Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

10 Baca cerita ini kalau nak tahu betapa bernilainya cinta!

Salam semua. Hi. Semalam tiada update dari aku since aku kepenatan bertekak di Kaunter Bas Sungai Petani semata-mata untuk menukar tarikh perjalanan bas pulang berhari raya. So, pagi ni aku baru sempat nak update sedikit. Aku just nak berkongsi e-mel yang kawan aku hantarkan kat aku. Sharing is caring kan? Ceritanya tentang cinta! Erk, tapi best! Layan je!


Once upon a time there was an island where all the feelings lived; Happiness, Sadness, Knowledge, and all the others......, including Love. One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave. Love was the only one that stayed. She wanted to preserve the island until the last possible moment. When the island was almost totally under, Love decided it was time to leave. She began looking for someone to ask for help. 

Just then Richness was passing by in a grand boat. Love asked, "Richness, Can I come with you on your boat?" Richness answered, "I'm sorry, but there is a lot of silver and gold on my boat and there would be no room for you." Then Love decided to ask Vanity for help who was passing in a beautiful vessel. Love cried out, "Vanity, help me please." I can't help you", Vanity said, "You are all wet and will damage my beautiful boat." Next, Love saw Sadness passing by. Love said, "Sadness, please let me go with you." Sadness answered, "Love, I'm sorry, but, I just need to be alone now." Then, Love saw Happiness. 


Love cried out, "Happiness, please take me with you." But Happiness was so overjoyed that he didn't hear Love calling to him. Love began to cry. Then, she heard a voice say, "Come Love, I will take you with me." It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that she forgot to ask the elder his name. When they arrived on land the elder went on his way. 

Love realized how much she owed the elder. Love then found Knowledge and asked, "Who was it that helped me?" "It was Time", Knowledge answered. "But why did Time help me when no one else would?", Love asked. Knowledge smiled and with deep wisdom and sincerity, answered, "Because only Time is capable of understanding how great Love is."


Macam mana? Teruja ke dengan cerita ni? Like ramai-ramai kalau anda rasa cerita ini menarik. Ini adalah entri ringan sahaja. Bermaksud, sebagai perkongsian untuk ceriakan harii kita! Tahniah kepada Bro Eyriqazz sebab Unique Visitor dia dah nak mencecah 20k seminggu! Takziah juga kepada Bean Moreno! Cepat sehat ye Bean!

p/s : alhamdulillah, traffik boleh maintain 500++ sehari dan pageview melebihi 1500++ sehari! Berkat kesabaran menimba ilmu akhirnya akan membuahkan hasil!

2 Lomo Camera for RM 49.90 only!

Whoa. Salam semua. Seperti yang aku ada cakap semalam kat last entry, aku akan buat satu entri pasal lomo. Ni ha, sekarang ni aku agak gila-gila sikit dengan lomo. Teruja la jugak dengar orang cerita dan aku nak jugak dapatkannya. Ok, cerita sikit pasal lomo ni, senang cakap, kamera lomo ni adalah satu kemera yang menghasilkan gambar cantik tanpa perlu diedit. Faham? Tak yah menggilakan otak semata-mata guna photoshop untuk nampakkan gambar tu cantik.

So, aku ada kenal sorang sis ni and dia jual lomo camera jenis underwater. Means waterproof! But then, still boleh guna atas air.hak3. Murah. Just RM49.90 only including postage. Banyak colour. Anda ada special edition nye harga RM59.90. Korang tengok dekat bawah ni. Ada banyak warna :



But the, yang betul-betul ada stok, ialah warna biru, kuning, merah, pink, putih dan special edition. Ish, geram aku, macam nak semua warna sebab colourful sangat! Yang special edition tu just ada corak-corak sikit je.Hak3. But then, still awesome! Cantik tapi aku rasa sesuai untuk perempuan je kot. Nah, take a look sikit!

cutenye, maaf, gambar kecil

Mesti korang nak tahu spesifikasi kamera ni kan? Aku just copy paste je info dari tuan penjual camera ni. Mana la tau, korang arif gila pasal lomo ni, nak usha-usha sepsifikasi nya. So, boleh tengok ini. Berikut ialah spesifikasinya :


its RM49.90, postage included. and dont worry, she will return the change :p

  • Description : 35mm underwater film camera without flash
  • Material : Plastic
  • Product Size : 120 x 80mm (4.7" x 3.1")
  • Color / pattern : choose from the pics, and i will tell whether its available or not.
  • Max Depth : 10 feet (3 meters)
  • Best distance : 4 feet
  • Packing : Each camera is packed with an original paper box packing
  • Gross Weight : Approx. 185g (6.5 oz)
  • Focus : Free
  • View Finder : Eye level finder
  • Film to be used : 35mm format color or black/white film of ASA 100/ISO 21 (outdoor) or ASA 400/ISO 27 (under water)
  • Shutter : Leaf shutter
  • Lens : 28mm, f/9
  • Battery : No battery needed
  • Include : Original paper packing box, English and Chinese user manual, wrist strap, detachable waterproof casing
Yang warna pink ni pun smart gak. Nampak ayu beb. Cun melecun la.hak3

So, macam mana? Aku teruja gilos! Nak jugak camera ni dalam cuti ni or before ke India nanti. Nak sangat la. hahahahahaha...Owh, korang tak teruja lagi ye. Ni, aku tunjuk sikit gambar hasil dari kamera lomo ni. Cantik. Korang mesti fitnah cakap aku tipu sebab gambar ni nampak macam dah diedit. Sila la tengok dan teruja ye. Cantik, tertarik lomo memang da booommm!hak3





Menarik kan? Teruja tak. Dah-dah, jangan nak bukak mulut luas-luas sebab teruja. Katup sikit. Leleh air liur tu.hak3. So, aku tolong sis ni untuk promote business dia je. Kalau korang teruja, boleh la add sis ni kat fb, sila klik ini untuk berhubung dengan sis ni. Dia ramah. Kalau korang tak nak deal dengan dia. Insyaallah, aku boleh tolong dealkan. Sebab aku pun nak beli gak!hak3. Budak-budak UiTM Kedah, boleh jumpa aku kalau nak beli camera ni. Dah, tu je untuk pagi ni. Wasalam!

0 Mari sertai aku sebagai WWF. Sayangi binatang.

Whoa. Salam semua. Dari pagi sampai ke petang tak de entri. So, ini entri pertama hari ini. Aku nak ajak korang semua sama-sama join aku and kawan-kawan aku jadi WWF. Tau apa itu WWF? Pernah nampak gambar panda albino yang hitam putih tu? Ala, gambar panda yang besar, pandang arah korang. Punggung tonggek-tonggek sikit!hak3. Ish, gambar macam kat bawah ni la.


comel kan panda tonggek ni???

Kenal?hik3. So, aku bukan cerita pasal aku join dan support Save The Day yang dianjurkan oleh WWF Malaysia. Aku nak cerita sikit apa yang aku dan kawan aku buat untuk menyokong WWF ini! Mari, bukak mata luas-luas dan baca apa aku nak tulis sebab aku nak korang semua sayang-sayang kat binatang. Tak kira terancam atau pun tak. Faham?

Ok, semalam kolej aku dah puas dengar kucing mengiau-ngiau dari petang sampai malam. So, aku decide la nak gi tengok kucing tu. Comel! Tapi sayang entah sapa dumb kucing dua ekor tu kat situ. Aku pikir mak dia lahirkan anak luar nikah!hak3. So, aku kesian dan bagi breast feeding, eh, silah, aku guna straw dan suapkan susu kat mulut kucing-kucing ni. Maaf tiada gambar sebab agak lucah. So, ini anak kucing yang aku susukan!hahahahaha


Puas dah aku susukan. Nampak? Tidur kan?hik3. Petang tadi pulak misi WWF aku berjalan lagi. Kali ni bukan lagi kucing, tapi burung. Burung apa? Burung murai... Burung apa. Ah, pi lantak la kau nak burung apa pun. So, time aku tunggu roomate balik bersukan, aku lepak kat tangga dan dengar burung menyalak bercicit. Eh, ala, bunyi-bunyi yang burung buat tu. Aku dah lupa la namanya.hak3. So, aku usha dan jumpa burung dalam longkang. Tak boleh terbang. Aku suspek, kepak dia patah. Eh, takpe, esok aku buat x-ray, nanti aku bagi tahu ek. Ini burung malang tu. Nama dia Mimi. Roomate bagi nama!

ini burung bernama Mimi. Motif nama masih belum diketahui

So, so far dan 2 binatang lemah aku dan kawan-kawan selamatkan. Bukan nak menunjuk, tapi cuma aku nak korang begitu juga. Sayangi binatang. Cuma korang berada di tempat mereka, sadis kan kalau tiada siapa datang membantu. So, bantulah selagi korang mampu. Esok aku cadang nak keluar. Nak beli sangkar, makanan burung dan makanan kucing.hik3. Hari menyelamatkan binatang tiba-tiba muncul 2 hari ni. Psssttt, aku nak join WWF ni la, teruja tengok website dia. Chow~


p/s : esok aku update entri kamera lomo. Murah je. RM 49.90!

3 Nostalgia : Pangkin bawah pokok jambu batu.

Whoa. Salam semua. Actly, aku dah lama plan dan terfikir untuk buat satu ruangan bertajuk "nostalgia". Entri-entri dibawah kategori nostalgia ni adalah tentang kenangan masa lalu aku. 3 minggu bertangguh sebab aku nak buat tips la, contest dan macam-macam lagi. Hak3. Kalau nak tahu, idea ni muncul time aku ngah mandi dan syampu rambut.hak3. So, buat kali pertama, aku publish entri untuk ruangan nostalgia ni. Enjoy!

Ok, aku teringat lagi pangkin bawah pokok jambu ni. Mungkin ada yang nak tanya, pangkin tu apa kan? So, pangkin tu serupa macam tempat duduk-duduk ataupun pondok untuk lepak-lepak. Pangkin ni, arwah atuk aku yang buat. Indah. Aku suka. Sebab, aku kira aku banyak habiskan masa di pangkin ni time aku kecik-kecik dulu. Seronok.

Masa kecik-kecik, atuk aku suka bawak aku jalan-jalan. Naik moto, ronda-ronda kampung. Ingat lagi, atuk aku perutnya buncit! Selalu aku duduk kat bakul dalam bakul motor tu, aku sandar kat perut atuk! Macam cushion! Comel kan? Balik jalan-jalan, atuk, aku ngan kakak mesti lepak kat pangkin. Pangkin bawah pokok jambu batu. Gelak-gelak, atuk suka bagi teka teki!

aku dengan kakak

Nenek, macam biasala. Apa lagi, buat air, cekodok ke, lempeng ke, apa-apa je la. Sedap! favorite aku lempeng cecah sambal tumis. Sedap. Aku suka. Lepak bawah poko jambu batu tiap-tiap petang. Indah kan? Pokok jambu ni besar jugak! Teduh, redup! Nway, aku ingat lagi, aku pernah jugak kena gigit ngan kerengga sebab dok gatal panjat-panjat pokok jambu batu ni.hak3

Walaupun atuk aku baik sangat-sangat. Aku selalu buli-buli manja atuk aku. Korang tau tempat rokok orang-orang tua tu. Ala, yang dia orang buat rokok sendiri. Guna cengkih, tembakau dan etc. Aku selalu sorokkan bekas rokok atuk aku ni. Pastu, puas atuk aku cari. Kesiannya...hehehehe. Aku bukan apa, cuma tak nak atuk aku merokok. Tu je! Baikkan cucu macam ni?hehehehe

Haih, nak nangis la pulak. Best! Walaupun atuk aku buncit, suka isap rokok tembakau yang kecik tu, aku rindu dengan atuk aku. Rindu sangat. Haih, hidup itu indah kalau setiap saat kita hargainya! pangkin bawah poko jambu batu, always, a big memory for me! Wasalam!

16 Hidup bercinta : tak perlu untuk berkepit sentiasa!

Whoa. Salam semua yang sudi membaca blog ini. Pertama sekali aku nak nak inform yang blog ini akan kembali menggunakan "aku" sebagai kata nama menggantikan saya! Disebabkan oleh beberapa rakan blogger yang gemar sekiranya aku menggunakan "aku" berbanding saya. Ramai cakap bahawa kalau aku guna "aku" lebih senang dan dekat di hati! hak3.

Cukup pendahluan yang merepek. Mari, baca apa yang aku nak review dan cerita sikit pasal hidup kepit mengepit. Bukan la aku nak cakap yang aku tak pernah berkepit. Tapi, bagi aku, hidup bercintan cintun ni, aku prefer sekali sekala atau biar kena pada tempatnya untuk berkepit. Ni tak, library kau berkepit, cafe kau berkepit, foodcourt kau berkepit.
Lagi-lagi hidup sebagai pelajar. Bagi aku, komitmen study tu lebih penting berbanding komitmen bercintan cintun. Bukan aku nak berlagak baik atau berpura-pura alim. Tapi itu hakikat yang aku alami sekarang. Kalau berkepit pun, tak dikira berkepit pun. Just makan malam sama-sama dan keluar pun tak pernah berdua melainkan dengan kawan-kawan lain. kalau keluar berdua, nanti ada orang hasut suruh tambah orang ketiga!!faham maksud aku??hahahaha


Entri aku ni bukan nak point kat sape-sape kat kampus aku ni. Just nak korang beradab la sikit. Ye la, kat library kau bergurau senda. Dok cha cha cha ngan awek, pegang sana sini, itu ini. Aku nak baca buku pun hilang fokus sebab tengok adegan panas!hak3.




Korang fikir la, adakah dengan berkepit sentiasa, si dia tu akan jadi milik kau buat selama-lamanya?hak3.entah-entah tak habis satu sem je dah putus di tengah jalan!bahahahaha. relax la bro, orang lain pun ada makwe gak kan? eh, tapi sekarang ni, pompuan pun ada gatal-gatal gak, dok suruh pakwe die berkepit dengan dia setiap masa!hak3


Apa-apa pun, entri ini perlukan komen korang, ye la, mana tau, korang pun alami benda yang sama atau korang ada cadangan nak nasihat kat orang suka kepitkepit nih!ahahahaha. Nway, esok birthday teman aku, tak de idea dan blur dowh! ahahahaha, happy becoming birthday ye!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets