Showing posts with label perfomance. Show all posts
Showing posts with label perfomance. Show all posts

11 1000 Unique Visitor Sehari. Impian terlaksana!

Whoa! Salam semua. Mula-mula aku nak berterima kasih pada semua. Ya. Pada anda yang sudi membaca blog picisan ini. Hakikatnya, blog ini takkan berkembang dan maju tanpa anda! Terima kasih diucapkan untuk pengalaman yang bermakna semalam. Terima kasih banyak-banyak untuk 1006 Unique Visitor sehari. Sesungguhnya impian untuk dapatkan UV beribu sehari sudah terlaksana! Amin! Usaha gigih pasti membuahkan hasil! 

Sekali lagi,  entri ini sama saja seperti mana blogger berpengalaman lakukan. Ianya hanyalah sebagai satu catatan sejarah, kenangan, motivasi diri atau lebih kepada perkongsian kerana mereka nak orang lain maju bersama-sama. Bukan sekadar mereka sendiri. Tapi, blogosphere tak pernah lari dari kutukan, hinaan dan juga mungkin kritikan dari orang lain yang suka memandang kejayaan seseorang itu sebagai satu perkara yang jahat. Come on lah, kau berusaha lebih, kau lah yang dapat pulangannya! Betul?


Syukur jugak sebab 3 minggu kebelakangan ini. Traffik stabil dan menunjukkan peningkatan. Pageview pula apa kurangnya, tengok je la di atas, alhamdulillah~ Carian dari google memang sangat membantu! Nyata kalau anda tahu bermain dengan keywords. Seriusly, korang akan mampu mengekalkan traffik walaupun update sekali seperti aku semalam. Sigh... Laptop rosak, terpaksa guna kawan punya. Theeee. Baru semangat blogger ni bro! Hahahaha. Now, laptop dan format. Clear! Bersih dan wangi! Boleh la blogging secara tegar! Hahahaha. 

Yang penting jati diri dan semangat tu perlu ada. Gigih berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Cuba yang terbaik. Pedulikan orang nak kata korang tu blogger tegar ke, blogger picisan ke, blogger sampah ke. Asalkan tujuan korang baik, murni dan korang memang punya cita-cita untuk maju seperti yang laib. Semuanya mampu! Ingat, diri sendiri tu perlu gigih berusaha. Explore dunia blog ni. Kalau korang tak nak tolong diri sendiri. Siapa lagi nak tolong~ 

***** sekali lagi terima kasih untuk UV 1006 dan PV 2981 ***** 

p/s : terima kasih untuk kenangan terindah ini! Alhamdulillah... Semua yang aku buat tak sia-sia sebenarnya~  [ketahuilah aku memang gembira sangat-sangat]

22 3000 Unique Visitor Sehari? Memang melampau!

Whoa. Salam semua! Tajuk memang tak boleh blah kan? Itu impian aku sekarang ni! Hakikatnya, itu adalah UV untuk seminggu. huhuhu. Blog ciput macam ni nak UV macam tu? Kau gila apa? Lain lah macam Redmummy, Ariffshah, Hamis Jalikha, Eyriqazz, Dahlia Journal, Kak Yan ke, Kak jie ke... Boleh la jugak! Kalaulah UV aku sehari 3 ribu, aku pun pengsan weyh! Hahahaha. Amin, semoga impian menjadi kenyataan!

Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat korang semua yang selalu singgah kat blog hakimfaridzul [dot] com ni. Perkongsian kali ini adalah sebagai satu entri motivasi untuk aku meningkatkan lagi kualiti dan juga kuantiti blog ni. Tak kisah la kuantiti tu traffik, followers dan macam-macam lagi! Kualiti pun perlu ditingkatkan juga!

Jadi, aku ambil semua statistik ni dari Nuffnang. Nak ambil dari google analytics pun boleh, tapi itu untuk performance bulanan kot. Sekali lagi, ini untuk kenangan dan motivasi diri sendiri! Alhamdulillah aku dapat maintain traffik lately.

1- Analytics seminggu dari Nuffnang ialah - 3016 [Unique Visitor] &5738 [Page views ]

* analytics dari Google analytics ialah - 2591 [Unique Visitor] & 4885 [page views]


2 - Referrel terbaik ialah dari Dahlia Journal [ 457 ]

kuasa backlink yang hebat dari DahliaJournal

3- Keyword yang pelbagai dan menarik!

stock keyword kuih raya je kan?tak rugi mencuba!

4 - Top page dan bounce rate!

bounce rate gila tinggi. ni yang kena usaha lebih!

5. Traffik source ada peningkatan!

Ariffshah cakap, bagus kalau kita boleh dapatkan traffik dari search engine lebih dari 50 % dari traffik kita!

Dah la. Aku rasa cukup setakat ini sahaja. Aku bukanlah blogger hebat yang boleh mempersembahkan traffik berjuta seminggu atau berpuluh seminggu. Tapi ini pun dah cukup untuk aku setakat ini. Berblogging ni, kita kena sabar, kutip seberapa banyak ilmu dah apply kat blog kita sedikit demi sedikit. Nescaya, nanti korang dapat tengok hasilnya.

Ambil ilmu dari yang dah berpengalaman. Macam mana dia orang manage blog dia orang, content blog, entri, SEO, dan macam lagi! Bukan dengan cara jahat. Maksud aku, bukan dengan cara mengutu, menghina dan memaki. Pelik la manusia sekarang ni. Pasal blog je pun terus gaduh besar. Itu sahaja. Yang baik kita ambil, yang jahat, jauh-jauhkan la ye~

0 Selamat datang ke dot com!

Whoa. Salam semua. Yup, hari ni hari yang penuh teruja sampai aku fokus sikit-sikit time kat kelas tadi. Hak3. Gembira bukan kepalang. Sampaikan sepatutnya aku umumkan pemenang esok dah jadi hari ni. Sorry guys. But then actly, memang aku nak awalkan tarikh tutup since aku sangat-sangat busy sekarang.

So, now, officially blog seciput ini sudah bertukar new domain! www.hakimfaridzul.com. Mungkin bagi orang lain, apa la sangat berdomain-domain ni kan? Orang lain yang lebih hebat pun tak berdomain. But then, macam aku cakap. Ini adalah pencapaian peribadi yang perlu aku bangga dan simpan sebagai memory! Aku gembira sangat.


Since aku dah letakkan target kalau followers aku mencecah 400 dan ranking alexa aku bawah 1 juta, aku akan tukar ke domain. Ye, aku bertukar! Kita slow-slow dulu, mula-mula domain, then Wordpress and then self hosted. Insyaallah~ Doakan la rezeki dan keupayaan aku dalam berblogging ni berpanjangan. Terima kasih semua.

Terima kasih pada cikhel sebab tolong guide time tukar domain ni tadi. Lepas tu, tak lupa juga pada kak tash yang sibuk gelak-gelakkan sebab tadi blog ni tak leh direct dengan domain baru. Geram ada, kelakar pun ada. Hak3. Thanx jugak sebab ramai yang support aku. Sayang lebih la~ Hak3.



Ye, ini satu lagi anjakan untuk aku dalam blogging. Semoga aku terus cemerlang dan boleh berdiri setanding dengan yang lain. Nak jugak merasa perkataan topblogger pada diri aku yang kerdil ni. Sekian. Salam kegembiraan dari hakimfaridzul dot com! Hak3. Bye-bye~

0 400 followers angka untuk aku terus maju!

Whoa. Salam semua. Ok, nak tarik nafas dalam-dalam dan lepas dalam keadaan bersyukur. Boleh bayangkan keadaan itu? Pertama sekali aku cukup gembira hari ni. Bukan sebab aku menang loteri Fifa World Cup atau pun berjaya bet siapa menang Wimbledon. Aku nak cakap pasal blog picisan ini lagi! Hak3.

Angka 400. Bukan nak berlagak tapi berkongsi kegembiraan. Alhamdulillah. Mungkin penulisan aku semakin baik ataupun aku hanya syok sendiri yang followers baru mencecah 400. Yang followers dah ribu-ribu atau juta-juta tu, jangan la baca entri ini. Malu je! Hak3. So, nak share happiness ni bersama.


Sebelum ni, aku memang kejar followers, dulu prinsip "i follow u, u follow me". But then, aku realize, kalau macam tu, bukan orang ikhlas follow blog kita. Tak pe, bermula dari nothing kepada yang something. Nak berjaya bukan senang. Bukan sehari kau publish satu entry dan 10000 orang follow. Bukan itu.

Blogging ni luas. Cari ilmu dan gunakan. Bagi aku ilmu blogging tu best! Kau akan realize yang kau berjaya aplikasikan ilmu-ilmu yang kau kutip tu kalau followers kau bertambah dan traffik kau naik dan maintain. Kepuasan blogging ni pelbagai. Abstrak. terpulang kat masing-masing nak olah. Serius, aku sedang mentelaah ilmu blogging secara perlahan.

So, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua followers aku, pembaca dan stalker yang selalu menyambut entri aku dengan hati terbuka. Thanx. Korang la semangat aku untuk terus berblogging dan mencari ilmu blogging ni. Sangat-sangat hargai! Ini dia, follower bertuah ke 400! Aida Rasyidah Azman. Selamat menerjah blog beliau! Klik ini.
ini dia followers ke 400th.


Aida Rasyidah Azman, pertama sekali maaf sebab ambil gambar ini tanpan memberitahu. Kedua, terima kasih kerana sudi jadi geng cepit! Hak. Thanx a lot. Rajin-rajin  la singgah dan memberikan komentar anda! Sangat dihargai ye! Terima kasih sekali lagi! Ada masa, boleh hang out Shah Alam!hak3. Wasalam.

p/s : alhamdulillah. assigment semakin membuak!hahahaha

5 Skandal Ariel Peterpan : dominasi keyword minggu lepas

Whoa. Salam semua. Aku pernah jugak bercadang sebelum ni untuk buat sendiri analisis blog kecil ni. Sebab, bagi aku, analisis itu penting untuk kita tengok performance blog kita. Bagi aku, walaupun UV aku sikit dan pageview aku juga sikit, aku tetap nak buat analisis. Ye la, sebagai catatan dan nota supaya aku terus maju dalam blogging ni!hak3

Mungkin ada readers yang cakap, eleh, blog kecik picisan cam tu pun sibuk nak tunjuk analisis.hak3. tak kesah la, ini sebagai catatan aku sendiri yang aku kira aku akan buat untuk setiap bulan. Menilai, sejauh mana aku berblogging ni. Kalau sebelum ni, aku ada cerita sedikit tentang apa itu SEO dan SERP. Walaupun hakikatnya, aku sendiri kurang mahir bab-bab ni.

Ariffshah datang blog aku, dan tinggalkan url tips dia tentang SEO dan SERP ni. Jenuh aku baca. So, dah boleh faham la jugak. So, nak cerita keyword minggu lepas. Aku kira keyword "Skandal Ariel Peterpan" telah memberikan impak yang agak besar kat blog ni. Sampaikan aku ada dapat UV sampai 600++. Alhamdulillah.hak3. Lihat gambar dibawah ye. Statistik carian kat google! :


So, amacam?hak3. Bermain dengan SEO. Pengalaman yang bagus dan berharga aku kira. Korang cuba la try, mana tau dapat kan?? Mesti gembira dan syok sendiri macam aku!hahahahaha. Eh, tak lupa gak kat keyword Azrinaz Mazhar Hakim!dapat la gak traffik dari situ!hak3.bukti :



Macam mana? Ye, sob3. Aku tak hebat pun nak dapat traffik ribu-raban macam blogger-blogger hebat tu. Keyword aku menjadi pun dah kira alhamdulilah! kan??? So, korang semua try la main-main dengan keyword ni. Mesti ada sikit la kena! Good luck! Esok tak de kelas langsung! Heaven!

p/s : 
1) Bandwith broadband menghampiri garisan penamat!
2) Masuklah kontest aku tuh.
3) Happy birthday untuk www.suterablogger.com
4) Aku nak tukar domain la. Amacam?

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets