Showing posts with label new friend. Show all posts
Showing posts with label new friend. Show all posts

2 Lomo Camera for RM 49.90 only!

Whoa. Salam semua. Seperti yang aku ada cakap semalam kat last entry, aku akan buat satu entri pasal lomo. Ni ha, sekarang ni aku agak gila-gila sikit dengan lomo. Teruja la jugak dengar orang cerita dan aku nak jugak dapatkannya. Ok, cerita sikit pasal lomo ni, senang cakap, kamera lomo ni adalah satu kemera yang menghasilkan gambar cantik tanpa perlu diedit. Faham? Tak yah menggilakan otak semata-mata guna photoshop untuk nampakkan gambar tu cantik.

So, aku ada kenal sorang sis ni and dia jual lomo camera jenis underwater. Means waterproof! But then, still boleh guna atas air.hak3. Murah. Just RM49.90 only including postage. Banyak colour. Anda ada special edition nye harga RM59.90. Korang tengok dekat bawah ni. Ada banyak warna :



But the, yang betul-betul ada stok, ialah warna biru, kuning, merah, pink, putih dan special edition. Ish, geram aku, macam nak semua warna sebab colourful sangat! Yang special edition tu just ada corak-corak sikit je.Hak3. But then, still awesome! Cantik tapi aku rasa sesuai untuk perempuan je kot. Nah, take a look sikit!

cutenye, maaf, gambar kecil

Mesti korang nak tahu spesifikasi kamera ni kan? Aku just copy paste je info dari tuan penjual camera ni. Mana la tau, korang arif gila pasal lomo ni, nak usha-usha sepsifikasi nya. So, boleh tengok ini. Berikut ialah spesifikasinya :


its RM49.90, postage included. and dont worry, she will return the change :p

  • Description : 35mm underwater film camera without flash
  • Material : Plastic
  • Product Size : 120 x 80mm (4.7" x 3.1")
  • Color / pattern : choose from the pics, and i will tell whether its available or not.
  • Max Depth : 10 feet (3 meters)
  • Best distance : 4 feet
  • Packing : Each camera is packed with an original paper box packing
  • Gross Weight : Approx. 185g (6.5 oz)
  • Focus : Free
  • View Finder : Eye level finder
  • Film to be used : 35mm format color or black/white film of ASA 100/ISO 21 (outdoor) or ASA 400/ISO 27 (under water)
  • Shutter : Leaf shutter
  • Lens : 28mm, f/9
  • Battery : No battery needed
  • Include : Original paper packing box, English and Chinese user manual, wrist strap, detachable waterproof casing
Yang warna pink ni pun smart gak. Nampak ayu beb. Cun melecun la.hak3

So, macam mana? Aku teruja gilos! Nak jugak camera ni dalam cuti ni or before ke India nanti. Nak sangat la. hahahahahaha...Owh, korang tak teruja lagi ye. Ni, aku tunjuk sikit gambar hasil dari kamera lomo ni. Cantik. Korang mesti fitnah cakap aku tipu sebab gambar ni nampak macam dah diedit. Sila la tengok dan teruja ye. Cantik, tertarik lomo memang da booommm!hak3





Menarik kan? Teruja tak. Dah-dah, jangan nak bukak mulut luas-luas sebab teruja. Katup sikit. Leleh air liur tu.hak3. So, aku tolong sis ni untuk promote business dia je. Kalau korang teruja, boleh la add sis ni kat fb, sila klik ini untuk berhubung dengan sis ni. Dia ramah. Kalau korang tak nak deal dengan dia. Insyaallah, aku boleh tolong dealkan. Sebab aku pun nak beli gak!hak3. Budak-budak UiTM Kedah, boleh jumpa aku kalau nak beli camera ni. Dah, tu je untuk pagi ni. Wasalam!

0 400 followers angka untuk aku terus maju!

Whoa. Salam semua. Ok, nak tarik nafas dalam-dalam dan lepas dalam keadaan bersyukur. Boleh bayangkan keadaan itu? Pertama sekali aku cukup gembira hari ni. Bukan sebab aku menang loteri Fifa World Cup atau pun berjaya bet siapa menang Wimbledon. Aku nak cakap pasal blog picisan ini lagi! Hak3.

Angka 400. Bukan nak berlagak tapi berkongsi kegembiraan. Alhamdulillah. Mungkin penulisan aku semakin baik ataupun aku hanya syok sendiri yang followers baru mencecah 400. Yang followers dah ribu-ribu atau juta-juta tu, jangan la baca entri ini. Malu je! Hak3. So, nak share happiness ni bersama.


Sebelum ni, aku memang kejar followers, dulu prinsip "i follow u, u follow me". But then, aku realize, kalau macam tu, bukan orang ikhlas follow blog kita. Tak pe, bermula dari nothing kepada yang something. Nak berjaya bukan senang. Bukan sehari kau publish satu entry dan 10000 orang follow. Bukan itu.

Blogging ni luas. Cari ilmu dan gunakan. Bagi aku ilmu blogging tu best! Kau akan realize yang kau berjaya aplikasikan ilmu-ilmu yang kau kutip tu kalau followers kau bertambah dan traffik kau naik dan maintain. Kepuasan blogging ni pelbagai. Abstrak. terpulang kat masing-masing nak olah. Serius, aku sedang mentelaah ilmu blogging secara perlahan.

So, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua followers aku, pembaca dan stalker yang selalu menyambut entri aku dengan hati terbuka. Thanx. Korang la semangat aku untuk terus berblogging dan mencari ilmu blogging ni. Sangat-sangat hargai! Ini dia, follower bertuah ke 400! Aida Rasyidah Azman. Selamat menerjah blog beliau! Klik ini.
ini dia followers ke 400th.


Aida Rasyidah Azman, pertama sekali maaf sebab ambil gambar ini tanpan memberitahu. Kedua, terima kasih kerana sudi jadi geng cepit! Hak. Thanx a lot. Rajin-rajin  la singgah dan memberikan komentar anda! Sangat dihargai ye! Terima kasih sekali lagi! Ada masa, boleh hang out Shah Alam!hak3. Wasalam.

p/s : alhamdulillah. assigment semakin membuak!hahahaha

34 Contest : India ada, Malaysia tiada.

(ini entri sticky post, scroll ke bawah untuk entri terbaru) Whoa. Salam semua. Ok, seperti yang dicanang-canangkan. Aku Nak buat kontest memandangkan aku akan ke India bulan Julai ni. Insyaallah. So, aku rasa syarat kontest ni senang je. Sila tengok syarat-syarat di bawah ini dan sila tanya di formspring, kalau ada segala kesulitan ye. 


Syarat :

  1. Anda mestilah geng cepit (followers) blog picisan ini ye.
  2. Sila buat satu entri bertajuk "India ada, Malaysia tiada".
  3. Entri anda mestilah kreatif dan menarik untuk dibaca.
  4. Gunakanlah sebarang gambar untuk mencantikkan entri anda tersebut.
  5. Sila letak gambar di bawah ini dan link kan kepada blog "ini cerita si cepit"
  6. Letakkan link entri anda sebagai comment di entri ini.
  7. Tarikh tutup ialah 3 hari sebelum aku berangkat ke India iaitu 5 Julai. Ditutup awal untuk mendapatkan size t-shirt anda!

Hadiah :

  • Tempat pertama : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 100 ringgit!
  • Tempat kedua    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 70 ringgit!
  • Tempat ketiga    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 50 ringgit!

Berminat? So, mula generate idea dan otak anda mulai sekarang untuk membuat entri seperti di atas! Aku amat menghargai penyertaan korang ni! Sayang lebih la! Lagi satu, ole-ole diatas mungkin akan di patri atau di tulis nama blog anda! Bestkan? Join ye! Sebarang pertanyaan sila kemukakan di formspring aku! Wasalam!

24 Saya perlukan rawatan di IJN.

Whoa! Salam semua! Semalam saya nampak kelibat si bean moreno dan aiesepet! Mencari juga onetasha! Saya juga nampak zaid kalau tak silap! Haih~ Jelas, masalah jantung berdetak lebih kencang petang semalam membuatkan saya seram sejuk nak tegur ramai orang. Adakah saya mengalami kompilasi jantung? Minta dijauhkan~

Seperti entri autopost semalam, saya dan aniss olala menerjah ke Cathay Cineplex Damansara untuk tayangan The Descent 2! Tapi, disebabkan keterujaan dan kebosanan melampau, kita orang datang kul 5.00 macam tu. Sepatutnya collect tiket kul 8.30! 




Untuk tak buang masa, apalagi, layan cerita Nightmare On Elm Street! Fuh!!!! Saya sakit jantung okay! Duduk dengan kakak, terjerit-jerit, tutup-tutup muka dengan cardigan dan terperanjat yang amat sangat! Haih, mahu dipanggil paramedik time tu! Sedikit info cerita ini :


  • Ibu mengandung dinasihatkan tidak menonton! Dikhuatiri bersalin di panggung!
  • Orang tua-tua dinasihati supaya tidak menonton juga, dipercayai gigi palsu boleh tertanggal!
  • Cerita yang bagus untuk menjadikan anda penghidap sakit jantung mengejut!
  • Awesome story dan tragis serta mengerikan!
  • 4 dari 5 bintang saya beri!
Habis layan cerita yang buat kepala saya percaya bahawa jangan tidur malam, kita orang layan meetball di Ikea! Like la meetball ni! Sedap! Jilat siku saya makan! Kakak sempat beli selipar sebab dia hampir tersungkur pakai heel time turun tangga sebab licin! Padan muka kau! Kalau kau jatuh, nanti aku snap gambar letak kat blog! ahahahahaha

 aniss olala

 time beratur



Tepat 8.30 saya beratur ambil tiket free tu! Jumpa amoi time kat Gatsby Deodorant Street Fair! Sengih-sengih dia! ahahahaha. Ambil tiket dan berlegar-legar di situ sebelum boleh masuk punggung, eh panggung!


 dapat button!

Cerita The Descent 2 pulak yang makin buatkan saya parah! Seriusly parah! Sampai saya rasa nak keluar dari panggung! Nasib baik ada Bubbly Wen yang cantik kat tepi saya! So, tunjuk macho walaupun ada adegan seram dan ngeri yang membuatkan aku tersentak! ahahahaha.


Kakak tak habis-habis bising sebab takut! Kelakar! kau siap boleh cakap sorang-sorang dan emosi lebih-lebih! Habis cerita tu, Bubbly Wen tegur! Dia minta url! Friendly sangat! Semoga jadi readers setia! ahahahaha

Info mengenai The Descent 2 :

  • Jangan tonton sambil makan!
  • Banyak mengucap time menonton!
  • Ngeri, mendebarkan, hampir buat jantung saya berhenti berdegup!
  • Ada juga aksi kelakar untuk meredakan ketegangan pembuluh darah!
  • Mesti tonton agar anda takut nak masuk gua!ahahahaha
  • 4.2 bintang dari saya!
Sekian! Menghitung hari pulang ke kampus~


Adakah saya perlukan rawatan sebab saya betul-betul mimpi ngeri malam tadi! Gila ar!!!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets