Showing posts with label cepit. Show all posts
Showing posts with label cepit. Show all posts
7 Wordless Wednesday #3
In
Labels:
blog,
cepit,
hakimfaridzul,
trafik,
wordless wednesday
by hakimfaridzul
4 1 Tahun 1 Bulan dan 1 hari.
Salam semua. Hari ni alhamdulillah. Puasa macam biasa. Cuma pagi tadi liat sikit nak bangun sahur. Lepas sahur pulak layan twitter sebelum solat suboh. Syukur hari ni diberi peluang dan kesempatan lagi untuk berpuasa. Tak tahulah ini Ramadhan Terakhir atau tidak. Ye la, manusia. Kita merancang, Allah tentukan.
satu ketika dulu.
Hari ni nombor ada bagus! 1 Tahun, 1 Bulan dan 1 Hari! Genap domain hakimfaridzul.com ni. So far, aku bangga jugak dengan usaha aku untuk capai apa yang aku cuba target. Earnings, alhamdulillah. Ada juga walaupun tak lah sejutawan mana. Achievement peribadi pun ada yang aku dah dapat. Syukur. Yang penting, aku dah banyak kawan online. Yang betul-betul punya! Bukan setakat like status facebook sahaja. Cuma kesempatan bertemu belum ada. InsyaAllah, satu hari nanti.
p/s : hidup kena ada motivasi dan target, baru kita boleh kedepan.
p/s : hidup kena ada motivasi dan target, baru kita boleh kedepan.
In
Labels:
1 tahun 1 bulan 1 hari,
blog,
cepit,
hakimfaridzul,
ini cerita si cepit,
umur domain
by hakimfaridzul
16 Google Page Rank 4 untuk hakimfaridzul.com
Salam semua. Aku tak tahu lah kepercayaan kepada Page Rank (PR) masih boleh dianggap releven atau tak. Ada sesetengah blogger dah tak pandang PR. Dan ada juga yang masih bekerja keras menaikkan PR blog mereka dan tak kurang juga yang sedang berusaha maintain PR mereka. Nak cerita banyak pasal PR ni pun, ilmu aku sikit-sikit je. Sekadar faham apa fungsinya. Apa benda PR tu mungkin dah cukup bagi aku. Aku ada ambil beberapa penerangan dari blogger yang mahir tentang PR ni. Boleh baca sikit apa penerangan mereka.
Dari ariffshah :
Dari KulanzSalleh :
Dari Blog Aduka :
Alhamdulillah. Hari ni aku merasa jugak PR4 ni. Pertama kali dalam sejarah. Nak cakap bangga, tak jugak. Lebih kepada kepuasan diri sendiri. Blogger ni, dia orang tunjuk trafik, alexa ranking, earnings dan sebagainya.. Bukan berniat nak menunjuk. Tapi bagi aku, lebih kepada pencapaian peribadi dan motivasi diri untuk lebih berjaya dalam blog arena ni. Kepuasan diri lebih penting daripada cakap-cakap orang. Kalau korang cakap "kalau kepuasan diri, diam-diam, tahu sendiri dah la"... Aku tanya balik, kemana lagi kalau tak di blog sendiri kita tunjukkan pencapaian kita? Mungkin ada yang jadikan perkara itu sebagai suntikan semangat! Bukan berfikir negatif semata.
Pencapaian sendiri untuk aku. Walaupun aku tau dalam beberapa hari lagi status PR4 ni akan hilang, aku tetap berpuas hati sebab atleast, aku dah pernah jejak kaki ke PR4. Alhamdulillah. Kawan baik aku fakrulroslan pun jejak kaki ke PR4 sama-sama dengan aku. Syabas fakrul! Bawah ni, aku tunjuk sikit pyramid PR. Tahap anda dimana. Teruskan berblogging..Puaskan hati sendiri. :)
In
Labels:
blog,
cepit,
hakimfaridzul,
page rank,
PR4,
status page rank
by hakimfaridzul
6 Blog cepit berwajah baru, apa komen anda?
Salam semua. So, sempena tahun baru ni, blog aku yang dah usang ni pun nak tukar wajah baru gak. Blog cepit yang dahulunya berwarna hijau kini mungkin lebih kemas dan teratur dengan warna kelabu dan pink!
So, kini blog ni bermuka baru seperti yang korang nampak tadi! Terima kasih untuk Arkim (www.otakworks.net) kerana membantu banyak dalam urusan perpindahan wajah baru ni! So, harap dengan wajah baru ni, aku punya semangat yang lebih untuk berblog pada tahun 2011 ni!
In
Labels:
blog,
cepit,
hakimfaridzul,
new,
template
by hakimfaridzul
11 1000 Unique Visitor Sehari. Impian terlaksana!
Whoa! Salam semua. Mula-mula aku nak berterima kasih pada semua. Ya. Pada anda yang sudi membaca blog picisan ini. Hakikatnya, blog ini takkan berkembang dan maju tanpa anda! Terima kasih diucapkan untuk pengalaman yang bermakna semalam. Terima kasih banyak-banyak untuk 1006 Unique Visitor sehari. Sesungguhnya impian untuk dapatkan UV beribu sehari sudah terlaksana! Amin! Usaha gigih pasti membuahkan hasil!
Sekali lagi, entri ini sama saja seperti mana blogger berpengalaman lakukan. Ianya hanyalah sebagai satu catatan sejarah, kenangan, motivasi diri atau lebih kepada perkongsian kerana mereka nak orang lain maju bersama-sama. Bukan sekadar mereka sendiri. Tapi, blogosphere tak pernah lari dari kutukan, hinaan dan juga mungkin kritikan dari orang lain yang suka memandang kejayaan seseorang itu sebagai satu perkara yang jahat. Come on lah, kau berusaha lebih, kau lah yang dapat pulangannya! Betul?
Syukur jugak sebab 3 minggu kebelakangan ini. Traffik stabil dan menunjukkan peningkatan. Pageview pula apa kurangnya, tengok je la di atas, alhamdulillah~ Carian dari google memang sangat membantu! Nyata kalau anda tahu bermain dengan keywords. Seriusly, korang akan mampu mengekalkan traffik walaupun update sekali seperti aku semalam. Sigh... Laptop rosak, terpaksa guna kawan punya. Theeee. Baru semangat blogger ni bro! Hahahaha. Now, laptop dan format. Clear! Bersih dan wangi! Boleh la blogging secara tegar! Hahahaha.
Yang penting jati diri dan semangat tu perlu ada. Gigih berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Cuba yang terbaik. Pedulikan orang nak kata korang tu blogger tegar ke, blogger picisan ke, blogger sampah ke. Asalkan tujuan korang baik, murni dan korang memang punya cita-cita untuk maju seperti yang laib. Semuanya mampu! Ingat, diri sendiri tu perlu gigih berusaha. Explore dunia blog ni. Kalau korang tak nak tolong diri sendiri. Siapa lagi nak tolong~
p/s : terima kasih untuk kenangan terindah ini! Alhamdulillah... Semua yang aku buat tak sia-sia sebenarnya~ [ketahuilah aku memang gembira sangat-sangat]
***** sekali lagi terima kasih untuk UV 1006 dan PV 2981 *****
p/s : terima kasih untuk kenangan terindah ini! Alhamdulillah... Semua yang aku buat tak sia-sia sebenarnya~ [ketahuilah aku memang gembira sangat-sangat]
In
Labels:
blog,
cepit,
hakimfaridzul,
perfomance,
trafik,
unique visitor
by hakimfaridzul
22 3000 Unique Visitor Sehari? Memang melampau!
Whoa. Salam semua! Tajuk memang tak boleh blah kan? Itu impian aku sekarang ni! Hakikatnya, itu adalah UV untuk seminggu. huhuhu. Blog ciput macam ni nak UV macam tu? Kau gila apa? Lain lah macam Redmummy, Ariffshah, Hamis Jalikha, Eyriqazz, Dahlia Journal, Kak Yan ke, Kak jie ke... Boleh la jugak! Kalaulah UV aku sehari 3 ribu, aku pun pengsan weyh! Hahahaha. Amin, semoga impian menjadi kenyataan!
Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat korang semua yang selalu singgah kat blog hakimfaridzul [dot] com ni. Perkongsian kali ini adalah sebagai satu entri motivasi untuk aku meningkatkan lagi kualiti dan juga kuantiti blog ni. Tak kisah la kuantiti tu traffik, followers dan macam-macam lagi! Kualiti pun perlu ditingkatkan juga!
Jadi, aku ambil semua statistik ni dari Nuffnang. Nak ambil dari google analytics pun boleh, tapi itu untuk performance bulanan kot. Sekali lagi, ini untuk kenangan dan motivasi diri sendiri! Alhamdulillah aku dapat maintain traffik lately.
1- Analytics seminggu dari Nuffnang ialah - 3016 [Unique Visitor] &5738 [Page views ]
* analytics dari Google analytics ialah - 2591 [Unique Visitor] & 4885 [page views]
2 - Referrel terbaik ialah dari Dahlia Journal [ 457 ]
kuasa backlink yang hebat dari DahliaJournal
3- Keyword yang pelbagai dan menarik!
stock keyword kuih raya je kan?tak rugi mencuba!
4 - Top page dan bounce rate!
bounce rate gila tinggi. ni yang kena usaha lebih!
5. Traffik source ada peningkatan!
Ariffshah cakap, bagus kalau kita boleh dapatkan traffik dari search engine lebih dari 50 % dari traffik kita!
Dah la. Aku rasa cukup setakat ini sahaja. Aku bukanlah blogger hebat yang boleh mempersembahkan traffik berjuta seminggu atau berpuluh seminggu. Tapi ini pun dah cukup untuk aku setakat ini. Berblogging ni, kita kena sabar, kutip seberapa banyak ilmu dah apply kat blog kita sedikit demi sedikit. Nescaya, nanti korang dapat tengok hasilnya.
Ambil ilmu dari yang dah berpengalaman. Macam mana dia orang manage blog dia orang, content blog, entri, SEO, dan macam lagi! Bukan dengan cara jahat. Maksud aku, bukan dengan cara mengutu, menghina dan memaki. Pelik la manusia sekarang ni. Pasal blog je pun terus gaduh besar. Itu sahaja. Yang baik kita ambil, yang jahat, jauh-jauhkan la ye~
In
Labels:
blog,
cepit,
hakimfaridzul,
pendapat,
perfomance,
sharing,
suka suki,
tips blog,
trafik
by hakimfaridzul
0 Manusia itu pelbagai, itu yang menjadikannya indah!
Sadness will destroy your day, I'm told;
Depression will just block the way;
Love, when unreturned, causes so much pain;
Joy, so rare, almost always fades,
Into a superficial, faded facade.
These feelings can drive us up a wall;
But if we didn't feel, would we even be human at all?
In
Labels:
cepit,
hakimfaridzul,
poem,
sajak
by hakimfaridzul
11 6 Buffered Earning Walaupun UV Sikit.
Whoa. Salam semua. Pagi-pagi lagi aku dah kelam kabut sebab assignment kena complaint habis-habisan dengan lecturer. Padahal time tu kat otak dah ada idea nak update entri. Kerja keras jugak tadi. Rushing siapkan cepat sebab aku kena study, petang ni ada test law. Dah siap, baru aku bukak blog dan check analytics. So far, alhamdulillah, ada peningkatan berbanding sebelumnya.
Rata-rata blog yang aku suka cerita tentang Nuffnang, Buffered Earning dan sewaktu dengannya. Tak dinafikan aku memang sedikit teruja. Kalau sebelum ni, aku pernah share tips dapatkan buffered ernings, ada yang apply? Macam mana? Dah dapat BE? Syukur, sekarang ni aku ada 6 Buffered Earning yang berjalan kat blog hakimfaridzul.com ni.
Nak tahu aku punya traffik? Tak lah sampai 5000+ atau 10, 000+ sehari. Cukup setakat ini dalam anggaran 300+ hingga 700+. Stabil. Aku dah boleh stabilkan traffik yang masuk blog ni dari hari ke hari dengan sedikit penggunaan SEO dan Keyword. Sila abaikan 2 hari awal tu sebab aku malas gila. hahahahaha. Aku dah berpuas hati kalau traffik aku boleh maintain atas 300 setiap hari. Sebab dulu atas 200 je~
Kalau sesiapa yang dapat buffered tu, maintain la traffik dan lipat ganda usaha untuk buat entri. Betul cakap Ben, kena rajin kalau dapat Buffered, rezeki tu, grab la cepat-cepat. Untie Ina pun pecah rekod semalam dengan UV lebih 2000+. Tahniah. Depends la, kalau korang betul-betul nakkan income buffered masyuk, kerja keras sikit. Tapi kalau korang hebat bermain dengan SEO, keywords dan sebagainya, gunakanlah. Ini peluangnya.
Aku ni tak hebat mana. Tapi aku belajar untuk berblogging dengan lebih bagus dari masa ke masa. Aku terjah blog-blog yang lebih berpengalaman untuk kutip ilmu blogging. Majoriti blog-blog ni ada dekat list "my ispiration" aku sebelah ni. Sebab, orang-orang yang dah berpengalaman ni selalu berkongsi ilmu mereka. Tak rugi berkongsi ilmu kan?
p/s : macam nak cash out, tapi takpelah, biarkan dulu, tak rugi apa pun. teruja kalau boleh cash out beribu-ribu kan? bila agaknya~
In
Labels:
analytics,
cepit,
hadiah dari nuffnang,
hakimfaridzul,
kongsi,
pendapat,
trafik
by hakimfaridzul
0 Salam Ramadhan untuk semua.
Whoa. Salam semua. Ini adalah autopost sebab time ni aku sedang memunggah barang kedalam bas " Purnama Pelangi" untuk pulang ke rumah sebab esok awal Ramadhan. Aku nak sambut buka puasa pertama dengan family. Jangan aku mengamuk lagi macam kat station bus Shah Alam sudahlah kan. Sebab sumpah, aku tak pernah dengar langsung nama syarikat bas ni! Hahahaha. Mau rentung booth bas tu kalau tukar bas dan tangguh waktu!
Seronok dah ni! Dalam hati memang terngiang-ngiang takbir dan yang penting bazar Ramadhan. Dalam kepala otak dah banyak dah cerita-cerita time Ramadhan nanti aku nak post untuk memenuhkan ruangan Ramadhan aku!
Dikesempatan ini juga aku nak mohon maaf kat semua readers mahupun followers aku sebab aku tak reply korang punya blogwalking dan korang punya comment secara terus-terusan sebab atas tugasan aku siapkan assignment dan juga kekangan waktu berblogging! Aku cuba time kat rumah sebab internet lebih laju dan lebih stabil!
Insyaallah Ramadhan ini akan lebih bermakna dari yang sebelumnya. Semoga amal ibadah anda diterima hendakNya. Sama-sama kita berdoa agar Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. Selamat menyambut Ramdhan al-mubarak. Salam tulus ikhlas, hakimfaridzul~
In
Labels:
cepit,
hakimfaridzul,
Ramadhan
by hakimfaridzul
0 Menarik Ramadhan ini bersama si cepit!
Whoa. Salam semua. SO, bulan Ramadhan dah nak hampir menjelma. Aku buat entri ni pun bukan sebab aku nak ikut orang lain yang buat segmen Ramadhan. Sebagai blogger, biarlah kita blogging ikut peredaran waktu. Takkan la nak masuk bulan Ramadhan aku nak cerita tang raya cina. Ye dak? hahahahaha. So, kita kena ikut peredaran waktu dan ketika biar tak ketinggalan zaman!
Dalam kepala otak aku ni, dah macam-macam aku fikir pasal segmen bulan Ramadhan. Eh-eh, bukan segmen, entri je...hahahaha. Aku bercadang nak buat ruangan :
- Nostalgia cerita Ramadhan.
- Ramadhan : adab, etika dan perilaku.
- Debaran aidilfitri bersama cepit (ini sumpah lawak)bahahahaha
- Kuih muih, kek muek dan biskut mukut!
Dah la, aku rasa dalam banyak-banyak tu, entah-entah tak satu pun aku buat. Hahahaha. But ye, impian mesti ada! Insyallah. Akan aku usahakan. Lagipun, time bulan puasa ni, jimat masa sebab aku takkan lunch dan petang-petang nak tunggu buka puasa boleh buat satu entry! Kan? Wah, bagusnya bulan Ramadhan~ So, far ini adalah perancangan aku je. Mungkin kalau time mandi tercetus idea, aku akan cuba juga untuk tambahkan segmen ini!
Mungkin kalau korang nak share-share cerita dengan aku, boleh la email kat aku. Aku mencari bahan untuk ruangan nostalgia bulan Ramadhan. Kalau korang ada blog, its ok, korang post je kat blog korang then bagi tau aku. Nanti aku copy permulaan cerita tu and linkkan selebihnya kepada blog korang. Means macam aku buat kesimpulan je, then linkkan untuk full story. Okay kan??
Menjelang Ramadhan ni gak, aku rasa aku akan lebih kerap menghadap laptop sebabb nak buang masa menunggu berbuka. Kalau dah depan latop, memang rasa masa berlalu pantas. kan? Setuju cepat! Dah la, aku harap ruangan-ruangan ini dapat sokongan korang semua wahai readers! Wasalam!
Subscribe to:
Posts (Atom)





















