Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

8 Video Shane Dawson sangat menarik dan kelakar.

Whoa. Salam hujung minggu. Walaupun hakikatnya aku tak mengalami hujung minggu yang baik sebab hujung minggu la permulaan kelas di bumi bertuah Kedah, Theeee~ Hahahahaha. Pagi-pagi lepas sahur aku dah on lappy sebab assignment yang kena compile dengan kawan-kawan masih terbengkalai. Tergendala atas sebab kurang kadar kesihatan. So here, i'm blogging again! Blogging boleh mengurangkan kadar stress! Itu aku percaya!


Blogwalking then terjumpa KulanSalleh punya entri yang menarik minat aku! Entri bertajuk senarai 10 bintang terkaya youtube! Klik [ini] untuk kesana. Menarik. Di tangga pertama ialah ShaneDawson. Aku memang dah tengok video mamat ni lama. Cuba belum pernah terfikir nak dijadikan entri sehingga hari ini. Usually, mamat ni update video dia ni setiap  hujung minggu! Video memang menarik dan awesome gila! Ada mesej yang cuba disampaikan setiap kali dia buat video! 

Dah kaya dah mamat ni buat video guna youtube sebab dia dah menghasilkan pendapatan melebihi AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Hebat kan? Korang patut jadi seperti dia jugak! Yang suka buat video tu, cuba pelbagaikan dan menarikkan video anda! Sure boleh jana pendapatan! Jom, layan beberapa video dia!





p/s : nak lebih video? boleh terjah sendiri kat youtube! Aku mula merasakan yang hujung minggu memerlukan entri yang lebih santai dan bersahaja!

8 Page View Semakin Tinggi Setiap Hari! Rahsianya?

Whoa. Salam semua. Seperti biasa, keadaan teruja dan ingin berkongsi membuak-buak di dalam diri. Tapi aku nak bagi amaran, ini bukanlah entri menunjuk-nunjuk atau entri mendongak hidung sebab ramai lagi di luar sana yang hebat yang punya page view sehingga 10 ribu sehari! Gila! Entah macam mana la traffik sebulan kan? 10 ribu sehari? Mau pengsan aku! Seminggu hampir 10 ribu pun dah kira okay!

wah...aku gembira sangat dengan prestasi cepit ni!

Classmate aku, si semut hijau, tanya, apa yang kau buat sampai page view tinggi macam tu? Page view kau macam dekat 3 kali ganda Unique Visitor kau! Aku nak berkongsi disini. Kalau korang dapat buffered earning, better korang tingkatkan page view banyak-banyak! Kasi pulun habis! Sebab buffered earning ni bergantung pada page view gak! Lagi banyak page view dibuka, lagi bagus! Aku rasa la. Ini pemahaman aku sahaja.

Baiklah, antara cadangan aku untuk korang meningkatkan page view ialah :

  1. Selalu linkkan entri korang dengan entri terdahulu yang berkaitan! Contohnya, Korang pernah buat entri pasal adik korang kuat makan. Hari ni, korang buat entri pasal lembu korang sehat. Korang cerita yang lembu korang kuat makan dan bla bla bla bla. Perkataan "kuat makan" tu mungkin korang boleh linkkan dengan entri korang pasal kuat makan yang dulu tu. Faham?
  2. Korang boleh letak widget "linkwithin". Ala, kotak yang kat bawah tu! Kotak-kotak yang ada gambar menunjukkan entri yang berkaitan! Tu pun salah satu cara naikkan page view jugak!
  3. Korang boleh letak widget "entri terdahulu". Aku kan pernah buat tutorial pasal tu. So, boleh mencuba ye! Klik [sini] untuk belajar.
  4. Boleh juga letak ruangan "entri berkaitan" atau "related post" kat akhir entri korang macam aku buat ni! Ini juga membantu aku rasa!

Akhir kata dari aku untuk entri ini ialah, belajar la. Timba ilmu banyak-banyak kalau korang nak berjaya dalam satu benda tu. Gigih dan usaha! Aku tak pernah heran orang cakap kalau aku ni gila blog dan sebagainya. Blog is my passion! So, aku selesa dengan cara aku sendiri! Ilmu blogging ni luas! Cari dan grab! Aku cari, aku fahamkan, aku apply dan akhirnya, aku rasa hasilnya! Alhamdulillah.

p/s : ada apa-apa tutorial yang korang nak tahu, boleh tanya di formspring aku! [http://www.formspring.me/hakimfaridzul]

10 Baca cerita ini kalau nak tahu betapa bernilainya cinta!

Salam semua. Hi. Semalam tiada update dari aku since aku kepenatan bertekak di Kaunter Bas Sungai Petani semata-mata untuk menukar tarikh perjalanan bas pulang berhari raya. So, pagi ni aku baru sempat nak update sedikit. Aku just nak berkongsi e-mel yang kawan aku hantarkan kat aku. Sharing is caring kan? Ceritanya tentang cinta! Erk, tapi best! Layan je!


Once upon a time there was an island where all the feelings lived; Happiness, Sadness, Knowledge, and all the others......, including Love. One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave. Love was the only one that stayed. She wanted to preserve the island until the last possible moment. When the island was almost totally under, Love decided it was time to leave. She began looking for someone to ask for help. 

Just then Richness was passing by in a grand boat. Love asked, "Richness, Can I come with you on your boat?" Richness answered, "I'm sorry, but there is a lot of silver and gold on my boat and there would be no room for you." Then Love decided to ask Vanity for help who was passing in a beautiful vessel. Love cried out, "Vanity, help me please." I can't help you", Vanity said, "You are all wet and will damage my beautiful boat." Next, Love saw Sadness passing by. Love said, "Sadness, please let me go with you." Sadness answered, "Love, I'm sorry, but, I just need to be alone now." Then, Love saw Happiness. 


Love cried out, "Happiness, please take me with you." But Happiness was so overjoyed that he didn't hear Love calling to him. Love began to cry. Then, she heard a voice say, "Come Love, I will take you with me." It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that she forgot to ask the elder his name. When they arrived on land the elder went on his way. 

Love realized how much she owed the elder. Love then found Knowledge and asked, "Who was it that helped me?" "It was Time", Knowledge answered. "But why did Time help me when no one else would?", Love asked. Knowledge smiled and with deep wisdom and sincerity, answered, "Because only Time is capable of understanding how great Love is."


Macam mana? Teruja ke dengan cerita ni? Like ramai-ramai kalau anda rasa cerita ini menarik. Ini adalah entri ringan sahaja. Bermaksud, sebagai perkongsian untuk ceriakan harii kita! Tahniah kepada Bro Eyriqazz sebab Unique Visitor dia dah nak mencecah 20k seminggu! Takziah juga kepada Bean Moreno! Cepat sehat ye Bean!

p/s : alhamdulillah, traffik boleh maintain 500++ sehari dan pageview melebihi 1500++ sehari! Berkat kesabaran menimba ilmu akhirnya akan membuahkan hasil!

8 Video Pil Puasa Sumpah Lawak Gila Babi!

Whoa. Salam semua. Selamat pagi! Ouh...Jarang betul aku nak ucap selamat pagi kan? Hahahahaha. Sebagai juadah pagi. Erk, sorry lupa, kita semua puasa. Sebagai selingan sengih-sengih di pagi hari, aku nak share satu video untuk korang tatap sama-sama sambil usap-usap pipi sebab lawak. Bagi aku lawak sangat since aku dah tengok video ni banyak kali dan setiap kali itulah aku gelak bagai nak gila!


Video Pil Puasa oleh Dee ni dirakam masa program jangan ketawa. Aku jumpa video ni dah lama kat facebook. Ramai orang main tagged-tagged video ni. Cuma beberapa hari ni, aku tanya beberapa orang, dia orang buat muka blur... Maknanya mereka belum tonton video ini! So, aku dah letak dalam blog, sila la tatap puas-puas ye! Justeru layan~ Zassss


p/s : amacam? Pil puasa? Hadapai puasa tanpa pancaroba~ Bahahahahahaha. Mari gelak puas-puas~

22 3000 Unique Visitor Sehari? Memang melampau!

Whoa. Salam semua! Tajuk memang tak boleh blah kan? Itu impian aku sekarang ni! Hakikatnya, itu adalah UV untuk seminggu. huhuhu. Blog ciput macam ni nak UV macam tu? Kau gila apa? Lain lah macam RedmummyAriffshah, Hamis Jalikha, Eyriqazz, Dahlia Journal, Kak Yan ke, Kak jie ke... Boleh la jugak! Kalaulah UV aku sehari 3 ribu, aku pun pengsan weyh! Hahahaha. Amin, semoga impian menjadi kenyataan!

Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat korang semua yang selalu singgah kat blog hakimfaridzul [dot] com ni. Perkongsian kali ini adalah sebagai satu entri motivasi untuk aku meningkatkan lagi kualiti dan juga kuantiti blog ni. Tak kisah la kuantiti tu traffik, followers dan macam-macam lagi! Kualiti pun perlu ditingkatkan juga!

Jadi, aku ambil semua statistik ni dari Nuffnang. Nak ambil dari google analytics pun boleh, tapi itu untuk performance bulanan kot. Sekali lagi, ini untuk kenangan dan motivasi diri sendiri! Alhamdulillah aku dapat maintain traffik lately.

1- Analytics seminggu dari Nuffnang ialah - 3016 [Unique Visitor] &5738 [Page views ]

* analytics dari Google analytics ialah - 2591 [Unique Visitor] & 4885 [page views]


2 - Referrel terbaik ialah dari Dahlia Journal [ 457 ]

kuasa backlink yang hebat dari DahliaJournal

3- Keyword yang pelbagai dan menarik!

stock keyword kuih raya je kan?tak rugi mencuba!

4 - Top page dan bounce rate!

bounce rate gila tinggi. ni yang kena usaha lebih!

5. Traffik source ada peningkatan!

Ariffshah cakap, bagus kalau kita boleh dapatkan traffik dari search engine lebih dari 50 % dari traffik kita!

Dah la. Aku rasa cukup setakat ini sahaja. Aku bukanlah blogger hebat yang boleh mempersembahkan traffik berjuta seminggu atau berpuluh seminggu. Tapi ini pun dah cukup untuk aku setakat ini. Berblogging ni, kita kena sabar, kutip seberapa banyak ilmu dah apply kat blog kita sedikit demi sedikit. Nescaya, nanti korang dapat tengok hasilnya.

Ambil ilmu dari yang dah berpengalaman. Macam mana dia orang manage blog dia orang, content blog, entri, SEO, dan macam lagi! Bukan dengan cara jahat. Maksud aku, bukan dengan cara mengutu, menghina dan memaki. Pelik la manusia sekarang ni. Pasal blog je pun terus gaduh besar. Itu sahaja. Yang baik kita ambil, yang jahat, jauh-jauhkan la ye~

0 Menarik Ramadhan ini bersama si cepit!

Whoa. Salam semua. SO, bulan Ramadhan dah nak hampir menjelma. Aku buat entri ni pun bukan sebab aku nak ikut orang lain yang buat segmen Ramadhan. Sebagai blogger, biarlah kita blogging ikut peredaran waktu. Takkan la nak masuk bulan Ramadhan aku nak cerita tang raya cina. Ye dak? hahahahaha. So, kita kena ikut peredaran waktu dan ketika biar tak ketinggalan zaman!


Dalam kepala otak aku ni, dah macam-macam aku fikir pasal segmen bulan Ramadhan. Eh-eh, bukan segmen, entri je...hahahaha. Aku bercadang nak buat ruangan :

  1. Nostalgia cerita Ramadhan.
  2. Ramadhan : adab, etika dan perilaku.
  3. Debaran aidilfitri bersama cepit (ini sumpah lawak)bahahahaha
  4. Kuih muih, kek muek dan biskut mukut!
Dah la, aku rasa dalam banyak-banyak tu, entah-entah tak satu pun aku buat. Hahahaha. But ye, impian mesti ada! Insyallah. Akan aku usahakan. Lagipun, time bulan puasa ni, jimat masa sebab aku takkan lunch dan petang-petang nak tunggu buka puasa boleh buat satu entry! Kan? Wah, bagusnya bulan Ramadhan~ So, far ini adalah perancangan aku je. Mungkin kalau time mandi tercetus idea, aku akan cuba juga untuk tambahkan segmen ini! 

Mungkin kalau korang nak share-share cerita dengan aku, boleh la email kat aku. Aku mencari bahan untuk ruangan nostalgia bulan Ramadhan. Kalau korang ada blog, its ok, korang post je kat blog korang then bagi tau aku. Nanti aku copy permulaan cerita tu and linkkan selebihnya kepada blog korang. Means macam aku buat kesimpulan je, then linkkan untuk full story. Okay kan??


Menjelang Ramadhan ni gak, aku rasa aku akan lebih kerap menghadap laptop sebabb nak buang masa menunggu berbuka. Kalau dah depan latop, memang rasa masa berlalu pantas. kan? Setuju cepat! Dah la, aku harap ruangan-ruangan ini dapat sokongan korang semua wahai readers! Wasalam!

0 Let's blogging! Tajuk Assignment???

Whoa. Salam semua. Firts of all, aku sangat busy this week memandangkan aku ada match tennis interfaculty, assignment bertimbun, meeting RSC, berkejar untuk debate and persuasive speech dan banyak lagi yang memang kalau aku dah kat bilik, either aku layan facebook chat ngan kawan-kawan atau tengok blog sendiri membalas komen. Sigh. Kecewa dengan diri sebab tak dapat balas blogwalking korang. Aku akan try jenguk balik satu persatu ye.

So, here aku nak mintak pendapat korang untuk assignment aku nanti. Ni untuk subjek english! Aku kena buat persuasive speech! Time kat kelas semalam, sumpah aku memang blur-blur but mulut still banyak cakap. Lecturer tanya tajuk untuk persuasive speech. Then, aku diam. Kawan-kawan kat belakang bising cakap cerita la pasal blog, buat la pasal blog...

So aku terus agree nak cakap pasal blog. Tapi nak cakap apa. Roughly, aku dah boleh structure sikit-sikit idea untuk persuasive speech tu. But then, kena garap elok-elok biar nampak cantik. Takkan la time ni aku nak gi menuntut ilmu blogging plak kan??? Haih, mybe aku nak buat slide presentation. But then, nak letak apa la plak...


Any idea??? Seriously, idea diperlukan sekarang ini! Aku yakin, kawan-kawan blogger selalunya membantu! Hahahaha. Insyallah, after aku habis tennis petang ni, aku dah free sikit untuk blogwaking dan menaip 2 entri setiap hari... huhuhuhu

0 Teori : idea blogging di dalam toilet.

Whoa. Salam semua. If semalam aku dah cukup ngeri dengan entri aku sendiri. Seriusly aku cakap tak lalu nak makan, tapi tengah hari tadi memang habis segunung pinggan nasi kat cafe tu. Bahahahaha. Yang penting kawan-kawan aku memang bagi feedback baik punya kat entri tu. Ada yang cakap geli la, ngeri la, seriau la. Tak lupa jugak yang nak jadi penternak ulat berjaya. Hahahahaha.

So, entri kali ni aku nak cakap sikit pasal idea time aku blogging ni. Aku tak tau la kalau korang (blogger) kat luar sana tu boleh terima teori macam mana aku boleh dapat idea untuk tulis blog. So far, aku memang setuju dengan idea ni dan memang mostly entri aku banyak datangnya time mandi. Bukan entri porno mahupun lucah ye.

Bagi aku, time kat toilet (bukan dalam keadaan cangkung mahupun duduk), tengah mandi tu. Aku rasa otak aku sangat free. Bukan sebab aku imagine benda tak senonoh ye (awas!). Tapi aku rasa senang time mandi. Pancuran air atas kepala. Rasa macam bebas. Dan selalunya, memang kalau aku betul-betul kosongkan minda, banyak idea-idea blogging datang. Best!

Aku tak tipu, korang try la. Masuk time nak mandi tu kan, korang cuba bukan shower dan biarkan je lama-lama atas kepala korang. Free kan diri. Sure rasa lega dan time tu la idea nak blogging datang mencurah-curah macam air shower tu. Usually, aku akan fikir betul-betul idea apa yang aku nak tulis. By the time, aku akan cuba improve penulisan aku supaya nampak lebih kemas dan ilmiah sikit.
Sebab, bagi aku, aku ni pelajar, tak best kot kalau nak asyik gosip dan benda merepek-repek kat blog. Blog kan tempat berkongsi. Kalau aku tak nak berkongsi, sure-sure dah privatekan blog ni ek. Kalau nak berkongsi, biarlah secara baik dan mendatangkan positifnya walaupun sedikit. Ye tak? Hahahahaha.

p/s : aku dengar Yayasan Selangor dah nak bankrup? betul ke? tunggu next entry ye!

0 Should blood donation be made compulsory in Malaysia.

Whoa. Salam semua. So, semalam aku tak de update apa-apa entri since semalam aku kepenatan kalah dalam 1st game tennis, tetst subjek Global, malam ada kelas dan aku tak cukup masa sebab kalau malam usually aku akan spent time dengan roomate. Bergurau senda, bergelak ketawa sebab itu boleh hilangkan stress di siang hari. So, aku sekali lagi nak mintak idea bernas korang semua wahai readers.

Tajuk entri ni merupakan tajuk 2nd term paper aku. Sejujurnya, aku memang tak gemar tajuk ni since tajuk ni kurang catchy bagi aku. Tak tahu la yang lain. Derma darah? Nak diwajibkan? Mak aihhh, aku sendiri pun belum lagi menderma darah. Time kat PLKN dulu, aku tak cukup umur lagi nak menderma. Last sem plak memang aku seriau gila time tengok jarum yang besar macam straw tu. Geb Geb je yang menderma. Sigh~


Bagi aku, kalau nak diwajibkan menderma darah, benda ni perlu dibuat secara details. Meand, kerangka syarat dan peraturan tu perlu dibuat dahulu. Memandangkan pusat darah negara memang memerlukan darah sebab bilangan darah memang dah menyusut sangat-sangat, aku rasa kita memang perlu buat sesuatu. Tapi bukan dengan mewajibkan setiap orang menderma darah! Memang kita perlukan darah, tapi bukan dengan cara ini.

Firstly aku tak setuju yang menderma darah ni perlu di wajibkan sebab ia adalah hak individu itu untuk menderma darah. Tak semua berani dan tak semua rela menderma darah (erk!) Bagi aku, kita kena jaga gak hak individu. Kalau dah katanya "menderma" darah, aku rasa benda ni dijalankan dengan ikhlas dan tiada paksa rela. Sebab perkataan menderma itu anda sendiri boleh faham!


Kedua, kalau nak wajibkan semua orang menderma darah, apa rasionalnya? Tambah bilangan darah di pusat darah negara?  Kalau individu tu tak nak menderma? Nak buat apa? Hukuman? Gantung sampai mati? Compound Rm500? Sedangkan, itu hak mereka. So, kalau nak compulsory kan mende ni, aku rasa kerajaan memang kena aware betul-betul tentang hukuman kalau tak menderma dan apakah modus operandi nak digunakan!

Dah la, aku nak buat research lagi ni. Yang penting, aku still tak  setuju yang menderma darah ni patut diwajibkan. Bukan sebab aku memang bukan penderma darah dan fobia jarum suntikan, hakikatnya, kita perlu melihat beberapa aspek agar hasrat murni nak tambah bilangan darah di Pusat Darah Negara tak dijadikan isu! Fikirkan!


p/s : aku nak tengok berapa ramai classmate aku sesat masuk blog aku ni!hahahahaha

0 Download lagu tema sorcerer's apprentice : secret by one republic

Cerita ni memang best. Aku nak tengok untuk kali kedua, ketiga dan mungkin keempat! Hak3. Enjoy gila. Smart! So, korang boleh pergi mana-mana panggung dan tonton cerita ni. Ni short updates dari aku. Sorry, busy sikit minggu ni. Have fun!

Sila Klik Download untuk muat turun lagu Secret by One Republic

Lirik lagu seperti berikut : 

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
'Til all my sleeves are stained red

From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve

And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'm 'a tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, all my secrets away 

p/s Sila Klik Download untuk muat turun lagu Secret by One Republic

0 Berbaloi mengamuk di stesen bas untuk seat selesa.

Whoa. Salam semua. 2 hari tak berupdate sebab kurang daya internet. Aku pun tak tahu kenapa broadband tiba-tiba lembab macam kura-kura. Dulu aku dah ceraikan Celcom sebab hal kelembapan yang tak dimaafkan. So, aku pun ada bercadang nak ceraikan Maxis dan ingin mencuba Digi Broadband. Amacam? Korang dah test broadband Digi ke? Laju berdesup atau terkedek-kedek macam labi-labi masuk selut? Cukup pendahuluan kelaut.

So, 2 hari lepas aku balik Kedah. Balik kampus. Macam biasa, aku naik dari Stesen Bas Shah Alam. Sebelum hari aku bertolak ke Kedah, aku beli tiket bas di Kaunter AB Ekspres. Aku memang suka naik AB Ekspres berbanding Sani walaupun dia orang ada cabutan bertuah beribu-ribu ringgit. Masa aku beli, aku dah suruh janji yang bas takkan ditukar, seat remain sama, waktu bertolak sharp dan macam-macam aku demand.


Aku bukan nak mengader-ngader demand, tapi aku nak kepastian sebab selalunya, perkhidmatan bas ekspres memang mengecewakan. Lagi-lagi kat stesen bas Sungai Petani. Memang hampeh! Sebagai pengguna, kita ada hak untuk perkhidmatan yang terbaik dan maksimum. Bukan aku sokong sangat cogan kata Customer always right, tapi aku cuma nak yang terbaik sebagai pengguna yang bijak!

So, cerita aku mengamuk berlaku esoknya ketika tepat jam 10.30 pagi time nak bertolak. First of all time tak sharp sebab jam dah langkau pukul 10.30. So, aku dah mula suspek macam-macam sebab time tu tak de langsung Bas AB Ekspres double deck warna biru! Aku layan je la sebab dalam hati, aku cakap lambat sikit kot. Aleh-aleh, tercogok satu bas warna hijau dengan seat 2-2 bukan seat VIP 1-2. Dia orang cakap ni bas ganti. WTF!

Aku naik, aku duduk kejap! Mak aih, seat keras macam kayu. Then tengah sedap duduk, ada pulak orang "comel" duduk sebelah. Time tu, aku dah kepit habis sebab seat tu tak cukup untuk tampung punggung seorang yang comel. So, aku keluar dari bas dan terus ke kaunter tempat aku beli tiket! Aku cari balik pekerja yang jual kat aku semalam. Syukur, aku jumpa!

Mula la adegan aku ungkit hal semalam. Janji itu ini. Aku time tu siap main ugut-ugut nak repot kat LPKP, hak pengguna dan macam-macam lagi. Kasi takut sama dia orang. Hahahahaha. Puas aku caras sana, laser sini, maki sikit-sikit and finally, aku dapat 2 seat! Yes! Aku puas hati. Dia orang mintak maaf sangat-sangat sebab berlaku macam tu. Kesian kat orang "comel" tu sebab dia kena pindah duduk dengan orang serupa dengan dia. Sorry, bukan salah aku! Hak3

Kesimpulan, perjuangkan lah hak anda kalau anda rasa anda layak dan memang itu hak mutlak anda! Jangan jadi bodoh ikut telunjuk mereka ni. Kita ada suara dan pertimbangan! Pengguna ada hak yang besar! Fikirkan!

p/s : kenapa la mutu perkhidmatan bas ekspres kurang memuaskan? Salah kerajaan yang kurang pemantauan atau syarikat bas itu sendiri yang nak untuk semata-mata?

p/s  : korang belum tahu aku mengamuk macam mana kan? hahahahaha

13 Tutorial naikkan traffik, google ranking dan search untuk blogspot.

Whoa. Salam semua. Ini merupakan entry yang tergendala lama. Ada masalah time aku nak update entry ni. Aku tergerak nak buat satu tutorial menaikkan Page Rank. Kalau korang nak blog korang beramah mesra dan selalu bergurau senda dengan google search atau yang seumpama, korang mesti letak code ni dalam html. Aku dah cuba dan menjadi. So far, aku dah cuba memasangkan code ni dekat 12 buah blog. Hak3. So, aku harap korang pun sama-sama dapat naikkan Page Rank masing-masing.


Page Rank menurut Dahlia Journal Page Rank (PR) ialah ialah satu syarat/terma yang digunakan oleh pihak Google bagi menentukan kepentingan atau populariti sesebuah halaman web atau blog. Semakin tinggi nilai PR maka semakin tinggilah ranking/kedudukan sesebuah web atau blog tersebut di dalam Google. Pihak Google biasanya membuat kemaskini bagi sesebuah PR laman web atau blog setiap 3 atau 4 bulan sekali.  Faham? Aku ni tak reti nak explain lebih detail sebab apa yang aku faham bukan korang senang faham.hahahaha

Masa aku pasang ni dulu, aku jumpa entri tutorial ni kat blog Puan Cantik iaitu blog www.rarcandyfloss.com. Aku cuba dan berjaya. So, aku nak korang pun cuba dan berjaya. Mungkin yang membaca blog aku tak kenal siapa Kak Rara kan? So, aku dah apply sikit kat sini ilmu yang dia ajar pada semua dengan olahan aku sikit! So, mari mencuba!

Langkah pertama - 1
Log in www.blogger.com dan pergi dashboard. Kemudian click pada Layout > Edit HTML. Tick "expand widget template".

Langkah kedua - 2
Gunakan CTRL+F dan search

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Langkah ketiga - 3 
Tukar code diatas dengan code ini 

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
</b:if>


Langkah keempat - 4
Klik save. Lepas tu, boleh klik pada mana-mana entri korang dan lihat bahawa tajuk korang kini berada didepan. Bukan dibelakang lagi!

Ok, now, boleh tengok contoh kat bah ni iaitu sebelum dan selepas memasang code ini! Terima kasih kepada cik Amalinutt sebab bagi pinjam blog untuk di godek!

Sebelum

kalau sebelum, tajuk blog didepan, baru tajuk entry di belakang!!!


Selepas


selepas letak code tu, tajuk korang akan berada di depan dan diikuti oleh nama blog!!!


Kesimpulannya, kalau korang nak main dengan SEO atau search engine, mestilah korang nak tajuk entri korang dijumpai kan? SO, kalau letak code ni, orang akan jumpa korangnye entry dulu baru jumpa nama blog. Kira, nama entry la dulu keluar. Code ni untuk mesrakan korang dengan SEO dan SERP.

Selamat mencuba, tak berjaya boleh email aku. Nanti aku godekkan!

0 Jangan salahkan orang kurang siuman kalau mereka menjengkelkan!

Whoa. Salam semua. Ye, beberapa hari tak berupdate sebab balik ke kampung. Indah! Makan durian, rambutan dan seangkatan dengannya sampaikan nasi dah jeling-jeling manja je. Celik mata bangun pagi je dah terkangkang kopek durian. Tengah hari sikit sibuk memanjat pokok petik rambutan. Malam, ayah balik bawak manggis! Sehat dengan buah-buahan.

Tapi itu bukan apa yang aku nak tulis sebab aku nak tulis satu pengalaman yang aku nak ingat sampai mati. Pengalaman berbual mesra sambil ketawa ceria melayan karenah orang kurang siuman. Ye, ni cerita semalam. Entry ini bukan nak menghina mereka tapi cuma ingin berkongsi pengalaman berharga ibarat emas dan permata.

Masa aku on the way balik rumah naik bus, aku duduk sebelah sorang lelaki dalam umur 30an lebih. Mula-mula aku tak la suspek apa sebab dia act biasa macam orang lain. Tiba-tiba dia tanya aku, dari mana. Aku jawab dari KL nak balik rumah. Dia gelak-gelak. Aku relax je la. Dalam hati aku dah cakap, pahal la pulak dia ni.



Aku tanya la kenapa gelak. Dia cakap sebab aku pergi KL. Eh, apa kena ni? Then aku tanya lagi, kau ni dari mana? Dia jawab dari KL gak. Apa lagi aku pun saje je gelak lebih-lebih! Dia tanya kenapa aku gelak then aku cakap aku gelak sebab dia pun dari KL. Hahahahaha.

Aku layan la kepala otak dia ni dari cerita baju kenapa kena pakai kat badan bukan kat kaki, cerita kenapa nama jalan raya ialah jalan raya dan macam-macam benda merepek sampai tiba-tiba dia jerit kuat-kuat! Aku tersentap la! Dia tanya aku bus ni nak pergi mana? Aku cakap la bas ni nak balik Banting. Then dia jerit lagi marah-marah aku!!!! Hahahahaha. Aku cuak, aku tanya pahal. Dia cakap sebab aku dia dah terlepas bas nak ke KL. WTF!!!

Gila carut... @*(&%@*......semua keluar! Dari yang binatang sampai yang anggota badan. OMG! Aku tak tahan, aku terus turun walaupun aku belum sampai destinasi. Masa aku nak turun, pemandu bas tu cakap, adik sabar je la. Lain kali jangan layan orang borak-borak kalau dia kurang siuman. Susah jadinya, orang kat belakang tu dari tadi tak turun-turn bas. Fine! Aku layan orang gila berbual-bual! Heaven sampai kena maki gila-gila babeng!


So, aku turun, aku telefon bapak aku suruh datang ambik. Time dah turun orang gila tu boleh plak lambai-lambai tangan! Siot!!! Lepas ni kalau jumpa aku dalam bus ke, keretapi ke, kapal terbang ke, tapi aku buat tak tahu atau malas layan sape-sape tegur means aku trauma ye! Wasalam.

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets