Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

8 Video Pil Puasa Sumpah Lawak Gila Babi!

Whoa. Salam semua. Selamat pagi! Ouh...Jarang betul aku nak ucap selamat pagi kan? Hahahahaha. Sebagai juadah pagi. Erk, sorry lupa, kita semua puasa. Sebagai selingan sengih-sengih di pagi hari, aku nak share satu video untuk korang tatap sama-sama sambil usap-usap pipi sebab lawak. Bagi aku lawak sangat since aku dah tengok video ni banyak kali dan setiap kali itulah aku gelak bagai nak gila!


Video Pil Puasa oleh Dee ni dirakam masa program jangan ketawa. Aku jumpa video ni dah lama kat facebook. Ramai orang main tagged-tagged video ni. Cuma beberapa hari ni, aku tanya beberapa orang, dia orang buat muka blur... Maknanya mereka belum tonton video ini! So, aku dah letak dalam blog, sila la tatap puas-puas ye! Justeru layan~ Zassss


p/s : amacam? Pil puasa? Hadapai puasa tanpa pancaroba~ Bahahahahahaha. Mari gelak puas-puas~

11 6 Buffered Earning Walaupun UV Sikit.

Whoa. Salam semua. Pagi-pagi lagi aku dah kelam kabut sebab assignment kena complaint habis-habisan dengan lecturer. Padahal time tu kat otak dah ada idea nak update entri. Kerja keras jugak tadi. Rushing siapkan cepat sebab aku kena study, petang ni ada test law. Dah siap, baru aku bukak blog dan check analytics. So far, alhamdulillah, ada peningkatan berbanding sebelumnya.

Rata-rata blog yang aku suka cerita tentang Nuffnang, Buffered Earning dan sewaktu dengannya. Tak dinafikan aku memang sedikit teruja. Kalau sebelum ni, aku pernah share tips dapatkan buffered ernings, ada yang apply? Macam mana? Dah dapat BE? Syukur, sekarang ni aku ada 6 Buffered Earning yang berjalan kat blog hakimfaridzul.com ni.


Nak tahu aku punya traffik? Tak lah sampai 5000+ atau 10, 000+ sehari. Cukup setakat ini dalam anggaran 300+ hingga 700+. Stabil. Aku dah boleh stabilkan traffik yang masuk blog ni dari hari ke hari dengan sedikit penggunaan SEO dan Keyword. Sila abaikan 2 hari awal tu sebab aku malas gila. hahahahaha. Aku dah berpuas hati kalau traffik aku boleh maintain atas 300 setiap hari. Sebab dulu atas 200 je~


Kalau sesiapa yang dapat buffered tu, maintain la traffik dan lipat ganda usaha untuk buat entri. Betul cakap Ben, kena rajin kalau dapat Buffered, rezeki tu, grab la cepat-cepat. Untie Ina pun pecah rekod semalam dengan UV lebih 2000+. Tahniah. Depends la, kalau korang betul-betul nakkan income buffered masyuk, kerja keras sikit. Tapi kalau korang hebat bermain dengan SEO, keywords dan sebagainya, gunakanlah. Ini peluangnya.

Aku ni tak hebat mana. Tapi aku belajar untuk berblogging dengan lebih bagus dari masa ke masa. Aku terjah blog-blog yang lebih berpengalaman untuk kutip ilmu blogging. Majoriti blog-blog ni ada dekat list "my ispiration" aku sebelah ni. Sebab, orang-orang yang dah berpengalaman ni selalu berkongsi ilmu mereka. Tak rugi berkongsi ilmu kan?

p/s : macam nak cash out, tapi takpelah, biarkan dulu, tak rugi apa pun. teruja kalau boleh cash out beribu-ribu kan? bila agaknya~

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets