tinggi. ni yang kena usaha lebih!

5. Traffik source ada peningkatan!

Ariffshah cakap, bagus kalau kita boleh dapatkan traffik dari search engine lebih dari 50 % dari traffik kita!

Dah la. Aku rasa cukup setakat ini sahaja. Aku bukanlah blogger hebat yang boleh mempersembahkan traffik berjuta seminggu atau berpuluh seminggu. Tapi ini pun dah cukup untuk aku setakat ini. Berblogging ni, kita kena sabar, kutip seberapa banyak ilmu dah apply kat blog kita sedikit demi sedikit. Nescaya, nanti korang dapat tengok hasilnya.

Ambil ilmu dari yang dah berpengalaman. Macam mana dia orang manage blog dia orang, content blog, entri, SEO, dan macam lagi! Bukan dengan cara jahat. Maksud aku, bukan dengan cara mengutu, menghina dan memaki. Pelik la manusia sekarang ni. Pasal blog je pun terus gaduh besar. Itu sahaja. Yang baik kita ambil, yang jahat, jauh-jauhkan la ye~

11 6 Buffered Earning Walaupun UV Sikit.

Whoa. Salam semua. Pagi-pagi lagi aku dah kelam kabut sebab assignment kena complaint habis-habisan dengan lecturer. Padahal time tu kat otak dah ada idea nak update entri. Kerja keras jugak tadi. Rushing siapkan cepat sebab aku kena study, petang ni ada test law. Dah siap, baru aku bukak blog dan check analytics. So far, alhamdulillah, ada peningkatan berbanding sebelumnya.

Rata-rata blog yang aku suka cerita tentang Nuffnang, Buffered Earning dan sewaktu dengannya. Tak dinafikan aku memang sedikit teruja. Kalau sebelum ni, aku pernah share tips dapatkan buffered ernings, ada yang apply? Macam mana? Dah dapat BE? Syukur, sekarang ni aku ada 6 Buffered Earning yang berjalan kat blog hakimfaridzul.com ni.


Nak tahu aku punya traffik? Tak lah sampai 5000+ atau 10, 000+ sehari. Cukup setakat ini dalam anggaran 300+ hingga 700+. Stabil. Aku dah boleh stabilkan traffik yang masuk blog ni dari hari ke hari dengan sedikit penggunaan SEO dan Keyword. Sila abaikan 2 hari awal tu sebab aku malas gila. hahahahaha. Aku dah berpuas hati kalau traffik aku boleh maintain atas 300 setiap hari. Sebab dulu atas 200 je~


Kalau sesiapa yang dapat buffered tu, maintain la traffik dan lipat ganda usaha untuk buat entri. Betul cakap Ben, kena rajin kalau dapat Buffered, rezeki tu, grab la cepat-cepat. Untie Ina pun pecah rekod semalam dengan UV lebih 2000+. Tahniah. Depends la, kalau korang betul-betul nakkan income buffered masyuk, kerja keras sikit. Tapi kalau korang hebat bermain dengan SEO, keywords dan sebagainya, gunakanlah. Ini peluangnya.

Aku ni tak hebat mana. Tapi aku belajar untuk berblogging dengan lebih bagus dari masa ke masa. Aku terjah blog-blog yang lebih berpengalaman untuk kutip ilmu blogging. Majoriti blog-blog ni ada dekat list "my ispiration" aku sebelah ni. Sebab, orang-orang yang dah berpengalaman ni selalu berkongsi ilmu mereka. Tak rugi berkongsi ilmu kan?

p/s : macam nak cash out, tapi takpelah, biarkan dulu, tak rugi apa pun. teruja kalau boleh cash out beribu-ribu kan? bila agaknya~

45 Trafik mencanak, thanx to Dahlia Journal!

Whoa. Salam semua. Actly cuma nak berkongsi perasaan gembira sahaja. Bukan nak menunjuk-nunjuk sebab aku juga blogger kecil-kecilan yang masih belajar apa itu erti blogging sebenarnya. Kalau korang ada masuk blog ni semalam. Korang akan perasan entri Video ribut di bazar Ramadhan Jasin Melaka pada waktu pagi sebelum beralih ke entri Resepi Biskut Semprit pada malam untuk autopublish!

ketika jam 9.30 malam

Trafik semalam adalah yang paling tinggi pernah aku dapat sepanjang blogging. Dengan pageviews mencecah 1000++ dan unique 700++. Gila excited weyh~! Bagi yang UV dan PV ribu-ribu tiap hari, just ignore je ke-excited-an aku ni! Ini semua sebab :


  1. Keyword - Video Ribut Melanda Bazar Ramadhan Jasin Melaka.
  2. Backlink dari Dahlia Journal yang menghala terus ke entri tersebut!
Terima kasih dekat carian google yang menempatkan aku untuk keyword tersebut dikedudukan pertama sebelum diambil alih pula oleh ceritaras dan blog1of4. Hahahaha. Gigih aku ping blog semalam semata-mata nak dapatkan tempat di carian google. Mungkin sebab pagerank aku yang zero! Maklumlah, baru tukar domain.

jam 9.30 malam

Secondly, aku jugak nak ucap terima kasih dekat cikgu dahlia sebab link entri aku kat entri dia tu. Terbaik la! Tak sangka dapat link sebab, masa aku publish entri tu, dia pun baru je publish. Aku rasa sebab time dia check kat carian google, dia nampak blog aku kot. Hahahaha. Terima kasih cikgu sebab bagi saya pengalaman rasa trafik banyak semalam!

walaupun Nuffnang cakap kat situ 186 je dari Dahlia Journal, aku rasa lebih dari itu!

Sekali lagi, thanx sangat-sangat kepada yang masuk blog ini untuk resepi-resepi biskut dan carian lain! Sememangnya bermain dengan KeyWord and SEO ni menjamin blog anda terus bernyawa walaupun tiada entri untuk hari tersebu dan seterusnya! Tak silap aku, hari ni pun still ada trafik dari DahliaJournal dan carian tentang entri video ribut tu! Terima kasih! Wasalam!

p/s : kenapa Alexa Rank aku tak berubah sejak minggu lepas ye? Something wrong ke blog aku ni? Help me please.

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets