Showing posts with label hadiah dari nuffnang. Show all posts
Showing posts with label hadiah dari nuffnang. Show all posts

4 Nuffnang kini ke China! Luas pengaruh untuk rantau Asia!

Salam semua. Mengkhabarkan berita gembira kepada rakyat tembok besar China yang Nuffnang sudah menapak di China. Dengan umat manusia yang ramai, aku rasa sambutan memang akan superb ramainya! Sedikit screnshot dari web Nuffnang China!


Semakin berjaya Nuffnang! Kita tunggu selepas ni Nuffnang nak kemana pulak ye! Kalau dulu hanya di Malaysia, Singapura, Filipina, Australia, kini Nuffnang sudah bertapak di China. Syabas diucapkan!

7 Free Screening Movie Ticket from Nuffnang lagi!

Salam. Alahi indahnya cuti kali ni. Hari tu dah dapat invitation dari Perdana Menteri untuk makan malam bersama, kali ni dapat tiket wayang percuma dari Nuffnang! Cerita Skyline yang akan ditayangkan pada 12 November ni dipawagam seluruh negara. Tapi aku dapat tengok time 10 November! Awal tu beb! Kalau dulu aku dapat tiket screening movie untuk cerita The Descent two dan lagi satu yg aku tak dapat pergi tu. 

erk, siap ada tema kau!cat2 muka lagi!

Ramai kawan-kawan aku yang baru berjinak dengan Nuffnang masih bertanya dan kurang pasti kenapa aku boleh dapat tiket tu percuma je. Kunci katanya ialah rajin-rajin tengok website Nuffnang! Yang home page! Kat situ akan dipaparkan segala contest dan berita terkini Nuffnang!

Nak menang? Mudah dan perlukan sedikit luck! Korang kena jadi creative je! just tulis beberapa perkataan yang crative dan menang! Contoh, masa aku nak dapat tiket skyline ni, pihak Nuffnang suruh kita bg jawapan untuk soalan ini : 

“How Would You Defend Earth from Alien Invasion” in not more than 15 words.

Aku bagi jawapan : 



Amacam jawapan aku? Macam orang tak de otak punya jawapan kan? Hahahahaha. Kena jadi creative la. Jawap je apa yang korang rasa korang boleh bagi sehabis kreatif! Apa tunggu lagi, pergi home page Nuffnang dan mula kerja kreatif korang semua. Ada kontest Screening Rapunzel si rambut emas panjang mengurai tu yang menawarkan hadiah perfume Nina Ricci dan Nintendo Wii. 

Jangan lupa jugak, Nuffnang dah ada baby baru iaitu Chur-Chup! Boleh jana duit jugak! Nantikan post seterusnya tentang Churp-churp dan juga Rapunzel rambut emas panjang mengurai~hiksss

p.s : layan trailer movie Skyline ni jap! Macam best giler! siapa-siapa yang dapat invitation ni sila bagi tau aku.boleh berjumpa nanti!

5 DiGi iPhone 4 Me

Salam semua. Ini adalah contest dari Nuffnang dan Digi yang memang pemurah nak bagi iPhone 4 untuk kita semua. Syaratnya mudah. Cuma perlu submit dan ikuti blog Nuffnang dan completekan task yang diberi. Ikutkan tajuk, kenapa aku nak iPhone 4? Memamng banyak sebabnya! Panas!


Antara sebabnya ialah :
  • Lebih nipis, malah merupakan smartfon paling nipis dalam pasaran
  • Kamera hadapan & belakang (kamera belakang dilengkapi dengan LED flash)
  • Paparan yang lebih jelas, bersih dan cantik
  • Quad band HSPA dengan keupayaan kelajuan sebanyak 7.2 Mbps (Turbo 3G by DiGi Malaysia - 14.4 Mbps)
  • Boleh digunakan dalam network 802.11n WiFi yang lebih laju (macam laptop)
  • 5 megapiksel kamera dan flash
  • Kebolehan merakan video HD (high definition)

Teruja sangat sebab semuanya dah dipertingkatkan keupayaan nya! Lebih hebat dan lebih canggih berbanding dulu! Selain tu, aku memang teruja dengan Apple Store gak! Banyak aplikasi menarik dan hebat mampu kita miliki dan enjoy! Selain tu, ada iPhone, ada style!

Paling penting, aku nak jadi antara orang yang pertama memilik iPhone 4 ni! Lagi-lagi dari Digi! Kena gigih berusaha walaupun ada final! Contest sehingga birthday aku 28th September ni! Best nya! Digi, please, bagi iPhone 4 ni sebagai hadiah birthday aku! Boleh?hehehehe. 


Boleh la selit wishlist birthday aku ialah "hadiah iPhone 4 dari Nuffnang dan Digi sempena bithday ke 19 aku" till then, aku memang teruja habis dengan iPhone 4 ni! Lama idam, bila la mampu miliki~

11 6 Buffered Earning Walaupun UV Sikit.

Whoa. Salam semua. Pagi-pagi lagi aku dah kelam kabut sebab assignment kena complaint habis-habisan dengan lecturer. Padahal time tu kat otak dah ada idea nak update entri. Kerja keras jugak tadi. Rushing siapkan cepat sebab aku kena study, petang ni ada test law. Dah siap, baru aku bukak blog dan check analytics. So far, alhamdulillah, ada peningkatan berbanding sebelumnya.

Rata-rata blog yang aku suka cerita tentang Nuffnang, Buffered Earning dan sewaktu dengannya. Tak dinafikan aku memang sedikit teruja. Kalau sebelum ni, aku pernah share tips dapatkan buffered ernings, ada yang apply? Macam mana? Dah dapat BE? Syukur, sekarang ni aku ada 6 Buffered Earning yang berjalan kat blog hakimfaridzul.com ni.


Nak tahu aku punya traffik? Tak lah sampai 5000+ atau 10, 000+ sehari. Cukup setakat ini dalam anggaran 300+ hingga 700+. Stabil. Aku dah boleh stabilkan traffik yang masuk blog ni dari hari ke hari dengan sedikit penggunaan SEO dan Keyword. Sila abaikan 2 hari awal tu sebab aku malas gila. hahahahaha. Aku dah berpuas hati kalau traffik aku boleh maintain atas 300 setiap hari. Sebab dulu atas 200 je~


Kalau sesiapa yang dapat buffered tu, maintain la traffik dan lipat ganda usaha untuk buat entri. Betul cakap Ben, kena rajin kalau dapat Buffered, rezeki tu, grab la cepat-cepat. Untie Ina pun pecah rekod semalam dengan UV lebih 2000+. Tahniah. Depends la, kalau korang betul-betul nakkan income buffered masyuk, kerja keras sikit. Tapi kalau korang hebat bermain dengan SEO, keywords dan sebagainya, gunakanlah. Ini peluangnya.

Aku ni tak hebat mana. Tapi aku belajar untuk berblogging dengan lebih bagus dari masa ke masa. Aku terjah blog-blog yang lebih berpengalaman untuk kutip ilmu blogging. Majoriti blog-blog ni ada dekat list "my ispiration" aku sebelah ni. Sebab, orang-orang yang dah berpengalaman ni selalu berkongsi ilmu mereka. Tak rugi berkongsi ilmu kan?

p/s : macam nak cash out, tapi takpelah, biarkan dulu, tak rugi apa pun. teruja kalau boleh cash out beribu-ribu kan? bila agaknya~

26 Ini la blogger picisan!!! Sila terima kenyataan!

Whoa, salam semua. Laptop baru format, tanpa backup! So, faham-faham je la. Semua hilang! Bayangkan, nak backup dah 20 hengget! So, no need la backup tu. Laptop kosong lagi senang kot! Tak yah serabut dan semak dengan macam-macam folder yang ada tuh!

Khamis ni saya tak dapat menyaksikan Prince of Persia tu di Cathay Cineplex Damansara. Contest pun tak ada sambutan! Lagi baik tak yah buat kan? Sangat memalukan! ahahahaha. Lantak la, percubaan pertama yang memang gagal! Tak perlu putus asa tapi biasa la manusia, siapa tak rasa kecewa.

So, hari ni dah hari isnin, malas dah nak tunggu siapa top referrel ke, siapa yang buat entri khas untuk contest merepek tu dan saya mahu umumkan siapa yang dapat tiket screening movie Prince of Persia.

Nah la Cik Hel @ http://helenalatisha.blogspot.com/, saya bagi anda 2 tiket ini! Have fun di sana! Semoga anda ceria selalu! Saya sudah message anda email saya sekali! Tiada apa-apa konflik ye kenapa saya bagi Cik Hel, saya bagi dia sebab dia nak sangat-sangat tiket tu masa saya beritahu saya tak dapat join screening tu. Sekian~

p/s : hati manusia, takkan lari dari kemarahan, kekecewaan dan kesedihan~

42 Contest dari saya Tiket Screening Movie Prince of Persia

ini sticky post (kebawah untuk entri terbaru)Salam semua. Disebabkan saya tidak dapat menghadirkan diri di Screening Movie The Prince of Persia! Saya dengan ini berbesar hati menganjurkan contest dari blogger picisan a.k.a newbie ini! ekekekeke


Contest mudah! Sila buat entri tentang blog ini! Apa yang anda tahu tentang blog ini, apa perasaan anda. Anda cerita la sedikit mahupun sebanyak-banyaknya pun tak pe berkenaan blog picisan ini! ahahaha. bajet ada orang nak join kan? Secara jujurnya, promote la blog picisan saya ini! ahahahahaha.dah habis jujur dah!



Butiran contest seperti berikut :

  1. Contest ini bermula dari 19 May - 24 May 2010
  2. Buat satu entri yang hanya berkisar tentang si pemilik blog ini aka hakimfaridzul dan blognya.
  3. Top referral akan dipilih sebagai pemenang untuk 2 tiket ke Screening Movie The Prince of Persia di Cathay Cineplex Damasara pada 27 May jam 9.30 malam!
  4. siap dapat makan mister potato semasa menonton tau!
  5. Letakkan link entri tersebut disini!
Mudah, hanya membebel dan promote! Terima kasih kepada sesiapa yang sudi nak join. walaupun saya tahu, tak de orang nak join~sigh~saya pertama kali buat contest!tak tahu nak detail-detail!selamat mencuba!

10 Siapa mahu tiket percuma screening movie Prince of Persia

Salam semua! Attention to all Nuffnanggers sekalian yang membaca dan readers yang sentiasa menyokong! Anda, join la Nuffnang punya contest! Boleh dapat hadiah macam-macam! Seronok okay! Rugi kalau tak join Nuffnang ni! Berbaloi-baloi! Okay, panjang betul pendahuluan! Nuffnang perlu membayar saya untuk promosi ini! hahahahaha



Saya dapat tiket wayang free untuk 2 orang! Screening movie The Prince of Persia di Cathay Cineplex e@curve! 27 May, jam 9.30 malam!


Macam mana nak join ye? sedangkan malam 27 May itu, saya dalam perjalanan ke kampus di Kedah! Boleh diwakilkan oleh sesiapa ke? Yang penting saya nak button tu! Saya nak kumpul banyak-banyak button Nuffnang tu!


Macam ini la, malam ini saya akan email kepada Nuffnang tanya, boleh atau tak sesiapa wakilkan menonton cerita itu! Walaupun saya geram sebab tak dapat tengok screening movie lagi, saya tetap gembira sebab saya menang juga! Kira hebat la kan? agagagagaga. Perasan betul dia hebat! cet!



Anda, jadi la seorang yang kreatif masa comment kat contest tu. Asah sikit minda supaya jadi gila-gila! Senang je, nasib baik, boleh tengok 2 screening movie sebulan! Fuyo!!!! Best! Thanx Nuffnang! boleh layan trailer di bawah ini!


Nota kaki busuk : kalau boleh diwakilkan, siapa mahu tiket ini???hands up please!

17 Ronggeng di Damansara bersama kakak

Salam semua. Ini merupakan entri autopost saya. Ketika ini saya dan kakak sedang menjerit-jerit menonton The Descent 2 tajaan Nuffnang. Ahaks! Tak tahulah seronok atau tidak! Saya akan review di entri seterusnya!


Teruja sebenarnya dapat benda-benda free ni walaupun harganya tak la beribu-ribu ringgit kan? 


Haih, apa la nasib blog ini apabila saya pulang ke kampus semula hujung bulan ini ye~ dengan internet yang macam haram tak bagus! Broadband pulak, ada limit. Tak dapat blogwalking nanti~ sigh~ kecewa dengan pihak UiTM yang masih tak nak tingkatkan keupayaan internet di kampus!


Tak pe, tunggu saya jadi menteri! Pasti, satu Malaysia ada capaian internet free dan laju! Doakan la saya jadi menteri! Impian dari kecil ni! Nak juga nama terpahat sebagai ahli kabinet! ehehehehe

wasalam~


Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets